Jumaat, 2 Mac 2012

Apa kata Pas bila kerajaan dedahkan surat Tun kepada pemimpin Israel?



Pas sememangnya menolak dan memboikot TV3. RTM dan juga akhbar Utusan, Berita Harian dan sebagainya.

Kelmarin Tun Mahathir telah meminta kerajaan mendedahkan surat yang diutuskan oleh beliau kepada ketiga Perdana Menteri Israel iaitu Yitzhak Rabin, Benyamin Netanyahu dan Ehud Barak.

 Bila kerajaan dan media sosial penyokong kerajaan menyiarkan ke laman internet, mahukah orang Pas membaca dan menerima penjelasan kerajaan.

Apa kah Pas menyatakan ia surat palsu yang direka oleh kerajaan atau Hadi Awang akan kata ia nya hanyalah kertas sahaja dan tidak mendatang kan apa-apa makna.

Agaknya kerajaan kenalah hantar melalui pos, atau menyerahkan secara demo...bawa 4 atau 5 ribu orang dan cetak besar-besar sebesar dinding Bangunan Pas di Jalan Raja Laut dan pacakkan di situ agar mereka lihat.

Atau bawa surat tersebut dalam cetakan gergasi dan pacakkan di depan rumah Anwar Ibrahim, rumah Nik Aziz , rumah Hadi Awang dan semua rumah pesuruh jaya Pas negeri.

Sekurang-kurang berhasil juga usaha kerajaan untuk menyedarkan orang Pas.

NGO Islam bantah resolusi PBB iktiraf kedudukan LGBT

Demo menentang Seksualiti Merdeka 2011

WIRA PERKASA dan PEMBELA akan mengadakan demonstrasi menentang usaha untuk menjadikan LGBT satu gerakan yang “HALAL ” di Malaysia melalui United Nation. 

Kita menentang habis-habisan usaha untuk subur kan budaya songsang ini di Malaysia. 

Semua rakyat Malaysia yang menolak usaha ini dan Pejuang-Pejuang  Ugama Islam diminta hadir beramai-ramai untuk membantah usaha ini pada  hari Jumaat 2/3/2012 selepas solat Jumaat di Masjid Negara. 




KUALA LUMPUR 2 Mac — Sekumpulan 47 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam hari ini mengadakan perhimpunan aman di Masjid Negara di sini bagi membantah resolusi Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) mengiktiraf kedudukan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

Antara NGO yang menyertai perhimpunan selepas solat Jumaat itu ialah Pertubuhan Pembela Islam (Pembela), Persatuan Belia Islam Nasional (Pembina), Persatuan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) dan Persatuan Peguam-peguam Muslim Malaysia.

Pengerusi Pembela, Aminuddin Yahya berkata, pihaknya dan NGO Islam lain mahu memastikan aktiviti LGBT di negara ini tidak menyalahi lunas agama dan nilai kemanusiaan.

Pembela juga akan terus menentang usaha yang mengetengahkan nilai-nilai yang menyalahi fitrah kemanusiaan, sekali gus mengelak kekeliruan terhadap orang ramai, katanya kepada pemberita pada perhimpunan itu.

Pada 17 Jun 2011, PBB meluluskan resolusi mengiktiraf kedudukan lesbian, gay, bisexual dan transgender dalam konteks orientasi seksual, kesamarataan gender dan perkahwinan sejenis.

Malaysia antara 19 negara yang menentang resolusi itu berbanding 23 negara yang menyokong. - BERNAMA

Raja Gula Kekal orang terkaya di Malaysia




Di petik dari Forbes.com

Berikut laporan dari Berita Harian
 NILAI gabungan kekayaan 40 individu paling kaya di Malaysia tahun lalu meningkat sebanyak AS$2.3 (RM7 bilion) kepada AS$64.4 bilion (RM192 bilion) daripada tahun sebelumnya, demikian mengikut senarai terbaru majalah kewangan dan perniagaan Forbes.

