Khamis, 28 Februari 2013

Konspirasi Jenayah Terancang Antara PI Bala Dan Deepak

Setelah hampir lima tahun menyepi kerana melarikan diri ke Chennai India, bekas penyiasat persendirian P Balasubramaniam atau lebih dikenali dengan panggilan PI Bala, tampil buat julung kalinya di sebuah program ceramah pakatan pembangkang anjuran Chegu Bard. Dia sebelum ini telah menarik perhatian masyarakat di negara ini dengan kenyataan bersumpahnya (SD1) pada 1 July 2008.

SD1 antara lainnya cuba untuk mengaitkan Perdana Menteri dan isteri dalam kes pembunuhan bekas model Monggolia Altantuyya. Namun 3 hari selepas itu, Bala sekali lagi menarik perhatian umum, apabila tampil membuat kenyataan bersumpah (SD2) bagi menafikan tuduhan yang dilakukan sebelum ini di dalam SD1 pada 4 Julai 2008.

Sejurus selepas kenyataan tersebut, dia akhirnya 'hilang' dari pengetahuan umum serta gagal untuk di kesan, dipercayai telah melarikan diri ke luar negara. Seperti yang telah diduga ketika negara sedang berada di ambang pilihanraya umum, Bala akhirnya muncul semula bersama pimpinan pakatan pembangkang.

Kehadirannya bukan sahaja untuk mengatakan kononnya SD1 adalah benar namun turut mengatakan objektif utamanya adalah untuk memastikan kerajaan BN/Umno tumbang sekaligus meletakkan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.

Ekoran dari itu, maka satu program ceramah telah diadakan oleh Chegu Bard dan konco-konconya di Dewan Himpunan Cina Kuala Lumpur Selangor semalam. Namun apa yang peliknya program tersebut hanya mampu mengumpul sekitar 800 – 1000 orang sahaja, walaupun pihak penganjur berhempas pulas mempromosikan program tersebut dan mengangarkan kehadiran sekitar 5 – 10 ribu.

Ia secara tidak langsung membuktikan rakyat secara keseluruhan tidak merasakan pertuduhan Bala mempunyai hujah yang kuat dan boleh dijadikan sebagai sandaran. Maka walaupun pihak penganjur cuba mengumpan masyarakat untuk hadir dengan mengatakan Bala akan membuat pendedahan terbaru, ia tetap gagal menarik perhatian masyarakat.

Tambahan pula tindakannya yang 'flip flop' sebelum ini, membuatkan rakyat kembali berfikir dan menilai semula kredibiliti Bala yang jelas meragukan dan mempunyai agenda tersembunyi.

Bala juga ketika ditanya mengenai pendirian beliau mengenai kerajaan, mengatakan sejak dari kecil lagi telah wujud perasaan benci terhadap kerajaan BN/Umno. Dan tanpa berselindung mengatakan dia adalah merupakan antara tenaga pengerak kepada gerakan Hindraf suatu ketika dahulu.

Maka atas sebab itu, Chegu Bard berusaha untuk menyucikan kembali imej Bala dengan mengatakan wujud ancaman sehingga membahayakan nyawa beliau yang telah menyebabkan Bala bertindak mengeluarkan SD2 dan melarikan diri ke luar negara.

Dan ketika seisi pendedahan yang diadakan itu, acapkali juga Chegu Bard terpaksa memainkan peranan dalam menentukan hala tuju percakapan Bala agar dapat dikaitkan dengan pimpinan negara. Dan lebih menghairankan percakapan beliau juga tersekat-sekat dan sering terlupa dengan fakta yang terkandung di dalam SD1. Percakapan Bala pada malam semalam seolah-olah bercakap dengan mengunakan skrip pihak tertentu dan bukannya berdasarkan pengalaman sendiri seperti yang di dakwa.

Sedangkan Bala sebelum ini mendakwa SD1 satu adalah merupakan kenyataan beliau sendiri berdasarkan fakta sebenar sepanjang berkhidmat dengan Razak Baginda. Sekiranya pertuduhan tersebut mempunyai asas dan kebenaran, masakan Bala boleh terlupa 'poin-point' penting pertuduhan? Melainkan SD1 adalah merupakan hasil ciptaan dan rekaan semata-mata yang direka khusus untuk merosakkan imej Datuk Seri Najib dan isteri beliau.

Bagi menyelamatkan keadaan, Chegu Bard terpaksa mengunakan alasan, ekoran telah berada dalam tempoh yang lama di luar negara, maka Bala sudah tidak lagi fasih untuk bertutur dalam bahasa Melayu dan Inggeris. Sedangkan isu terlupa fakta dengan tidak fasih bercakap adalah dua fakta yang jauh berbeza.

Dan yang paling mengejutkan, Bala juga secara tidak sengaja mendedahkan bahawa dia telah dibayar oleh Deepak sebanyak RM100 ribu tunai dan diberi sebuah kondomiun di Berjaya Times Square. Wang tersebut telah dimasukkan ke dalam akaun bini Bala beserta dokumen perjanjian hakmilik kondominium tersebut.

Ia secara tidak langsung membuktikan wujud konspirasi dan jenayah terancang diantara Bala dan Deepak. Dan yang paling penting ialah, Bala gagal megemukan sebarang bukti yang kukuh dalam pertuduhan beliau.

Kesimpulannya isu yang cuba dibawa ini adalah merupakan sandiwara terbaru pakatan pembangkang dalam mempegaruhi rakyat sebagai satu strategi untuk merampas kerajaan. Jenayah terancang ini juga jelas membuktikan terdapatnya dalang sebenar di sebalik sandiwara yang sengaja diada-adakan ini.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Manifesto: Hudud Gugur, Perjuangan PAS Sudah Tidak Bernilai

Manifesto PR bertemakan 'Pakatan Harapan Rakyat' telah pun dilancarkan secara rasmi pada 25 Februari 2013 yang lepas sempena Konvensyen Pakatan Rakyat Kali Ke-4 yang dilangsungkan di Shah Alam Convention Centre (SACC).

Manifesto itu dirangka bersandarkan empat tonggak utama iaitu Rakyat Bersaudara, Ekonomi Rakyat, Kesejahteraan Rakyat dan Kerajaan Rakyat mendapat pengesahan dan perakuan rasmi ketiga-ketiga pemimpin utama PR dari DAP, PKR dan PAS.

Satu perkara menarik, kandungan manifesto itu langsung tidak menyentuh sebarang komitmen PR untuk merintis perlaksanaan hukum Hudud sekiranya berjaya mengambil alih Kerajaan Pusat. Dari muka surat satu hingga akhir walau sepatah ayat pun mengenai perlaksanaan hukum hudud tidak kelihatan.

