Rabu, 8 Ogos 2012

Zunar membodohkan diri sendiri

Kartunis Zunar yang pernah menghina kesultanan Perak dengan menerbitkan buku animasi berjudul 'Perak Darul Kartun' hasil kerjasama dengan Pas Perak dan Dato Seri Nizar Jamaluddin.

Zunar terus mencetuskan kemarahan rakyat apabila menghina bendera Malaysia kononnya meniru bendera Amerika. Zunar lupa bahawa bendera Pas juga menyerupai bendera negara Jepun, cuma berbeza dari segi warna sahaja.

Pas boleh kata ia bukan tiru Jepun sebab Pas lukis bulan dan bukan matahari, tetapi Pas lupa bahawa matahari dan bulan amat berbeza dari segi saiz, mana mungkin saiz bulan sama dengan saiz matahari. Oleh itu saiz bulan pada bendera Pas sepatutnya lebih kecil mungkin sekecil syiling 1 sen. Itu baru betul.

Kini terdapat keghairahan Pas melukis banyak bulan dalam satu bendera. Apakah pelukis Pas sudah mabuk ganja? Mana ada bulan lebih dari satu. Hai! Bahalol sungguh Pas. Patutlah 60 tahun wujud tidak mendapat rahmat Allah.

Mengenai lagu Negaraku yang dikatakan sama dengan lagu Indonesia, wahai Zunar! Buka lah minda sikit. Buat lah kajian pergilah tanya Johari Saleh bekas pengarah muzik RTM tengoklah score muzik tu, sama ker?

Kepada Zunar, orang lain pun lukis kartun juga, tetapi otak mereka kreatif berjalan otak kiri dan kanan. Hang pula otak makin dungu. Makin penyu, makin lantun.

Kata jadi orang Pas yang Islamic tetap pasai apa perangai hang macam yahudi dan majusi yang busuk dan penuh dengan dengki khianat.

Hang septutnya ikut apakata Abby Abady, selagi Pas tak menang dan memerintah artis tak boleh berkarya. So eloklah hang tunggu Pas menang dulu. Tak gitu?



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Selasa, 7 Ogos 2012

Jentera ICT PAS gabra dengan jentera Cyber Pro-BN

Pas terpaksa buat kursus untuk mengkaji, menganalisa dan mencari formula untuk mengatasi kekuatan jentera cyber Pro BN.

Pas terpaksa mengerah tenaga muda Pas untuk menangkis serangan musuh. Haaa, tu dia baru hangpa tau langit tinggi atau rendah.

Dulu sebelum 2008 bukan main hangpa balun Umno dan BN. Kali ni baru hangpa tau nooooo?

Hangpa tau ka, cyber trooper BN bukan semua ahli parti Umno. Kami hanya atas pagar yang melihat kemunafikan ICT Pas menfitnah BN dan Umno, kali ini kami gerakkan jentera kami untuk memusnahkan hangpa. Siap sedia laa, kami nak lenyek hampa jadi taik cicak.



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Rafizi Ramli jilat ludah sendiri

Rafizi terperangkap dengan kebodohan sendiri. Ia diakui sendiri dalam sidang media yang dibuat dipejabat pkr selepas didakwa dimahkamah.

Rafizi bertambah mental apabila mengaitkan nama Agong dalam isu Bafia, kononnya kalau Agong buat pendedahan, Agong pun akan didakwa.

Kemudian Rafizi kata, kerajaan sepatutnya melindungi orang yang membuat pendedahan untuk kebaikan. Maknanya Rafizi tergolong orang yang baik kerana berjaya mendedahkan akaun NFC demi untuk kebaikan rakyat. Oleh itu kerajaan tidak perlu dan wajib membatalkan pendakwaan ke atas dirinya.

Jom kita undur ke belakang sikit,

Rafizi pernah mengkritik dan mencela pihak yang mendedahkan skandal seks Anwar dengan china doll, skandal seks Azmin Ali dan lain-lain isu yang melanda kerajaan Pkr Selangor.

Sepatutnya Rafizi berterima kasih kepada mereka yang membuat pendedahan kerana ia perbuatan yang baik dan mendedahkan yang buruk.

Tak gitu wahai Rafizi?


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Kejayaan DLCW membanggakan negara

Tahniah Lee Chong Wei, bukan senang nak dapat Perak dalam dua olimpik yang disertainya.

DLCW telah mengatasi kejayaan The Flying Doctor iaitu Tan Sri Dr Mani Jegathesan icon negara dalam Olimpik Rome 1960 dan Olimpik Tokyo 1964.

Dr M Jega hanya berjaya memenangi emas dalam Asian Games 1962 dan 1966 dengan masa terpantas 20. 9 saat untu acara 200 meter .

Kini DLCW menang 2 Perak dalam 2 Olimpik dan kemungkinan besar ini adalah pencapaian terbaik sebelum bersara. Tadi DLCW berkata dia akan terus berjuang sehingga 2014 dalam sukan Asia.

Jangan kita lupa bahawa persatuan badminton kita harus bertanggung jawab dalam krisis kejurulatihan, kegagalan pasukan beregu dan Razif Sidek telah mencabar agar semua kepimpinan BAM meletakkan jawatan segera.

LCW mungkin menang emas kalau tidak terganggu dengan masalah jurulatih dan kecederaan selepas terbuka England.

Cuma TM cukup marah apabila ada rakyat Malaysia dan ahli politik pembangkang yang memperkecilkan dan menghina kejayaan DLCW.

Kata pemimpin Hindraf, Malaysia hanya akan berjaya jika Pakatan menguasai Malaysia. Poorah chit, sampah, air, jalan berlubang, Unisel pun tak reti nak jaga , ada hati nak jadi juara.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Isnin, 6 Ogos 2012

Mayday-Mayday-Mayday Sharizat vs Rafizi( urgent)

Terkini DS Sharizat sedang bicara dalam mahkamah jln duta kl isu saman rafizi dan dimaklumkan Peguam pkr 6 org peguam DS 6 org. Harap dpt bantuan kerana pkr ramai. semua pemimpin tertinggi PKR ada termasuk wan azizah
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Keling, Mamak, Mamu, Hindu, India dan ....

Di Malaysia kalau disebut Keling atau Kling kita bayangkan seorang individu berkulit hitam, rambut keringting, berkain dan berbaju berwarna putih, bersongkok dan beragama Islam.

Mereka juga dipanggil mamak, mamu tetapi tidak pernah dipanggil hindu, sebab mereka bukan hindu, mereka beragama Islam cuma mereka berkomunikasi dalam bahasa tamil,urdu atau lain-lain dialek India.

Hindu pula biasanya dikhususkan untuk orang India yang bukan Islam tetapi penganut agama Hindu.

Orang Hindu juga marah apabila dipanggil sebagai Pariah. Pariah adalah kasta terendah dalam masyarakat India di negara asal mereka India. Pariah tidak boleh duduk atas kerusi, tidak boleh berkasut dan tidak boleh berjawatan tinggi.

Amalan kasta ini tidak diamalkan oleh orang India di Malaysia. Orang India bebas sebebasnya. Bertuahlah orang India yang menjadi rakyat Malaysia. Inilah punca coolie British dahulu enggan kembali ke India kerana merasakan kenikmatan menjadi warga tanah melayu.

Orang India selain beragama Islam dan Hindu terdapat juga satu golongan yang menganut agama Kristian dan nama mereka berlainan sama sekali dengan orang Hindu.

Berbalik kepada Kling, ada orang marah bila dipanggil Kling. Apa pun blog dhanyaraam ada butiran lengkap, Jom baca


http://dhanyaraam.blogspot.com/2012/06/keling-apa-tu.html?m=1
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Ahad, 5 Ogos 2012

Akhirnya Surau Batu 4 Kamunting mendapat pembiayaan baik pulih



En Mohamad Desa bersalaman dengan Dato Mohd Zahir sambil diperhatikan oleh Dato Reza



Usaha yang berterusan oleh En Muhammad Desa untuk membaik pulih surau dan kelas Kafa Surau Batu 4 Kamunting telah berhasil dan menampakkan kejayaan.

Hari ini Datuk Reza Pengurus Besar NCER yang juga orang Taiping telah tampil ke depan untuk membaik pulih surau tersebut. Terima kasih Datuk Reza.

Bapa Datuk Reza, Cikgu Razak merupakan pesara guru pendidikan seni di SMK King Edward VII Taiping dan sehingga kini masih aktif dalam bidang seni dan sering menganjurkan pameran seni di Kuala Lumpur.

Sukan Olimpik 2012 London haramkan rokok.

Setelah menonton beberapa acara sejak hari pertama sukan olimpik 2012 di London, terasa amat green dalam semua stadium dan venue.

Rupa-rupanya pihak olimpik telah haramkan sebarang aktiviti merokok. Agaknya bilakah Stadium kita akan bebas rokok?

Sabtu, 4 Ogos 2012

London 12 menembak 50m

Sergei Martynov dari Belarus 49 tahun berjaya memecah rekod olimpik dalam acara menembak rifle 50 meter lelaki.

Hebat, sebab pada usia 49 tahun beliau tidak menggunakan cermin mata.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Iftar bersama Majlis Guru Besar LMS Perak.

Taiping 3 Ogos- Bertempat di Hotel Taiping Perdana, Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Perak merangkap Ketua Umno Bahagian dan Pengerusi BN Taiping Y. Bhg Dato Hj Muhammad Shalimin Hj Shafiee telah menganjurkan majlis iftar untuk Majlis Guru Besar Larut, Matang dan Selama Perak.

Dalam ucapan ringkas Dato Shalimin, beliau menyentuh tentang sindrom lepas tangan di kalangan orang Melayu terhadap pendidikan dan sekolah. Orang Melayu menganggap apabila kerajaan menghapuskan sebahagian daripada yuran sekolah, bermakna segala-galanya adalah percuma.

Delima yang timbul di sekolah kebangsaan hari ini ialah kekurangan sumber kewangan untuk menjalankan pelbagai program dan aktiviti murid.

Apabila pihak sekolah memohon sedikit sumber kewangan daripada ibu bapa maka mereka mendiamkan diri dan enggan membantu kerana pada minda mereka segala-galanya adalah percuma.

Ia berbeza dengan sekolah cina, ibubapa sekolah Cina sangat komited dan bersedia menghulurkan wang ringgit asalkan ia untuk kepentingan anak-anak mereka dalam menjayakan aktiviti persekolahan. Mereka sanggup bergolok bergadai kerana bagi mereka pendidikan dan sekolah berjaya mengubah nasib bangsa mereka.

Dato Shalimin juga berkata, ibu bapa hari ini sanggup berbelanja besar kepada benda-benda lain seperti rokok, makan di restoran KFC dan sebagainya tetapi berat untuk menghulurkan RM 30 atau RM 50 kepada sekolah untuk faedah anak-anak mereka.

Di sebuah sekolah di Selangor, pihak PIBG telah mengenakan derma PIBG sebanyak RM 50 satu keluarga, dan ia menjadi bantahan ibubapa sehingga isu itu keluar dalam TV3.

Di sebuah sekolah Cina di Taiping, pernah diadakan program jamuan makan malam untuk mengutip dana sekolah dan pihak sekolah berjaya menjual 1500 buah meja dan paling minima sebuah keluarga menyumbangkan minima RM 150.

Inilah yang patut dicontohi oleh Melayu dan sekiranya masih enggan ia akan menjadi barah dalam masyarakat kita.

Janganlah berharapkan segala-gala percuma dan melepaskan tanggung jawab kepada kerajaan dan sekolah.

Kata YDP Majlis Guru Besar, En Habib Alipitchay, jika kita tidak berusaha keras dalam membantu anak-anak kita beliau risau satu hari nanti anak-anak kita masih ditakok lama dan gagal dalam persaingan untuk cemerlang dalam pendidikan dan gagal berbanding kaum lain.