Bilangan rakyat negara ini yang berada dalam kelompok individu dunia yang mempunyai kekayaan lebih AS$1 bilion (RM3 bilion) juga bertambah kepada 11 daripada 10 tahun sebelumnya.
Jutawan Robert Kuok masih mengekalkan kedudukannya sebagai individu paling kaya Malaysia dengan nilai kekayaan bersih AS$12.4 bilion (RM37 bilion) meskipun jumlah itu menurun sedikit daripada AS$12.5 bilion (RM37.5 bilion) setahun sebelumnya.
Kuok, 88, yang mempunyai empayar perniagaan meliputi gula, sawit, perkapalan dan hartanah menguasai kedudukan itu sejak 2006 ketika Forbes Asia memulakan senarai 40 rakyat Malaysia paling kaya itu.

Di tempat kedua ialah Ananda Krishnan, 73, yang menyaksikan nilai kekayaan bersihnya meningkat AS$400 juta (RM1.2 bilion) kepada AS$9.9 bilion (RM29.7 bilion).

Beliau kini sedang meluaskan portfolio perniagaan berkaitan tenaga di Malaysia, Asia Selatan dan Asia Barat dalam satu urus niaga yang boleh menjana sehingga AS$2 bilion (RM6 bilion), manakala Maxis Communications yang dikuasainya baru-baru ini memeterai perjanjian 10 tahun untuk berkongsi rangkaian 3G bersama syarikat pesaingnya, UMobile.

Di tempat ketiga ialah Puan Sri Lee Kim Hua, iaitu isteri kepada pengasas kumpulan Genting, mendiang Tan Sri Lim Goh Tong serta keluarga yang nilai kekayaan bersihnya susut 1.5 peratus kepada AS$6.5 bilion (RM19.5 bilion).
Keluarga yang menjadi tulang belakang empayar Genting itu sedang menjadi bahan berita berikutan beberapa cubaan berprofil tingginya untuk mengembangkan operasi ke Amerika Syarikat (AS).

Tan Sri Lee Chin Seng, individu yang membina IOI Group menjadi antara pengeluar sawit terbesar dunia pula mengekalkan kedudukannya di tempat keempat dengan nilai bersih AS$5.2 bilion (RM15.6 bilion), meningkat AS$200 juta (RM600 juta) daripada tahun lalu.

Sementara itu, Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary yang berada di tempat ketujuh, mengekalkan kedudukannya sebagai orang Melayu paling kaya di Malaysia dengan nilai kekayaan bersihnya berjumlah AS$3.3 bilion (RM9.9 bilion).

Tiga pendatang baru membuat kemunculan sulung dalam senarai itu, dengan paling menyerlah ialah Tan Sri Dr Ninian Mogan Lourdenadin, seorang doktor bertauliah yang menjadi hartawan peruncitan yang menduduki tempat ke-22 dengan nilai kekayaan bersih AS$500 juta (RM1.5 bilion).

Beliau adalah Ketua Eksekutif MBF Holdings dan mempunyai perniagaan dalam hartanah, peruncitan, pelancongan dan perkhidmatan perubatan di Malaysia, Fiji, Papua New Guinea dan Australia.

Seorang lagi pendatang baru ialah Gooi Seong Lim, di tempat ke-34 dengan kekayaan bersih AS$220 juta (RM660 juta). Beliau menerajui Crescendo, sebuah syarikat pembinaan dan pemaju hartanah.

Ng Joo Siang, usahawan berusia 52 tahun yang mengambil alih perniagaan keluarga, Pacific Andes International Holdings daripada bapanya juga membuat kemunculan sulung dalam senarai itu dengan berada di tempat ke-37 dengan nilai bersih AS$185 juta (RM555 juta).

Dua individu pula membuat kemunculan semula iaitu Pengerusi Eksekutif Kurnia Asia Bhd, Tan Sri Kua Sian Kooi dan Pengerusi Malayan United Industries Bhd, Tan Sri Dr Khoo Kay Peng.

Rakyat Malaysia terbaru yang memasuki kelompok individu dunia yang memiliki kekayaan lebih AS$1 bilion pula ialah adik beradik Tan Sri Lee Oi Hian dan Datuk Lee Hau Hian yang menguasai syarikat sawit dan kimia, Batu Kawan.