Keadaan ini menunjukkan PR langsung tidak berhajat untuk melaksanakannya sekalipun umum mengetahui janji perlaksanaan hukum hudud amat sinonim dengan PAS sejak hampir tiga dekad lalu.

Ia mengejutkan ramai pemerhati politik kerana dengan gugurnya isu perlaksanaan hudud dari Manifesto PR membawa maksud akar kekuatan PAS telah dicabut keluar, meletakkan parti yang sekian lama memperalatkan Islam sebagai jenama parti itu semakin tergadai prinsip juangnya.

PAS kelihatan seperti ketiadaan pengaruh dan tidak berkemampuan mendesak agendanya dijadikan prioriti dalam Manifesto PR, dengan ini meletakkan perjuangan PAS dalam isu perlaksanaan hudud sudah tidak bernilai kerana dianggap tidak membawa sebarang manfaat kepada PR.

Akibatnya sebahagian besar ahli dan penyokong PAS hanya mampu terkebil-kebil dan mati kutu dibuatnya kerana ia jelas mengulangi kegagalan PAS sebelum ini dalam isu pengguguran Negara Islam dari kamus perjuangan PAS untuk digantikan dengan Negara Berkebajikan.

Dari satu sudut pengguguran isu hudud ini boleh dianggap satu kejayaan besar bagi Anwar Ibrahim kerana Ketua Umum PKR itu pernah berjanji dan memberi jaminan kepada sekumpulan pemimpin masyarakat Cina pro DAP dan PKR di Subang Jaya, Selangor bahawa hudud tidak akan mendapat tempat dalam PR.

Dan Anwar terbukti berjaya merealisasikan janji dan jaminan itu sekaligus senario ini juga mengesahkan kedudukan PAS dalam PR hanya setaraf kasta rendah yang hanya sekadar menjadi pak turut kepada DAP dan PKR.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Isu Kalimah Allah: Anwar Dakwa Hadi Menipu

Tika ini ramai ahli dan penyokong PAS yang belum kebas dari demam terkejut dan masih lagi dalam kebingungan gara-gara pendirian rasmi PR yang telah muktamad menggugurkan agenda perlaksanaan hukum hudud dari Manifesto PR.

Tambah mengeruhkan keadaan bila mana Manifesto PR tanpa agenda hudud itu turut disepakati dan diperakui oleh Presiden PAS, Abdul Hadi Awang.

Lebih parah lagi, tiga hari selepas Manifesto PR bertemakan "Pakatan Harapan Rakyat" dilancarkan dalam Konvensyen Pakatan Rakyat Ke-4 di SACC Shah Alam, Selangor pada 25 Februari 2013 lepas, tak semena-mena Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim tampil menyalahkan Hadi Awang berhubung kontroversi isu kalimah Allah.

Ketua Umum PKR itu mendakwa ketetapan bersama PR pada 8 Januari 2013 lalu untuk membenarkan kalimah Allah s.w.t diguna pakai oleh orang bukan Islam termasuklah untuk kegunaan kitab Bible versi Bahasa Melayu hanya dimuktamadkan selepas mendapat penerangan dan persetujuan Presiden PAS.

Maksudnya, PR tidak akan mengambil ketetapan sedemikian jika Hadi menerangkan perkara benar. Tapi disebabkan Hadi telah menyembunyikan kebenaran, akhirnya PR terjerumus ke kancah kontroversi. Ini dakwaan serius, ia seperti menuduh Hadi telah menipu Anwar dan PR.

Anwar juga menegaskan kenyataan rasmi yang diiktiraf sebagai dasar PR yang disepakati bersama berhubung isu itu juga dibaca dan ditandatangani sendiri oleh Hadi Awang sebagai mewakili PAS. Gayanya seperti Anwar mahu memberitahu khalayak yang kesilapan yang dilakukan oleh PR disebabkan Hadi.

PAS patut tampil ke depan mempertahankan maruah Presidennya, itu pun kalau terasa masih ada sekelumit keberanian untuk berdepan dengan Anwar. Tapi jika berdiam diri atau sekadar sepintas lalu sahaja menjawab dakwaan Anwar, bermakna betullah dakwaan itu.

Anwar memang akan sedaya upaya melepaskan dirinya dari dikaitkan dengan kesilapan pendirian PR dalam isu kesucian kalimah Allah s.w.t, dengan cara mengalihkan beban ke bahu Hadi. Itu kehebatan Anwar dalam bab spin sana sini. Hadi dan pemimpin PAS sahaja yang masih belum sedar.

Pun begitu, sama ada Anwar, Hadi mahupun PR dan PAS, kesemua mereka telah melakukan telah memilih pendirian dalam isu sensitif ini. Suka atau tidak, kenalah terima hakikat selagi PR kekal dengan pendirian 8 Januari 2013, selagi itulah amarah umat Islam akan terus menghantui PAS dan PR.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Selasa, 26 Februari 2013

LTdL 2013 hari ini

LTdL 2013
Pelumba Belanda, Thomas Leezer memenangi peringkat ke-7 Le Tour de Langkawi dari Mentakab ke Kuantan dengan maxmasa 4'33:42s
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Isnin, 25 Februari 2013

Keputusan LTdL hari ini

Pelumba Colombia Julian David daripada Nippo-De Rosa menang peringkat 5 LTdL 2013 dari Proton ke Genting Highlands, dan raih jersi kuning
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

HADI Perlu Keluar Fatwa Baru Mengenai BR1M.

Pemimpin PAS, Nik Aziz dan Hadi Awang telah mengkritik pemberian BR1M 2.0 yang sedang rancak diagihkan kepada rakyat Malaysia tanpa mengira fahaman politik, asal saja cukup syarat dan layak, nama mereka akan dipanggil untuk menerima BR1M sebanyak RM 500 seorang ketua keluarga.

Nik Aziz dalam kiasnya menyifatkan pemberian itu umpama menabur dedak dan rumput kepada binatang.

Hadi Awang pula menyamakan kerajaan seperti Firaun yang memberi hadiah pada pengikutnya.

Dengan dua kenyataan tersebut, benar-benar menyinggung hati penerima bantuan BR1M termasuklah ahli-ahli Pas yang menerima bantuan tersebut.

Ada ahli Pas yang melabelkan duit RM 500 sebagai wang haram tetapi tetap mengambil kerana katanya itu wang rakyat bukan wang Umno.