Shalimin juga dalam penutup ucapannya telah menyumbang sebanyak RM 5000 untuk majlis guru besar.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.










Kitab lama tolak Umno, Pemuda Pas Gombak menipu

Beberapa persoalan yg perlu mereka jawab

- apa nama kitab yg sebetulnya
- siapa pengarang kitab tersebut
- kenapa tak nak jawab kitab apa..??

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Bandar Klang syurga pendatang

Ini pemandangan di bandar Klang Selangor, kelihatan warga asing sedang berniaga di kaki lima kedai. Sudah tentu perniagaan begini salah kerana tidak berlesen dan menghalang laluan orang ramai.

Antara barang yang dijual ialah barangan buatan China termasuk alat-alat seks dan sebagainya. Mana pergi penguatkuasa, adakah Ronnie Liu melindungi warga asing terutama dari China?

Kes Harta RM27 Juta Datuk Ramli Yusuff

Datuk Ramli Yusuff yang disabitkan individu yang mempunyai harta RM27 juta akan menyertai PAS. Beliau akhirnya dibebaskan tanpa dipanggil untuk membela diri. SUMBER

ARKIB: Pendedahan! Anak Buah Mazlan Aliman Terima Durian Runtuh Felda


Kenapa tak pakai baju Bersih, tahu pun malu!



Gambar diatas ialah Rahim B. Ahmad. Dia ialah Ketua PAS Cawangan Felda Bukit Ramun, Kulai, Johor. Gambar ini diambil ketika majlis penyerahan 'Durian Runtuh' Felda pada 15hb Mei tempoh hari selepas diumumkan ini oleh PM kesayangan PAS.


Felda Bukit Ramun juga terletaknya rumah Mazlan Aliman. Kalau dah kata hometown pengkhianat no wahid Felda mesti ahli-ahli yang lain juga terpengaruh dengan dakyah Mazlan Aliman. Iyalah dah totok PAS mana ada yang betul dan baik apa yang dibuat kerajaan.

Inikan pula penantian nak buat hudud. Ceramah ke hulu ke hilir janji bagai..kertas nak tulis enakmen Hudud pun bo liaw. Langsung tiada yang tinggal laungan Takbir! sambil disahut kafir harbi.

Felda Bukit Ramun punyai gerakan kuat menyokong Mazlan Aliman. Apa saja yang disebut Mazlan itu adalah wahyu dari atas. Topik Felda takde duit dan BN nak samun duit Felda adalah chapter yang paling handal ditapau Mazlan. Bab ini Mazlan mendapat kredit yang tinggi.

Dalam mencanang gerakan membenci kerajaan dengan pelbagai idea, BR1M dan bantuan RM100 untuk sekolah budak-budak turut dicekau kelompok ini. Duit free sapa yang tak mahu. Masalah bersyukur atau tidak itu urusan dia dengan tuhan.

Inilah sindrom dalaman PAS. Ada saja idea untuk menipu bila termalu. Patutnya, kerajaan saring penerima bonus ini. Yang sanggup berbaring atas jalan pertahan kafir harbi baik tak payah bagi. Tapi Najib tak begitu pasal kenang wasiat arwah ayahanda.

Bagi samarata.

Bapak Benggali mahu Ketua Pemuda PAS Terengganu Dipecat




Mohd Nor Hamzah

MOHD Nor Hamzah, Ketua Pemuda PAS Terengganu yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Payung dipetik sebuah akhbar tempatan hari ini sebagai berkata “Pengerusi DAP, Karpal Singh adalah liabiliti (kepada Pakatan Rakyat) dan oleh itu patut berhenti dari politik” (Quit as you’re a liablitiy, Karpal Told).

Semuanya lanjutan dari soal menegakkan hukum hudud yang timbul semula setelah Ketua Pemuda PAS, Nasarudin Tantawi mendakwa Karpal sudah menerima hukum hudud semasa berdebat dengan Ketua Ulama Muda UMNO, Fathul Bari Jahaya baru-baru ini.
Debat yang telah mendedahkan kelematan Pas



Penulis sebetulnya sudah letih nak bercakap soal hudud ini. Tak tahulah nak berapa kali mesyuarat, nak berapa kali kenyataan akhbar perlu dikeluarkan untuk menjelaskan yang hudud bukan sebahagian daripada agenda Pakatan Rakyat.

PAS sebagai sebahagian dari komponen Pakatan Rakyat patut menerima ini (penolakan hudud) sebagai matlamat perjuangan, bukan masih berkeras itu adalah agenda mereka, Pakatan Rakyat tidak seharusnya masuk campur dan sebagainya.

Tapi sebaliknya berlaku isu hudud ini masih ditimbulkan, sehingga membawa kepada cabaran supaya Karpal berundur, apa semua ni?

Siapa Nor Hamzah untuk meminta pemimpin veteran DAP ini berundur? Berapa besarkah dia dibanding dengan Karpal? Tak silap penulis Nor Hamzah baru penggal ini sahaja menjadi ADUN, dibanding dengan Karpal yang sudah berkhidmat lebih 30 tahun sebagai Ahli Parlimen!!

Nampak sangat Nor Hamzah tidak layak untuk bercakap soal politik, apatah lagi meminta pengunduran Karpal.

Dia dan Nasarudin Tantawi adalah antara beberapa kelompok dalam PAS yang menjadi duri dalam daging berhubung isu hudud ini. Telah banyak kali dijelaskan oleh kepimpinan tinggi Pakatan Rakyat yang hudud bukan agenda, hudud tidak akan dilaksanakan kerajaan persekutuan Pakatan Rakyat, ‘ulat-ulat’ ini masih lagi bermain irama yang lama.
Mohd Nor kritik bapak benggali



Penulis tidak mahu cakap banyak, yang penulis mahukan ialah PAS mengambil tindakan tegas terhadap Nor Hamzah kerana kenyataan kurang ajarnya terhadap Karpal Singh.

Jika Datuk Dr. Hasan Ali boleh dipecat kerana mengkritik Datuk Seri Anwar Ibrahim, penulis tidak nampak sebab kenapa PAS tidak boleh mengambil tindakan yang sama terhadap Mohd Nor Hamzah.

BAFIA Untuk Melindungi Integriti Sistem Kewangan - Najib Razak 3/8/2012

Published on Aug 3, 2012 by klposdotcom
Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak berkata BAFIA adalah untuk melindungi integriti sistem kewangan.Beliau berkata demikian di sidang media khas di Majlis Berbuka Puasa Bersama Ahli Majlis Tertinggi UMNO di PWTC pada 3 Ogos 2012.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO Setuju Rombakan Sistem Pendidikan Negara - Pr...

Published on Aug 3, 2012 by klposdotcom
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak berkata Majlis Tertinggi UMNO setuju dengan rombakan sistem pendidikan negara.Beliau berkata demikian di sidang media khas di PWTC pada 3 Ogos 2012 bersempena dengan Majlis Berbuka Puasa Bersama Ahli Tertinggi UMNO.

20120802 Whistleblower protection center

WAHAI LEMBU, LU JANGAN DOK BELA SI BARUA JOHARI YANG MENDEDAHKAN AKAUN NFC. LEMBU INI CUBA MEMESONGKAN RAKYAT. LU DAN JOHARI TELAH BUAT SALAH. BUAT SALAH SECARA BACK DOOR. LU BERSUBAHAT DENGAN JOHARI KERANI BANK TANPA MELALUI PROSEDUR YANG BETUL. MEMANG MAKLUMAT PELANGAN BOLEH DIDEDAHKAN TETAPI IANYA SECARA SAH. MELALUI SALURAN YANG BETUL. BOSS BANK YANG BERHAK MELAKUKAN JIKA ATAS KEHENDAK TERTENTU...LU SUDAH SEWEL KAH...WAHAI RAFIZI LEMBU....SATU LAGI GUA MAU TANYA SAMA LU, WAHAI LEMBU, LU SUKA KAA KALAU KERANI BANK DEDAH LU PUNYA AKAUN DALAM FACEBOOK. KALAU IKUT LU CAKAP, SEMUA OLANG TAK MAU SIMPAN DUIT DALAM BANK LAR. SEMUA AKAN SIMPAN DUIT DALAM TIN BISKUT SIMPAN BAWAH TANAH MACAM AZMIN ALI BIKIN

STRATEGI PEMBANGKANG REKA FITNAH KINI MEMAKAN DIRI


Tindakan kerajaan mendakwa Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli dan bekas kerani Public Bank di bawah Akta Institusi Perbankan dan Kewangan 1989 (BAFIA) berhubung pendedahan butiran transaksi akaun milik Pengarah National Fidlot Corporation (NFC), Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail adalah amat tepat sekali dan kena pada masanya.
 
Sudah sekian lama perkakas dan lain-lain pemimpin pembangkang telah diperalatkan oleh Anwar Ibrahim untuk menabur fitnah dan mereka cipta pelbagai cerita karut marut terhadap kerajaan dan institusi awam.

Tujuannya adalah satu iaitu untuk menumbangkan sebuah kerajaan yang sah dipilih rakyat melalui proses pilihan raya.

Dalam keadaan tangan bergari, kedua-dua Rafizi serta balacinya, Johari tersenyum dalam sedu apabila cuba menonjolkan imej yang menyakinkan bahawa tindakan mereka adalah 'demi rakyat'.

Sebenarnya mereka telah dipergunakan sepenuhnya oleh Anwar untuk matlamat politiknya mahu menjadi Perdana Menteri.

Menteri Besar Selangor, Abdul Khalid Ibrahim dengan bangganya mengumumkan kerajaan negeri akan menanggung segala kos guaman Rafizi dalam kes ini daripada geran Selangorku.

Sekali lagi Pakatan Rakyat mengguna wang rakyat untuk agenda politik mereka kerana umum tahu bahawa Rafizi tidak lagi menjadi kakitangan kerajaan negeri setelah meletak jawatan sebagai Ketua Eksekutif Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor.

Bagaimana pula dengan Johari, siapa pula akan menanggung kos guamannya?

Setelah dipergunakan, nampaknya Johari akan dipinggirkan begitu sahaja oleh pembangkang, seperti kata pepatah habis madu sepah dibuang.

Keseoranganlah ia dalam memikirkan sara hidup anak dan isteri setelah kehilangan pekerjaan.

Setelah NFC, Rafizi kini beralih kepada isu pemberian kontrak projek penyambungan LRT Ampang kepada Konsortium George Kent.

Dalam hal ini beliau juga dengan bangganya menunjukkan kepada umum kononnya surat sulit Syarikat Prasana Negara Berhad  mengenai penilaian para pembida proek tersebut.

Atas informasi itu sahaja Rafizi membuat tuduhan berat bahawa Perdana Menteri sendiri terbabit dalam penganugerahan kontrak tersebut.

Tindakan itu juga adalah atas arahan Anwar dengan sasarannya bukan George Kent tetapi Perdana Menteri.

Anwar mahu menanam perasaan benci rakyat kepada Datuk Seri Najib Tun Razak kerana di dakwa terlibat dalam pelbagai jenayah rasuah tetapi jika dikaji satu persatu fitnah yang dilemparkan, tidak ada satu bukti pun dikemukakan oleh pembangkang untuk menyokong dakwaan mereka.

Begitu juga dalam fitnah kes kapal selam Scorpene.

Isu yang dibawa oleh satu lagi perkakas Anwar, Suaram, ialah dakwaan rasuah dalam urusan pembelian dua kapal selam itu tetapi fokusnya adalah kepada pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Malah pembangkang tidak langsung mempunyai moral dan integriti walau sedikit pun dengan menuduh isu itu juga melibatkan penjualan rahsia ketenteraan negara.

Mereka cuba menjadi hero tetapi hakikatnya merekalah yang selama ini yang mendedahkan rahsia negara kepada pihak asing serta mencaci pemimpin dan memburuk-buruk imej negara.

