Jumaat, 11 Januari 2013

Agenda DAP Untuk Kristiankan Malaysia Hampir Berjaya

Apabila DAP bertekak menegaskan bahawa Malaysia adalah Negara Sekular, agenda sebenar mereka terserlah iaitu menghapuskan klausa Islam sebagai agama rasmi negara di dalam perlembagaan. Ini bermakna, keutamaan yang diberikan kepada agama Islam dari segi dakwah, penyebaran serta infrastruktur dan pembangunan akan turut terhapus.

Secara automatik, agama-agama lain akan mendapat hak sama rata dengan Islam dan gejala murtad tidak lagi dapat dikekang.

Masih ramai di kalangan umat Melayu yang mudah terpedaya dengan momokan bahawa ini semua hanyalah propaganda UMNO.

Kebanyakan mereka sukar menerima soal 'agama' menjadi agenda utama DAP kerana setakat yang mereka tahu, kaum Cina tidak begitu ekstrem dalam beragama. Malah, ramai di antara mereka tidak mengamalkan pun ajaran agama mereka, seperti bersembahyang. Selain itu, masyarakat Malaysia juga masih lagi cenderung mengaitkan kaum Cina dengan agama Buddha sepertimana India dengan Hindu.

Justeru, ramai yang merasa ragu mengenai kaitan DAP dengan gejala murtad yang didalangi Kristian.

Hakikatnya, kaum Cina dan juga India yang memilih Kristian sebagai pegangan semakin meningkat di Malaysia. Apa jua alasannya, iaitu sama ada mereka memilih Kristian kerana benar-benar percaya dengan ajarannya, atau sekadar satu 'escapism' dari masalah kasta sepertimana prasangka ramai, ataupun sebagai satu simbol 'status' kerana masih terbelenggu dengan pemikiran mendewakan apa saja yang dibuat oleh orang-orang barat serta ingin turut menyambut Krismas, melalui upacara perkahwinan cara barat dan mempunyai nama barat yang dilihat sebagai glamour akibat terpengaruh oleh TV dan filem, adalah tidak penting untuk dipastikan.

Tidak seperti Islam yang tidak membezakan kaum dan meletakkan semua umat Islam sebagai sama dan bersaudara, Kristian pula menyaksikan gereja yang berbeza bagi kaum Cina dan India seperti juga kaum kulit hitam dan kulit putih di barat yang merasa janggal untuk ke gereja yang sama.

Bagaimanapun, kaum Cina jarang mengumumkan agama mereka tetapi ramai yang menyangka bahawa kaum Cina yang memakai nama barat kemungkinan besarnya beragama Kristian. Memandangkan pemimpin tertinggi DAP tidak memakai nama barat, maka keraguan masyarakat mengenai penglibatan mereka dalam kes murtad mudah difahami.

Mungkin kerana itulah maka para penulis blog berbangsa Cina gemar mendesak pemimpin atasan DAP agar mengumumkan agama mereka. Apa yang diisyaratkan oleh para blogger ini ialah, pemimpin atasan DAP berselindung di sebalik nama Cina walaupun mereka sebenarnya Kristian demi memastikan sokongan berterusan dari kaum Cina 'ortodoks' iaitu yang berpegang teguh kepada budaya, bahasa dan agama asal nenek moyang mereka. Dengan tidak memakai nama barat juga memudahkan mereka untuk mengaburi rakyat mengenai agenda Kristian yang diperjuangkan mereka.

Agenda Kristian DAP, seperti yang telah terdedah, berpusat di Subang Jaya. Kumpulan 'pendakwah' atau penipu ini beroperasi dengan cara menghulurkan bantuan sebelum mengumpan sasaran mereka untuk ke gereja. Antara yang telah menjadi mangsa dimurtadkan, mendedahkan bagaimana mereka 'dipegang' sehingga merasa terhutang budi dan wajib membayar budi para pendakwah itu dengan memeluk Kristian.

Puak Kristian ini beroperasi secara tersusun dengan dana disalurkan dari sebuah pusat pentadbiran yang lengkap. Dengan memanggil diri mereka 'Evangelist' atau pendakwah, menunjukkan yang mereka bermazhab Protestant iaitu mazhab yang paling banyak melalui reformasi dan mempunyai berbagai-bagai versi serta mengambil sikap berbeza dengan mazhab katholik yang mengiktiraf darjat tertinggi Pope, atau mazhab orthodox yang lebih dekat dengan Kristian asal iaitu agama Nasrani.

Salah satu laporan dari laman AsiaOne Singapura bertarikh 27 Jun 2012 mendedahkan beberapa transaksi kewangan yang meragukan yang melibatkan gereja di Kuala Lumpur seperti yang dilaporkan oleh Suruhanjaya Kebajikan negara tersebut:

1. 'Derma' berjumlah S$2.1 juta bagi "Projek Menyeberang" (Crossover) atau lebih tepat memurtadkan – dipindahkan dari Amerika Syarikat ke Gereja City Harvest di Subang Jaya, dalam jangka masa Diseember 2007 – May 2010.

2. 'Derma' ini kemudiannya dipindahkan ke 'akaun pelbagai' juga untuk 'Projek Menyeberang' ini. Dalam bulan April 2007 – Mac 2010 sejumlah lebih kurang S$600,00 dan USD3 juta masing-masing digunakan untuk perbelanjaan En. Kong Hee dan isterinya Ho Yeow Sun yang mana kebanyakan ahli gereja tidak tahu menahu mengenainya.

3. 'Derma' untuk dana pembinaan gereja berjumlah S$600,000 dipindahkan ke akaun pelbagai untuk projek yang sama.

DAP telah terbukti merupakan antara anggota penting yang memberikan naungan kepada puak evangelists ini yang berpusat di Subang Jaya.

Pemimpin DAP, antaranya, Hannah Yeoh didedahkan telah menyumbang dana dari DUNnya kepada beberapa pertubuhan Kristian antaranya RM3,000 – Kingdom Christian Fellowship Bhd pada 13 Oct 2011, RM2,500 – Subang Jaya Assembly of God pada 12 May 2011, RM5,000 – Evangelical Free Church Gospel Centre pada 17 Jan 2012 dan RM5,000 - Pusat Subang Jaya Pastors Fellowship pada 2010.

Apabila kes murtad pertama kali menjadi heboh, Datuk Dr. Hasan Ali dan Nasharuddin Mat Isa antara yang paling lantang menyuarakan kebimbangan dengan kegiatan gereja di Subang Jaya. Pemimpin-pemimpin DAP termasuk di peringkat atasan pantas turun membela dan memberi sokongan kepada gereja hampir dalam kadar segera.


Tidak lama kemudian, kita menyaksikan bagaimana Hasan Ali dipecat dari PAS dan 'bintang' Nasharuddin juga merudum.

Pendedahan lanjut dibuat oleh beberapa blog mengenai ikrar yang dibuat oleh DAP di dalam sebuah majlis yang menampilkan tokoh-tokoh Kristian di rantau ini, untuk menjadikan Malaysia sebagai negara Kristian. Ikrar tersebut dilihat konsisten dengan desakan Lim Guan Eng dalam perutusan Krismasnya untuk meneruskan perjuangan menggunakan kalimah Allah dalam kitab Kristian.

Jelas, bahawa agenda Kristianisasi dengan isu Injil berbahasa Malaysia serta penggunaan kalimah Allah di dalam risalah dan kitab agama Kristian, kes murtad, hubungan pemimpin DAP dengan gereja serta perutusan Krismas Guan Eng adalah isu yang berkait dan berangkai.

Ini bermakna, ia bukan satu paranoia umat Islam UMNO yang tidak berasas tetapi sahih sehinggakan para blogger bukan Islam dan bukan Kristian juga turut menghidunya. Yang tidak berasas dalam isu ini hanyalah tindakan umat Islam di dalam PAS menyokong, membela dan berdegil untuk terus bekerjasama dengan puak evangelists, bergandingan tangan menuju ke Putrajaya dan duduk bersebelahan di singgahsana.

Atas bantuan PAS inilah maka agenda Kristianisasi DAP nampaknya hampir berjaya

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Masjid Kg Expo terus jadi pentas politik PAS

Jawatan kuasa masjid Kg Expo yang baru telah pun diumumkan beberapa minggu lalu berkuat kuasa dari Julai 2012 hingga 2015.

Penghulu Azam kaki tangan awam adalah pengurusi dan bekas pengerusi Jkkk Kg Expo Hj Zakaria juga turut terpilih sebagai AJK. Beberapa AJK lama kekal dan mereka adalah hard core PAS totok.

Sejak kena balun oleh taipingmali berikutan khatib mengubah teks khutbah mengikut cita rasa parti kini nampak sudah okay.

Setiap kali khutbah mereka membaca teks yang disedia, kalau mereka ubah sikit mungkin ada tetapi tidaklah seteruk dahulu.

Cuma pada kuliah subuh, magrib dan tazkirah sebelum khutbah Jumaat masih lagi bercirikan politik.

Hari ini giliran Ustaz Ridhwan dari Taiping hadir untuk memberi ceramah politik berkenaan penggunaan kalimah Allah dan lain-lain isu semasa dan bercirikan persepsi parti Pas.

Bayangkan ustaz Ridhwan terpaksa tinggalkan kairiahnya di Masjid Daerah Taiping semata-mata untuk bertazkirah di Kamunting.

Penghulu Azam selaku pengerusi hendaklah berusaha agar masjid ini tidak menjadi agenda politik mana-mana parti termasuk dari BN juga.

Isu AJK Masjid menuduh Umno curi lembu dan Pas balun dua ekor lembu Umno masih belum reda lagi. Jangan lah sampai ada report polis lagi berkenaan aktiviti kurang sihat ini.

Tak cukup dengan itu Pak Mat Kastam mengumumkan supaya jemaah menghulurkan derme fisabilillah dengan membentangkan sejadah di tengah-tengah masjid dan tabung kutipan masjid dihentikan hari ini, jika tidak kita akan diganggu dengan bunyi roda peti kutipan tabung masjid yang bergerak dari kiri ke kanan depan ke belakang.

Untuk maklumat khalayak, masjid ini telah dibina semasa Pak Lah menjadi PM dan ketika itu AJK Surau diri jumaat yang terdiri dari orang Pas telah buat solat hajat supaya kerajaan tidak membina masjid baru.

Ini kerana mereka takut jika masjid siap ia ditadbir oleh ajk baru yang tidak ada orang Pas seekor pun.

Akan tetapi dengan bantuan pejabat penghulu Taiping, pejabat agama kesemua Ajk masjid baru seolah-olah dirampas oleh Pas kembali.

Dan pada PRK Bukit Gantang, masjid ini menjadi markaz kepada jentera parti Pas yang datang dari jauh.

Khutbah hari ini, khatib menyeru agar muslimin dan muslimat mencintai masjid dan memenuhi masjid setiap waktu.

Hakikatnya AJK pernah menghalau jemaah yang tidak sebulu dengan mereka padahal individu itu adalah orang yang bertanggungjawab dalam pembinaan awal surau.

Hari ini ramai anak kairiah berjemaah di masjid lain kerana meluat dengan sikap Pas. Mereka enggan beriman dengan imam-imam Pas yang fasik, lain buat,lain cakap.

Yang ramai memenuhi masjid ini ialah orang luar yang melintas beberapa masjid lain semata-mata untuk memeriahkan jenama Pas.

Sikap buruk Pas juga berlaku di sebuah masjid di Jalan Langgar Alor Star Kedah. Kalau ke Langgar masjid yang tersergam indah berada di sebelah kanan. Masjid ini dibina dan diwakafkan oleh seorang Guru Besar sekolah rendah. Apa yang terjadi ialah Pas Alor Star telah masuk daun dan mengambil alih masjid tersebut dan lebih buruk lagi mereka menuduh guru besar tersebut makan duit dan mereka mengharamkan guru tersebut memijakkan kaki ke masjid yang dibangunkan dengan titik peluh beliau.

Oleh itu apa nak dihairankan dengan isu kutipan derma Memali yang diselewengkan oleh pemimpin mereka sendiri. Nak tahu lebih lanjut isu songglap duit Memali bacalah buku Air Mata Memali tulisan Cikgu Non.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Cikgu Cikge Jangan cari pasal esok

Guru dan pelajar sekolah diberi amaran supaya tidak sertai perhimpunan anjuran pembangkang di ibu negara esok - Puad Zakarshi
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Jangan babitkan kanak-kanak

Ibu bapa yg bawa anak sertai perhimpunan boleh dikenakan tindakan undang-undang di bawah Akta Kanak-Kanak 2001
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Menipu dan menagih simpati

Modes operandi nya ialah datang ke masjid kononnya untuk memeluk agama islam dan mengumpul derma cara mudah. Mendapat simpati penduduk kairiah masjid. Maklumat dari SIM Group
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Awas ustaz dan guru J-Qaf perkhidmatan kamu akan ditamatkan

Kedudukan 52 ribu guru-guru agama di sekolah kerajaan kemungkinan besar akan hilang jawatan sekiranya pembangkang memerintah.