Sepatutnya individu tersebut tak boleh ambil Sesuatu yang sudah dilabelkan sebagai haram. Benda haram ini tak boleh dimakan atau disentuh. Ianya jijik, cuma hairan hukum apa yang mereka pakai yang membolehkan mereka mengambil benda haram.

Kekeliruan ini perlu diperjelaskan oleh Hadi Awang dengan mengeluarkan Fatwa baru. Putuskan samada BR1M haram atau halal!
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Ahad, 24 Februari 2013

Isu Lahad Datu ada kaitan dengan pembangkang

Isu kehadiran tentera kesultanan Sulu yang berpecah ke Lahad Datu dilihat sebagai isu hasutan oleh pihak dalaman.

Kepimpinan parti pembangkang terutama PKR boleh dikaitkan dengan isu ini.

Pertama ialah berlakunya satu pertemuan atau perjumpaan sulit pemimpin pembangkang dengan Nur Misuari dari Selatan Filipina.

Ketua Umum pembangkang juga mempunyai hubungan yang istimewa dengan pembangkang Filipina iaitu Joseph Estrada dan kemungkinan besar kedua-dua tokoh ini cuba untuk melaga-lagakan hubungan baik antara dua kerajaan Filipina dan Malaysia (Benigno Aquino III dan Najib ).

Satu lagi unsur yang boleh dikaitkan dengan pembangkang di Malaysia ialah peranan Tian Chua dan Elizabeth Wong dalam gerakan ARDA.

ARDA adalah satu pertubuhan dari barat sama seperti SUARAM dan lain-lain bertujuan untuk menghuru-harakan negara yang menjadi sasaran mereka dari Monggolia sehingga ke Timur-Timur, dari Kepulauan Pasifik hinggalah ke Asia Barat.

ARDA adalah satu gerakan yang kuat dan berjaya membebas Timur-Timur menjadi sebuah negara yang dikenali sebagai Timur Leste.

Web site ARDA ialah www.asiademocracy.org/

Di Singapore, Dr Chee Soon Juan rakan Tian Chua dan Elizabeth Wong juga terlibat dengan ARDA atau Asian Alliance for Reforms and Democracy.

Kini selepas dua minggu bertahan di Lahad Datu, Kerajaan Filipina meletakkan 6 kapal peronda untuk mengawasi perairan Sulu berhampiran Tawi-Tawi. Jangan salah faham dengan kehadiran 6 kapal tentera ini. Jangan ada pihak cuba mengandaikan bahawa Filipina akan menyerang Malaysia.

Ia sama sekali tidak benar, mereka yang berminat dengan Lahad Datu ialah kumpulan serpihan kesultanan Sulu yang ingin mengutip wang sarang burung walit sahaja. Tidak lebih dari itu.

Baca berikut dibawah;

Six Philippines naval ships have been deployed to the seas of Sulu and Tawi Tawi to prevent possible spill over from the standoff between Malaysian forces and the self-proclaimed Sulu Sultan's gunmen.

The ships are only conducting patrols within the waters of Tawi Tawi islands, less than half-hour speed boat ride from the seaside village of Tandau where the Sulu group has been holed up since Feb 9.

Philippines navy spokesman Lt Comm Gregory Fabic was quoted as telling the media in Manila that the naval vessels would not dock in Sabah waters but were there to help make the situation stable.

He stated that there were also no instructions given for the evacuation of the Sulu group led Raja Muda Azzimudie Kiram, the brother of Sultan Jamalul Kiram III.

``We are hoping that this will be resolved peacefully. If they are retreating, we are not there to help them because we need instructions if they can be picked up,'' Fabic was quoted as saying.

``If there are conflicts, we cannot help them. We will (only go there) if it is resolved peacefully and are given instructions to repatriate them,'' Fabic added.

The Sulu group of about 100 have insisted on staying put in Tanduo although a Friday deadline for them to be deported is looming.

The Malaysian security forces, who have thrown a tight land and sea cordon around the group, are reportedly in a position to deport the group anytime but are holding back pending efforts to resolve the standoff through negotiations without bloodshed.

Meanwhile, Philippines president Benigno Aquino reportedly said in Manila that the Sulu gunmen, who claimed that North Borneo was part of the Sulu Sultanate, should give up peacefully.

``Going there with arms is not the way to resolve this. When you brandish arms naturally the other side has only one way to respond to such a challenge,'' Aquino was quoted as saying in his first public comment on the incident.

Aquino also stated that his government had been talking to all parties, including the Sultan's family, to find a peaceful solution.

Philippines Foreign secretary Albert del Rosario stated in a separate statement that Aquino had ordered his government authorities ``to do everything'' possible to try and urge them to peacefully withdraw and to do this as quickly as possible.

Related Stories:
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sabtu, 23 Februari 2013

PAS PUT ITS FOOT DOWN AND PR PARTIES DISINTEGRATING

PAS, the strongest party in the opposition pact of Pakatan Rakyat (PR) is opening up and getting wise.

The party has decided to 'go alone' in wooing voters using its strength that is Islam and its fundamentals, distancing itself from the cheats and lies of PKR and DAP.

The party which leaders are matured and who know Anwar Ibrahim since the latter was in university, has now taking a hardline stand to put its own choice as Prime Minister if the PR wins the 13th general election.

PAS move has angered not only Anwar who has sold his soul to the 'devil' just to be the Prime Minister, but also partner DAP as shown by Karpal Singh openly.

The verbal spat on several issues between PAS and DAP is not just a 'storm in atea cup' but a typhoon over the sea, threatening to rock and capsize the ship the three parties are in.

The 'captains' in the sinking PR ship are now arguing profusely who should lead with PAS putting its foot down that its president Abdul Hadi Awang as the right candidate while PKR and DAP want Anwar.

Whatever DAP and PKR are thinking of, PAS is on its own in every ways as its leaders do not want Anwar whom they know 'in and out' to be PM.

They know Anwar's Machiavellian ways and they are experiencing it in the party where Anwar is undeniably and continuously trying to take control of the leadership through his men who now sit in the leadership line-up.

With PAS's move and hardline stand PR is slowly but definitely sinking as DAP and PKR fights over seats in Johor, a state known for being an Umno bastion, which PKR and DAP seemingly take for granted they could penetrate very easily.

Selangor is considered as good as gone for the PR with its Mentri Besar Khalid Ibrahim ignoring every complain from the voters that supported them in 2008 general election.

A series of suits have been filed for unfulfilled pledges and promises against Khalid while in Kedah Mentri Besar Azizan Abdul Latif is facing a 'mutiny', obviously with Anwar's invisible hand behind as he plans to put up his own man there.