Secara keseluruhannya, 21 daripada jutawan Malaysia dalam senarai itu menyaksikan kekayaan mereka meningkat, 12 menyusut, manakala dua orang tidak berubah.

Tahun ini, nilai bersih minimum yang diperlukan untuk layak dalam senarai itu ialah AS$155 juta (RM465 juta), meningkat daripada AS$125 juta (RM375 juta) tahun lalu.

Blogger vs Blogger

Dunia blogger panas hari ini..akibatnya ada yang jadi burung unta.

Badrulamin

Dr Badrulamin bin Bahron (‘Badrul Amin’) 611204-71-5327. adalah seorang ahli politik dan bekas pensyarah undang-undang Islam ( Islamic Law) di Universiti Malaya dan menjawat jawatan Profesor Madya Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (1984 – 1999). Beliau pernah menyertai pilihan raya 2004 dan 2008 bagi kerusi parlimen Sabak Bernam namun tewas kepada calon BN-UMNO dengan majoriti tipis.

Beliau dilahirkan di Tawau Sabah dan berkahwin dengan isteri pertama Zumrah dan mereka mempunyai enam orang anak. Isteri keduanya seorang janda, Harlina Zainuddin 40 dan mereka berkahwin pada Oktober 2010 di dalam satu majlis ringkas di Ampang, Selangor.

Badrul merupakan salah seorang daripada 25 pelajar Sabah yang dipilih untuk menyertai satu projek yang diilhamkan oleh Ketua Menteri Sabah Dato Harris Salleh. Yayasan Sabah bertanggung jawab untuk menjayakan projek ini.

Projek yang dimaksudkan ialah untuk melahirkan Ilmuan Islam dari kalangan anak-anak Sabah untuk mengembang dan membangunkan syiar Islam dinegeri bawah bayu. Lalu Badrulamin bersama 24 pelajar yang lain diterbangkan ke Kuala Lumpur. Kesemua mereka ditempatkan di sekolah pondok di Tanjung Karang Selangor.

Daripada 25 orang itu Badrulamin adalah pelajar yang pintar dan menunjukkan prestasi yang cukup baik. Maka semakin cerahlah harapan kerajaan Harris Salleh untuk menjadikan Badrulamin sebagai ikon kepada rakyat Sabah. Jawatan Mufti sedia menanti untuk diisi oleh Badrulamin.

Kerajaan negeri berbelanja besar untuk kejayaan beliau, akhirnya Badrulamin berjaya melanjutkan pelajaran dan lulus BA dari Universiti Al-Azhar Mesir. sarjana di LLM Kent, UK dan mendapat Ph.D di Universiti Birmingham, United Kingdom.

Sekembalinya dari pengajian di luar negara beliau mula berkhidmat sebagai tenaga pengajar di UM buat seketika sebelum berpindah UIA dan di sinilah beliau terpengaruh dengan mazhab Anwar Ibrahim. Hampir kesemua tenaga pengajar di UIA dan pelajar-pelajarnya taksub dan menjadi penyokong kuat Anwar Ibrahim.

Anwar juga menjanjikan kedudukan yang tinggi kepada pensyarah-pensyarah UIA sekiranya berjaya melonjakkan Anwar menjadi Perdana Menteri. Dr Muhammad Noor Manuty pun telah dijanjikan tempat yang istimewa di Umno Larut. Muhammad Noor Manuty dijanjikan jawatan Ketua Bahagian Umno dan menjadi Ahli Parlimen Larut. Badrulamin sama seperti Mohd Noor Manuty, cumanya dia akan menjaga negeri Sabah di bawah bayu.

Sayang seribu kali sayang, harapan rakyat Sabah untuk melihat Badrulamin kembali ke Sabah setinggi Gunung Kinabalu tidak kesampaian, Badrulamin hanyut di Lembah Kelang dan dibuai mimpi indah serta diulit oleh Anwar Ibrahim.

Hutang Badrulamin kepada rakyat Sabah terlalu besar dan tidak mampu dibayar dengan wang ringgit. Allah maha kaya, kini Badrulamin menerima hukuman dunia dan tak mampu untuk menyorok atau menyembunyikan mukanya kepada khalayak.