Hari ini cubaan secularism telah pun mendesak kerajaan agar agama Islam tidak diajar di sekolah.

Kata mereka hak untuk mengajar agama adalah hak ibu bapa. Kerajaan tidak sepatutnya membazirkan banyak wang untuk agama islam sahaja. Ini tidak adil untuk agama lain. Jika nak adil guru-guru agama lain hendaklah diberi peluang untuk mengajar agama mereka dan kerajaan wajib membayar gaji mereka.

Lihat, mula-mula nak hapus islam tetapi dalam masa yang sama mahukan agama lain diajar di sekolah.

Hari ini LGE telah bijak dalam usaha mengaburi mata orang Melayu Pulau Pinang dengan memberi peruntukan yang besar kepada majlis Islam Pulau Pinang.

Kita tidak akan lupa bagaimana dia mempertikai peruntukan yang besar kerajaan dalam membina masjid dan cadangan beliau agar kalimah Allah dibenarkan untuk digunakan dalam kitab bible bahasa Melayu.

Akan datang segala kemudahan akan ditarik balik. Untuk membina masjid kita kena usaha sendiri seperti di negara jiran. Guru agama kena cari sendiri.

Dalam majils rasmi kerajaan dan sekolah tidak akan ada lagi bacaan doa.

Bersambung/....
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Khamis, 10 Januari 2013

Himpunan Kabangkitan Rakyat-12Jan2013-UNTUK SOKONG KISAH CINTA ANWAR SHAMSIDAR

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Shamsidar Perlu Diselamatkan

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Himpunan Kebangkitan Rakyat.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Kristian Boleh Guna Kalimah Allah Yang Bodoh Jahil menentang

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

HKR: Himpunan Untuk Sokong Kristian Guna Kalimah Allah Dalam Bible

Ini adalah kali kedua dalam tempoh lebih dua tahun, PAS sebagai wakil parti Islam dalam PR telahpun bersetuju untuk terus tunduk taat pada tuntutan DAP dan penganut Kristian yang mahu menggunakan kalimah Allah dalam kitab Bible versi Bahasa Melayu.

DAP berhak berasa bangga, begitu juga para paderi dan gereja Kristian juga berhak untuk berasa lega dek kerana usaha dakyah mereka mahu menodai kalimah Allah s.w.t melalui PR hanya menerima sedikit saja tentangan dari PAS.

Untuk itu, wajarlah Himpunan Menyokong Gadaian Kalimah Allah atau lebih dikenali sebagai Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) di Stadium Merdeka Sabtu nanti menjadi platform rasmi bagi PR bagi meraikan kejayaan menodai kesucian kalimah Allah s.w.t.

Himpunan yang mensasarkan kehadiran sejuta orang peserta ini sudah pun mendapat kebenaran pihak pengurusan Stadium Merdeka. Entah bagaimana para pemimpin PR mahu menyumbat keseluruhan 1,000,000 orang manusia ke dalam stadium yang hanya mampu memuatkan 30,000 orang sahaja, sukar untuk difikirkan.

Mungkin mereka akan menggunakan kaedah mantik ala tin sardin, biar padat bertindih depan belakang atas dan bawah, seandainya ada yang mati sesak nafas atau panik, itu belakang kira, yang utamanya sejuta manusia mesti disumbat masuk ke dalam stadium tersebut.

Dalam pada itu, sebelum ini Timbalan Mursyidul Am PAS, Ustaz Haron Din pernah menyatakan adalah kufur jika orang Islam menyokong kalimah Allah digunakan oleh Kristian, namun pendirian itu tidak berbekas pun di hati sebahagian pemimpin dan penyokong PAS.

Ustaz Haron Din, pakar jampi serapah yang suatu ketika dulu diangkat melambung oleh pemimpin dan penyokong PAS sebagai ulama terulung yang paling disegani pun tak diendah pandangannya, apa lagilah bangkangan dari ustaz cabuk seperti Tuan Ibrahim Tuan Man dan Ketua Dewan Ulama PAS, Harun Taib.

Paling penting, Presiden PAS, Abdul Hadi Awang sudah kecut telurnya digenggam geng Anwarinas dan Mursyidul Am PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat yang pernah dianggap sebagai nabi baru oleh ustaz kebudak-budakan pro PAS pun telah bersetuju.

Dengan bermodalkan alasan ia membuka ruang dakwah kepada orang bukan Islam sudah cukup utuh bagi PAS bersetuju dengan dasar PR membenarkan orang Kristian menggunapakai kalimah suci Allah s.w.t.

Padahal, hakikatnya sepanjang PAS bersama DAP dan PKR, fakta menunjukkan PAS yang terlebih-lebih kencang dengan hasutan dakyah Kristian dan pluralisme yang sudah lama sebati dalam DAP & PKR.

Soal mudarat yang meluas hasil dari kesanggupan PAS menggadaikan kalimah Allah s.w.t dan kesan dari penggadaian kalimah Allah s.w.t bakal menyebabkan kebesaran Allah s.w.t kelihatan setaraf dengan konsep ketuhanan trinity Kristian, pada pandangan PAS itu hanya soal remeh temeh.

Begitu juga perihal setiap tahun hampir dua juta orang Islam di Indonesia menukar agamanya kepada kepercayaan Allah itu Jesus gara-gara kitab Bible versi Bahasa Indonesia juga bukannya satu keutamaan untuk PAS fikirkan.

Yang terpenting sekarang PAS sudah nekad untuk bersama-sama DAP dan PKR bagi menjayakan agenda liberalisme dan pluralisme, dengan demikian kesungguhan untuk menjayakan Himpunan Menyokong Gadaian Kalimah Allah hujung minggu nanti amatlah dituntut dari para penyokong PR beragama Islam.

Ayuh semua, Sabtu nanti jangan lupa. Bawa segala anak pinak, pak menakan kaum keluarga, sama-sama kita jayakan Himpunan Menyokong Gadaian Kalimah Allah demi membuktikan kebenaran slogan PAS Untuk Semua.

Itu pun kalau anda sanggup dan redha kesucian kalimah Allah s.w.t terus dinodai, serta agama Islam dan akidah umatnya diperkotak katikkan oleh PKR dan DAP yang wataknya menyamai perangai Yahudi dan Nasrani.

Jika tidak demikian, penuhi saja waktu hujung minggu bersama keluarga, nescaya selamatlah kita dari dipalit kemurkaan Allah Yang Maha Esa.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Kalimah Allah: Guan Eng Tepuk Tangan Pemimpin PAS Bertelagah

Kebelakangan ini Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dikhabarkan kerap tersenyum dan kelihatan gah bangga tak terkata bila mana pegawai atau rakan-rakan pemimpin parti berborak cerita mengenai isu kalimah Allah s.w.t.

Daripada wajah keruh mencuka gara-gara serabut memikirkan tentangan dalaman berikutan pemilihan jawatan CEC tempohari yang tiba-tiba menjadi pertunjukan magik ala David Corperfield, terus sahaja terukir senyum dibibirnya.

Memang layaklah untuk Guan Eng tersenyum bangga, hatta kalau Guan Eng sambil tidur malam tiba-tiba mengigau bertepuk tangan dengan air liur basi meleleh pun, tak usahlah ada yang terasa pelik bin ajaib.

Bukankah dek kerana keberaniannya semasa menyampaikan ucapan Kristmas akhir tahun 2012 itulah anak lelaki kesayangan Penasihat DAP itu telah membuktikan kepimpinannya mempunyai keupayaan untuk kekal menjadi abang besar kepada balaci setianya, iaitu PAS.

Dalam ucapan Kristmas itu, Guan Eng tanpa berselindung mengulangi tuntutan supaya kalimah Allah s.w.t dibenarkan untuk kegunaan Bible versi Bahasa Melayu bagi menggantikan perkataan God yang selama ini sering diguna pakai dalam Bible Bahasa Inggeris.

Lebih manis lagi bagi Guan Eng dan DAP, dek kerana isu kalimah Allah s.w.t itulah juga menyebabkan kepimpinan PAS terpaksa bertelagah sesama sendiri. Pertentangan terbuka ini menyebabkan ramai ahli dan penyokong PAS keliru dan termanggu sendirian.

Mereka resah mana satu puak yang mahu didukung dan disokong dengan penuh wala dan mana satu yang wajib menjadi prioritinya - pilihan yang dikira sukar bagi mereka, antara mendahulukan kebenaran agama ataupun mengutamakan kepentingan politik kepartian.

Timbalan Mursyidul Am PAS, Ustaz Haron Din, Ketua Penerangan PAS Pusat, Tuan Ibrahim Tuan Man, Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Ustaz Harun Taib serta tidak ketinggalan ialah Setiausaha Agung PAS, Mustafa Ali tegas dengan pandangan kalimah suci Allah s.w.t hanya milik Islam.

Pandangan mereka benar kerana sekalipun di beberapa sudut bumi ini ada wilayah yang penduduknya beragama Kristian menggunakan perkataan Allah bagi merujuk kepada Tuhan Jesus, namun hakikatnya Allah s.w.t Yang Maha Esa sama sekali tidak boleh disamatarafkan dengan konsep ketuhanan triniti dalam Kristian.

Dalam Kristian penganutnya beriktikad yakin adanya Tuhan Jesus, Tuhan Bapa dan Roh Kudus. Sedangkan, Allah s.w.t hanya satu, Dia yang berkuasa mencipta manusia dan alam semesta, akan tetapi bila dibiarkan kalimah Allah tergadai kepada agama lain khususnya Kristian, bermakna ia seperti meredhakan perbuatan menyekutukan Allah s.w.t.

Manakala dipihak yang satu lagi yang lebih liberal dan menguasai tampuk kepimpinan dan dasar PAS pula tetap dengan pendirian songsang mereka mahukan kalimah Allah s.w.t dibiarkan tergadai kesuciannya demi keutamaan mengejar undi masyarakat Kristian.

Pemimpin PAS yang termasuk dalam golongan liberal yang terkenal dengan gelaran Anwarinas, Erdorgan dan Parasit ini diketuai oleh Mursyidul Am PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat manakala penggerak aktifnya ialah Ahli Parlimen PAS Shah Alam, Khalid Samad yang didukung oleh majoriti pemimpin PAS di peringkat Pusat dan Negeri.

Selepas lebih kurang seminggu bertelagah sambil bersandiwara, akhirnya keputusan yang dicapai selepas Mesyuarat Pimpinan Tertinggi PR seperti dijangkakan ramai, kemenangan memihak kepada puak liberal. Muktamad sudah untuk kali kedua yang dasar PAS bersama PR kini ialah untuk menjayakan proses menggadaikan kesucian kalimah Allah s.w.t dan akidah ummah.

Maka terus tersengihlah Guan Eng sambil bertepuk tangan dengan senang hatinya kerana hasil usahanya, DAP dan Gereja Kristian semakin melebarkan pengaruh dalam PR termasuklah meneruskan tradisi membalacikan PAS untuk entah ke berapa puluh kalinya.

Simbolik untuk meraikan kejayaan itu pula membawa kepada acara kemuncak Himpunan Kebangkitan Rakyat atau lebih tepat lagi Himpunan Menyokong Gadaian Kalimah Allah di Stadium Merdeka hujung minggu nanti. Tika itu Guan Eng akan lagi kerap bertepuk tangan bersama pimpinan DAP dan PKR yang lain.

Tiada lagi masalah untuk DAP meneruskan agenda mengacau bilau kesucian agama Islam serta akidah penganutnya kerana selagi sebahagian besar kepimpinan PAS Pusat dalam genggaman puak liberal Anwarinas, selagi itulah DAP kekal sebagai abang besar kepada PAS.

Tinggal lagi sekarang, DAP bersama PR serta dengan gandingan mantap dari pimpinan PAS hanya perlu fokus untuk memenangi PRU 13 bagi merealisasikan kalimah Allah s.w.t benar-benar termaktub dalam kitab Bible versi Bahasa Melayu.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Permohonan rebat telefon

121,000 orang belia telah mendaftar setakat malam tadi untuk mendapatkan rebat RM200 PKB bagi pembelian telefon pintar/ Sharil Tarmizi
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Identiti penjenayah didedah

Polis sahkan dua suspek ditembak mati di Padang Ibu, Bukit Mertajam ialah Joe Mafia atau nama sebenar Mohd Fairuz Adam dan Mohd Noor Mustaffa atau Boy.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Jika pluralism bertapak di Malaysia

Andainya kalimah Allah dipersetujui oleh Anwar Ibrahim, Nik Aziz dan Hadi Awang maka bersedialah kita untuk menjadi seperti negara jiran kita. Rumah Allah bersalib akan menjadi pemandangan biasa satu hari nanti jika puak-puak pembangkang memerintah.