Kini terserlah dengan fakta-fakta dan keterangan yang jelas dari kerajaan bahawa semua yang didakwa Suaram adalah pembohongan jelas semata-mata yang bermotifkan politik kotor.

Di sini juga tujuan pembangkang bukan untuk menegakkan keadilan dan mencari kebenaran tetapi menyerang Perdana Menteri untuk melemahkan kepimpinannya.

Begitu juga dengan dakwaan anak Anwar, Nurul Izzah  yang membuat dakwaan palsu dalam blognya berhubung projek Network Centric Operations (NCO) yang sedang dibangunkan oleh Sapura Secured Technologies Sdn Bhd untuk Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Tindakan Nurul Izzah juga  bukan mensasarkan syarikat bumiputera tersebut tetapi matlamatnya adalah meruntuhkan kredibiliti Kementerian Pertahanan yang bertanggungjawab terhadap dasar-dasar keselamatan negara.

Senario yang sama boleh dilihat apabila Presiden PKR, Dr Wan Azizah Wan Ismail membuat dakwaan bahawa pihak polis gagal mengurangkan kadar jenayah.

Dengan memberi satu atau dua contoh, beliau membuat kesimpulan jumlah kes jenayah semakin meningkat disebabkan sebahagian besar  peruntukan Program Transformasi Kerajaan dibelanjakan untuk perhubungan awam daripada menangani permasalahan jenayah.

Walaupun kerajaan telah mengemukakan data yang sahih menunjukkan kadar jenayah telah menurun, namun pembangkang terus memberi persepsi negatif terhadap pihak polis.

Jika Pakatan Rakyat sanggup menipu, berbohong, memfitnah, mentohmah, mereka-reka cerita palsu apa agaknya senario negara jika mereka memerintah? Fikir-fikirkanlah dengan akal yang sihat.

Siapa Paling Cantik Di Mata Lim Guan Eng?


Beberapa minggu lalu, politik tanahair dikejutkan dengan pendedahan panas melibatkan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dengan bekas pekerjanya, Ng Phaik Kheng yang didakwa mempunyai skandal sulit dan lagi menyulitkan.

Skandal sulit tersebut tambah panas diperkatakan ramai apabila turut mendapat tempat dalam Sidang DUN Melaka berikutan desakan beberapa wakil MCA yang mahukan isteri Lim yang juga ADUN Bukit Tunggal, Betty Chew memberi penjelasan terhadap isu itu.

Penjelasan itu diminta kerana timbul dakwaan kecederaan di dahi Lim dikatakan akibat terkena hentakan sesuatu benda keras selepas diserang oleh Betty yang ketika itu berang dengan skandal sulit membabitkan Lim dan Ng Phaik Kheng.

Namun kini selang beberapa ketika dan isu skandal tersebut pun sudah sedikit reda, tidak semena-mena khalayak umum khususnya rakan-rakan rapat Betty dikejutkan dengan perubahan ketara isteri Ketua Menteri Pulau Pinang itu.

Perubahan gaya dan penampilan barunya dengan imej yang lebih elegan nyata agak drastik walaupun mengejutkan namun berbaloi kerana ramai yang memuji anjakan imej yang tiba-tiba sahaja dilakukan oleh Betty Chew.

Inilah yang dapat dilihat di satu majlis keraian rasmi yang dihadirinya sehari dua lepas yang menyaksikan kehadirannya dengan imej baru tersebut telah berjaya menarik perhatian ramai tetamu di majlis tersebut malah turut diperkatakan oleh akhbar-akhbar Cina.

Betty kelihatan cantik dan seakan muda beberapa tahun berbanding usia sebenarnya malah saling tak kalah jika digandingkan dengan gaya wanita lain yang sentiasa mengikut fesyen kontemporari.

Sebelumnya agak sukar untuk melihat Betty tersenyuman simpul apatah lagi bergaya manis kerana sikap dan perwatakan dirinya agak terkenal sebagai kurang mesra, tapi dengan penampilan terbarunya ini kemesraan yang ditonjolkan nyata agak terasa perbezaannya.

Melihat pada perubahan tiba-tiba ini tidak sukar untuk kita andaikan ada sesuatu yang memaksa dirinya melakukan semua ini, setidak-tidaknya mungkin untuk mengurangkan tekanan dalam diri atau barangkali mahu menawan kembali hati gersang sang suami. 

Dari segi usianya memanglah sudah sedikit lanjut jika dibandingkan dengan wanita muda seperti Ng Phaik Kheng atau mesra dipanggil sebagai Rainbow oleh Lim Guan Eng, akan tetapi itu bukannya satu halangan untuk Lim & Betty kembali bertaut kasih.

Cumanya sekarang, apa pula kata hati Lim Guan Eng melihat perubahan ketara isterinya itu? Mustahil sedikit pun tidak terlintas untuk menghargai kesanggupan isteri tersayang bergaya sakan demi menambat kembali hatinya.

Di antara Rainbow yang masih muda, cantik dan manja dibandingkan dengan isterinya Betty Chew yang sedikit tua tapi sudah pandai bergaya kelihatan cantik dipandang mata, agaknya siapakah yang paling cantik dan menarik di mata Lim Guan Eng?

Mungkinkah dari segi perwatakan Rainbow yang lebih manja akan lebih menarik perhatian hatinya atau dahinya yang pernah terluka akan memaksa dirinya kembali memuja Betty yang sedang sakan bergaya?

'Sekejap ada, sekejap tak de'

'Sekejap ada, sekejap tak de'...ingat lagi tagline untuk satu iklan biskut yang agak popular masa itu ler.

Samalah dengan 'Datuk' yang kononnya dah dianugerahkan kepada Blogger Hebat RAFI AWANG KECHIK aka SANGGAH TOK JANGGUT.

Aku akan tunjukkan bukti gambar betapa BARUA ni telah MENIPU agensi yang membantu kerja beliau dengan 'Datukship' beliau.

1. Bermula dengan Konvensyen di Kelantan...orang UMNO Kelantan dah tahu, Barua ni bukan Datuk, jadi tak de la title Datuk ni digunakan di sana. Duit HOTEL yang AJK nginap, dah bayar ke DATUK RAK?

2. Terengganu...
Tak de 'DATUK' tapi imej dia, mengalahkan Perdana Menteri, punya ler besar. (center stage lagi)

3. Kedah...
Center stage lagi dan Peserta di Kedah kena bohong dengan 'Datuk' Rafi Awang Kechik


di Kedah...ada 'Datuk'. sekali lagi, tengok gaya, mengalahkan PM...nak jadi calon ke Bro DATUK 300 henget?

4. Perak...
Mane title 'DATUK' nye...hilang ke yop? Masih kekalkan imej tonjolkan dirinya pada imej backdrop

5. Sabah...
Peserta Sabah pun kena tipu Ba...post lain sikit tapi tetap mengalahkan PM.. Dato' pulak, bukan Datuk ker? 

Nasihat saya, inilah parasit hidung kembang aka opotunis yang merosakkan UMNO dan BN.
Penipuan yang terancang tapi bodoh telah memberi bukti sahih betapa Rafi Awang Kechik yang kononnya juat Sanggah Pemimpin, merupakan PEMBOHONG, PENIPU, PEROMPAK DANA DAN PERASAN PANDAI!

Tindakan bodoh, dangkal dan benak BARUA ni akan menjadi liabiliti kepada Kepimpinan Tertinggi Barisan Nasional yang dipimpin oleh YAB Dato' Sri Najib Tun Razak.

Mana tidaknya, anda tengok tweet ini...

Tak pasal-pasal Rais Yatim yang kena soal...memamg liabiliti mamat BARUA ini.
Aku tidak salahkan Datuk Seri Rais tapi kenapa, Agensi yang sering menaja dan duduk di atas pentas bersebelahan dengan BARUA ini, tidak buat 'homework' ker, sebelum memberi sokongan kepada program BARUA ini.

Aku ingat, setakat ini dulu untuk kali ini. Tapi aku bagi HINGAT dengan DATUK/DATO' RAFI AWANG KECHIK...berani buat, berani tanggung.

Lu jangan ingat lu punya blog hebat dan lu boleh balun Pemimpin yang tidak sokong HENGET lu, lu boleh balun sesuka hati. Usah lu suka2 mau sentuh mana2 pemimpin atau agensi kerajaan!! Gua kasi bogel sampai malu lu nanti..

Kalau lu berani, lu mengaku, kalau lu takut, lu lari balik sembunyi di Kelantan sepertimana lu sembunyikan anak lu semasa ada KES POLIS dulu...JENG JENG JENG!!!
Lepas ini banyak lagi...tunggu jer!

- Pssst: soalan aku...Blogger hebat yang ikut bontot Rafi dalam projek korang ni, korang tak 'search google' dulu ke, untuk check latarbelakang BARUA ni...??? http://anti-belot.blogspot.com/

Jumaat, 3 Ogos 2012

Rafizi ada masalah mental

Rafizi dalam sidang media semalam ada menyebut begini ," kalau Agong dedahkan hal sebegini, Agong juga boleh didakwa" begitulah lebih kurang bunyinya.

Apa masalah Rafizi nak kaitkan dengan Agong? Nampak sangat siapa Rafizi sebenarnya. Rafizi seorang yang sakit otak, tidak beriman, tidak bermoral dan yang lebih penting lagi di dalam hatinya busuk sebusuknya. Dengki khianat semua ada dalam dirinya.

Menurut maklumat rakan-rakan SiLembu ini dulu pernah berjawatan Pengurus Besar dalam Petronas, tetapi apabila diberhentikan dia juga buat perkara yang sama, memburukkan orang lain dengan mengedarkan email kepada semua warga Petronas, dia baik dan betul, orang lain semua salah.

TM cukup panas hati bila dia mengaitkan dirinya dengan Agong kelmarin.

Lu salah, sendiri tanggung lah, jangan heret atau sebut nama Agong dalam lu punya masalah.

Lu stupid never finish-finish, why lor?
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Khamis, 2 Ogos 2012

Waythamoorthy kembali ke Malaysia

Pemimpin pertubuhan haram Hindraf P. Waythamoorthy akhirnya kembali ke Tanah Melayu setelah melarikan diri sejak November 2007.

Passport beliau telah dibatalkan pada April 2008.

Beliau berkata Hindraf tidak akan menjadi parti politik tetapi akan terus memperjuangkan hak orang India di negara ini.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

AL-Fatihah

TM mengucapkan takziah kepada blogger Semut Hitam atas kehilangan ayahandanya yang telah kembali ke Rahmatullah jam 3 pagi tadi di Hospital Bentong, Pahang.

Mohon diampunkan dosa-dosanya dan ditempatkan bersama golongan yang beriman dan mendapat rahmat Allah, Amin
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Yeop Aziz buka radio swasta. jom dengar

https://fbcdn-sphotos-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash4/295968_2091169155057_1029986390_n.jpg
DJ Yeop

Kepada pendengar radio Perak FM tentu mengenail DJ Yeop Aziz. Sebelum bertugas di Perak beliau pernah bertugas di THR .. bersama Dj Nasha, Abby Fana, Richie Rachmond dan ramai lagi. Kini THR dah tak bergegar lagi lalu Yeop membawa diri ke Taiping Perak. Tak lama kemudian dengan bantuan OBA beliau diterima bertugas di Perak FM.

Sebelum itu Yeop adalah DJ Freelance, sering dilihat dimajlis-majlis koperat dan sebagainya. Yeop pernah top dengan Perodua Kembara dan setelah Kembara hancus kerana terlalu banyak perbatuannya, kini beliau menggunakan Perodua Myvi untuk tujuan promosi pelbagai-bagai acara. Siapa tak kenal Yeop. Yeop juga penggemar Radia Amatur. Kata Yeop dia pernah ditahan polis kerana asyik dok beradio atas skuter Modenas Legend beliau. Itu dulu punya cerita. 