Sedarlah wahai Badrulamin, masih ada ruang untuk anda bertaubat dan kembalilah ke negeri asalmu untuk menabur bakti kepada negeri yang telah banyak berjasa kepada kamu. Tinggalkan lah perjuangan dan fahaman atau mazhab yang kamu anuti sekarang.

Sedarlah, kembalilah ke tempat asalmu dan tebuslah dosa kamu kepada rakyat Sabah dan dengan kata lain tinggalkan fahaman atau mazhab Anwarinas
Cerita 2
Siapa sangka bahawa lelaki bergelar doktor falsafah ini kuat kumpul bini. Cerita di atas menyebut beliau mempunyai 2 isteri , rupa-rupa sebelum berkahwin dengan Inifiona dia pernah berkahwin dengan Aisah dan menjadi mangsa sepak terajang bekas pensyarah undang-undang Islam. 

Isnin, 27 Februari 2012

LTDL-Razali Ibrahim Sokong Pembangunan Berbasikal Malaysia 27.2.2012




Uploaded by klposdotcom on Feb 27, 2012

Bandar Di Raja Muar 27 Febuari- Jelajah LTDL 2012 yang berlangsung di bandaraya Di Raja Muar hari ini mendapat sokongan yang memberangsangkan dari penduduk sekitar. Turut sama hadir digarisan penamat Jelajah LTDL peringkat ke empat yang bermula dari Batu Pahat dan berakhir di Dataran Muar adalah Ahli Parlimen Muar yang juga Timbalan Menteri Belia dan Sukan Dato Razali Ibrahim. Bandar Di Raja Muar 27 Febuari- Jelajah LTDL 2012 yang berlangsung di bandaraya Di Raja Muar hari ini mendapat sokongan yang memberangsangkan dari penduduk sekitar. Turut sama hadir digarisan penamat Jelajah LTDL peringkat ke empat yang bermula dari Batu Pahat dan berakhir di Dataran Muar adalah Ahli Parlimen Muar yang juga Timbalan Menteri Belia dan Sukan Dato Razali Ibrahim.

LTDL- Kemenangan Hariff Salleh Dibantu Oleh Abagnya 27.2.2012



Uploaded by klposdotcom on Feb 27, 2012

Semalam anak kelahiran Terengganu Anuar Manan yang mewakili pasukan Champion System sudah mula menaiki podium dengan meraih tempat ketiga di peringkat ke tiga bermula dari Melaka dan berakhir di Parit Sulong Johor. Manakala hasrat seorang lagi anak Terengganu Mohd. Harrif Salleh dari pasukan Terengganu Cycling Team hampa apabila terlibat dalam kemalangan di 3 kilometer terakhi. http://www.klpos.com/ltdl-2012/2764-hariff-salleh-akhirnya-menjejakan-kaki-ke...

20120224 Pembangkang takut hilang pengaruh dalam FELDA

Erykah Badu di KL jom join Khalid Gereja

29 Februari 2012 tahun tarikh yang wujud 4 tahun sekali akan mencatat sejarah di Malaysia. Badu seorang artis Soul R&B akan membuat persembahannya di Kuala Lumpur

Konsert Badu dibawa ke sini oleh Women's Aid Organisation (WAO) sebuah NGO  is an non-profit yang memberikan kaunseling dan pelindungan kepada wanita yang dianiayai dan di dera. 

Kahadiran Badu mendapat tentangan banyak pihak termasuk Pas kerana sikap penyanyi yang boleh dikatakan bersifat plurelisme. Akhbar the star juga telah memohon maaf kerana umat Islam di Malaysia kerana menyiarkan gambar Badu yang mempunyai tatoo kalimah Allah. 


Sudah tentu kehadiran Badu akan disambut oleh Khalid Gereja yang menyokong penggunaan kalimah Allah dalam Khatolik Herald.  


Ali xpdc. terrasosa , bob lokman azhar idrus dan sham kamekaze boleh bawa gitar dan back up Badu...apa macam..ada bran?