Bukan itu sahaja, di semua stesen tv dan radio juga akan ada program agama seperti di negara jiran.

Akan ada usaha untuk membenarkan warrant kerajaan digunakan untuk membayar gaji guru-guru agama dari agama lain disekolah-sekolah kerajaan.

Satu ketika dahulu YB Datuk Zulkifli Nordin telah mendedahkan bahawa kanak-kanak melayu diberikan komik-komik atau majalah kristian yang menggunakan kalimah Allah.

Kini bible atau al-kitab bahasa melayu pula akan menggunakan kalimah Allah akan diedar ke Kedah dan Kelantan.

2 wakil rakyat Pkr dan Pas. MP Shah Alam, MP Kuala Selangor dalam Dewan Rakyat telah menyokong penggunaan kalimah Allah.

Nurul Izzah pula dalam islamic state forum mahukan orang melayu bebas menganut sebarang agama yang mereka pilih.

Oleh itu marilah kita tolak individu yang bernama Anwar Ibrahim Dajal yang akan merosakkan bangsa melayu.

Bersambung/....
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

2 mati ditembak

Polis menembak mati dua daripada tujuh suspek yang meloloskan diri daripada tahanan Isnin lalu di Kampung Pelet, Bukit Mertajam sebentar tadi.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Bila Dap Laknat tawar RM 1000 untuk pisau

Blogger Pisau bolehlah diibaratkan sebagai seorang pejuang tanah air yang keras menentang pentadbiran zalim, kejam, pembohong melalui penulisannya.

Pisau tidak mengangkat senjata seperti pedang, busar dan senjata api, cukup dengan penulisannya sahaja.

Sepanjang 5 tahun berjuang, Pisau telah banyak kali menggemparkan negara pelbagai pendedahan mengenai pembohongan pentadbiran kerajaan negeri dengan bukti yang lengkap.

Antara pendedahannya yang top ialah pemberian bantuan wang kepada warga miskin yang mana punca atau sumber kewangan adalah daripada wang perjudian lumba kuda. Mendedahkan kenyataan Mat Sabu yang memuji komunis Mat Indera yang menyerang balai polis Bukit Kepong Muar Johor.

Boleh dikatakan Pisau seorang pejuang yang berjaya mendedahkan panau, sengkela, pekong dan kayap musuh.

Soalnya, siapa individu bernama Pisau. Musuhnya telah menawarkan hadiah RM 1000 kepada siapa yang berjaya mendedahkan maklumat beliau.

Murahnya nilai Pisau, musuh sengaja meletakkan seribu ringgit hanyalah untuk menunjukkan betapa rendahnya nilai diri Pisau. Kenapa tidak meletakkan angka 1 juta ringgit?

Pisau sebenarnya ada dimana-mana, di dalam pejabat Ketua Menteri ada dia, di sekeling Komtar ada dia, dalam setiap program Dap, Pas dan Pkr ada dia, Dia terlalu dekat dengan musuh-musuhnya. Malah mungkin bergesel bahu setiap hari.

Pisau melihat setiap langkah musuh, Pisau ada dimana-mana secara halimunan. Tak perlu buat tawaran seribu atau sejuta.

Akan tetapi pelik bin ajaib, kenapa sebuah kerajaan sanggup membuat tawaran sedemikian rupa. Kenapa tidak buat laporan polis dan arahkan mereka menangkap Pisau. Kenapa gangsters yang mengawal pergerakan taico-tai gagal mengesan Pisau.

Sebenarnya Taico-tai takut apa yang terjadi pada Anwar Ibrahim berlaku pada dirinya. Anwar dahulu semasa kes penyalahgunakan kuasa dahulu (1997) telah melakukan kesilapan besar apabila mengarahkan polis membuat siasatan salah laku seks terhadap satu pendedahan. Anwar mahukan individu yang menfitnah ditangkap.

Akan tetapi setelah siasatan dilakukan hasilnya ialah tuduhan itu mempunyai prima facie. Anwar mahukan siasatan dihentikan tetapi malangnya ia tidak menjadi.

Dek kerana Tan Seri Musa Hasan adik kepada Dato Fuad Hasan maka Anwar mahukan Fuad campurtangan agar siasatan dihentikan.

Apa kata Musa? " Jika abang ganggu saya abang akan ke dalam".

Inilah yang menakutkan Khalifah Umar al Pas. Penawaran ganjaran 1000 juga boleh juga disamakan dengan peristiwa zaman penjajah.

Dol Said, Mat Kilau, Tok Gajah, Tok Janggut semuanya ada ganjaran oleh penjajah. Sekarang sejarah berulang lagi.

RM 1000 juga melambangkan betapa rendahnya diri orang kita di mata penjajah.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Rabu, 9 Januari 2013

Kuasa Karpet Terbang Deepak - Tay Tian Yan

Penulis tidak pasti sama ada Deepak Jaikishan ini seorang penjual karpet, ataupun ahli perniagaan yang menggunakan karpet terbang.

Pada dasarnya, Deepak hanyalah seorang saudagar karpet, mengimport dan memperdagangkan karpet dari Timur Tengah, sesuatu yang jarang kita lihat di negara ini.

Namun, Deepak mempunyai pengalaman yang jarang dimiliki oleh orang lain hinggakan dia mampu menjadi saudagar karpet yang terkenal dalam perniagaannya.
Deepak mengakui bahawa dia terlibat dalam kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu, dan telah menyebabkan penyiasat persendirian, P. Balasubramaniam mengeluarkan akuan bersumpah kedua dan mengabaikan akuan bersumpah yang pertama. Namun selepas itu, tiada siapa yang tahu di mana Bala berada sekarang.

Deepak juga mengakui bahawa dia suka akan hubungannya dengan pemimpin-pemimpin negara. Dia kemudiannya menyatakan hasratnya untuk menerbitkan sebuah buku untuk mendedahkan beberapa rahsia yang serius. Deepak kemudiannya menerbitkan buku digital yang dikenali sebagai "Black Rose".

E-book tersebut bagaimanapun tidak menceritakan sebarang perkara yang menarik seperti yang dijangkakan, mungkin kerana Deepak bukanlah seorang penulis yang hebat. Sebaliknya, Deepak hanya menceritakan perkara yang hanya menutup isu-isu yang mungkin akan menjadi perhatian rakyat tidak lama lagi.

Usaha Deepak bagaimanapun, tidaklah sia-sia. Selain daripada mampu menjadi seorang selebriti dalam masa yang singkat, Deepak juga mula mendapat perhatian media pada penghujung tahun 2012.

Setiap langkah yang diambil oleh Deepak kelihatan seperti telah dirancang. Setelah mengupas isu yang pertama, Deepak mula menyembunyikan diri, menunggu untuk isu tersebut mula tersebar, setelah beberapa lama, Deepak kemudiannya keluar dari tapak persembunyian untuk mengupas satu lagi isu, untuk mendapatkan lebih perhatian.
Itulah kaedah yang digunakan oleh saudagar karpet ini untuk mendapatkan perhatian media, termasuk media online yang sanggup memberikan kerjasama penuh kepada Deepak.

Tidak cukup dengan semua itu, Deepak berjaya mengumpan perhatian daripada pihak pembangkang, yang kemudiannya mula menjejaki Deepak untuk mendapatkan lebih banyak maklumat. Dan seperti yang dijangkakan, Deepak juga berjaya menggunakan pihak pembangkang.
Persoalannya di sini, mengapa Deepak tiba-tiba muncul? Deepak sememangnya tidak menjual sebarang karpet dalam isu ini.

Deepak adalah rakan perniagaan kepada Ketua Wanita UMNO Selangor, Raja Ropiaah, dimana Awan Megah telah mendapat perjanjian penswastaan bersama Kementerian Pertahanan untuk membina sebuah pusat penyelidikan di Putrajaya dalam pertukaran untuk plot tanah seluas 200 ekar Mindef di Klang.

Untuk itu, Deepak telah mendapat perjanjian bersama Ropiaah untuk membangunkan pusat penyelidikan tersebut dibawah syarikatnya, Astacanggih.

Setelah perjanjian tersebut tidak berjalan seperti yang dirancang, Awan Megah tidak memberikan projek pembangunan tersebut kepada Astacanggih, sebaliknya, menjual tanah tersebut kepada Boustead Berhad, pemegang saham terbesar Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).

Deepak mengancam untuk membawa perkara tersebut ke mahkamah dengan menyaman Ropiaah dan syarikatnya kerana melanggar kontrak, dan membuat beberapa pendedahan politik pada masa yang sama.
Kini penulis tahu bahawa kuasa karpet terbang tersebut datangnya dari gabungan perniagaan dan politik. Boustead telah ditawarkan untuk menawarkan penyelesaian dengan membayar RM130 juta kepada Awan Megah dan RM30 juta untuk mendapatkan 80% saham dari syarikat Deepak, Astacanggih.

Jika ketiga-tiga pihak bersetuju dengan perkara tersebut, Deepak tidak mungkin akan membuat sebarang pendedahan. Penulis tidak pasti samada Deepak berjaya mencapai matlamatnya atau tidak dengan bantuan dari pihak media dan pembangkang.

Rakyat pasti tertanya-tanya tentang di manakah pusat penyelidikan Mindef yang dikatakan dalam perjanjian tersebut? Siapa yang akan membangunkan projek tersebut? Siapa yang akan mengeluarkan dana untuk projek itu?

Sejak bilakah program penswastaan yang diperkenalkan oleh kerajaan telah dimanipulasikan oleh ahli perniagaan yang menggunakan karpet terbang untuk menjalankan perniagaan, sering menyorok disebalik kegelapan malam?

Ini adalah masa untuk mendapatkan kebenaran dari isu ini.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Himpunan 12 Januari untuk Halalkan Penzinaan Anwar-Shamsidar

12 Januari ini merupakan tarikh penting bagi Pakatan Rakyat di mana mereka akan mengadakan Himpunan Kebangkitan Rakyat iaitu kesinambungan dan kemuncak usaha terdesak mereka untuk menghuru-harakan Malaysia menjelang pilihanraya ke-13. Memandangkan beberapa himpunan tajaan mereka akhir-akhir ini menunjukkan kemesorotan yang ketara dari jumlah peserta, maka himpunan ini diharap mampu menyemarakkan kembali semangat penyokong mereka yang semakin malap.

Namun, pada hari yang sama, kedengaran satu lagi perhimpunan yang juga dianjurkan oleh pembangkang. Himpunan ini dinamakan Himpunan Shamsidar, iaitu isteri kepada Azmin Ali yang juga merupakan watak utama dalam Kes Liwat 1 Anwar Ibrahim. Beliau didakwa menjadi kekasih gelap Anwar, di mana hubungan mereka juga disyaki telah menghasilkan seorang anak luar nikah. Apa yang membuatkan kita mengucap panjang, ternganga terkejut dan menggeleng-gelengkan kepala kehairanan ialah hubungan tersebut dikatakan berlaku atas restu Azmin.
Semua kisah ini terakam kemas dalam dokuman perbicaraan serta masih terus menjadi bahan perbincangan politik semasa. Selama itu juga, tiada sebarang usaha bersungguh-sungguh dari mana-mana pihak untuk membersihkan nama Shamsidar. Namanya terus membusuk, sama busuk dengan nama Anwar dan juga Azmin.

Kemuncaknya ialah kenyataan akhbar oleh Nallakaruppan iaitu bekas sahabat Anwar merangkap bapa ayam kepada Shamsidar, yang bertajuk "Nallakaruppan tuduh Anwar biseksual".

Setelah tidak tahan didesak dan dicabar agar membuktikan tuduhan Nalla tidak benar, Anwar akhirnya memfailkan saman fitnah terhadap Nallakaruppan serta syarikat penerbitan, Utusan Melayu (M) Bhd. yang menyiarkannya. Akibatnya, kes tersebut kini bakal dibicarakan dalam beberapa hari sahaja lagi di mana Anwar akan terpaksa berhadapan beberapa saksi, yang kebanyakannya merupakan mereka yang dinamakan sebagai pasangan seksualnya - termasuklah Shamsidar. Terlambat menyedari yang beliau telah masuk perangkap, Anwar cuba memohon agar nama-nama mereka ini digugurkan dari senarai saksi. Namun, permohonan Anwar gagal.

Oleh itu, Himpunan Shamsidar pada 12 Januari ini dilihat sebagai usaha terdesak Anwar untuk memastikan Shamsidar tidak menjadi saksi. Ia juga boleh dilihat sebagai langkah pertama ke arah membersihkan nama Shamsidar. Apapun, yang jelas dapat dilihat ialah Anwar panik dan tidak berani berhadapan dengan Shamsidar serta saksi-saksi lain.