Abdul Aziz Mohamed Desa

Assalamualaikum kepada seluruh sahabat saya di laman maya FB ini..saya nak mengumumkan sesuatu yang saya harap mendapat sokongan dari anda semua dan juga dari kawan kawan anda di FB atau apa cara sekalipun ..dari mulut ke mulut dan lain-lain cara.Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim dengan ini saya telah dan dalam proses mengujudkan satu lagi stesyen radio swasta di negeri Perak ini berjenamakan
CAYORFM...buat masa ini saya sedang menjalankan UJIAN SIARAN melalui laman web ini www.cayorfm.org . Oleh itu silakan untuk mendengar,menilai,memberi pandangan,menambah baik mutu siaran dan apa apa sahaja yang boleh dikongsi untuk kebaikan bersama..terima kasih saya dahulukan untuk semua yang memberikan sokong.

Jom dengar radio di website beliau.

SRIA Bantu Rakyat Perak Miliki Rumah Impian

Dengan bayaran balik serendah RM218 sebulan dan tanpa sebarang faedah, rakyat Perak yang berpendapatan isi rumah kurang RM3,000 sebulan kini berpeluang memiliki rumah sendiri di bawah Skim Rumah Insan Amanjaya (SRIA) yang dilancarkan oleh kerajaan negeri, hari ini.

Bercakap kepada pemberita selepas majlis pelancaran SRIA, Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, berkata skim baru yang diperkenalkan kerajaan negeri di bawah agensi Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan (YBUDR) itu bertujuan membantu golongan yang berpendapatan rendah memiliki rumah sendiri.

“Rakyat yang berpendapatan bawah RM3,000 layak mengemukakan permohonan kepada YBUDR yang mana skim ini menawarkan harga paling murah tanpa dikenakan sebarang kadar faedah.

“Bagi pemohon yang berjaya, mereka hanya perlu melunaskan yuran pendaftaran sebanyak RM200, kos perundangan/insurans berjumlah RM1,000 dan bayaran bulanan berjumlah RM218 bagi tempoh 20 tahun bagi melangsaikan pinjaman bernilai RM50,000 untuk membiayai kos pembinaan,” katanya.

Sementara itu, Zambry yang juga Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah YBUDR, berkata sebagai permulaan, 180 buah rumah akan dibina di bawah skim berkenaan dengan dana suntikan awal berjumlah RM10 juta.

Walaupun terhad, kerajaan negeri katanya, mahu ia menjadi titik permulaan kepada usaha membantu rakyat Perak khususnya yang berpendapatan rendah memiliki rumah sendiri.

“SRIA merupakan cadangan kreatif yang diperkenalkan kerajaan negeri bagi memanfaatkan dana RM10 juta yang diluluskan bawah Bajet 2012 yang khusus untuk membina rumah kediaman bagi rakyat yang berpendapatan rendah,” katanya lagi.

Sehubungan itu, kerajaan negeri katanya, berharap supaya peserta skim dapat melangsaikan pembayaran hutang mengikut jadual dan tempoh yang ditetapkan.

Terdahulu, dalam ucapan perasmiannya, Zambry berkata, kerajaan negeri mahu menyediakan kemudahan perumahan yang selesa kepada rakyat kerana ia merupakan keperluan asas dalam kehidupan.

“Skim ini diperkenalkan untuk memenuhi keperluan rakyat yang berpendapatan rendah untuk memiliki rumah sendiri dan bukannya projek kroni Menteri Besar,” katanya.

Tambahnya, rakyat yang berjaya menyertai skim itu juga dapat menjimatkan wang mereka sebanyak RM1,600 setahun atau RM133 sebulan dalam tempoh 20 tahun kerana tidak perlu membayar faedah bagi mendapatkan pinjaman berjumlah RM50,000.

Di bawah SRIA, rakyat yang menikmati skim perumahan ini tidak perlu membayar kadar faedah pinjaman sepanjang tempoh pembayaran. Ini merupakan komitmen kerajaan negeri Perak dalam usaha membina upaya kehidupan rakyat.

Segala urusan yang berkaitan dengan perundangan dan pemantauan pembayaran adalah melalui pihak YBUDR sendiri

Skim ini merupakan program bantuan perumahan yang diberi kepada kumpulan keterbawahan yang memenuhi syarat yang ditetapkan dengan pembinaan sebuah rumah tiga bilik berkeluasan 800 kaki persegi.

Kelayakan pemohon mestilah rakyat berumur 18 hingga 50 tahun tidak mempunyai rumah sendiri atau rumah yang usang dengan tempoh bayar balik dari 10 tahun hingga 20 tahun dengan syarat peminjam tidak melebihi umur 60 tahun di akhir tempoh pinjaman. PERAK TODAY

UFB - Fitnah Datin Seri Rosmah & Farid Ismeth Datang Dari Orang Fasik

Rabu, 1 Ogos 2012

RM 97juta untuk orang Tanjung

Kerajaan pusat membelanjakan kira-kira RM97 juta utk BR1M di Pulau Pinang membabitkan seramai 194,197 penerima di 13 kawasan Parlimen.

LGE bagi RM100 dari duit judi pun Pas puji meleleh. Ini RM97 juta tak nak puji ka?

Ramai orang Pas subuh sepie dah pi beratuq nak ambik duit! Hoi, tak malu ka?
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Rafizi dah kena ujian pertama dunia

Rafizi Ramli dikenakan ikat jamin RM 15 ribu dan bicara pada 10 September atas kesalahan akta bafia.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Selasa, 31 Julai 2012

Haram Jadah punya YB!

Sedih-Sedih-Sedih. Inikah perangai pemimpin parti pembangkang. Buang bini macam buang tulang ayam.
http://t.co/4Z6ug56Q
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

MB Kedah: Merc S-Class untuk VVIP, bukan untuk sendiri.

Hari ini Menteri Besar Kedah Azizan Abdul Razak menafikan kereta Mercedes S350 nombor pendaftaran KCX 8 dibeli oleh kerajaan negeri bukan untuk kegunaan peribadi beliau tetapi untuk kegunaan tetamu yang melawat Kedah.

Menurut Tan Keng Liang Ketua Pemuda Gerakan Kedah, MB Kedah sering dilihat menggunakan kereta tersebut untuk kegunaan peribadi seperti menghadiri Sidang Dun. Yang mana satu yang betul wahai Azizan?

Satu lagi persoalan berapa ramai tetamu negeri yang diberi penghormatan menggunakan kereta tersebut. Pernahkan YAB Perdana Menteri Dato Seri Najib dan YAB Timbalan Perdana Menteri Tan Seri Muhyiddin Yassin diberi peluang untuk menggunakan kereta tersebut apabila mereka melawat Kedah?

Cuba Azizan jawab betul-betul, jangan main-main nanti jadi munafik.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Lajim hilang jawatan menteri

Yang di-Pertuan Agong beri perkenan batal pelantikan Lajim Ukim sbg Timbalan Menteri Perumahan & K'jaan Tempatan berkuatkuasa serta-merta
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Hudud Punca PR Gagal Ke Putrajaya – kata Bapa Benggali

Bertalu-talu pemimpin-pemimpin DAP membuat kenyataan menyanggah PAS berkaitan hudud. Pening betul mereka dengan sikap putar-belit dan dolak dalih PAS berkenaan isu itu.

Sedangkan kerjasama PAS-DAP-PKR adalah termeterai atas persetujuan PAS untuk beralah dalam isu Negara Islam termasuk hudud. Namun, semakin PRU menghampiri, seorang demi seorang pemimpin PAS kembali bangkit menjadi 'pejuang hudud' dan Negara Islam. Mungkin setelah menyedari yang sokongan Melayu semakin merosot terutamanya selepas episod yang memeritkan dengan Datuk Dr. Hasan Ali.

Akhir-akhir ini, PAS dikecam teruk kerana membelakangkan Islam iaitu selepas bekerjasama dengan DAP. Parti ini digelar sebagai barua, balaci, kuda tunggangan dan anjing kepada parti chauvinis dan rasis Cina itu. Dan PAS telah gagal seratus peratus menangkis gelaran ini apabila terus menerus mengikut telunjuk DAP, hatta dalam isu kritikal bagi Umat Islam, seperti isu murtad sekali pun.

Dengan PRU semakin hampir, PAS nampaknya benar-benar buntu untuk mengembalikan imej Islam yang kini hanya tinggal di serban dan jubah sahaja. Di tambah dengan berduyun-duyun artis tak laku dan 'tak berapa cerdik' yang mula memenuhi parti itu, masyarakat semakin memandang sinis akan 'keIslaman' PAS.

Justeru, tidak dapat tidak, PAS terpaksa kembali memainkan 'hudud' sebagai bahan promosi dan kempen bagi meraih undi dari umat Melayu.

Tindakan ini telah membuatkan DAP benar-benar hilang sabar dengan PAS.

Bapa Benggali Karpal Singh pantas membuat kenyataan tegas bahawa sebarang cubaan PAS untuk memperkenalkan hudud di negara ini mencerminkan dengan buruk niat ikhlas dari apa yang diputuskan di Muktamar PAS tahun lepas iaitu untuk melupakan Negara Islam dan membina Negara Kebajikan. Karpal juga mengingatkan PAS bahawa tiada Hudud dalam Buku Jingga.

Kenyataan sama juga diulangi oleh Lim Guan Eng yang jelas kelam kabut apabila ditanya mengenai isu ini lalu menuduh UMNO pula yang ingin melaksanakan hudud.

Ternyata, PAS telah berjaya menjadikan Pakatan Rakyat haru-biru dengan sikap tidak amanah, tidak berpegang kepada janji dan tidak punya pendirian tetap termasuk dalam isu-isu yang melibatkan agama.

Sebenarnya, PAS tidak akan mampu meningkatkan sokongan dengan hanya membangkitkan semula isu hudud. 'Hudud' bukan isu yang akan membawa PAS mahupun PR ke Putrajaya atau mana-mana kerana semua orang tahu bahawa ia hanyalah retorik PAS semata-mata. PAS tidak akan dan tidak ingin pun untuk melaksanakannya.

Jika ada yang masih menyokong PAS, ia bukan kerana hudud, tetapi kerana terpedaya bahawa PAS memperjuangkan Islam. Mereka ini akan tetap menyokong PAS tak kira jika PAS menggadaikan hudud dan Negara Islam seperti yang dipersetujui dalam Muktamar lepas atau pun tidak.

Namun, sikap tidak konsisten PAS, penentangan DAP serta sikap acuh tak acuh PKR terhadap hudud menjadi bukti betapa keliru dan haru-birunya Pakatan Rakyat itu. Semakin kuat PAS melaungkan hudud, semakin keras DAP menempelaknya, semakin jauhlah PR dari Putrajaya. Jelas, ia bukan kerana hudud, tetapi kerana kelemahan pakatan mereka begitu ketara dan rakyat tidak mungkin akan memberikan mandat kepada parti yang sebegitu lemah untuk memerintah negara.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Temurapat PRU PKR: PKR Kalah Sebelum Berkempen?

Parti PKR tegar sekali menggunakan nama 'rakyat' dalam setiap aktiviti dan kempen mereka. Sudah tentu sekali dalam menghadapi pilihanraya kali ini, nama 'rakyat' akan dijulang tinggi-tinggi kononnya sebagai matlamat perjuangan walaupun matlamat sebenarnya adalah 'demi Anwar, untuk Anwar dan kerana Anwar'.

Dalam Temurapat PRU PKR tahun lepas, parti tersebut telah meminta bantuan Merdeka Center, untuk menguji beberapa slogan bagi digunakan sebagai tema kempen dalam PRU-13. Antaranya:

1. Ubah Sekarang, Selamatkan Malaysia

2. Malaysia Baru, Muafakat Baru, Pimpinan Baru

3. Demi Rakyat, Demi Masa Depan

Selaras dengan keterujaan PKR dengan perkataan 'rakyat', maka mereka nampaknya memilih slogan ketiga, iaitu 'Demi Rakyat, Demi Masa Depan' yang bagi mereka lebih tegas dan sesuai dengan imej KEADILAN. Slogan ini dikatakan mendapat reaksi positif dari pengundi sasaran PKR iaitu Golongan Muda, Golongan Bekerja dan Kaum India yang tidak berpatisan.