394 Anggota TLDM Lumut Terima BR1M

140 Kampung Di Perak Bakal Nikmati Kemudahan Jalur Lebar

20120225 Tun M tak pernah minta jadi wakil rakyat

Anti Lynas Save Malaysia event turns ugly in Penang.mp4

Ahad, 26 Februari 2012

Debat: PAS Perak sifatkan Zambry tiada wawasan???






Hidup pun susah, mati pegang bendera



Pas Perak meracau apabila YAB Dato Seri Diraja Dr Zambry Abdul Kadir menolak debat dengan bekas menteri besar ke 10 iaitu Dato Seri Nizar Jamaluddin. Apabila Zambry menyarankan agar Nizar berdebat dengan YB Jamaluddin Radzi Adun Behrang, Pas menempelak Zambry kononnya Jamaluddin bukan mewakili Barisan Nasional.

Perak Today sememangnya menyampah dengan isu debat yang selalu menjadi modal politik terutama Pas dan kini menjadi ikutan Dap dan Pkr.

Sistem pemerintahan demokrasi berparlimen telah menyediakan tempat khas untuk berdebat. Tempat yang dianggap mulia dan penuh adat dan adab. Setiap patah kata akan direkod secara bertulis. Berbahas dan berdebat lah puas-puas.

Nizar Jamaluddin dan lain-lain ahli parlimen pembangkang hanya beretorik di luar gelanggang. Bila berada dalam gelanggang jadi macam anjing penakut dan sorok ekor.

Sepanjang menjadi Ahli Parlimen Bukit Gantang berapa kali Nizar Jamaluddin buka mulut dan berdebat dalam dewan yang mulia? Orang Pas tolong jawab.

Dalam dewan undangan negeri pun Nizar kantoi banyak kali. Semua orang masih ingat bagaimana Nizar kantoi apabila dimalukan oleh Mantan Menteri Besar Perak, Adun Pangkalan Hulu YB Tan Sri Mohd Tajol Rosli Ghazali dalam membahaskan isu Negara Islam dan dengan Dr Zambry pun Nizar banyak kali terkedu, termalu dan hilang akal apabila berbahas.

Pemuda Pas Perak juga pernah kantoi dalam isu debat dengan Pemuda Umno Larut. Cakap bergegar-gegar tetapi bila disuruh sediakan tempat dan permit, Pemuda Pas gagal melaksanakan tugasnya. Akhirnya sebelum termalu sendiri mereka pindahkan debat ke Selama, siap pasang banner dan kain rentang tetapi tak berani memohon permit. Apabila Polis melarang Pemuda Umno hadir untuk berdebat kerana tiada permohonan permit, Pemuda Pas menuduh Pemuda Umno Larut bacul. Pada hal mereka lah yang gagal menunaikan amanah. Memang sah Ulama’ muda yang menyertai Umno melabelkan Pas sebagai Assobiyah dan munafik.

Malah Perak Today dan blogger Taipingmali juga dicabar untuk berdebat secara terbuka oleh Pemuda Pas Perak, Debat disambut dan gelanggang dibuka secara maya tetapi sehingga ke hari ini tidak ada satu pun soalan yang dikemukakan untuk dijawab.

Tektik debat Pas sebenarnya hanyalah untuk menghimpunkan pengikut Pas seberapa ramai untuk mengeboo dan mengajak audience menyoal soalan-soalan yang tak releven dengan tajuk perdebatan.

Sudah lah, Pas Assobiyah kalau berani dan cukup hujah silakan berdebat dalam dewan yang mulia. Nizar Jamaludin lebih hebat daripada Dr Zambry kerana Nizar boleh berdebat di dewan Dun Perak dan Parlimen, Dr Zambry hanya mampu berdebat di dewan Dun sahaja.

Pesanan dan peringatan Taipingmali kepada Nizar Jamaludin ialah bila ada sidang Dewan Rakyat janganlah ponteng dan rajin-rajin lah buat homework sebelum masuk berdebat dalam dewan kalau tidak buat bera muka jadi pucat lesi. Keluar dewan dan balik kawasan dok pembohong kepada rakyat.