Uneasiness, distrust, suspicious and back-stabbing is the name of the game in PR while Anwar, through his men such as Rafizi Ramli continues to hoodwink the voters by promising make-believed dreams, the dreams they had promised before and have yet to fulfill.

Given the situation and with the 13th general election is just around the corner, parties in PR are struggling to tie loose-ends which look like many, many ends that cannot be tied.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Ku Li Bakal Menang Tanpa Bertanding Di Gua Musang

Umum mengetahui adalah menjadi dasar rasmi pakatan parti-parti pembangkang untuk sama-sama menobatkan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri dan ia kesepakatan tersebut telah termaktub semenjak Ketua Umum PKR itu dipecat dari UMNO pada 2 September 1998 lagi.

Sama ada ketika mereka bergabung dalam pakatan yang dinamakan Barisan Alternatif (BA), Barisan Rakyat (BR) dan yang terkini Pakatan rakyat (PR) yang ditubuhkan selepas PRU 12 2008, fokus mereka tidak pernah lari untuk melihat Anwar sebagai PM.

PAS yang kini merupakan parti yang paling kuat jenteranya dalam PR berbanding PKR dan DAP, juga tidak ketinggalan malah acap kali parti itu pula yang kelihatan terlebih-lebih mempromosikan Anwar sejak hampir 15 tahun dulu.

Menjelang PRU 13 ini tentunya ramai yang beranggapan PAS mahupun PR akan kekal dengan dasar yang disepakati bersama itu, apatah lagi Anwar sebagai jambatan penyatuan DAP dan PAS dalam PR sudah dilihat paling layak untuk menggalas jawatan itu sekiranya PR berjaya dalam PRU 13.

Pun begitu, senario semasa nampaknya tidak menjurus ke arah itu apabila sumber dalaman PAS mengesahkan Majlis Syura Ulama parti itu yang bermesyuarat baru-baru ini tanpa kehadiran Mursyidul Am PAS telah memutuskan menolak Anwar sebagai calon PM.

Anwar ditolak kerana majoriti ahli Majlis Syura termasuk Timbalan Mursyidul Am PAS, Ustaz Haron Din dan Ketua Dewan Ulama PAS, Harun Taib berpandangan Ketua Umum PKR itu terlalu liberal dan mempunyai masalah moral yang sukar untuk diterima oleh majoriti pengundi Melayu Islam.

Malah kecenderungan Anwar menyokong golongan LGBT serta begitu mengambil mudah soal-soal kepentingan orang Melayu Islam dan akidah umat juga merupakan faktor sebahagian besar ahli Majlis Syura Ulama PAS cenderung untuk memilih pemimpin lain sebagai calon gantian.

Rentetan daripada itu, Hadi Awang dan Setiausaha Agung PAS, Mustafa Ali telah beberapa kali mengadakan perundingan dengan pemimpin UMNO Kelantan, Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li) dan menjanjikan jawatan PM sekiranya Ku Li berpaling tadah.

PAS juga berjanji akan memberi laluan mudah tanpa meletakkan calonnya dalam PRU 13 bagi Parlimen Gua Musang seterusnya membolehkan pemimpin veteran UMNO itu meraih kemenangan percuma semasa penamaan calon kelak.

Bagaimana pun PAS menuntut Ku Li segera berkempen untuk PAS di Kelantan selepas selesai penamaan calon sekaligus dengan maksud membantu PAS mengekalkan Kelantan daripada jatuh ke tangan BN.

Tanpa PAS sedari, Ku Li bukanlah kecil anak mudah untuk dipermainkan. Beliau sudah agak masak dengan permainan politik PAS terutama sekali sewaktu parti S46 yang diketuainya dulu pernah dikhianati oleh pemimpin PAS tatkala S46 berada dalam kedudukan yang lemah.

Lagi pun Ku Li juga tahu, semasa namanya dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Syura Ulama PAS tempohari, sebetulnya hanyalah sekadar untuk menutup hasrat sebenar PAS yang berniat untuk meletakkan Hadi Awang sebagai calon utama sebagai PM.

Demi untuk mengelakkan DAP dan PKR membantah pencalonan hadi sebagai PM, maka nama Ku Li diguna pakai dengan demikian diharapkan dapat membendung kemarahan rakan sepakatan di masa yang sama PAS berharap mendapat manfaat memecahbelahkan kekuatan UMNO di Kelantan yang tika ini sedang mengasak PAS.

Ini bukan kali pertama PAS cuba menjerat Ku Li ke dalam perangkap mereka dalam usaha propaganda PAS untuk melemahkan UMNO di negeri itu.

Semasa PRK DUN Galas 2010 dulu PAS melalui Naib presidennya, Husam Musa juga pernah memujuk Ku Li supaya menyebelahi PAS dengan berselindung di sebalik perjuangan royalti minyak, bagaimana pun permintaan itu langsung tidak diendahkan.

Percaturan PAS sudah pun berada dalam pengetahuan Anwar dan seperti diduga Ketua Umum PKR itu nyata agak marah kerana merasakan dirinya sudah dikhianati oleh rakan sepakatan. Apatah lagi perjumpaan sulit itu sengaja dilakukan tanpa pengetahuan DAP dan PKR.

Dulu PAS pernah mengkhianati S46, BERJASA dan HAMIM semasa mereka bergabung dalam APU, lama sebelumnya PAS mengkhianati Parti Negara selain pernah sengaja keluar dari UMNO semata-mata untuk mengejar kuasa duniawi. Kini PAS cuba pula untuk mengkhianati PR.

PAS sebenarnya sedang menjerat diri sendiri, tabiat suka menikam belakang kawan bukanlah satu permainan politik yang bijak, lambat laun akan memakan diri dan PAS pula yang akan ditikam dari belakang.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Di Haram Sebut Anwar Sebagai Bakal PM Dalam Harakah

Pada 10 Februari 2013 lepas, Mursyidul Am PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan bahawa Majlis Syura Ulama yang dipengerusikannya tidak pernah membincangkan isu siapa yang layak dicalonkan sebagai Perdana Menteri selain daripada Anwar Ibrahim.

Menteri Besar Kelantan itu juga menyifatkan spekulasi yang mengatakan Majlis Syura Ulama PAS telah menolak idea untuk menobatkan Ketua Umum PKR sebagai PM sekiranya pakatan pembangkang memenangi PRU 13 hanyalah dakwaan mengarut ciptaan UMNO.

Penegasan oleh Nik Aziz itu tentunya melegakan Anwar dan pemimpin PKR serta DAP yang lain, sedikit sebanyak ia juga dapat mengendurkan perasaan gundah di kalangan penyokong PR yang kembali diselubungi misteri sama ada Anwar masih kekal sebagai calon utama PR sebagai PM atau sebaliknya.