Sedangkan, logiknya, jika beliau tidak bersalah, kenapa perlu meminta nama-nama mereka digugurkan? Bukankah kemunculan mereka sepatutnya menggembirakan Anwar kerana beliau berpeluang membuktikan yang beliau bukan biseksual seperti didakwa Nallakaruppan?

Walaubagaimanapun, pembangkang menuduh bahawa himpunan ini hanyalah satu propaganda bodoh Barisan Nasional. Apatah lagi dengan pertindihan tarikh yang sama dengan Himpunan Kebangkitan Rakyat yang berskala mega, maka tentulah tidak logik mengadakan Himpunan Shamsidar di hari yang sama, kerana ia tidak mungkin berjaya mendapat impak yang diharapkan.

Nampaknya, penyokong pembangkang telah terlepas pandang akan strategi pemimpin-pemimpin mereka sendiri. Bukankah BERSIH sebelum ini juga menghimpunkan Himpunan Hijau bersama-sama kerana bimbang tidak mampu mencapai sasaran jumlah peserta? Bukankah pembangkang gemar berhimpun di tempat yang sedia terdapat ramai orang seperti di masjid selepas solat Jumaat?

Maka, strategi yang sama juga dapat dilihat dalam Himpunan Shamsidar ini iaitu bergabung dengan Himpunan Kebangkitan Rakyat agar kedua-dua himpunan dilihat mempunyai jumlah penyertaan yang cukup ramai.

Justeru, tidak perlulah penyokong pembangkang mempersoalkan sama ada Himpunan tersebut adalah sesuatu yang benar atau hanya propaganda. Adalah lebih baik jika mereka mempersoalkan kenapakah Anwar tidak mahu Shamsidar menjadi saksi?
Kita pasti, penyokong pembangkang mampu meneka jawapannya iaitu, kerana segala-gala yang dituduh terhadap Shamsidar dan Anwar, adalah benar belaka.

Himpunan menyelamatkan Shamsidar ini sebenarnya adalah himpunan untuk menghalalkan penzinaan antara isteri orang dan suami orang lain. Himpunan Shamsidar adalah himpunan untuk menutup kes paling terkutuk, lebih-lebih lagi apabila ia melibatkan ahli politik yang membawa imej Islamik dan bercita-cita untuk menjadi Perdana Menteri di sebuah negara Islam.

Oleh itu, sama ada Himpunan Shamsidar ini satu propaganda atau tidak, kita sama-sama fikirlah sendiri….

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Pluralism mula bertapak di Malaysia

Perlembagaan Persekutuan sudah jelas, melarang sebarang usaha mengembangkan agama lain kepada orang Melayu. Dalam perlembagaan jelas menerangkan bahawa orang Melayu adalah beragama Islam.

Bab atau fasal agama diletakkan dimukasurat paling hadapan dalam buku kecil perlembagaan.

Bagaimanapun pada PRU 11 dan PRU 12, PAS dalam kempen mereka meraih undi Melayu ialah menuduh perlembagaan persekutuan kita pakai menggalakkan anak-anak kita memilih agama sendiri apabila berusia 18 tahun. Umno dituduh cuba mengkafirkan anak-anak kita. Maka ramailah pakcik dan makcik terpedaya dengan kata-kata tok guru Pas dalam kuliah magrib.

Ramai yang membenci Umno dan ramai yang mendaftar menjadi ahli Pas kerana menerima bulat-bulat kenyataan Pas.

Padahal semuanya tidak benar, kebebasan memilih agama adalah untuk kaum lain. Orang Pas yang tahu bab ini sengaja mendiamkan diri kerana kepentingan politik. Kesian orang kampung yang tak pernah buka dan baca perlembagan persekutuan. Ini termasuklah Ali Setan (Azmir Mustafa) dalam ceramah di Kampung Melayu Subang telah menuduh Kerajaan menggunakan perlembagaan kafir, Lor Reid, guna undang-undang British.

Kini Allah bayar cash kepada Pas. Semalam dalam mesyuarat khas pakatan beruk yang diketuai oleh al-jub, Hadi dan Nik Aziz telah bersetuju Kalimah Allah digunakan dalam al-Kitab Bible bahasa melayu. Demi politik Pas sekali lagi menjualkan agama kepada orang lain.

Tidak lama lagi semua gereja yang ada di Malaysia akan sama seperti mana di Indonesia. Mungkin anak cucu Nik Aziz, Anwar dan Hadi boleh berkahwin dengan ahli alkitab dan memilih untuk bersembahyang di rumah Allah dengan dendangan lagu-lagu Haleluyah.

Akan ada suami beragama Islam, isteri Kristian dan anak boleh memilih agama sendiri apabila mencapai usia 18.

Syabas diucapakan kepada DYMM Sultan Selangor yang mengharamkan penggunaan kalimah Allah digunakan dinegeri itu.

Sama-samalah kita tolak pluralism yang dianjurkan oleh Lim Guan Eng Ketua menteri kesayangan Mat Sabu, Hadi Awang, Aishah Sri Kundi Pkr dan ramai lagi.

Hidup Rakyat. Hidup Hidup, hancur hancur hancur kezaliman , TAKE BEER.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Pengikut Pas Kuda Kayu

Zaman kegemilangan Nik Aziz (guru sekolah kemas sama taraf dengan cikgu Non yang di hina Hadi Awang) bila kita tanya orang Pas di kampung-kampung tentang jawatan Perdana Menteri Malaysia jika Pas memerintah, rata-rata akan menjawab 'Tuan Guru Nik Aziz'.

Ini berlaku kerana Pas telah memberhalakan beliau, gambar beliau mesti dilekat disetiap rumah orang Pas, tak cukup dengan gambar, sticker lekat pada kenderaan dijual dan menjadi perkara wajib beli bagi setiap ahli Pas. Tak cukup lagi, Nik Aziz sendiri mempromosikan lencana dirinya sendiri.

TM masih ingat disebuah masjid dalam kuliah magrib, seorang guru agama pro Pas yang makan gaji dengan kerajaan haram (Umnu) telah menuduh Perdana Menteri Najib sekarang sedang memberhalakan 1 Malaysia.

"Gambar 1Malaysia berada dimana-mana saja, ditiang elektrik, telefon, sekolah, pejabat, malah pada pakaian pun dilukis gambar 1Malaysia. Hukumnya apa tuan-tuan? Hukumnya haram."

Itulah orang yang taksub pada Pas, mereka boleh buat apa mereka suka, orang lain tak boleh.

Sekarang orang Pas cerdik sikit, bila ditanya siapa perdana menteri jika Pas memerintah? Jawapannya ialah Hadi Awang.

Jawapan Hadi Awang baru lah betul, ini dok sebut nama Nik Aziz buat apa? Dia bukan pernah bertanding sebagai ahli parlimen. Nik Aziz sebenarnya tak layak dan tak berani bertanding peringkat parlimen kerana dia tahu siapa dirinya. Keupayaan berhujah tiada, berbahas dalam bahasa Inggeris tak boleh. Kalau jadi PM macam mana nak berhadapan dengan negara luar di PBB.

Hari ini 3 nama dalam Pakatan berebut nak jadi PM. Mereka ialah Lim Kit Siang, Anwar Ibrahim dan Hadi Awang.

Depan orang ramai mereka menyokong Anwar Ibrahim, di belakang masing-masing pasang angan-angan sendiri. Pas tipu Dap dan Pkr, Dap tipu Pas dan Pkr, Pkr sapu semua depan belakang sama rata

"Anwar aljubury walli watti" ayat siapa? Jawapannya ialah ayat ciptaan Mat Sabu CRV selepas 4 bulan menang PRU. Bekas pekerja kilang cat ICI yang pemalas, kaki tuang.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

20 Dalil Jadi Agenda Utama Gerakan ‘Jom Tolak Pakatan’ Di Selangor

SHAH ALAM, 8 Jan – Sebanyak 20 Dalil mengapa rakyat harus menolak kerajaan Pakatan di Selangor menjadi agenda utama kepada penubuhan sekretariat `Jom Tolak Pakatan' khususnya di Selangor.

Pengerusi Gerakan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) , Hamidzun Khairuddin berkata realitinya selepas hampir lima tahun Selangor diperintah rejim Pakatan DAP, PKR dan Pas, Selangor dibelenggu dengan pelbagai krisis, polemik, penyelewengan dan masalah yang tidak pernah selesai.

"Kami sebagai rakyat Selangor sudah serik dengan gelagat, perangai putar alam dan berdalih pemimpin regim pakatan ini. Kami sama sekali menolak kerajaan regim pakatan ini.

"Atas kesedaran ini, kami sepakat bersetuju membentuk Sekretariat 'Jom Tolak Pakatan', atas inisiatif untuk melahirkan gelombang menolak DAP, PKR dan Pas. Dengan slogan  'Jom Tolak Pakatan', dengan disertai oleh gabungan NGO dalam negeri Selangor, gerakan ini akan menjalar ke peringkat akar umbi," katanya dalam satu sidang media di sini, hari ini.

Tegas beliau lagi 20 dalil yang menjadi agenda utama kempen 'Jom Tolak Pakatan' ini seperti MANIFESTOGATE di mana pihak pakatan telah gagal menunaikan 31 janji dalam manifesto PRU12 mereka, selain kini berhutang RM2.4 biilion kepada rakyat Selangor.

Selain itu jelas beliau AIRGATE, di masa dalam isu krisis air di Selangor ini, rakyat akan menjadi mangsa, kerana krisis dijangka akan lebih teruk menjelang tahun 2014, tambahan pula Logi Langat 2 bakal dikuburkan kerajaan pakatan yang sombong dan angkuh ini.

"Begitu juga dengan TALAMGATE, pakatan telah gagal, dan kini wujud skandal RM1 bilion semata-mata untuk bailout kroni mereka. Begitu juga dengan PKNSGATE, pihak anak syarikat kerajaan negeri, PKNS telah gagal untuk menyediakan rumah murah untuk rakyat, manakala lima buah aset PKNS kini telah digadaikan.

YAYASANGATE pula jelas beliau di mana asrama Yayasan Selangor di Kampung Pandan akan dirobohkan manakala tanah 20 ekar di Klang milik Yayasan Selangor, dalam senyap-senyap telag dirampas oleh pihak kerajaan negeri.

"Dalil-dalil lain seperti PASIRGATE (skandal RM150 juta pasir Selangor, UNISELGATE (pakatan gagal mentadbir Universiti Selangor, sebaliknya dijadikan medan politik menyemai benih kebencian di kalangan pelajarnya), REPUBLIKGATE (Rancangan menjadikan Selangor negeri Republik), SAMPAHGATE (masalah sampah gagal diuruskan dengan baik, sehinggakan Ronnie Liu mengatakan bahawa rakyat punya masalah sampah), dan beberapa isu lain akan menjadi agenda utama dalam kempen 'Jom Tolak Pakatan' ini," ujarnya lagi. -MediaUMNO


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

KPN Arah Penganjur Patuhi Akta Perhimpunan Aman

KUALA LUMPUR, 8 Jan –  Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar meminta penganjur perhimpunan yang didokong pembangkang di ibu negara Sabtu ini agar mematuhi peraturan Akta Perhimpunan Aman 2012 (Akta 736) bagi menjamin keselamatan dan ketenteraman awam.

Ia adalah antara perkara yang ditekankan Ismail ketika bertemu dengan pihak penganjur perhimpunan selama sejam di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Selasa.

Pihak penganjur diwakili Timbalan Presiden Pas Mohamad Sabu; Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat, N. Surendran; Ahli Parlimen Batu, Tian Chua; Setiausaha Agong Pas Datuk Mustafa Ali; Ketua Dewan Muslimat Pas Pusat Siti Zailah Mohd Yusoff dan Aktivis Hak Asasi Manusia, Maria Chin Abdullah.

Penolong Ketua Urus Setia Ketua Polis Negara (Perhubungan Awam) ACP Ramli Mohamed Yoosuf yang turut serta dalam pertemuan itu memberitahu Bernama, Ismail turut mengingatkan pihak penganjur perhimpunan agar memberi kerjasama kepada polis termasuk mematuhi larangan dalam akta tersebut.

"Seseorang itu melakukan kesalahan jika, bukan warganegara menyertai perhimpunan, menganjurkan perhimpunan di tempat larangan dan dalam jarak 50 meter dari had larangan, menyertai dan menganjur protes jalanan, seseorang bawah umur 21 tahun menganjurkan perhimpunan, kanak-kanak menyertai perhimpunan (bawah 15 tahun), merekrut atau membawa kanak-kanak untuk perhimpunan," katanya.