Di bawah adalah petikan dari Harakah berikutan temubual dan jawapan Dr Zambry kelmarin.
IPOH, 25 Feb: Kenyataan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Kadir berhubung debat telah menggambarkan dirinya tidak ada wawasan.
Demikian tegas Ketua Penerangan PAS Perak, Ustaz Ahmad Nuri Al-Amin tentang kenyataan Dr Zambry yang menyarankan mantan Menteri Besar, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin berdebat dengan Adun Behrang yang melompat parti, Jamaluddin Radzi dan bukannya dengan beliau atas alasan Adun bebas itu sudah lama menyatakan kesudian untuk berdebat.
Katanya, kenyataan tersebut memperlihatkan dirinya tidak mempunyai wawasan dan kurang matang dalam memberi respons tentang cadangan Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.
“Cadangan Pemuda PAS untuk menyatukan kedua-dua pemimpin tersebut bermatlamat untuk memberi ruang kepada mereka melontarkan idea dalam mempimpin pentadbiran Kerajaan Negeri Perak ke tahap yang lebih baik,” katanya kepada Harakahdaily.
Melihat kenyataan Zambry, beliau berkata, pemimpin utama BN Perak tersebut tangkas mengalih isu dengan mencadangkan Nizar berdebat dengan Adun Bebas yang telah melompat parti.
“Adakah Adun Bebas tersebut sebagai mewakili BN Negeri Perak?
“Adakah juga Adun Bebas tersebut adalah ketua parti komponen BN Perak?” ujarnya.
Menurutnya, debat atau forum adalah pentas bagi kedua-dua tokoh yang mengetuai BN Perak dan Pakatan Rakyat Negeri Perak.
“Adakah rasional Datuk Seri Zambry menyerahkan wawasan mentadbir kerajaan negeri kepada Adun yang telah melompat partinya?” soal beliau.
Jelasnya, PAS Perak menasihatkan agar Zambry berani dalam perkara itu dan hendaklah matang dan profesional dalam memberi alasan untuk mengelak berdebat dengan Nizar.
“Mengalihkan isu dengan memberi cadangan yang tidak masuk akal adalah sangat memalukan kerana isu ‘pokok’ yang dicadangan oleh Pemuda PAS Perak adalah ingin memperlihatkan kedua-dua tokoh ini membicarakan wawasan untuk mentadbir semula kerajaan negeri jika mendapat mandat daripada rakyat pada PRU13 nanti,” jelasnya.
Katanya, itulah yang ingin dilihat oleh rakyat, parti manakah yang mempunyai wawasan atau usaha untuk membangunkan rakyat di Perak.
PAS Perak, katanya sekali lagi melihat dolak-dalik Zambry sebenarnya kerana sedar BN Perak yang telah tumbang pada PRU12 tahun 2008 dahulu masih mengamalkan penyelewangan dan kronisme.
Tambahnya, Zambry idak perlu bimbang jika BN Perak telah benar-benar bersih dan rajin bekerja dalam membantu rakyat tanpa ada usaha menindas rakyat.
“Zambry perlu menyahut peluang dan ruang ini bagi membuktikan usaha yang telah dilakukan oleh BN benar-benar berkesan.
“Dan mungkin sebenarnya rakyat masih ingin meneruskan usaha dan kerja Pakatan Rakyat yang terhenti selama 11 bulan sahaja oleh kerana sikap ketidakperikemanusiaan BN yang merampas kuasa kerajaan yang dipilih oleh rakat,” jelasnya.


Rakyat tidak lupa 11 bulan Nizar menjadi menteri besar, tugasnya ialah menyambut tetamu Pas yang datang dari seluruh negeri siang dan malam dan hanya memberi tazkirah selepas solat siang dan malam sahaja dipejabat SUK. Segala-gala pentadbiran diuruskan oleh Dap.

Ops! Nak tanya satu soalan, apa cerita tanah yang diberikan kepada dua individu Pas yang keluasan melebihi 600 hektar, dah berhasilkah kelapa sawit yang ditanam 11 bulan dahulu?