Namun perkembangan akhir-akhir ini kelihatannya seperti mengiakan spekulasi sebelum ini apabila suara-suara penolakan terhadap Anwar semakin hari semakin kuat kedengaran, dan ditimbulkan sendiri oleh beberapa pemimpin utama PAS yang tidak termasuk dalam golongan Anwarinas.

Manakala maklumat terbaru yang diperolehi menyatakan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang telah pun mengeluarkan arahan mengharamkan semua media milik PAS termasuklah akhbar Harakah dan portal onlinenya daripada menyebut atau menulis ayat yang membawa maksud Anwar adalah bakal PM.

Arahan pengharaman tersebut khabarnya sudah sampai ke pengetahuan Anwar menyebabkan Ketua Umum PKR itu menghamburkan kemarahannya semasa mesyuarat parti beberapa hari lepas.

Bukan satu rahsia pun, sebahagian besar penulis dan barisan pentadbiran dalam Harakah diketahui mempunyai hubungan rapat dengan Anwar, jadi tidaklah pelik bagaimana arahan sulit sedemikian mudah sampai ke pengetahuan Anwar.

Tambah membara kemarahan Anwar lebih-lebih lagi arahan tersebut seperti mengesahkan lagi ura-ura PAS tika ini yang sedang berusaha menjarakkan diri dari PKR, satu tindakan yang dikira oleh Anwar sebagai satu pengkhianatan terhadap dirinya dan PR.

Bagi khalayak yang rapat dengan Hadi, arahan sedemikian bukannya sesuatu yang menghairankan sementelah lagi sejak di zaman ABIM lagi Presiden PAS itu agak kurang berkenan dengan pembawaan Anwar yang mementingkan diri dan tidak serasi sebagai pejuang gerakan Islam.

Malah ketika bekas Presiden PAS, Allahyarham Ustaz Fadhil Noor memulakan usaha menjalinkan hubungan kerjasama dengan Anwar melalui penubuhan GERAK diikuti dengan Barisan Alternatif (BA) dulu pun, Hadi sudah beberapa kali menyuarakan keraguannya terhadap kejujuran Anwar.

Selepas itu Hadi terpaksa memendamkan keraguannya sebagai menghormati teguran Allahyarham, bagaimana pun setelah selesai PRU 12 2008, tanpa menoleh ke belakang segera diaturkan perjumpaan dengan UMNO dalam usahanya untuk menjayakan kerjasama Kerajaan Perpaduan (UG).

Sekalipun usaha itu mendapat mandat penuh dari Majlis Syura Ulama PAS, akan tetapi beberapa ketika kemudiannya menemui jalan buntu berikutan campurtangan PKR dan DAP serta tekanan yang datangnya dari pemimpin-pemimpin pro Anwar dalam PAS.

Kini Hadi mengorak langkah lagi, sama ada ia memberi manfaat kepada PAS atau sebaliknya sukar ditentukan lebih-lebih lagi di saat sebahagian besar kepimpinan PAS tika ini berkiblatkan ideologi Anwarinas.

Persoalannya sekarang, selama mana media-media PAS seperti Harakah dan HarakahDaily serta lain-lain medium maya yang pro PAS mampu mengikuti arahan pengharaman tersebut? Adakah Anwar dan lain-lain pemimpin PR termasuklah golongan Anwarinas dalam PAS akan berdiam diri?

Jawapan kepada persoalan itu bergantung kepada tindakbalas Anwar dan pengikutnya terutama sekali selepas Parlimen dibubarkan diikuti dengan proses pencalonan nama bagi PRU 13 selesai dilaksanakan.

Tunggu dan lihat, gerakan siapa yang lebih ke depan tika itu. Tapi tak mustahil, belum pun Parlimen dibubarkan, gabungan PR yang membabitkan kerjasama longgar antara PKR, DAP dan PAS pula yang dibubarkan terlebih dahulu.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Jumaat, 22 Februari 2013

Hebat

Pelumba Blanco Pro Cycling Team, Theo Bos, raih kemenangan kedua peringkat kedua LTdL sejauh 117.8 km dengan catatan 54 minit 48 saat
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

BN Akan Menang Lebih 160 Kerusi

Menurut analisis terkini dan sumber-sumber tertentu, BN dijangka mampu memenangi sehingga 160 dari 222 kerusi dalam pilihanraya ke-13. Jangkaan ini menepati ramalan majalah Economist Intelligence Unit (EIU) berdasarkan analisis terhadap projek transformasi, rekod prestasi BN serta penerimaan rakyat terhadap kepimpinan Perdana Menteri yang jelas begitu kuat bekerja.

Selain itu, prestasi pembangkang yang buruk kerana banyak memungkiri janji, di akan tambah dengan taburan janji-janji yang tidak masuk akal jika parti itu memerintah seperti pendidikan percuma dan penurunan duti kenderaan, yang akan memakan belanja sehingga RM47.6 billion setahun, secara tidak langsung menjadi pemangkin kepada sokongan terhadap BN. Itu pun belum lagi dicampur dengan janji-janji lain yang melibatkan kewangan negara seperti tol percuma, penurunan harga barang dan lain-lain.

Dalam pilihanraya yang lalu, BN telah mengalami apa yang dipanggil 'tsunami' politik apabila kekurangan 8 kerusi untuk kuasa 2/3. Di Semenanjung daripada 166 kerusi parlimen yang tersedia, BN menang 85 dan di Sabah dan Sarawak pula, BN menang 54 kerusi. Secara keseluruhannya BN hanya memenangi 139 dari 222 kerusi.

Tamparan itu merupakan peringatan dari rakyat yang tidak berpuas hati dengan pendekatan 'terlalu terbuka' kepimpinan pada waktu itu sehingga memperlihatkan seolah-olah kehilangan kawalan. Ternyata rakyat Malaysia cukup bijak menilai perkembangan semasa untuk lebih awal mengesan beberapa perkara yang tidak kena dan bakal merosakkan negara.

Kebimbangan rakyat terbukti berasas di mana dalam masa hanya sepenggal, negara yang sebelumnya pernah digelar Harimau Asia dan disegani seluruh dunia, benar-benar berada dalam keadaan lemah dan semakin lemah dari segi ekonomi dan juga perpaduan rakyat.

Suara-suara lantang rakyat ketika itu menjerit-jerit memberitahu mengingatkan kerajaan bahawa walaupun negara harus dipimpin secara berpasukan, namun pasukan yang terlalu besar juga menyumbang kepada risiko yang berbagai dari segi kerahsiaan, kesetiaan, keselamatan, kecekapan, ketelusan dan pengkhianatan.