Ismail turut menegaskan jika sabit kesalahan individu terbabit boleh dikenakan denda antara RM10,000 dan RM20,000.

Bercakap kepada pemberita selepas pertemuan itu, Mohamad atau lebih dikenali sebagai "Mat Sabu" berkata polis sedia menjadi fasilitator pada perhimpunan tersebut yang dicadang ACP diadakan di Stadium Merdeka.

Bagaimanapun katanya, keputusan terakhir lokasi perhimpunan akan ditentukan esok berikutan pihak pemilik bangunan itu belum memberi kata putus mengenai perkara itu.

"Kita akan tunggu sehingga pukul 1 tengah hari esok sama ada dapat menggunakannya ataupun tidak, sekiranya tidak… kita akan mencari alternatif lain," katanya.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Kenapa PAS Bagi Tanah Kepada DAP?

Sehingga saat ini rakyat Kelantan masih bingung dan tercari-cari apa rasionalnya sehingga mendorong Kerajaan PAS Kelantan meluluskan pemilikan tanah pajakan seluas 10,526 ekar di Gua Musang kepada pemimpin Cina DAP dari Perak.

Rakyat pribumi sendiri masih dibelenggu masalah hak milik tanah sekalipun sudah berpuluh tahun membanting tulang meneroka kawasan berkenaan demi sesuap nasi, alih-alih Cina DAP dari luar pula yang sakan meraih laba keuntungan sehingga tahun 2092.

Untuk baki selama 79 tahun lagi dari sekarang hak milik pajakan tanah tersebut terus menjadi milik Pengerusi DAP Perak, Ngeh Koh Ham dan sepupunya Nga Kor Min melalui syarikat swasta Upaya Padu sdn Bhd yang baru mereka ambil alih baru-baru ini.

Soalnya kenapa dan apa jasa pemimpin DAP Perak itu kepada negeri ini sehinggakan keutamaan pajakan tanah yang luas mata memandang itu hanya dinikmati oleh mereka? Sedangkan sekelumit manfaat daripada mereka untuk menambah baik taraf kehidupan rakyat marhaen negeri ini langsung tak kelihatan.

Padahal bukannya tidak ada syarikat berwibawa dan individu usahawan berkaliber yang terdiri daripada anak Melayu Kelantan yang jika diberi peluang seperti itu tentu sahaja akan memanfaatkannya demi kebaikan negeri dan anak watan sendiri.

Kedua-dua pemimpin DAP Perak itu pula bukannya memiliki latar belakang sebagai usahawan genuine yang berjaya, sebaliknya sekadar pemimpin politik.

Kalau pun PAS begitu terhutang budi mahu membalas jasa dek kerana sokongan DAP kepada perlantikan pemimpin PAS Perak, Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak tidak berapa lama dulu, bukan begini caranya.

Cukup-cukuplah beribu ekar tanah di Perak diluluskan hak milik tanah 999 tanah di sana kepada Cina-Cina DAP, buat apa lagi di beri habuan tanah pajakan berpuluh tahun di Kelantan untuk memuaskan nafsu serakah pemimpin DAP pula.

Dengan keluasan 10,526 ekar tanah di Kelantan itu yang hampir menyamai luas Pusat Pentadbiran Kerajaan Pusat di Putrajaya, sekiranya Kerajaan PAS Kelantan mengikut kaedah penganugerahan hak milik tanah mengikut acuan FELDA bermakna sekitar 1,000 buah keluarga bakal beroleh manfaat berupa tanah seluas 10 ekar tiap-tiap keluarga.

Tapi disebabkan kepentingan politik dan dikaburi puncak kuasa yang tidak pasti, akhirnya tanah yang merupakan amanah rakyat itu hanya memberi manfaat kepada beberapa kerat politikus dan kroni pemimpin DAP dalam syarikat itu sahaja.

Lebih menyakitkan hati rakyat bila mana hasil bumi Kelantan berupa kayu kayan balak yang nilainya berjuta-juta ringgit terus mengalir ke tangan orang lain. Bagaikan mengulangi sejarah air mata rakyat di awal dekad 1960-an dan 1970-an dulu di mana hasil bumi negeri di lebih 300,000 ekar tanah menjadi habuan sebuah syarikat milik Cina Singapura juga melalui kaedah pajakan tanah.

Patutlah lebih 90% para peneroka FELDA di serata tanah rancangan seluruh negara begitu alergik dengan PAS, tentunya berkait rapat dengan kebimbangan yang hak milik tanah mereka bakal tergadai atau dipajak kepada Cina DAP atau Cina SIngapura seandainya PAS diberi muka memijak sesuka hati wilayah yang mereka pertahankan.

Menteri Besar Kelantan, Nik Abdul Aziz Nik Mat boleh sahaja mengugut rakyat dengan ancaman tindakan undang-undang dan saman misalnya dalam usaha untuk menutup kebenaran, namun rakyat tidaklah bodoh untuk terus berdiam diri membiarkan saja harta benda negeri dan hasil buminya terus mengalir ke tangan DAP.

Dari Timur ke Barat, dari Utara ke Selatan Kelantan di setiap jajahan negeri ini ada sahaja suara-suara anak Kelantan yang bangkit menuntut jawapan konkrit. Kenapa, mengapa dan untuk apa tanah Kelantan dibiarkan menjadi milik DAP?

Rakyat Kelantan menanti jawapan hari demi hari, namun yang ada cuma jawapan bersimpang siur daripada Kerajaan Negeri yang terus berbelit sambil menegakkan benang yang basah.

Jika beginilah gaya PAS memerintah negeri, sikit-sikit pajak tanah, sikit-sikit tebang balak yang sebahagian besar hasilnya hanya menguntungkan segelintir manusia haprak sahaja, usahlah menangis tak berlagu bila PRU 13 tiba kelak rakyat bangkit membuang PAS jauh terperosok ke dalam longkang.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Deepak: Buku Black Rose Hanya Fiksyen, Tiada kaitan Dengan Rosmah

Deepak Jaikishan dalam satu mesej SMS yang dihantarnya kepada editor-editor portal internet telah menafikan pembabitannya dengan penerbitan sebuah ceritera berjudul Black Rose 1.0.

Katanya, "Black Rose yang disiarkan di beberapa laman web adalah satu bentuk penipuan dan bukannya versi karangan saya, sila padamkan nama saya daripadanya."

Bagaimanapun sehingga artikel ini ditulis belum kelihatan mana-mana portal milik pembangkang menyiarkan penafian saudagar karpet yang sedang berdepan dengan tindakan undang-undang daripada sebuah institusi kewangan antarabangsa itu.

Berkemungkinan besar keengganan media dan portal pro PR menyiarkan penafian Deepak bertujuan untuk mengelakkan hilangnya kredibiliti mereka di mata para pembaca yang kebanyakannya terdiri daripada penyokong pakatan pembangkang.

Apatah lagi beberapa hari sebelumnya merekalah yang beriya-iya benar mempromosikan penerbitan ceritera e-book tersebut.

Dari segi taktikal strategi langkah media dan portal pro PR itu boleh dikira betul, namun jika diambil kira dari aspek ketelusan dan etika kewartawanan, ia jelas memperlihatkan betapa laungan kebebasan media yang sering dilaungkan hanyalah temberang dan propaganda politik sahaja.

Apabila kita membaca e-book The Black Rose 1.0 sebenarnya saling tak berbeza seperti membaca sebuah cerita rekaan berbentuk fiksyen yang menggambarkan imaginasi si penulisnya yang cuba melayang ke awan tapi tak kesampaian.

Mengikut hebahan awal oleh portal pro PR, ceritera e-book Black Rose ini kononnya bakal menceritakan plot hubungan rapat Deepak dengan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor serta kaitannya dengan P.I Bala dan Altantuya.

Promosinya gempak siap manipulasi nama PM dan isteri, maka berangan-anganlah para penyokong PR membayangkan Dato' Seri Najib dan Datin Seri Rosmah terlibat secara langsung atau sebaliknya dalam mengubah akuan bersumpah PI Bala dan pembunuhan Altantuya.

Namun bila terbit sahaja e-book tersebut, hancur luluh para penyokong pembangkang membacanya, tiada satu pun kaitan nama PM mahupun isteri yang kelihatan dari awal hingga habis cerita. Tipah tertipu.

Ketidakyakinan si penulis terhadap penceritaannya sendiri jelas sangat kelihatan apabila watak yang ditampilkan hanya menggunakan nama samaran, tiada satu pun nama betul yang berani disebut secara teranga-terangan.

Setidak-tidaknya tulislah nama watak yang betul, sekurang-kurangnya tidaklah nampak sangat temberangnya cerita fiksyen itu. Macam ini punya karya sampah macam mana nak lawan karya cereka garapan oleh penulis imaginasi fiksyen terkenal Raja Petra Kamaruddin?

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Eleven day ordeal ends for kidnap victim (malaymail)

AFTER 11 days of being held captive and fearing for her life, a 52-year-old wife of a businessman was released thanks to a special police unit.

Perak CPO Datuk Mohd Shukri Dahlan said the woman was kidnapped in front of her Taiping house on Dec 26.

The special outfit which was set up and assigned to the task, managed to trace her whereabouts to KM76 Jalan Sitiawan-Taiping, in Trong, Taiping.

Mohd Shukri said as soon as the team arrived at the scene which served as a point of sale for tapped rubber, a scuffle broke out between the four suspects and the police.

A shootout took place when police tried to free the victim from the captivity of the suspects, aged between 30 and 40.

"Two of the suspects were fatally wounded, while the other two managed to escape," Mohd Shukri said.

"It is was a great success for us – saving the victim before she sustained any serious injuries," he said, adding that among the goods seized were a Walther 22 gun, a magazine with a live bullet inside, a toy gun, two pairs of handcuffs, a ski mask, fabric gloves, women's socks, some junk food packets and bottled drinks.

According to Mohd Shukri, at 4am today, one of the remaining two suspects, aged 33 was arrested in Kamunting, Taiping and there is a manhunt for the last suspect who is still at large.

"The suspect has been remanded for seven days to assist police investigations," he said.

Mohd Shukri said the traumatised victim was taken to Hospital Taiping immediately after she was rescued.

He said police have yet to interview the victim since she is still traumatised by the ordeal.

Mohd Shukri said the woman was outside her house with her four-year-old nephew when she was nabbed.

He said after the incident, the victim's family received calls demanding for a ransom of RM30 million, following which some negotiatons took place between the suspects and the family. The police were also in the loop of the negotiations.

Mohd Shukri said, police have yet to confirm if any ransom was paid and to ascertain if the suspects have any previous criminal records to their name.

"Judging from how they committed the crime, we believe the suspects are experienced criminals," Mohd Shukri added
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Himpunan Shamsidar- Apa Muslihat Anwar?

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

SuaraPakatanRakyat.com Sah Anwar Punya

Ramai yang garu kepala apabila Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim tak semena-mena tampil dengan kenyataan luar tabie menafikan blog suarapakatanrakyat.com yang kritis melampaui norma-norma kehidupan itu adalah suara rasmi Pakatan Rakyat yang dipimpinnya.

Penulis blog SuaraPakatanRakyat itu dalam satu artikel bertajuk "
Kanang Bukan Hero Sebenar" yang disiarkan pada 4 Januari 2013 yang lepas tanpa berselindung telah mengkritik upacara pengebumian negara untuk mendiang Kanang yang disifatkannya satu pembaziran wang rakyat.

Akibat penulisan yang terlampau bebas dan bias mungkin kerana terlalu bersemarak kebencian terhadap UMNO dan BN, hasilnya datang berduyun-duyun komen kebanyakannya dari rakyat Sarawak yang mengecam keceluparan si penulis blog tersebut.

Melihat pada reaksi sedemikian tentunya datang perasaan cuak tiba-tiba dalam diri Anwar yang mendorong kepada tindakan luar tabienya menafikan blog itu mempunyai kaitan langsung dengan PR.

Tapi siapa yang Anwar nak kelentong? Siapa yang Anwar nak tipu hidup-hidup?

Umum dah lama tahu, Anwar cukup sinonim dengan perangai buruk baling batu sembunyi tangan, gemar melemparkan isu-isu sensitif atau menimbulkan kontroversi kemudiannya membuat penafian penglibatannya seterusnya menyalahkan orang lain di atas apa yang berlaku.

Bila kelakuan buruk atau peribadi serta moral rendahnya menjadi perhatian ramai, sepantas kilat jugalah Anwar bersilat kata semata-mata untuk menafikan penglibatannya dengan si polan dan si polan.

Itu tabie semulajadi Anwar sejak sebelum menyertai UMNO dan dibawanya sikap tersebut semasa bersama UMNO, bila mana Anwar dipecat keluar dari UMNO, sikap buruk yang sama itulah yang diusungnya demi mencapai matlamat politiknya.