Dalam temurapat yang sama, parti itu telah menggariskan beberapa isu yang akan digunakan oleh mereka untuk menyerang BN. Antaranya, kenaikan harga barang, subsidi minyak, AUKU, PTPTN, rasuah, masalah perumahan, masalah sosial, harga kereta yang tinggi serta peluang pekerjaan terhad.

Kecuali isu 'peluang pekerjaan terhad', kebanyakan isu yang disebut telah pun lama dimainkan oleh PKR. Dan hampir kesemua isu yang dimainkan juga menunjukkan kegagalan, kesilapan atau kelemahan di pihak mereka. Dalam ertikata lain, serangan mereka tidak menjadi, tertembak diri sendiri atau pun kalah teruk.

Dalam memainkan semua isu-isu tersebut juga, PKR secara tidak langsung menyerlahkan yang mereka tidak bijak matematik dan gagal ekonomi sepenuhnya.

Contohnya, dalam memperkatakan soal PTPTN, PKR telah ditempelak oleh DAP dan juga PAS kerana meletakkan Pakatan Rakyat dalam keadaan sukar. Akhbar-akhbar Cina yang diketahui cenderung kepada DAP juga menghentam idea penghapusan hutang PTPTN kerana dikatakan memalukan serta tidak praktikal dari segi ekonomi.

Begitu juga dengan isu mengenai subsidi minyak dan kenaikan harga barang yang merupakan isu global di mana rakyat sedia maklum bahawa sekiranya PKR menjadi kerajaan, mereka juga tidak akan mampu mempengaruhi harga pasaran dunia. Menjanjikan penurunan harga barang dan harga minyak bagaikan menjanjikan bulan dan bintang iaitu sesuatu yang tidak logik kerana tidak berada di bawah kawalan sesebuah kerajaan sepenuhnya.

Lebih dari itu, kerajaan sedia ada telah membuktikan keprihatinan dengan mengekalkan subsidi serta memberi bantuan-bantuan lain secara langsung bagi membantu rakyat menghadapi kenaikan kos sara hidup di era ini. Kerajaan juga telah melancarkan skim rumah pertamaku, sekali gus membuktikan yang kerajaan tidak pernah mengabaikan kebajikan rakyat di kala PKR hanya mampu berjanji.

Isu AUKU pula menyerlahkan sikap dwistandard PR apabila MB PAS Kedah, Ustaz Azizan mengarahkan pelajar yang berdemonstrasi agar dikenakan tindakan di bawah Akta tersebut.

Percubaan PKR untuk menyerang kerajaan melalui isu rasuah dan masalah sosial di dalam masyarakat juga membuatkan rakyat tersenyum sinis. Mana tidaknya, jika Ketua Umum PKR itu sendiri terkenal dengan gelaran Bapa Rasuah iaitu 'perintis' gejala rasuah di dalam politik. Pembantu peribadinya yang gaji tidak seberapa mampu memiliki rumah berharga jutaan ringgit. Isteri sang pembantu merangkap perempuan simpanannya juga menerima gaji puluhan ribu sebulan tanpa perlu bekerja dalam ertikata yang sebenar.

Kroni-kroninya, termasuk bapa dan abangnya yang dari 'nobody' menjadi 'somebody' dalam sekelip mata sejurus beliau memegang jawatan dalam kerajaan dahulu. Dan kini, partinya dan parti-parti sekutu terus bergelumang dalam rasuah, penipuan, manipulasi yang menjadi punca masalah dalaman sehingga memaksa ramai yang keluar parti. Jika ini bukan rasuah, apa namanya?

Serangan PKR terhadap harga kereta yang tinggi pula menunjukkan yang parti ini tidak punya semangat nasionalis dan sanggup membiarkan industri kereta nasional terjejas atau gulung tikar terus.

Sementelah dengan itu, kita tunggu sajalah apa yang PKR akan kelentong mengenai peluang pekerjaan di Malaysia memandangkan hanya isu ini saja yang belum dimainkan oleh mereka.

Walau apapun, kita tahu bahawa negeri-negeri yang diterajui PKR atau PR semuanya menghadapi masalah untuk menambah pelaburan sekali gus meningkatkan peluang pekerjaan. Satu-satunya peluang pekerjaan yang meningkat dengan begitu drastik di negeri-negeri jajahan mereka adalah dalam bidang hiburan termasuk tukang-tukang urut yang mana tidak memerlukan seseorang itu bersusah payah meminjam PTPTN untuk belajar tetapi hanya berbekalkan gaya dan 'keberanian' sahaja.

Jika inilah saja strategi PKR untuk menghadapi PRU-13, maka jelaslah yang PKR sudah kalah sebelum berkempen

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Bonus: PR Tuduh Kerajaan Guna Wang IMF, Gila kah,Apa?

Terdesak dan tertekan sungguh para pemimpin pembangkang tika ini apabila melihat keprihatinan berterusan Kerajaan Pusat dalam membantu meringankan beban rakyat dan di masa yang sama tidak lupa menghargai jasa golongan penjawat awam.

Ramai pemimpin pembangkang melihat keprihatinan Kerajaan Pusat yang diterajui Barisan Nasional (BN) itu sebagai satu bala yang bakal menjahanamkan propaganda politik persepsi yang sedang mereka galak jalankan sekarang.

Riuh rendah dan kehangatan kem pembangkang yang bernaung di bawah Pakatan Rakyat (PR) dapat dilihat jelas dari komen ramai pemimpin mereka yang cuba meremehkan setiap usaha dan program bermanfaat yang dijayakan oleh Kerajaan BN.

Tidak terkecuali, jentera propaganda maya mereka juga tumpang semangkuk untuk merencatkan keberkesanan usaha-usaha pemimpin BN dengan menabur seribu satu tohmahan.

Dalam satu rencana di blog suarapakatanrakyat.com pada 27 Julai lepas, blog tersebut telah memanjangkan hasad dengki pemimpin PR dengan secara terbuka menuduh Kerajaan BN telah meminjam wang dari IMF (Tabung Kewangan Antarabangsa) semata-mata untuk melunaskan bonus Aidilfitri tempohari.

Selain itu, semua program transformasi dan agenda membantu rakyat yang diterjemahkan melalui beberapa program seperti BR1M, KR1M, KAR1SMA, bantuan persekolahan dan lain-lain juga didakwanya datang dari wang pinjaman IMF.

Tanpa satu pun fakta dan bukti jelas, blog tersebut meneruskan tradisi kelaziman pembangkang dengan menuduh semberono dan membuat dakwaan serong yang tidak jelas hujung pangkalnya.

Sedangkan Kerajaan BN melalui kenyataan PM, Dato' Seri Najib yang juga Menteri Kewangan acapkali menjelaskan apa sahaja program bantuan mahupun pemberian bonus yang telah, sedang dan akan dilaksanakan semuanya dilakukan mengikut kemampuan kantung kerajaan.

Kerajaan BN takkan mencari nahas dengan sengaja meminjam wang dari IMF apatah lagi sejarah merekodkan saat negara dihimpit dengan masalah ekonomi berikutan serangan penyangak matawang pada 1997/98 dulu pun tidak sesekali kita tunduk dengan bantuan kewangan yang mahu dihulur oleh IMF.

Jika adapun pinjaman yang pernah kita buat ialah melalui Bank Dunia, sebuah institusi kewangan antarabangsa yang berbeza fungsinya dengan IMF.

Bank Dunia boleh diibaratkan sama seperti bank-bank tempatan yang memberi pinjaman jangka masa pendek dan panjang untuk pelanggannya manakala IMF saling tak ubah seperti along yang gemar mencekik darah orang susah yang terperangkap dengan janji manisnya.

Ringkasnya, beza kedua-duanya umpama jauhnya langit dari bumi. Pun begitu, walau kedua-duanya jelas berbeza peranannya, rasanya ramai yang tidak lupa pemimpin pembangkang pernah juga mempolemikkan isu pinjaman dengan Bank Dunia untuk menggambarkan kantung kerajaan telah kempis dan tak berduit.

Walhal, bagi yang celik akal, urusan kita dengan Bank Dunia sudah bermula sejak tahun 1950-an malah tatkala Anwar Ibrahim memegang jawatan Menteri Kewangan pun pernah beberapa kali Anwar mewakili kerajaan melakukan urusan pinjaman dengan Bank Dunia.

Apapun, satu perkara yang perlu kita faham nawaitu utama pembangkang melontarkan tuduhan terhadap kerajaan bersabit soal kewangan, tujuannya tak lain tidak bukan hanyalah semata-mata mahu rakyat kebanyakan menjadi ragu dan was-was dengan keupayaan urus tadbir Kerajaan BN yang memerintah.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Bangkit - DJ Fuzz x Altimet x Salam (Official Lyric Video )



Bangkit bila ditolak jatuh bangunlah semulaBangkit bila diluka nanti pulihlah semula
Bangkit biar bersusah dulu nanti senang semua
Sakit pada luka kan pulih semula
Bangkit

Dengan nama yang Maha Esa
Maafkan aku aku terlena
Mata buka tapi aku leka
Sekarang kita sedia pasang deria kita lebih peka

Siap gerak gempur
Siap rentak tempur
Redah onak lumpur
Maju tiada undur
Tak kenal uzur hingga jasad kita terkubur
Kalau kurang kaki tangan lutut dan siku dihulur

Ini malam kita pakai tanjak songsang
Askar jati gerak senyap yang lain berkompang
Berani segorombolan tak takut bila seorang
Kuatkan benteng jangan ada yang berlobang

Bangkit bila ditolak jatuh bangunlah semula
Bangkit bila diluka nanti pulihlah semula
Bangkit biar bersusah dulu nanti senang semua
Sakit pada luka kan pulih semula

Bangkit bila ditolak jatuh bangunlah semula
Bangkit bila dijajah boleh tawanlah semula
Bangkit ingat ketua dulu supaya jalan lurus
Kalau tidak ditepi bendung ku tak berakar

Sabit kau umpama cahaya
Yang menyinari bumi
Kau umpama Hang Jebat
Yang melindungi hak dirinya
Kau umpama senjata
Yang melindungi tanah
Sememangnya pendekar yang gagah perkasa

Mana Tun Fatimah
Mana semangat Tun Teja Datuk Maharajalela
Mana cucu Datuk Merah
Keberanian Sarjan Hassan dan Leftenan Adnan
Mari memartabatkan perjuangan Datuk Bahaman

Keris dulu dalam tangan sekarang dalam otak
Paling tajam tak perlu hunus keluar tengkorak
Catur congak cukup sebelum langakah diorak
Tanpa rancangan rapi dah tentu kemenangan rosak

Rapat-rapatkan saf dan buka kuda-kuda
Bila bersatu tunggu lihat siapa berani cuba
Yang akan datang menaruh pada yang semasa
Bangkitlah nusantara

Bangkit bila ditolak jatuh bangunlah semula
Bangkit bila diluka nanti pulihlah semula
Bangkit biar bersusah dulu nanti senang semua
Sakit pada luka kan pulih semula

Bangkit bila ditolak jatuh bangunlah semula
Bangkit bila dijajah boleh tawanlah semula
Bangkit ingat ketua dulu supaya jalan lurus
Kalau tidak ditepi bendung ku tak berakar

Jadi bangkit berkumpul di bawah panji berbulan sabit
Tak sujud pada sesiapa di bawah langit
Tak mengalah walaupun betapa sakit
Sebelum layar bahtera mari kita

Berakit-rakit ke hulu berenang-renang ke tepian
Bersakit-sakit dahulu bersenang senang kemudian
Kemudian

Bangkit bila ditolak jatuh bangunlah semula
Bangkit bila diluka nanti pulihlah semula
Bangkit biar bersusah dulu nanti senang semua
Sakit pada luka kan pulih semula

Bangkit.. bangunlah semula
Bangkit.. tawanlah semula
Bangkit.. umpama cahaya

CUBA HAYATI LAGU INI, APA MESEJ YANG CUBA DISAMPAIKAN OLEH PENULIS DALAM LAGU INI?