Oleh kerana suara tersebut telah diperlekehkan, maka BN pun akhirnya menerima tamparan paling kuat dalam PRU 2008 apabila rakyat nekad melakukan apa yang perlu dilakukan iaitu 'memberi pengajaran' kepada kerajaan agar jangan sekali-kali merosakkan negara.

'Kerosakan' yang dimaksudkan bukan sahaja dari segi kelemahan kepimpinan sehingga sewenang-wenangnya mendedahkan negara kepada risiko kerugian dan hilang kedaulatan, tetapi juga dari segi keterbukaan yang keterlaluan sehingga mengancam perpaduan rakyat. Antara 'amaran' paling keras dari rakyat ketika itu adalah supaya kerajaan lebih bijak dalam menangani tuntutan antara suara majoriti dengan minoriti yang menjadi asas demokrasi.

Hari ini, terbukti sudah bahawa tindakan rakyat memberi pengajaran itu adalah tepat apabila kepimpinan digantikan dengan Dato' Seri Najib.

Nampaknya, harapan yang diberikan rakyat kepada kepimpinan baru, telah tidak dipersia-siakan beliau. Dato' Seri Najib benar-benar berusaha memahami luahan hati rakyat disamping bekerja keras menguruskan negara dan memulihkan segala kerosakan yang berlaku.

Dato' Seri Najib membawa imej professional dengan enggan melayan karenah pembangkang yang cuba mengganggu fokus beliau dengan fitnah-fitnah mengenai rasuah, hubungan sulit sehinggakan kepada fitnah membunuh.

Di masa yang sama, beliau juga mengambil masa untuk mendekati semua golongan, majoriti dan juga minoriti. Beliau sanggup menerima jemputan Tahun Baru Cina oleh Dong Zong walaupun pertubuhan tersebut selamanya mengambil sikap memusuhi kerajaan. Walaupun tidak memberi ucapan politik yang berdegar-degar, tetapi kehadiran beliau ke majlis tersebut membawa mesej jelas iaitu kerajaan tidak pernah memusuhi sesiapa. Di bawah BN, semua pihak berhak memperjuangkan hak masing-masing, asalkan tidak menyentuh sensitiviti pihak lain, tidak mencabar perlembagaan negara dan tidak menentang arus nasionalisme.

Kita percaya, pendekatan tegas tetapi lembut Dato' Seri Najib akan membawa kepada kemenangan besar BN dalam PRU-13. Kesungguhan dan keikhlasan beliau benar-benar menyentuh hati rakyat untuk turut membantu memastikan negara terus maju ke hadapan serta aman sejahtera di bawah kepimpinannya

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Khamis, 21 Februari 2013

Ikrar Integriti Pilihan Raya

PUTRAJAYA : Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menandatangani Ikrar Integriti Pilihan Raya sebagai satu lagi komitmen beliau terhadap pelaksanaan agenda negara dalam membanteras rasuah terutamanya semasa Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Perdana Menteri menandatangani ikrar tersebut sambil disaksikan Timbalan Pesuruhjaya (Operasi) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Mohd. Shukri Abdul dan Presiden Transperancy International (Malaysia) (TI-M), Datuk Paul Low.

Yang turut hadir pada majlis serba ringkas itu Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan para pemimpin parti komponen BN.

''Apabila nama calon BN yang akan bertanding pada PRU-13 diumumkan, saya akan pastikan mereka menandatangani ikrar tersebut.

''Calon-calon dari parti komponen BN sudah melalui proses saringan SPRM dan adalah sesuai untuk mereka mengambil komitmen menandatangani ikrar integriti untuk pilihan raya yang bersih dan adil," katanya di sini.

Menurut Perdana Menteri, tanggungjawab memenuhi ikrar tersebut terletak di atas bahu mereka yang telah menurunkan tandatangan.

''Dan adalah menjadi hak rakyat untuk memastikan wakil rakyat terbabit berpegang kepada akujanji yang telah dibuat, justeru itu, marilah kita bekerjasama ke arah mengukuhkan proses pilihan raya," katanya.

Maklumat terperinci berhubung akujanji itu boleh diperoleh menerusi laman sesawang TI-M. Orang ramai akan bertanggungjawab menjadi mata dan telinga untuk memantau kepatuhan wakil rakyat masing-masing memenuhi piawaian itu.

Maklum balas boleh disalurkan menerusi akaun Facebook calon atau Twitter wakil rakyat terbabit.

Ikrar Integriti yang digerakkan TI-M adalah kontrak sosial yang ditandatangani secara sukarela oleh mana-mana calon yang akan bertanding pada PRU kelak.

Antara lain calon akan berikrar mengangkat integriti, tadbir urus yang baik, ketelusan dan akauntabiliti di peringkat negeri dan persekutuan serta menegakkan kedaulatan undang-undang.

Sementara itu, Paul ketika bercakap kepada pemberita berkata, pelaksanaan ikrar tersebut membolehkan rakyat memantau pemimpin yang benar-benar mematuhi prinsip dan berintegriti.

''Langkah ini akan menggalakkan rakyat untuk mengambil tahu tingkah laku serta perbuatan individu yang telah menandatangani ikrar malah rakyat juga boleh berkomunikasi dengan mereka,'' katanya.

Katanya, Malaysia adalah negara pertama dalam kalangan komuniti TI yang menandatangani ikrar tersebut sekali gus menjadi contoh kepada usaha memerangi rasuah yang dimulakan di peringkat atasan.

''Kami gembira kerana Datuk Seri Najib secara personal komited menandatangani komitmen beliau sendiri terhadap ikrar ini,'' katanya.

Menurut Paul, pihaknya akan menggalakkan semua calon tanpa mengira parti untuk menandatangani ikrar tersebut bagi melihat sejauh mana komitmen mereka dalam mengangkat integriti dan ketelusan.

Setakat ini 20 individu telah menandatangani ikrar yang dibuat secara sukarela tanpa ada kaitan dengan kerajaan atau mana-mana parti politik.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Penyokong PAS Terima BR1M Lebih Hina Dari Lembu Dan Ayam – Nik Aziz

Mengucap panjang kita mendengar ucapan Nik Aziz setibanya di Kota Bharu setelah menunaikan umrah di Mekah. Ucapan Nik Aziz bukannya mengajak kepada perpaduan atau ke arah perdamaian tetapi berunsur celaan, sehingga tergamak menyamakan penerima BR1M dengan haiwan.