Lihat sahaja semasa kes video seksnya dengan seorang pelacur China yang didedahkan oleh Datuk Eskay dulu, beriya-iya Anwar menafikan mengenali Datuk Eskay. Bersungguh-sungguh Anwar cuba meyakinkan khalayak yang dia langsung tidak pernah berjumpa dengan Eskay.

Walhal sebelum video itu terdedah pada umum, ramai pemimpin PKR sendiri sudah sedia maklum di mana ada Anwar di situ ada Eskay. Pendek kata ke sana ke mari Anwar dan Eskay bagaikan belangkas hatta sudah berkoyan-koyan duit milik Eskay diguna pakai untuk kepentingan Anwar dan keluarganya.

Akhirnya bila didedahkan gambar sedang berbual mesra dengan Eskay, terus Anwar pusing cerita mendakwa rakan baiknya itu dibeli pula.

Begitu juga jika kita imbas semula isu si penjual karpet, Deepak Jaikishan Waktu peranan Deepak diperlukan, maka Anwar berselera memperalatkannya, namun bila terdedah pula perancangan sulit Anwar dan PR untuk memalukan Perdana Menteri dan keluarga, terus Anwar tarik handbrake menafikan penglibatannya dengan Deepak.

Dasar putar alam, baling batu sembunyi tangan betul. Sama saja kesnya bila kita membicarakan sikap Anwar membabitkan blog SuaraPakatanRakyat yang mempunyai hubungan rapat dengan jentera propaganda Anwar dan PR itu.

Sememangnya sah lagi sahih blog SuaraPakatanRakyat itu memang mempunyai hubung kait rapat dengan Anwar, PKR dan PR.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

DAP Edar 100,000 Al-Kitab dengan kalimah Allah berbahasa Melayu, PAS kata Alhamdulillah?

Perlukah soalan di atas ditanya kepada DAP? Rasanya tidak perlu, kerana untuk siapa lagi Bible berbahasa Melayu diedarkan jika bukan untuk mereka-mereka yang bertutur bahasa Melayu? Dan siapakah penutur bahasa Melayu jika bukan orang Melayu?

Justeru, mungkin tajuk di atas perlu diubah-suai sedikit dengan menujukan soalan tersebut kepada PAS dan bukan DAP. Kenapa PAS? Kerana PAS sering mendabik dada sebagai pejuang Islam dan ingin mempertahankan Islam. Secara logiknya pejuang Islam tentulah menentang usaha DAP ini.

Tetapi mungkin ada puak PAS yang bertanya, kenapa tidak ditanya kepada UMNO, bukankah UMNO juga mendabik dada mempertahankan Islam dan Melayu? Jawapannya, kerana UMNO bukan sekutu DAP, dan UMNO tidak pernah berbuat kenyataan berikut:

"Ada banyak buku dalam pasaran, banyak buku Kristian ditulis dalam Bahasa Malaysia. Dan, jika ada yang tidak boleh baca dalam Bahasa Malaysia, mereka akan membaca dalam Bahasa Inggeris, jadi saya tidak melihat sebarang sebab mengapa Kitab Injil harus ditahan," katanya." -- Nasharuddin Mat Isa, 15 Mac 2011 (Malaysian Insider)

Tajuk laporan Malaysian Insider yang memaparkan kenyataan Nasharuddin tersebut menjelaskan segala-galanya iaitu "PAS Hormati Injil Bahasa Malaysia".

Laporan tersebut dibuat oleh Malaysian Insider berdasarkan masalah kemasukan 35,000 nashkah injil berbahasa Melayu yang diimport dari Indonesia pada ketika itu. Perkara ini dibangkitkan oleh Exco Kerajaan Negeri Selangor Elizabeth Wong dengan berkata, "tindakan Kementerian Dalam Negeri menahan dan merampas lebih 30,000 naskhah di dua pelabuhan adalah satu "perkembangan tidak menggalakkan sama sekali." Beliau menambah bahawa tindakan itu hanya akan memburukkan lagi imej mengenai Malaysia, yang dilihat sebagai negara moderat, di peringkat antarabangsa.

Seterusnya, Malaysian Insider juga melaporkan bahawa banyak pihak termasuk rakan-rakan PAS dalam PR menggesa Putrajaya agar membenarkan kitab Injil Berbahasa Melayu dibawa masuk ke negara ini serta merujuk kepada masalah yang berlaku di pelabuhan sebagai 'sifat cetek gagasan 1 Malaysia'. Lim Kit Siang juga turut menyuarakan rasa 'marah dan kecewa' terhadap apa yang berlaku.

Injil berbahasa Melayu dari Indonesia itu menjadi kontroversi apabila menggunakan nama Allah dalam merujuk kepada Tuhan agama Kristian. Akibatnya, kerajaan telah dikritik oleh pertubuhan Kristian dan dituduh dengan sengaja menahan kitab injil tersebut dari masuk ke Malaysia sedangkan ia tidak salah berdasarkan undang-undang negara.

Pembangkang pula, iaitu PAS, DAP dan PKR mengambil kesempatan membelasah kerajaan atas isu ini atas tuduhan mengambil sikap berat sebelah dengan melebihkan agama Islam serta tidak bersifat terbuka dalam soal agama.

Laporan Malaysian Insider, termasuk dengan kenyataan Nasharuddin tersebut, adalah konsisten dengan pendirian Nik Aziz dalam isu yang sama sepertimana yang dilaporkan oleh Harakah 21 Januari 2010 iaitu "Kerajaan Kelantan tiada halangan bagi masyarakat bukan Islam negeri itu menggunakan kalimah 'Allah', baik dalam pertuturan maupun dalam buku-buku agama mereka."

Dan ini pula petikan kenyataan rasmi Presiden PAS, Hadi Awang di laman rasmi PAS pada 5 Januari 2010, iaitu: "Setiap warganegara Malaysia wajib memelihara suasana dan keadaan ini. PAS ingin menjelaskan bahawa berdasarkan kepada kaedah Islam, penggunaan nama Allah pada asasnya adalah dibenar untuk digunakan oleh agama samawi seperti Kristian dan Yahudi."

Penulis memetik kembali laporan-laporan dan kenyataan-kenyataan ini kerana terdapatnya puak-puak PAS yang cuba menafikan bahawa PAS menyokong Injil dalam Bahasa Melayu sambil menuduh UMNO sebagai tidak mengambil langkah sewajarnya untuk mengekangnya.

Sedangkan, hakikatnya pemimpin-pemimpin PAS sendiri yang bukan sahaja memberi lampu hijau malah menekan kerajaan agar 'mengambil sikap terbuka' mengenainya.

Kini, 'berkat' dari perjuangan PAS menyokong DAP agar Injil berbahasa Melayu dibenarkan, maka hari ini terbitlah lagi 100,000 injil berbahasa Melayu untuk edaran. Mungkinkah Nik Aziz akan berkata 'Alhamdulillah!' sebagai respon kepada perkembangan ini?

Seperti yang dikatakan di permulaan artikel ini tadi, tidak perlu kita soal untuk apa dan kenapa atau kepada siapa Injil ini akan diedarkan oleh DAP. Kita tahu bahawa tidak lain tidak bukan, ia adalah antara usaha menggiatkan lagi proses memurtadkan umat Melayu yang mana merupakan antara agenda utama Kristianisasi DAP. Dengan penggunaan kalimah Allah dalam kitab injil tersebut maka, agenda ini juga yang nampaknya sedang berjalan seiringan dengan agenda pluralisme PKR.

Dengan laporan Malaysian Insider dan Harakah di atas, maka kita juga nampaknya tidak perlu lagi menyoal apakah pendirian PAS mengenai isu ini.

Sudah begitu jelas, terang lagi bersuluh bahawa PAS pastinya tiada masalah dengan 100,000 injil berbahasa Melayu untuk membantu penyebaran agama Kristian sekali gus usaha memurtadkan umat Islam oleh pihak gereja.

Apakah PAS akan menafikan pernah berkata seperti di atas? Jika ya, maka PAS perlu terlebih dahulu menyaman Harakah dan Malaysia Insider.

Jika tidak, PAS wajar berhenti dari berdolak dalih dan mengaku sahaja bahawa mereka telah secara sedar atau tidak sedar, sengaja atau tidak sengaja, bersubahat dalam agenda kafir harbi untuk memurtadkan umat Islam.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Penipuan Undi DAP: Ambiga, Pak Samad, Kenapa Menikus?

Kalau nak menipu pun, agak-agaklah janganlah sampai nampak sangat bodohnya. Kalau benar bodoh pun, agak-agaklah juga, takkanlah sampai mengira beberapa ribu undi pun tak reti.

Tetapi itulah halnya dengan pemilihan CEC DAP yang menjadi bahan lawak jenaka tahap antarabangsa di Malaysia hari ini. Laporan mengenainya di media alternatif membawa tajuk yang cukup menghina seperti 'Kisah Budak Darjah 4 DAP', 'Excel Pun Tak Tau Guna ka DAP?' dan lain-lain lagi.

Tiada siapa boleh memahami bagaimana kiraan pertama dan kedua boleh lari sehingga 500 undi sehinggakan si Vincent Woo yang pada awalnya di tangga ke 6 dengan 1,202 undi, turun ke tangga 26 dengan hanya 669 undi. Dan entah matematik apa yang digunakan untuk mengira sehinggakan dalam kiraan kedua, si Zairil anak Cina yang guna nama Melayu yang berada di tangga ke 39 dalam kiraan pertama, boleh mengatasi Melayu seperti si Senator Ariffin S.M. Omar di tangga 37 dan Ahmad Ton di tangga 38. Kita merasa kagum jugalah memikirkan program apa yang DAP guna sehingga boleh mengesan 'bangsa' seseorang dalam mengira undi.

Semua pihak yang terlibat berkata 'tak tahu' dan 'tiada komen' apabila diajukan persoalan ini. Sangka DAP, dengan perletakan jawatan Pooi Weng Keong, Pengarah Pilihanraya DAP maka semuanya menjadi 'tidak apa' lagi. Namun, tidak semena-mena perlantikan si Ah Pooi ini ke jawatan tersebut sebelum ini pula dipersoalkan memandangkan beliau hanya berkelulusan SPM dan tidak punya kredibiliti untuk memikul tanggungjawab sedemikian. Orang luar mula bertanya, siapakah yang melantiknya atau kenapa dia? Apakah supaya senang untuk dikambing-hitamkan?

Kalau ya pun kaum Cina pakar dalam 'mental arithmetic', takkanlah nak memberikan alasan seperti orang sakit mental?

Nampaknya, Tun Mahathir telah menggambarkan semua kebodohan ini dengan tepat sekali iaitu 'karut' semata-mata.

Hakikatnya, DAP adalah parti yang paling kotor atau sama kotor sahaja dengan PKR di mana pemilihan parti sendiri pun tidak dapat diadakan secara telus. Sekurang-kurangnya ahli-ahli PKR cuba bangun memprotes pemilihan parti tersebut yang menyaksikan huru-hara sehingga lintang pukang habis jadinya tempat mengundi. Tetapi ini tidak belaku dalam DAP kerana DAP adalah parti kukubesi.

Begitulah korupnya DAP ini sehingga langsung tidak berfikir dua kali untuk menipu, sekiranya keputusan tidak menepati kepentingan parti atau pemimpinnya.

Dari sikap ahli-ahli DAP yang mendiamkan diri, seolah-olah menerima penipuan pemimpin mereka sebagai perkara biasa, menunjukkan sama ada mereka benar-benar bodoh sehingga tidak sedar yang mereka telah diperbodohkan, atau mereka juga sebenarnya merestui penipuan tersebut. Atau, tidak mustahil juga mereka sebenarnya terlalu takut kepada kepimpinan atasan yang terkenal dengan gelaran Tokong serta suka mengugut sesiapa sahaja yang berani mencabarnya.

Jelas, keangkuhan DAP telah menyebabkan mereka terlepas pandang yang orang lain tidak sebodoh mereka dan kini sedang mentertawakan mereka.

DAP mungkin masih tidak sedar bahawa penipuan mereka meletakkan rakan-rakan mereka di dalam BERSIH menjadi serba salah. Jangan lupa bahawa DAP turut berkawad bersama Ambiga dan Pak Samad konon menuntut pilihanraya bersih, dan kini DAP seolah-olah meludah ke muka Ambiga dan Pak Samad kerana mengadakan pemilihan parti yang paling kotor.

Sedangkan, rakyat telah pun diperlihatkan bahawa DAP, BERSIH, PKR, PAS, merupakan satu entiti dalam konteks perjuangan BERSIH. Konon kerana perjuangan ini, pemimpin-pemimpin mereka telah 'bersusah payah' bersama-sama, meredah panas, mengambil risiko ditangkap dan tercedera dalam usaha untuk menghuru-harakan negara demi untuk 'membersihkannya'.