GADIS CINA HOT BKN ISLAM BERHUJAH PRO-PUASA

Published on Jul 29, 2012 by xifu naser J SZE adalah gadis cina, 21 tahun. Bukan Islam. Beliau menceritakan pengalaman berpuasa ramadhan dan menerangkan hikmah2nya. Beliau juga bersolat terawih bersama umat Islam. Beliau adalah salah seorang dalam team Najasyi / Abu Talib yang terdiri dari mereka yang bukan Islam tetapi berusaha menghayati Islam secara positif. Beliau sedang belajar berhujah pro-Islam dengan Xifu Naser (pensyarah pemikiran kritis cfs, iium). J Sze telah muncul di pentas KONVENSYEN FIQH UMMAH di Johor bersama barisan para ustaz terkena spt dr.zaharudin, dr maszlee, ustaz zahzan, ustaz zamri mantop, imam muda asyraf etc dan di sana beliau menakjubkan ramai bila beliau berhujah mengapa Islam itu agama yang rasional. Kini beliau sedang belajar bahasa Arab dengan Xifu Naser dan giat menghafal hadis, ayat al-qur'an. Untuk jemput J Sze memberi ceramah, sila hubungi fb public fiqure XIFU NASER.

Bapa Benggali dah berbuih mulut sound Pas mengenai hudud.





Bapa Benggali ini dah berbuih mulut dok bagi amaran dan tegur puak-puak Pas mengenai isu Hudud. Pengerusi DAP Karpal Singh berkata hari ini sebarang cubaan Pas sekarang untuk memperkenal kan hudud di negara ini mencermin kan dengan buruk niat ikhlas di sebalik apa yang diputuskan di Muktamar Pas tahun lepas.

Beliau berkata, Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada Muktamar ke-57 parti itu Jun tahun lepas secara umum menyatakan bahawa tidak ada disebut negara Islam dalam al-Quran tetapi negara kebajikan.

"Ini mencermin kan tanpa sedikit keraguan pun bahawa Pas telah melupakan matlamatnya untuk menubuhkan sebuah negara Islam. Pas, dengan jelas memilih sebuah negara kebajikan," kata Karpal dalam satu kenyataan di sini.

Beliau mengulas kenyataan Ketua Pemuda Pas, Nasrudin Hassan Tantawi mengenai pendirian konsisten Karpal menolak hudud.

Karpal berkata, Mursyidul Am Pas Datuk Nik Aziz Nik Mat pada 8 Jun tahun lepas melaporkan dalam New Straits Times bahawa keputusan Pas mengubah fokus kepada sebuah negara kebajikan dan mengetepikan istilah negara Islam adalah langkah yang betul.

Karpal berkata, hudud tidak termasuk dalam kerangka dasar bersama Pakatan Rakyat, Buku Jingga.

"Begitu juga, ia tidak akan termasuk dalam manifesto bersama Pakatan Rakyat, tidak mungkin," katanya.

Beliau berkata: "Tidak ada siapa, tidak ada parti, tidak juga organisasi yang boleh mendakwa mempunyai monopoli terhadap Tuhan.

"Saya perlu tegaskan dengan segala kekuatan yang ada pada saya, bahawa saya percaya terhadap Tuhan," ujar Karpal. - Bernama

Isnin, 30 Julai 2012

Freemason' Hall muncul di Selangor

Freemason merupakan satu pertubuhan persaudaraan yang muncul sejak akhir abad ke 16 dan mempunyai 5 juta ahli termasuk di Malaysia.

Di Malaysia ia berkembang sejak penjajahan Belanda di Indonesia dan Tanah Melayu. Ia bermula secara rasminya pada 20 oktober 1916.

Terdapat 21 buah rumah Fremason' Hall di Malaysia termasuk sebuah di Taiping, tetapi telah dirobohkan beberapa tahun lalu oleh pihak Freemason sendiri.

Hari ini negara dikejutkan dengan pembinaan sebuah lagi dewan yang baru di Sungai Besar Selangor.

Mengapa di Sungai Besar, tidak di bandaraya Kuala Lumpur?

Ingatkan pengaruh masonic di Malaysia sudah luntur, rupa-rupanya semakin subur selepas Selangor diperintah oleh pembangkang.

Mana dia Jabatan Amal Pas yang ingin menegakkan agama Allah, sila bertindak sekarang.

Apakah Pas tidak memahami apa itu Freemason? Kalau nak tahu apa itu gerakan ini, sila rujuk kepada Anwar Ibrahim kerana rumah Anwar pun bercirikan masonic atau Freemason.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Al-Fatihah

Tengku Putri Aishah, adinda bongsu Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah, mangkat di Hospital Pantai Kuala Lumpur awal hari ini. Takziah
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

PANAS: PKR Jangka Kalah 16 Kerusi Sedia Ada

Sumber-sumber dalaman mengesahkan bahawa PKR berada dalam keadaan yang agak 'kecut' untuk menghadapi Pilihanraya ke-13 kali ini.

PKR pada ketika ini mempunyai 31 kerusi dan mensasarkan tambahan 9 kerusi melalui PRU ini, menjadikan semuanya 40 kerusi. Walaubagaimanapun, analisis yang dibentangkan dalam Temurapat Pilihanraya parti tersebut memaksa PKR menerima realiti keadaan semasa yang menunjukkan jangkaan kehilangan 16 dari 31 kerusi sedia ada, dan hanya memenangi dua kerusi baru menjadikan jumlah kemenangan hanya 17 kerusi sahaja.

Kerusi-kerusi sedia ada yang dijangka jatuh ke tangan BN ialah Gombak, Indera Mahkota, Ketereh, PJS, Bagan Serai, Wangsa Maju, Ampang, Nibong Tebal, Selayang, Kelana Jaya, Merbok, Lembah Pantai, Telok Kemang, Kuala Langat, Sg. Siput dan Hulu Selangor.

Kerusi baru yang dijangka dapat ditawan ialah Bukit Katil dan Pandan.

Sebenarnya, ketidakyakinan PKR untuk menghadapi PRU adalah berasas. Ini berdasarkan hasil kajiselidik yang diadakan oleh beberapa pihak antaranya, Majlis Professor, universiti-universiti tempatan serta Merdeka Center yang menunjukkan bahawa populariti parti pembangkang semakin merosot akhir-akhir ini.

Malah, dalam semua kajian menunjukkan yang undi masyarakat Cina yang sebelum ini dikatakan amat kritikal bagi BN, juga semakin positif di pihak BN. Merdeka Center, contohnya, mendapati bahawa kaum Cina merasa gembira apabila Perdana Menteri mengiktiraf sijil Koleh TAR dan menghapuskan Akta Hasutan.

Dengan itu, PKR hanya mampu mensasarkan maksima 70% undi Cina bagi PRU kali ini walaupun sebelum ini begitu gah mengumumkan mendapat sokongan lebih 90% dari kaum itu. PKR juga menyedari yang undi Melayu kini berbalik kepada BN dengan pantas sekali.

Oleh yang demikian, antara strategi yang digariskan untuk menghadapi pilihanraya kali ini ialah agar Ketua Umum membuat kenyataan berani dan besar mengenai pembelaan kaum Melayu termasuk menjuarai beberapa kes kontroversi yang melibatkan nasib orang Melayu.

Nampaknya, PKR sekali lagi akan membuat 'U Turn' dengan kembali mengangkat perjuangan Melayu. Sebelum ini, PKR seperti juga PAS, telah 'mempersetankan' sahaja perjuangan demi bangsa Melayu. Siapa yang boleh lupa bagaimana beberapa pemimpin mereka mengungkap kata-kata 'malu menjadi Melayu'. Malah, Anwar sendiri menghina ketuanan Melayu. Kononnya, bangsa tidak membawa apa-apa makna dan perlu dilupakan jika kita ingin hidup dalam suasana harmoni dan bersatu padu.

Sedangkan, kaum Cina dan India diberi ruang sebesar-besarnya untuk membela bangsa dan mempertahankan budaya dan bahasa bagi menyatakan kewujudan mereka yang kukuh di negara ini.

Kita pasti tidak semua kaum Melayu itu mudah lupa dan akan melupakan sahaja kata-kata dan layanan PKR terhadap mereka.

Oleh itu, jika PKR serius ingin mengangkat strategi 'membela Melayu' ini sebagai peluru untuk menyerang BN dalam pilihanraya, maka rasanya PKR terpaksa menambahkan lagi bilangan jangkaan kerusi yang mereka akan kalah.

Walaubagaimanapun, kita percaya, PKR cukup sedar akan kesilapan mereka dalam menangani soal 'Melayu' sebelum ini. Oleh yang demikian, mereka tidak meletakkan kaum Melayu sebagai satu faktor khas dalam Sasaran Pengundi. Secara keseluruhannya, pembentangan di dalam Temurapat Pilihanraya PKR tersebut meletakkan hanya tiga golongan sebagai sasaran pengundi iaitu:

1. 'working class' yang mengundi mengikut isu dan berumur antara 26 – 45 tahun,

2. 'golongan muda' yang mengundi mengikut sentimen ahli politik muda dan berumur antara 22 – 25 tahun serta

3. 'pengundi India' yang menjadi kumpulan penentu dan cenderung untuk beralih undi secara besar-besaran.

Secara dasarnya, nampak jelas bahawa PKR sendiri masih mencari-cari kekuatan diri untuk menghadapi PRU kali ini.

Masalah yang dihadapi PKR ialah sama seperti semua parti-parti sekutu dalam Pakatan Rakyat, iaitu walaupun mereka berada dalam satu pakatan tetapi mereka perlu menerima hakikat bahawa mereka sebenarnya adalah bersendirian. Dengna itu, mereka bukan sahaja beradu kekuatan dengan BN tetapi secara tidak langsung mereka juga terpaksa membuktikan kekuatan sesama sendiri bagi memastikan parti dan pemimpin mereka tetap 'diberi muka' sekiranya PR menang dalam PRU ini.

Lebih malang lagi bagi PKR ialah apabila terdapat beberapa pihak di dalam kepimpinan atasan parti itu sendiri yang juga beradu kekuatan sesama mereka. Kewujudan beberapa 'kem' dan peningkatan rasa curiga serta 'dingin' di antara pemimpin-pemimpin PKR ini juga secara tidak langsung menyumbang kepada ketidakyakinan mereka untuk menang dalam Pilihanraya.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

'Karpal Tidak Terima Hudud Kerana Kufur'

Dengan perjuangan PAS yang tidak pernah putus terhadap hudud, Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan Tantawi membuat Tweet yang menyatakan bahawa sesiapa yang tidak menerima hukum-hukum Allah adalah mereka yang kufur.

"(Pengerusi DAP) Karpal (Singh) tidak menerima hukum hudud kerana dia kufur. PAS perlu teruskan perjuangan untuk menegakkan Islam," menurut Tweet dari akaun Nasrudin.

Karpal sentiasa tidak pernah putus dalam menolak pelaksanaan hukum hudud di Malaysia.

Kumpulan Pemuda Parti Keadilan Rakyat (PKR) juga dilaporkan bersetuju dengan kenyataan Karpal. Ketua Pemuda PKR, Shamsul Iskandar Mohd Akin, telah memberi amaran kepada Nasrudin bahawa komen-komen Nasrudin terhadap pelaksanaan hukum hudud akan menimbulkan masalah yang besar terutamanya apabila isu tersebut akan mengundang kemarahan bagi Karpal dan pemimpin-pemimpin DAP.