Kata Nik Aziz, di hadapan penyokong yang menyambutnya pulang di perkarangan Stadium Sultan Muhammad IV, "Orang yang menawarkan wang kepada orang, sama seperti kalau kita panggil ayam nak suruh ayam datang dekat, kita tabur hampas kelapa, tabur padi. Kalau nak panggil lembu kita bubuh jerami. Tapi kalau nak beri Islam, kita nak panggil ayam cakap nak ceramah, mana ayam datang, nak panggil lembu mana datang, jadi kalau kit aberi barang kepda orang, beri RM10, RM50 orang akan ambil."

Hina sekali pandangan Tok Guru terhadap rakyat yang menerima BR1M sedangkan ramai dari penyokong-penyokong Tok Guru sendiri turut menerimanya dengan bangga. Tidak cukup dengan itu, mereka mendabik dada pula kononnya itu hak mereka, sebagai rakyat dan duit yang diterima itu adalah duit rakyat.

Entah dari mana datangnya alasan bahawa duit itu adalah hak mereka. Apakah semua kerajaan di dunia ini memberi BR1M? Tentulah tidak, kerana bukan tanggungjawab mana-mana kerajaan untuk berbuat demikian.

Sudah menjadi hukum alam, dan sudah termaktub dalam ajaran Islam, bahawa manusia perlu bekerja untuk mendapatkan wang. Tiada siapa yang layak menerima apa-apa tanpa berusaha melainkan mereka sememangnya tidak punya kemampuan untuk berbuat demikian atas sebab-sebab tertentu seperti kesihatan, kecacatan dan sebagainya.

Tugas kerajaan adalah untuk mentadbir, menjana pendapatan, membawa pelaburan, mewujudkan peluang pekerjaan, menyediakan kemudahan awam, memastikan rakyat mendapat pendidikan, memelihara kedaulatan negara serta memastikan keamanan.

Menyediakan wang tunai 'percuma' kepada rakyat bukanlah tugas kerajaan.

Tugas setiap seorang dari rakyat pula adalah untuk bekerja bagi menyara diri dan keluarga serta membayar cukai kepada kerajaan supaya kerajaan dapat terus menyediakan perkhidmatan dan kemudahan yang diperlukan oleh rakyat.

Sudah menjadi lumrah dunia, ada rakyat yang berpelajaran tinggi dan ada yang tidak. Ada yang miskin dan ada yang kaya. Ada yang dulu susah, tetapi sekarang senang setelah kerajaan membawa masuk pelaburan dan mereka dapat bekerja di kilang-kilang. Ada yang dulu hidup atas peruntukan rakyat termiskin, kini tinggal di rumah dua teres dua tingkat setelah anak-anak mereka menjadi orang berjaya berkat pembelajaran percuma di peringkat rendah dan menengah dan kemudiannya mendapat biasiswa pula untuk ke universiti. Adajuga yang dulu senang tetapi sekarang susah dan menganggur akibat membazirkan masa dan wang ibu bapa ketika di universiti kerana sibuk berdemonstrasi.

Oleh itu, ada rakyat yang membayar cukai kepada kerajaan dan ramai lagi yang tidak.

Kerana itu, kerajaan BN yang prihatin, telah mengambil kira keadaan hidup rakyat yang berbagai ini dan memutuskan untuk membantu mereka yang memerlukan, melalui BR1M. Kerajaan boleh saja menggunakan peruntukan BR1M sejumlah RM3 billion itu untuk tujuan lain, tetapi dikhuatiri ia tidak akan dapat dirasai secara langsung oleh golongan yang benar-benar memerlukan. Hanya dengan pemberian tunai sahaja yang dapat memastikan ia mencapai objektif secara tepat kerana dengan wang tunai, rakyat boleh memutuskan sendiri cara untuk membelanjakannya.

Sudah tentu sekali BR1M tidak akan dapat diberikan jika kerajaan tidak mampu. Jika kerajaan sekadar bergantung kepada cukai yang dikutip dari segolongan rakyat yang layak membayar cukai sahaja, tentulah kerajaan tidak akan mampu memberi BR1M kepada golongan yang tidak layak membayar cukai itu.

Justeru, kemampuan kerajaan memberi BR1M kepada rakyat dengan sendirinya membuktikan kecekapan pentadbiran Barisan Nasional dalam menjana pendapatan serta mengurus kewangan negara.

Malangnya, Tok Guru melihat BR1M sebagai umpan atau rasuah untuk memancing undi serta menghina pula rakyat yang menerimanya. Lebih malang lagi kerana antara yang menerima BR1M itu adalah penyokong-penyokong Tok Guru sendiri.

Kerana itu, kita ingin bertanya Tok Guru, jika penerima BR1M adalah umpama lembu dan ayam, maka penyokong Tok Guru yang saban hari mengutuk BN tetapi tetap menadah tangan melahap BR1M, umpama apa pula?

Fikirkanlah sendiri, binatang apa yang lebih hina dari lembu dan ayam.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Bila Pas tidak percaya kepada pemimpin sendiri.

Berita 11 kawasan Dun Kedah menolak Dr Azizan menunjukkan Pas gagal dan patut dikuburkan dalam PRU 13.

11 kawasan Pas Kedah masih berlapik dalam mengkritik dengan alasan desakan meminta Pesuruhjaya Pas Kedah mengundurkan diri bukan kerana gagal mentadbir negeri tetapi gagal mentadbir Pas.

Sebenarnya tidak ada beza apa pun, Dr Azizan gagal mentadbir negeri kerana 11 daripada 16 Adun yang dimenangi oleh Pas , 1 Adun Dap. 5 Adun Pkr gagal memberi kerjasama dan komitmen kepada Azizan menguruskan negeri dengan baik.

Mereka merasakan dengan cubaan menjatuhkan Azizan mereka boleh mengambil alih tempat tersebut. Ramai Adun dan. Ahli Parlimen Pas Kedah bercita-cita untuk jawatan menteri besar.

Kedua ialah ada tangan-tangan jahat dari luar parti yang melihat Dr Azizan bersikap liberal terhadap pemimpin Umno.

Ketiga ialah unsur Anwar yang hanya menguasai 5 kerusi sedang giat berusaha untuk menambah bilangannya dengan meletakkan calon Pas yang pro kepada Anwar.

Kelemahan pentadbiran Pas Kedah amat ketara dalam tahun pertama pentadbiran mereka.

Pertama kenyataan Azizan tentang HUDUD, Azizan berkata Hudud bukan keutamaan kerajaan Pas Kedah,

Kerajaan negeri juga gagal menguruskan kutipan sampah, rumput dikiri kana jalan dan taman-taman perumahan tidak diuruskan dengan baik.