Mereka semua pernah dirakam berjalan beriring-iringan keluar dari hotel yang sama untuk menyertai perarakan lembu-lembu pendemonstrasi BERSIH.

Justeru, apabila DAP terbukti tidak bersih, di mana Ambiga dan Pak Samad nak letak muka?

Patutlah kedua-dua mereka tunduk menikus, tidak berani menghulurkan kepala. Mereka tahu, jika kepala mereka dilihat, pasti akan diludah dan diketuk kuat-kuat. Hari ini, mereka berdua wajar diterajang sahaja sehingga duduk tersepuk sekiranya berani lagi menyebut perkataan bersih.

Jika mereka enggan mengakuinya, maka kita cabar Ambiga dan Pak Samad muncul dalam kemuncak Himpunan Kebangkitan Rakyat 12 Januari ini yang dikatakan sebagai kesinambungan dari BERSIH. Kita ingin lihat sejauh mana tebalnya muka kedua-dua manusia ini dan sejauh mana mereka sanggup menayangkan punggung sendiri yang penuh tahi sambil terhegeh-hegeh memekik menuduh SPR dan kerajaan sebagai tidak bersih.

Seharusnya hari ini Ambiga telah pun sedar kenapa Australia memalingkan muka darinya apabila beliau memohon pertolongan dari negara itu tempoh hari, iaitu kerana benda yang kotor sememangnya berbau, samalah juga dengan manusia yang kotor.…

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Selasa, 8 Januari 2013

Siapa lah pulak tuuu

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Kalimah Allah : Bishop lega kenyataan Mat Sabu (Utusan)

KUALA LUMPUR : Bishop Katholik, Dr. Paul Tan Chee Ing lega dengan kenyataan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu bahawa parti Islam itu kekal dengan pendirian menyokong penggunaan kalimah Allah bagi bukan Islam seperti diputuskan Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada 2010.

Beliau berkata, kenyataan Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang menjelaskan kalimah Allah hanya untuk orang Islam amat memeranjatkan dan bertentangan dengan kesepakatan dicapai pakatan pembangkang berhubung perkara itu tiga tahun lalu.

"Jaminan Mohamad Sabu bahawa pendirian yang dibuat tiga tahun lalu masih kekal adalah satu kelegaan yang besar," katanya seperti dipetik dalam portal berita propembangkang, Malaysiakini hari ini.

Ketua Gereja Katholik di Melaka dan Johor itu berkata, penganut Kristian di Semenanjung Malaysia merasakan pendirian Pas terhadap penggunaan kalimah Allah adalah satu langkah penting kepada mencari penyelesaian terhadap kontroversi yang timbul.

"Pada saya, komunikasi di dalam Pas mungkin tidak sampai dan Ketua Penerangannya telah terkeliru," katanya.

Kenyataan Mohamad itu bertentangan dengan pendirian Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali; Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Pesuruhjaya Pas Selangor, Dr. Rani Osman sebelum ini yang menjelaskan kalimah Allah hanya untuk orang Islam.

Mereka bertiga sepakat bahawa terjemahan God dalam kitab Bible untuk penganut Kristian harus digantikan dengan 'Tuhan' dan bukan 'Allah' sebagaimana dituntut Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng ketika menyampaikan perutusan Krismas baru-baru ini.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Pemimpin PAS Makan Harta Anak Yatim

Ustaz kata jangan makan harta anak yatim, tetapi Pas makan duit anak yatim, beli kereta baru, besarkan rumah, cari bini baru. Itulah Pas.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Siapa Seleweng Wang Memali

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Penyelewengan Tabung Memali Terbongkar

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Bishop Lega PAS Sokong Kristian Guna Kalimah Allah

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Anwar Ibrahim Akan Kahwin Wanita Indon?

Ini bukan kisah baru, tetapi kisah lama yang belum pernah dihebohkan kerana agak sukar untuk 'dihadamkan'. Mungkin ia sengaja didiamkan bagi membolehkan kita berehat seketika dari kisah-kisah skandal Anwar. Jika setiap hari disogok dengan skandal Anwar pun, boleh muntah kita dibuatnya kerana beliau membuat skandal hampir setiap bulan.

Tetapi, apa yang pasti ialah rakyat di seberang belum muak mendengar skandal Anwar. Justeru, kisah ini kini sedang hangat diperkatakan di Indonesia iaitu Anwar akan berkahwin lagi dengan cewek dari sana berusia 28 tahun yang menetap di Bandung.

Kita tahu bahawa selama ini Anwar ke Indonesia bukan sahaja untuk memburukkan Malaysia, tetapi di masa yang sama turut mengambil kesempatan menjalani kehidupan maksiatnya di sana, di mana rakyatnya lebih terbuka atas nama pluralisme agama. Hanya di negara Islam seperti Indonesia di mana Anwar boleh bercakap mengenai pluralisme tetapi tetap disanjung sebagai pemimpin Islam sejati.

Oleh itu, kisah Anwar berhubungan dengan 'anak-anak ikan' Indonesia adalah kisah biasa yang sudah dijangka dan tidak lagi mengejutkan kita. Kisah bahawa Anwar cuba dirawat oleh orang alim Indonesia bagi mengekang selera homoseksualnya juga sudah banyak kali terdedah.

Tetapi, kisah bahawa Anwar punya hubungan dengan wanita Indonesia yang sedang heboh di sana masih belum benar-benar sampai ke telinga rakyat Malaysia. Khabarnya, wanita tersebut pernah dikesan bersama dengan Anwar di dalam kereta, wajahnya cantik kerana berdarah keturunan bercampur-campur termasuk Belanda.

Setiap kali Anwar ke Jakarta, beliau akan memastikan sebuah bilik ditempahkan khas di hotel lain yang berdekatan dengan hotelnya untuk 'darlingnya' itu. Ini untuk memudahkan beliau membuat 'lawatan' beberapa kali dalam masa yang singkat tanpa disyaki oleh sesiapa termasuk Wan Azizah.

Lagipun, Wan Azizah terlalu 'paranoid' dengan 'anak-anak ikan' di sekeliling sehinggakan terlepas pandang akan 'anak-anak ayam'. Kita tidak boleh salahkan Wan Azizah kerana, ramai di antara kita juga turut berpandangan yang sama. Mungkin kerana hubungan homoseksual terlalu 'taboo' bagi kita, maka walaupun kita sedia maklum akan hubungan Anwar dengan beberapa wanita termasuk yang terakam di dalam video, kita tetap cenderung untuk terlupa akan hakikat bahawa Anwar adalah biseksual, bukannya homoseksual.

Nampaknya, Anwar bijak sekali mengambil kesempatan ini untuk menjalin hubungan dengan ceweknya itu tanpa dapat dihidu oleh orang-orang sekelilingnya.

Namun, apa yang Anwar mungkin terlepas pandang ialah kelicikan wanita-wanita Indonesia dalam 'mengunci' hati orang yang diingininya. Seperti kebanyakan mereka, mereka tidak mungkin akan melepaskan satu 'tangkapan besar' tanpa terlebih dahulu mendapat keuntungannya. Justeru, Anwar dikhabarkan baru tersedar kini bahawa lebih mudah untuk membebaskan diri dari penjara, daripada jerat wanita Indonesia.

Sumber dari seberang memberitahu yang Anwar tidak mungkin dapat mengelak dari mengahwini wanita ini. Anwar telah pun mempertimbangkan perkara ini memandangkan ia mungkin membantu dalam memadamkan terus kisah liwatnya dari minda masyarakat. Mungkin inilah satu-satunya cara untuk membuktikan pada rakyat Malaysia yang beliau bukan homoseksual tetapi lelaki normal serta masih layak untuk menjadi Perdana Menteri di sebuah negara Islam. Selain itu, ia juga pasti akan membantu mengeratkan lagi hubungan antara kedua negara sebagaimana yang berlaku di zaman Rasulullah di mana perkahwinan adalah antara cara terbaik untuk menyatukan antara puak dan juga negara. Lebih dari itu, tindakan berkahwin lagi satu ini pasti akan meningkatkan lagi kedudukannya di mata orang-orang PAS yang melihat perkara itu sebagai simbol status yang tinggi.

Kita perlu tahu bahaw cewek Anwar ini orangnya bijak kerana tidak menggunakan strategi mengugut secara langsung tetapi membiarkan Anwar terpedaya dibuai mimpi indah dengan secara halus sekali.

Apapun, sebarang keputusan dalam urusan peribadi Anwar perlu ditangguhkan sehingga selepas pilihanraya, kata Anwar kepada darlingnya itu. Setakat ini, ceweknya cukup faham malah beliau juga merasakan itulah yang sebaiknya.

Tetapi, apakah Kak Wan juga merasakan yang sama?

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Pas yang sesat

Tunku Abdul Rahman Kafir, Umno kafir, yahudi majusi bila Umno berkawan dengan MCA dan MIC. Itulah modal politik yang dimainkan oleh Pas pada tahun-tahun 60an. Isu kafir bertambah hebat setelah Hadi Awang mengeluarkan amanat beliau tahun 1981.

Semua agenda Pas berpunca daripada pemikiran-pemikiran radical dari benua arab. Sayyid Qutb dan Hassan Albana Assyahid yang menubuhkan brotherhood of islam menjadi modal perjuangan Pas.

Malah baiah Pas, sekiranya keluar parti maka jatuh 3 talak kepada isteri juga adalah dikutip dari pemimpin radikal Islam 600 tahun dahulu.

Pas bukan Islam sebenar, mereka sama seperti syiah, Pas hanyalah sebuah parti yang flip flop, haram halal berubah mengikut masa.

Sebagai contoh, masjid yang dibina oleh kerajaan BN haram dipijak, kini halal selepas mereka berjaya merampas pentadbiran masjid pada tahun 2000 dan selepas menang pilihanraya. Ingatkan mereka nak roboh semua masjid yang dibina oleh Umno.

Pendidikan yang dibawa oleh Umno juga haram dan Pas banyak menubuhkan sekolah agama dari peringkat rendah hingga menengah tetapi kebanyakan hasil keluaran Pas tidak mencapai tahap yang membanggakan. Mereka inilah yang ramai menjadi guru KAFA dikampung-kampung dan taman yang dibina oleh Umno. Malah kini ada guru KAFA yang bergelar YB dan dia ialah YB HJ Ramli Tusin Adun Semanggol.

Tak cukup dengan itu Pas menubuhkan Pasti kononnya untuk melawan tadika Kemas. Hasilnya cukup memberansangkan Pas berjaya mengumpul dana yang besar tetapi dek kerana yuran yang terlalu tinggi hari ini semakin kurang sambutan. Anak orang Pas sendiri telah melanggar hukum dengan menghantar anak ditadika Pra sekolah yang banyak dibangunkan oleh kerajaan BN.

Pendidikan yang ilhamkan oleh Pas semuanya gagal. Oleh itu Pas masuk daun dan mengganggu pelajar-pelajar sekolah menengah dan IPT dengan menggunakan guru-guru dan pensyarah untuk menghasut pelajar agar membenci kerajaan. Mereka menggunakan Teori domino dalam kerja jahat mereka. Kerja jahat ini pernah dilakukan oleh al-Arqam awal tahun 70-80an. Kerajaan cuba sedaya upaya membina modal insan yang berdaya maju, datang Abuya hasut pelajar jadi pengikut dan akhirnya mereka tinggalkan IPT dan menjadi isteri kedua, ketiga dan keempat pemimpin Abuya. Yang lelaki pulak jadi tukan buat kicap, taucu dan sebagainya untuk kekayaan Abuya.

Pas kini bersama Pkr berjaya menyusup masuk ke dalam IPT malah sehingga keluar negara pun mereka sanggup pergi. Hasil usaha mereka lahirkan puak-puak radikal seperti Safwan Adam adli, jika di luar negara lahirlah Nizar Jamaludin, Khalid Samad, Dr Mazlee dan ramai lagi.

Bagi mereka kerajaan semua tak betul, yang mereka pergi England tu kerja siapa? Kata mereka itu ketentuan Allah. Tanggung jawab kerajaan ialah memberi pendidikan. Ini kata-kata pelajar IPT yang pro Pas. Khalid Samad pernah kata, kerajaan Siam pun bina masjid, apa nak megah sangat bila Umno bina masjid, itu tanggungjawab mereka. ( Dia lupa dulu Pas kata masjid Umno haram).

Dahulu suara wanita adalah haram, sebab itu Pas tak menang dahulu, bila Pas tahun peranan wanita amat penting dalam politik hari ini kita lihat bukan sahaja perayu undi terdiri daripada wanita yang cantik-cantik malah wanita juga boleh jadi calon. Wanita yang tak cantik dan gemuk-gemuk disuruh masak didapur dan tukang edar risalah di masjid sewaktu solat Jumaat.