Shamsul juga berkata bahawa Nasrudin tidak sepatutnya membangkitkan isu lama apabila persetujuan antara PKR, DAP dan PAS terhadap isu ini telah dibuat.

Petikan NST 30.07.12
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Hadi Awang Kian Terpinggir

Bukan satu rahsia lagi, kedudukan Haji Abdul Hadi Awang selaku Presiden PAS sejak akhir-akhir ini kelihatan semakin goyah dan kurang mendapat penghormatan sewajarnya dari kalangan penyokong dan ahli PAS sendiri.

Dalam banyak perkara melibatkan perjalanan parti, seringkali Hadi dipaksa mengikut lenggok tari Mursyidul Am PAS sebelum menentukan keputusan untuk sesuatu perkara berbangkit - sesuatu yang jarang berlaku semasa PAS dibawah pimpinan Allahyarham Fadhil Noor mahupun Presiden sebelumnya.

Walaupun struktur organisasi PAS meletakkan kedudukan Mursyidul Am lebih tinggi berbanding Presiden, namun bukannya satu kelaziman bagi PAS meletakkan taraf Presidennya hanya sekadar pak turut kepada Mursyidul Am semata-mata.

Keadaan ini dilihat kian menonjol terutama semenjak kebangkitan puak Anwarinas ataupun dikenali juga dengan gelaran Erdogan yang mula menggandakan penentangan secara besar-besaran terhadap konsep Kerajaan Perpaduan (UG) yang diilhamkan oleh Hadi Awang.

Rentetan dari situ, satu demi satu pemimpin PAS yang pro kepada konsep UG serta mempunyai hubungan rapat dengan Hadi Awang tersingkir atau terpinggir dari arus PAS Pusat dan negeri. Sekaligus menyebabkan cengkaman pengaruh Hadi terhadap PAS kian longgar dan imejnya pula kian tercalar.

Manakala imej Nik Aziz selaku Mursyidul Am PAS pula diangkat setinggi-tingginya sehinggakan urusan parti yang biasa dilaksanakan oleh Presiden kini seringkali diambil alih oleh Nik Aziz.

Malah bila Hadi membuat kenyataan tertentu atau tindak tanduknya dilihat tidak mengikut kehendak kumpulan Anwarinas dalam PAS, tidak semena-mena Nik Aziz akan segera memotong dengan membuat kenyataan sebaliknya sehingga memaksa Hadi menarik handbrake dan mengubah semula kenyataan asal.

Contohnya dalam isu muzakarah dan kerajaan perpaduan, Hadi yang membuat tawaran dan mencetuskan idea namun bila ramai geng Anwarinas tampil membantahnya maka Nik Azizlah yang akan jadi perisai depan untuk memastikan bantahan puak Anwarinas tercapai.


Impak kemudiannya, Hadi terpaksa menanggung malu dan terpaksa bersilat lidah untuk menenangkan penyokong PAS yang semakin ramai berpayung di belakang kumpulan Anwarinas yang disokong oleh Nik Aziz.

Dalam konteks lain pula, kebiasaannya Presiden parti adalah penghubung utama sekiranya membabitkan pertemuan politik dengan pemimpin dari parti rakan sepakatan mahupun pemimpin parti di luar pakatan.

Namun disebabkan wujudnya usaha berterusan untuk menenggelamkan pengaruh Hadi, acapkali kumpulan Anwarinas akan segera mengaturkan sesuatu pertemuan politik itu dengan melibatkan Nik Aziz tanpa membabitkan Hadi.

Demikianlah yang berlaku baru-baru ini apabila bekas pemimpin UMNO Sabah, Lajim Ukim tiba-tiba diuruskan kedatangannya ke Kelantan untuk bertemu Nik Aziz sedangkan sedari awal sepatutnya pertemuan tersebut hanya melibatkan perbincangan soal taktikal politik antara Lajim dengan Hadi Awang.

Sudahlah begitu, isi utama perjumpaan tersebut pula hanya sekadar untuk menyampaikan hasrat Lajim mahu menyertai PKR disamping meminta restu Nik Aziz.

Entah sejak bila Nik Aziz jadi pemimpin PKR agaknya sehingga restunya diperlukan sebelum dapat menjadi ahli PKR? Kelihatan seperti mahu memperlihatkan PAS lebih kuat berbanding PKR, namun hakikatnya itu hanyalah sebahagian usaha kumpulan Anwarinas untuk mengkelabu asapkan imej Hadi di mata ahli dan penyokong PAS.

Di kalangan ramai pemimpin PAS yang berada di kem Hadi dan juga beberapa orang yang tiada kem, walaupun kerap terganggu dengan penonjolan berlebihan Nik Aziz seolah-olah diktator PAS, namun mereka seakan hilang kekuatan untuk mempertikaikannya secara lebih terbuka dan terpaksa redha selagi geng Anwarinas masih menguasai PAS.

Paling mereka bimbangi dalam beberapa jangka masa terdekat atau paling lambat selepas PRU 13, Hadi awang akan terus terpinggir dari arena kepimpinan PAS dan tempatnya bakal menjadi miliki salah seorang pemimpin bukan aliran agama yang pro Anwar Ibrahim.

Tanda-tanda ke arah itu sudah banyak kelihatan. Menjelang PRU 13, PAS bukan sahaja akan berentap dengan UMNO di masa yang sama pertempuran antara kem dalam PAS akan lebih menonjol terutama sekali melibatkan perebutan untuk calon yang akan bertanding.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Hindraf chairman in Malaysian Embassy

HINDRAF chairman entered Malaysian embassy in singapore at 10.45am with his solicitor Ram. They were taken to internal office to expedite his passport issuence process.

At 12.34 waytha regained his dignity as a Malaysian citizen when he received his international passport and now he is ready to enter Malaysia legally on 1st Aug. 2012.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Akhirnya MPT tunduk dengan Nga Kor Ming

Majlis Perbandaran Taiping, membatalkan projek untuk membangunkan kios rakyat dan cenderamata yang akan dibangunkan oleh Koridor Utara atas desakan oleh DAP taiping.

Dan dua tapak baru dicadangkan oleh MPT kepada Koridor Utara, pertama dibelakang TANDAS tempat rekriasi Taman Tasik dan di tapak permainan berhampiran dengan gelangangan tenis.

Pada pendapat saya ini hanya gula gula untuk menenangkan perasaan masyarakat bumiputra khususnya orang melayu selepas Majlis perbandaran tunduk kepada desakan DAP, yang pasti bila kelak memilih tempat yang baik seperti taman permainan bersebelahan  gelanggang tennis, pastinya satu lagi protes yang akan dibuat DAP dan sekali lagi MPT akan tunduk, dan kios yang dapat menjana pendapatan masyarakat tempatan khususnya bumiputra akan ditempatkan di belakang TANDAS. itu yang DAP mau!

Datuk Setiausaha Politik Menteri Besar dan Datuk Adun Exco Kerajaan negeri Mesti Campur Tangan dalam hal hal Orang Melayu jangan Sampai Kios untuk orang Melayu diletakkan Belakang Tandas!
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Lajim dalam kenangan

DATUK Seri Panglima Lajim Ukin, Janang Gayuh kaum Bisaya di Beauford, Sabah dengan jelas telah menunjukkan haluan politiknya menjelang Pilihanraya Umum Ke-13.

Beliau tidak lagi akan berada dalam kapal Barisan Nasional (BN), sebaliknya akan bersama Pakatan Perubahan Sabah (PPS) yang ditubuhkannya bersama seorang lagi Ahli Parlimen yang meninggalkan BN, Datuk Wilfred Mojilip Bumburing.

PPS hampir pasti akan bersekongkol dengan Pakatan Rakyat (PR) pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Itulah politik Lajim sebenarnya. Bermula daripada 1985 ketika memenangi kerusi DUN Klias, Beauford hinggalah semalam ketika mengumumkan perletakan jawatannya daripada beberapa jawatan penting BN dan UMNO, Lajim adalah tokoh politik Sabah yang tidak punya rasa setia kepada parti politik yang dianggotainya.

Mengenali Lajim sejak 1986 dan pernah menghasilkan buku biografinya ketika saya di Sabah, beliau dilihat seorang ahli politik opportunis yang sentiasa mengambil kesempatan yang menguntungkan dirinya sendiri, tanpa menghiraukan kepentingan partinya.

Lajim bertanding atas tiket PBS di DUN Klias pada 1985 setelah hasratnya untuk menjadi calon parti Berjaya dipandang sepi oleh Datuk Harris Salleh yang menjadi Presiden parti dan Ketua Menteri Sabah ketika itu.

Beliau menang dan kemudiannya menjadi anak emas kepada Presiden PBS, Datuk Joseph Pairin Kitingan (kini Tan Sri).

Pairin mengangkat Lajim ke jawatan penting bermula daripada Pembantu Menteri hinggalah Menteri penuh dalam Kerajaan PBS.

Sepanjang di dalam Kerajaan PBS, Lajim bercita-cita besar untuk menjadi Timbalan Ketua Menteri yang mewakili kuota Bumiputera-Islam, tetapi hasrat beliau itu selalu dibayangi oleh seorang lagi anak emas Pairin, iaitu Datuk Bahrom Abu Bakar Titingan, pemimpin suku kaum Suluk dari Tawau.

Kaum Suluk, yang hampir keseluruhannnya beragama Islam adalah suku kaum Bumiputera-Islam yang terbesar di Sabah, mengatasi kaum Bisaya.

Selepas Pilihanraya Negeri 1990, biarpun Bahrom tewas di Balung atas tiket PBS, tetapi Pairin masih melantiknya ke jawatan ADUN dan mengekalkan jawatannya selaku Timbalan Ketua Menteri mewakili Bumiputera-Islam yang menyebabkan Lajim mengamuk semasa upacara angkat sumpah di Istana.
Lajim ketika itu menang di Klias menewaskan calon USNO, Azizah Mohd Dun dengan majioriti 791 undi.

Sepanjang penguasaan PBS di Sabah, bukan rahsia lagi berlaku perebutan jawatan penting antara Lajim dan Bahrom bagi kuota Bumiputera-Islam, samalah keadaannya di antara Datuk Yong Teck Lee dan Datuk Chau Tet On bagi kuota kaum Cina.

Dalam setiap kali pertandingan, kemenangan berpihak kepada Bahrom. Teck Lee pula berjaya menewaskan Tet On yang kemudiannya mengerakkan MCA di Sabah.

Lajim dan Teck Lee memendam rasa sejak sekian lama di dalam PBS, walaupun kedua-duanya memegang jawatan Menteri dalam kabinet Pairin.

Teck Lee bertindak menjelang Pilihanraya Negeri Sabah pada 1994 dengan meninggalkan PBS dan menubuhkan Parti Maju Sabah (SAPP).

Lajim, walaupun menang sekali lagi kerusi DUN Klias dalam pilihanraya itu yang menyaksikan PBS memang tipis ke atas BN, telah mula menunjukkan reaksi untuk mengkhianati Pairin.

Bukan rahsia lagi ketika ADUN-ADUN PBS berkampung di Sri Gaya, kediaman rasmi Ketua Menteri dalam peristiwa di luar pintu pagar Istana sebaik selesai pilihanraya 1994, Lajim sudah menghantar mesej mahu meninggalkan PBS dan melompat ke BN.

Dalam pilihanraya itu, PBS menang tipis dengan 25 kerusi, berbanding 23 dimenangi BN.

Ketika itu Pairin menunggu dalam kereta di luar pintu pagar Istana selama 36 jam bersama penyokong-penyokong PBS untuk masuk mengangkat sumpah Ketua Menteri di hadapan Yang Di-Pertua Negeri Sabah ketika itu, Tun Haji Said Keruak.

Lajim yang berada di Sri Gaya dalam keadaan ‘terkurung’ bersama ADUN-ADUN PBS yang lain berjaya meloloskan mesej untuk mengkhianati partinya itu yang menjadi antara sebab upacara angkat sumpah Ketua Menteri tertangguh.