Amanat Hadi sehingga kehari ini menjadi pegangan setiap umat atau penganut Pas. Kepada pembaca yang ingin mengetahui Sayyid Qutb dan Hasan Albana boleh cari dalam kotak cari di sebelah kanan.

Kadang-Kadang kita lihat sikap dan gaya hidup orang Pas sememangnya macam bukan Islam. Mereka mempunyai mulut lancang, ganas, suka bergaduh, suka menyumpah dan memaki orang yang tidak sehaluan dengan mereka. Lahiriah nampak berjanggut, berkopiah dan berjubah dan mereka terang-terang mengaku ahli Pas tetapi bila didekati barulah kita tahu mereka adalah Syiah dan Mat Sabu adalah Presiden mereka.

Awas bahaya Pas, Jauhi mereka supaya kita tidak disesatkan oleh golongan kawarij
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Himpunan Kebangkitan Rakyat 12 Januari – Kemuncak ‘Khidmat’ PR Kepada Rakyat

Ketika Barisan Nasional menggarapkan perlaksanaan Pelan Transformasi dalam usaha memastikan negara kekal berada dalam keadaan teguh dan rakyat sentiasa di dalam kesejahteraan, pembangkang pula meneruskan usaha menghuru-harakan negara, menghasut dan mengganggu fokus kerajaan BN.

Saban hari ada saja perancangan yang dilakukan pembangkang untuk mencari publisiti murahan. Himpunan dan demonstrasi diadakan seboleh-bolehnya setiap bulan atau beberapa kali sebulan yang mana menunjukkan yang pemimpin pembangkang benar-benar tiada kerja lain selain berpolitik siang dan malam. Himpunan dan demonstrasi tersebut pula diadakan di atas berbagai-bagai alasan dengan menggunakan berbagai-bagai penyamaran antaranya, Himpunan Hijau dan Himpunan Oren. Bagaimanapun, himpunan yang menjadi tonggak penting kepada Pakatan Rakyat diberi nama Himpunan Kebangkitan Rakyat.

Himpunan ini diadakan secara bersiri, bermula dari 3 November tahun lalu di Seremban dan menjelajah ke negeri-negeri lain hingga yang terakhir di Perlis pada 17 Disember lalu. Kemuncaknya adalah pada 12 Januari 2013 depan, jam 2 – 5 petang, iaitu penutup kepada siri himpunan ini yang dicadang diadakan di Stadium Merdeka dengan mensasarkan rakyat sekitar Selangor dan Kuala Lumpur.

Nampaknya, politik pembangkang ini benar-benar jenis politik hampas iaitu berhimpun ke sana ke mari, bercakap tak henti-henti tanpa membawa hasil apa-apa selain dari menyemarakkan kebencian, semangat perkauman dan perpecahan di kalangan masyarakat. Ia juga mengganggu rutin harian orang ramai dengan menghalang lalulintas, selain memberi gambaran negatif sekali gus membawa risiko buruk kepada ekonomi negara.

Maka tidak hairanlah apabila sokongan terhadap pembangkang semakin hari semakin berkurangan kerana rakyat di kawasan dan negeri yang diwakili mereka merasa tidak puas hati dan sangsi apabila kawasan sendiri tidak terjaga.

Walaupun kewujudan pihak pembangkang dalam sesebuah negara demokrasi sepatutnya membawa kebaikan kepada rakyat, tetapi pembangkang Malaysia nampaknya hanya membawa kemusnahan. Malah mereka langsung tidak berguna, sepanjang masa menyemak dan menghabiskan wang negara semata-mata. Tidak cukup dengan gaji dan elaun buta, beberapa wakil rakyat mereka juga menjadi kaya secara tiba-tiba sejurus selepas menang pilihanraya iaitu dalam masa beberapa bulan sahaja.

Lebih buruk lagi apabila mereka juga meminta derma dari rakyat untuk membiayai politik gila mereka sedangkan mereka terbukti menerima dana asing melalui berbagai-bagai NGO yang bekerja untuk mereka.

Adalah difahamkan bahawa Himpunan 12 Januari ini adalah bertitik tolak dari kegagalan BERSIH sebelum ini. Memandangkan nama BERSIH telah pun kotor dan memalukan, maka pembangkang memilih nama lain untuk meneruskan agenda mereka untuk menghuru-harakan negara.

Walaupun mereka menyatakan akan mengadakannya di dalam stadium namun kita tidak harus mengenepikan kemungkinan mereka menggunakan Modus Operandi yang sama dengan semua himpunan sebelum ini iaitu berarak dari jalanraya ke stadium dan bukannya terus berhimpun di dalam stadium.

Kita sedia maklum bahawa bagi mendapatkan impak yang diinginkan, pembangkang perlu mencipta drama, dan drama tidak akan tercipta jika hanya berhimpun dan berucap di stadium kerana itu adalah terlalu biasa, malah menjadi rutin hidup mereka yang tidak membawa faedah kepada sesiapa.

Justeru, tidak mustahil pembangkang akan mengadakan drama seram ganas sama sepertimana yang berlaku dalam BERSIH 3.0. Bagaimanapun, ini hanyalah cadangan atau perancangan pemimpin PR.

Dari perkembangan semasa, nampaknya cadangan dan perancangan ini agak sukar direalisasikan. Ini kerana terdapat berbagai masalah dalaman yang melanda setiap satu dari parti-parti sekutu PR yang berpunca dari isu-isu semasa yang berbangkit dari tindakan dan kenyataan pemimpin-pemimipin PR sendiri. Akibatnya, kelihatan semangat untuk berhimpun kali ini begitu hambar sekali di kalangan penyokong ketiga-tiga parti.

Hari ini, laungan BN zalim, UMNO rasis, kerajaan tidak telus, mahkamah tidak adil sudah tidak laku lagi. Segala puji-pujian ke hadhrat Allah SWT yang memenangkan PR di beberapa negeri dalam PRU yang lalu yang telah membolehkan rakyat melihat siapa sebenarnya yang zalim, rasis, tidak telus dan tidak adil selama ini.

Setelah menang maka terbarailah sudah bahawa PAS yang memecahbelahkan ummah dan enggan bertanggungjawab pula ke atas tindakan penyokong mereka yang mengkafirkan sanak saudara, malah ibu bapa sendiri. Terserlah sudah bahawa DAPlah yang rasis sehingga tidak sanggup meletakkan Melayu bagi mewakili orang Melayu di dalam partinya. DAP juga tidak telus, korup dan bodoh kerana tidak mampu mengira undi yang beberapa ribu sahaja. PKR pula tidak perlulah diceritakan lagi kerana parti itu sudah lama telanjang bulat menampakkan segala panau, kurap dan cacat celanya, sepertimana Anwar di dalam video dengan China-dollnya.

Himpunan Kebangkitan Rakyat adalah tidak lebih dari kemuncak usaha PR untuk menghancurkan Malaysia. Oleh itu, rakyat Malaysia wajar menjauhkan diri dari terlibat dengan Himpunan ini, demi kejahteraan negara dan juga keselamatan diri sendiri. Belajarlah dari kesilapan negara-negara yang telah melalui 'kebangkitan' seperti ini, di mana kini setelah berjaya menggulingkan kepimpinan lama atas alasan tiada kebebasan bersuara, mereka kini ada yang disumbat ke penjara hanya kerana mengkritik kepimpinan baru. Sudah elok hidup di selesa, kenapa ingin merasai sengsara?
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Kristian Malaysia Gembira PAS Sokong Kalimah Allah

Bishop Katholik, Dr Paul Tan Chee dan ramai penganut Kristian yang lain mempunyai asas kukuh untuk bergembira dan berasa lega bila mana Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu memberi jaminan bahawa parti itu kekal dengan pendirian menyokong penggunaan kalimah suci Allah s.w.t oleh orang bukan Islam.

Lebih-lebih lagi jaminan oleh Mat Sabu itu timbul tepat pada masanya selepas beberapa pemimpin PAS yang lain cuba bersandiwara dengan mempertikaikan pengunaan kalimah Allah s.w.t untuk kegunaan Kristian khususnya dalam kitab Bible versi Bahasa Melayu.

"Jaminan Mohamad Sabu bahawa pendirian yang dibuat tiga tahun lalu masih kekal adalah satu kelegaan yang besar," demikian kata Bishop Kristian itu, merujuk pada keputusan muktamad PAS pada 2010 yang bersetuju penganut Kristian menggunakan kalimah Allah s.a.t bagi merujuk pada Tuhan Jesus.

Pada 15 Mei 2010, Mursyidul Am PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat tanpa berselindung telah bersetuju yang DAP boleh mengguna pakai kalimah Allah s.w.t demi mencapai kepentingan politik mereka termasuklah memasukkan kalimah itu dalam Bible versi Bahasa Melayu.

Kenyataan Nik Aziz itu bagaimanapun bercanggah dengan pandangan Timbalan Mursyidul PAS, Dr Haron Din yang membantah sebarang usaha oleh DAP ataupun pihak gereja Kristian daripada memanipulasi kalimah suci tersebut.

Pun begitu, pendapat Nik Aziz itu disokong kuat oleh Presiden PAS, Abdul Hadi Awang dan Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim yang berpendapat penganut Kristian atau agama lain tidak wajar disekat daripada menggunakan kalimah Allah s.w.t untuk apa tujuan sekalipun.

Kira-kira seminggu lepas, Ketua Penerangan PAS Pusat, Tuan Ibrahim Tuan Man bersama Setiausa Agung PAS, Mustafa Ali dan Pesuruhajaya PAS Selangor, Dr Rani Osman telah tampil menegaskan kalimah Allah hanya terpakai untuk orang Islam sahaja.

Ketiga-ketiga mereka sepakat perkataan GOD di dalam kitab Bible Inggeris hanya sesuai diterjemahkan kepada kata ganti nama TUHAN untuk kitab Bible versi Bahasa Melayu dan bukannya kalimah Allah sebagaimana dituntut oleh paderi dan gereja Kristian.

Namun dengan penegasan terbaru oleh Mat Sabu bermakna sia-sialah usaha segelintir pimpinan PAS ini dalam cubaan mereka untuk menonjolkan kejaguhan demi mempertahankan kalimah suci Allah s.w.t daripada agama lain.

Dengan percanggahan terbuka yang sedang membelenggu PAS tika ini, ramai pemimpin PAS yang lain terpinga-pinga bengong sendirian manakala penyokong PAS diperingkat akar umbi pula sekejap angguk sekejap geleng tanpa mengetahui ke mana hala sebenar yang nak dituju.

Yang pastinya dengan kecelaruan yang timbul ini, para penganut Kristian dan DAP sendiri sudah boleh mendabik dada dan berbangga kerana hasil keampuhan kerjasama mereka, sekali lagi PAS berjaya ditundukkan.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

DAP PENETRATES MALAY MINDS AND HEARTS THROUGH NEW APPOINTMENT AS DISTRICT OFFICER

Penang DAP is wooing the Malays given the state PKR is facing a fast decline in support from the community in the state.

Distrusting PKR in getting the Malay votes given the state the party is in at present, Lim Guan Eng appointed a woman, the second woman as district officer to replace the one who is presently under corruption probe.

Attempts to win the Malay hearts and minds are an ongoing exercise in DAP as the party continues to try…really trying hard…to open its doors to Malays but of course, not in the truly democratic way.

The recent 'mistakes' in the party election result was just a way to get a Malay into the leadership line-up and the party could not care less what others think of that.

Many calls are being made for the party to hold a fresh election and so on but these calls are indeed unnecessary because DAP is not going to follow what others think.

Now with the corruption case pending, the party has more reason not to trust PKR's credibility in wooing the Malay votes and thus, Guan Eng's action in a Malay woman as district officer can soften the 'blow' a little.
Malays, especially Penang Malays, are quite soft as they experience the new administration, the subtle approach that 'cuts their balls without them feeling it' as they see Guan Eng giving some leeway for Malays.

Knowing Malays are psychologically highly politicized, Guan Eng introduce elections for mosque and suraus committees, provided higher grants for mosques and suraus and other things that attract the Malay minds and hearts.

So the corruption case involving Deputy Chief Minister's aide will further erodes PKR's ability to sustain its position and influence among Malay voters but for DAP, this is a blessing in disguise.

The case will give the DAP more leverage to act, sideling PKR as the case is evidence of PKR's sloppiness and carelessness.

The case will now place PKR at the lowest rung of the three parties in the opposition alliance but still, DAP would want Anwar Ibrahim as Prime Minister because he is the only Malay that will sell everything to be at that post.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Isnin, 7 Januari 2013

Nicol muncul juara

Datuk Nicol Ann David mempertahankan kejuaraan dengan menewaskan Laura Massaro di The Queens Club, London semalam
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.