Ketika itu, Lajim sudah merasakan bahawa keinginannya untuk menjadi Timbalan Ketua Menteri bagi kuota Bumiputera-Islam tidak akan kesampaian kerana anak Tun Mustapha, Datu Amirkahar juga turut menang di DUN Banggi atas tiket PBS.

Jelas, Pairin melantik Amirkahar selaku Timbalan Ketua Menteri bagi kuota Bumiputera-Islam yang meningkatkan api kemarahan Lajim terhadap Pairin dan PBS.

Biarpun Pairin berjaya mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri, kekuasaannya tidaklah kekal lama apabila Lajim bertindak melompat ke parti UMNO bersama dengan ADUN Kemabong, Rubin Balang dan ADUN lantikan, Zaini Md Isa.

Biarpun jasa Lajim dilihat begitu besar hingga menyebabkan peralihan kuasa daripada PBS kepada BN di Sabah, tetapi dia menyimpan cita-cita pula untuk menjadi pemimpin nombor satu Sabah, iaitu sebagai Ketua Menteri dalam sistem penggiliran jawatan itu yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad.

Penggiliran pertama pastinya bukan milik beliau kerana Tun Sakaran Dandai lebih senior dan mempunyai hieraki kepimpinan yang lebih kanan dalam UMNO Sabah.

Selepas 11 bulan, atas faktor kesihatan, Tun Sakaran melepaskan jawatan itu tetapi kuota UMNO itu tidak disinggah kepada Lajim, sebaliknya kepada Datuk Salleh Tun Said Keruak.

Selepas Datuk Yong Teck Lee dan Tan Sri Bernard Giluk Dompok mengambil giliran bagi kuota Cina dan Bumiputera Bukan-Islam, jawatan itu tidak jatuh juga kepada Lajim, tetapi kepada Datuk Osu Sukam.

Selepas digilirkan kepada Datuk Chong Kah Kiat, kemarahan Lajim semakin membuak-buak apabila jawatan idamannya itu jatuh pula ke tangan Datuk Musa Aman yang menjadi Ketua Menteri Sabah sejak Mac 2003 hingga sekarang.

Ketika ini Lajim mempersalahkan semua pihak.

Baik Musa Aman yang dilihat menjadi musuh ketatnya dalam politik Sabah, mahupun Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak yang diwar-warkan tidak akan mencalonkan lagi Lajim dalam Pilihanraya Umum akan datang.

Lajim tidak boleh menerima hakikat bahawa karier politiknya sudah sampai ke dinding.

Sikapnya yang tidak istiqamah kepada perjuangan parti sudah dapat dihidu sejak beberapa tahun lalu. Ugutan kepada pucuk pimpinan parti bukanlah cara yang baik bagi kelangsungan politik peribadi.

Lajim kini mahu mencari landasan lain untuk meneruskan kerier politiknya.

Bagi Lajim, sejak sekian lama hidup dan matinya adalah bergantung kepada politik. Selaku ahli politik opportunis, beliau sentiasa merangka langkah politik yang boleh menguntungkannya.

Perhitungan Lajim meninggalkan Berjaya dan bertanding atas tiket PBS terbukti mengena pada cita-cita politiknya apabila PBS menang dalam Pilihanraya Negeri 1985.

Tindakannya meninggalkan PBS dan melompat ke UMNO juga ternyata mengena sehingga membolehkan BN mengambil alih pemerintahan Kerajaan Negeri Sabah dari PBS pada 1994 dan seterusnya menyambung nasib politik beliau.

Entah apalah perhitungan dan bacaan politik Lajim kali ini sehingga sanggup meninggalkan BN dan mahu bersekongkol pula dengan PR.

Tetapi Lajim perlu akui pepatah Melayu akan tiba ke atas dirinya – sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua.

Hari ini, Kabinet akan membuat keputusan terhadap kedudukan Lajim, sebagaimana dinyatakan oleh Najib semalam.

Setelah tokoh Bisaya itu mengumumkan perletakan pelbagai jawatannya dalam UMNO dan BN, apalah gunanya lagi beliau duduk di kerusi Timbalan Menteri Kerajaan Persekutuan.

Apa gunanya juga beliau kekal menjadi ahli UMNO.

Pecatlah sahaja Lajim, kerana kaum Bisaya di Sabah selama ini menyokong Lajim bukan kerana dirinya, tetapi kerana parti yang diwakilinya.

Lajim akan menjadi seperti Yong Teck Lee, yang suatu ketika dahulu dianggap sebagai paramount leader kepada kaum Cina di Sabah, tetapi akhirnya tersungkur dalam Pilihanraya Kecil Parlimen Sandakan yang majoriti pengundinya di kalangan kaum tersebut di tangan seorang wanita yang tidak menonjol dalam bidang politik.

Akan muncul Janang Gayuh yang baru bagi kaum Bisaya di Sabah.

Lajim akan menjadi kenangan dalam sejarah politik Sabah selepas PRU-13 nanti
Oleh Datuk Khusairi Talib, Adun Slim: -

R.I.P LAJIM

Ahad, 29 Julai 2012

7 seruan untuk menghalau Pas dari muka bumi


SERUAN 1

Tiada seorang pun di kalangan kita yang sempurna seratus peratus.

Setiap seorang ada kelebihan dan ada kekurangan. Bina sifat rendah diri, menghormati dan menghargai rakan. Jangan sombong dan takbur. Jangan memandang rendah sumbangan dan usaha orang lain. Jangan menghina. Jangan putus asa. Jangan merajuk.

SERUAN 2

Perbezaan adalah fitrah.

Nabi Muhamad bersabda (mafhumnya) "perbezaan pendapat di kalangan umatku adalah satu rahmat" dengan maksud ia memangkin perbincangan yang membantu penghasilan keputusan terbaik. Musyawarah (mesyuarat) adalah 'syura' yang disyari'atkan oleh Allah SWT untuk mengurus perbezaan pendapat.

Insafi adab syura dan adab berbeza pendapat. Insafi betapa lebih baik kalau pendapat kita ditolak oleh syura kerana ia menyelamat kan kita daripada risiko kemudian hari. Insafi betapa bahayanya kalau pendapat kita diterima oleh syura kerana ia mengundang risiko jika pelaksanaannya tidak membuahkan hasil.

Orang besar dan orang kecil hanya soal perbezaan tanggung jawab. Orang besar tidak semestinya betul dalam semua perkara. Orang kecil pun begitu juga. Orang kecil wajib hormat orang besar. Orang besar juga lebih wajib hormat orang kecil. Hubungan kita adalah hubungan kasih sayang, ukhuwwah dan mahabbah.

SERUAN 3

Keterbukaan adalah sunnah yang wajib jadi budaya pengurusan kita.

Nabi Muhamad adalah pengurus terbaik kerana keterbukaannya adalah yang terbaik. Pengurus yang pintar tetapi tidak terbuka pasti gagal. Pengurus yang bijak tetapi tidak terbuka adalah diktator. Pengurus yang rajin tetapi tidak terbuka adalah gila. Itu semua hanya sesuai pada PAS.

Sunnah pengurusan ada dalam kisah Nabi menggali parit bersama tentera berpangkat paling rendah. Sunnah pengurusan ada dalam kisah Nabi menerima-pakai pendapat tentera pangkat rendah yang menyanggah pendapat baginda tentang lokasi perkhemahan. Sunnah pengurusan ada dalam kisah Nabi akur kepada tuntutan tentera yang menuntut balas tujahan Nabi ke dadanya. Sunnah pengurusan ada dalam kisah mesyuarat kabinet Nabi bersama sahabat-sahabat ahlul hilli wal 'aqdi.

Yang tidak terbuka ialah Namrud, Fir'aun, Abu Jahal dan PAS

SERUAN 4

Misi kita ialah memenangkan Pakatan Rakyat.

Oleh itu gerak kerja kita mestilah ada nilai 'penyebab' kemenangan. 'Penyebab' paling besar dijadikan gerak kerja paling utama. Semua gerak kerja berikutnya diutamakan mengikut saiz nilai penyebab kemenangan itu. Yang lebih utama, diutamakan.

Jangan syok sendiri. Tempoh berkempen yang singkat bukan medan untuk glamor atau medan memperagakan skil. Kita sedang berkempen, bukan berpesta. Kesibukan kita biarlah berbaloi. Jangan hanya sibuk tetapi urusan kita berkisar hanya sesama sendiri.

SERUAN 5

Pelanggan utama kita ialah pengundi atas pagar.

Selepas itu, pengundi kelompok kedua dalam susunan keutamaan kita ialah penyokong setia yang sah dan dikenali (Melayu, Cina dan India). Kelompok ketiga ialah sebahagian orang PAS yang jinak-jinak merpati. Sukar ditangkap namun kalau betul caranya, mereka akan berbakti di bilik mengundi.

Tolong percaya kepada fakta bahawa ceramah perdana dan semi-perdana hanya dihadiri oleh 95 peratus penyokong setia. Pengundi atas pagar tak datang dengar ceramah itu. Mereka perlu didatangi di rumah atau ditempat kerja atau di mana-mana tempat lepak kebiasaan mereka.

SERUAN 6

Strategi PAS ialah memfitnah, merasuah, memaki hamun pemimpin dan merangsang emosi orang Melayu dengan putar belit yang terancang rapi. Jangan perkecilkan keupayaan mereka. Jangan terpedaya dengan provokasi mereka.

Kita mesti pantas dalam berhati-hati. Jangan leka dan jangan pandang sebelah mata pada setiap yang berlaku dan mungkin berlaku. Kita mesti curiga (bertempat). Kita mesti bersiap-siaga sepanjang masa.

SERUAN 7

Strategi kita ialah mendampingi, menawan hati dan menerang. Jangan menyimpang dari pendekatan ini.

Fahami dan laksanakan prinsip-prinsip menawan hati. Dekati lah pengundi dengan penampilan yang menyenangkan, bahasa yang mudah tetapi indah, berbual bukan berceramah, menerang bukan berdebat, memahamkan bukan memaksa, memujuk bukan mendesak.

Bahasa badan lebih fasih daripada bahasa lidah. Oleh itu awasi tingkah laku ketika menziarahi pengundi. Kemesraan lebih berkesan daripada hujah. Kontek mata dan seni berjabat tangan mesti difahami dan diamalkan. Jangan lupa buah tangan untuk anak kecil seperti gula-gula atau belon (bukan untuk orang dewasa).

Ziarah sulit lebih berkesan daripada ziarah terang-terangan. Ramai pengundi yang tidak selesa jika dikunjungi oleh kumpulan ramai yang mengusung bendera dan segala macam lambang. Hormati hak itu.

Sabtu, 28 Julai 2012

Keputusan Temasya Sukan Olimpik 2012

Acara Menembak ISSF, Air Rifle 10 Wanita :Lt Nur Suryani Bt Mohd Taibi dgn tembakan score 392/400, ranking 34/56, gagal masuk final.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Leman terus berlawak dalam PAS. Gelak lah Gelak lah

Leman Raja Lawak terus popular selepas menjadi ahli Pas. Masa dia dalam raja lawak tak ada pun yang kenal dia, kini bukan saja jadi jurucakap Pas, malah sudah jadi YB. Masuk kampung keluar kampung pakai tie dan blazer.

Setelah terserlah beberapa aktiviti dan percakapan beliau dalam media Pas jelaslah Leman Raja Lawak adalah orang OKU. Apa yang ditakuti ialah kemungkinan besar dia akan bercakap sorang-sorang di tengah jalan dengan memakai baju court dan tie di tengah panas.

Kini punya taksub dengan Pas sehingga nak jadikan sebagai MLM. Bagus pada pemikiran Leman sebab upline boleh masyukkkkkk!
http://www.youtube.com/watch?v=NOnPLSSfFc8&feature=player_embedded
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.