Kuin (Kolej universiti Islam Negeri) gagal melaksanakan pendidikan percuma. Projek penapisan minyak yang dirancangkan di pinggir laut gagal dilaksanakan.

Kulim Hi tech Industries Zone di Kulim gagal menambah dan menarik FDI baru, apa yang ada adalah usaha kerajaan sebelum dan usaha Koridor Utara dibawah kerajaan pusat
Hanya satu kejayaan Pas yang sangat membanggakan Pas Pusat ialah usaha mereka mencerahkan hutan di kawasan tadahan air Pedu. Proses menggondolkan hutan simpan kekal kononnya untuk projek pertanian dilihat sebagai satu kesilapan besar kerajaan Pas Kedah.

Akibat pencerahan hutan simpan sejak 2008 menyebabkan rakyat hidup sengsara, kampung halaman mereka sering dilanda banjir besar dan memusnahkan hasil tanaman mereka.

Selain itu ia juga menyebabkan sistem bekalan air negeri terjejas, air tercemar, bekalan air bersih berkurangan, tekanan air rendah dan akibat pendapatan hasil air berkurangan, tambah parah apabila Pas Kedah mengambil keputusan untuk menaikan tarif air seperti mana yang dilakukan oleh kerajaan Dap Pulau Pinang.

Percakaran dalaman Pas sendiri dalam merebut jawatan peringkat tempatan seperti Jkkk, pengurusan masjid/ surau dan lain-lain menyebabkan Pas semakin berpecah dan tikam menikam sesama sendiri.

Kemuncak perpecahan ialah mereka mahu Azizan berundur.

Pas Kedah sudah nampak bahawa mereka akan menerima nasib seperi Pas Terengganu. Menang sepenggal sahaja dan dirampas kembali oleh BN hingga ke hari ini.

Oleh yang demikian Pas Kedah pasrah dan hanya mengharapkan sokongan daripada ahlinya sahaja.

Pas juga sudah tawar hati untuk berperang di Kedah dan bersedia untuk kalah. Oleh sebab itu Pas cuba memberi tumpuan di Perak.

Nizar Jamaludin kini sudah melabur jutaan ringgit untuk berperang dan merampas kembali Perak.

Cumanya Nizar sendiri masih terumbang ambil mencari tempat untuk bertanding. Penduduk Pasir Panjang awal-awal lagi sudah menolak beliau, kemudian disahkan untuk bertanding di Changkat Jering dan terkini tak jadi pulak.

Berbalik kepada Kedah, Semasa BN memerintah tidak terdapat sebarang isu yang menyebabkan rakyat tidak berpuas hati dengan pentadbiran kerajaan. Bekalan air normal dan dalam keadaan memuaskan, pembalakan dalam keadaan terkawal, keraajaan akur dengan arahan Jabatan Hutan, tiada masalah sampah dan kebersihan berada pada tahap yang amat baik. Pelaburan FDI masuk tanpa henti.

Kedah sudah bersedia untuk menjadi negara maju menjelang 2020 tetapi apakan daya 2008 kerana terpengaruh dengan Hadi Awang dan Anwar, Pas berjaya mencipta kejayaan melalui pembohongan dan menang bersama Dap, Pkr dan bebas.

Insyaallah, 2013 ini Kedah akan kembali kepada BN.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Selasa, 19 Februari 2013

Cakap tak serupa bikin

Pas semakin kalut mencari sokongan pengundi Melayu yang beragama Islam.

Fatwa baru Pas ini seolah-olah mereka lah ahli syurga, merekalah yang akan mendapat rahmat Allah.

Ya, memang betul Pas akan mendapat rahmat Tuhan Kudus Roh Suci dan bermacam-macam jenis tuhan yang lain.

Sebahagian pengikut Pas adalah Syiah, dan syiah yang kita tahu adalah bukan Islam, mereka mencetuskan huru-hara sepanjang waktu untuk memerangi ahli Sunni.

Pas menurut ulama Islam dari Kelantan sendiri telah menghukum bahawa Pas adalah sesat. Sesat dalam mencari sokongan politik. Sesat kerana mengadaikan maruah dan syiar Islam. Menyokong pejuangan komunis, menyokong LGBT.

Pas kini perasuah, kuat memfitnah, munafik, kawarij.

Tak hairanlah Ulama Kelantan mengharamkan umat islam mengundi Pas.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Nurul Izzah Pasti Menang Lawan Utusan Malaysia

Pengurusan kes saman fitnah Nurul Izzah Anwar terhadap Utusan Malaysia telah ditetapkan pada 15 Mac 2013. Saman tersebut adalah berhubung artikel berkaitan hak kebebasan beragama yang disiarkan oleh akhbar itu antara 5 – 7 November tahun lalu, yang didakwa Nurul Izzah sebagai memfitnah beliau.

Sebenarnya, berita mengenai pembangkang menyaman akhbar bukanlah berita yang mengejutkan. Malah, pembangkang sudah begitu terkenal sebagai tidak mengamalkan kebebasan bersuara. Tindakan pembangkang yang gemar membakar akhbar, memboikot akhbar, menghalang pemberita dari membuat liputan, mengherdik pemberita apabila tidak dapat menjawab soalan, adalah antara bukti kukuh bahawa pembangkang mengamalkan prinsip tertutup, tidak bebas dan berat sebelah.

Berbeza dengan Barisan Nasional yang lebih selesa membiarkan media bebas melaporkan apa saja mengenai parti dan pemimpin parti, walaupun ia merupakan fitnah, kerana parti ini percaya kepada kebebasan bersuara. Apabila difitnah oleh media pembangkang, BN lebih suka memilih cara menjawab dan memberi penerangan kepada rakyat kerana yakin yang rakyat adalah jauh lebih bijak dan matang untuk menilai sesuatu berita.

Sikap 'tidak serupa bikin' pembangkang bukan sahaja terserlah dalam isu kebebasan media atau kebebasan bersuara tetapi juga berkenaan sistem kehakiman negara. Antara alasan utama bagi pembangkang menyeru rakyat untuk menolak BN ialah kononnya sistem kehakiman negara ini tidak adil dan tidak telus.

Namun, masalah tersebut juga kini semakin lama semakin jelas, bukanlah berpunca dari BN tetapi pembangkang sendiri. Mana tidaknya, jika pembangkang telah berkali-kali menang dalam menentang kerajaan mahkamah. Malah, kes liwat 2 Anwar Ibrahim yang begitu jelas, konkrit dan sahih buktinya dalam bentuk DNA, CCTV di lif, keterangan saksi, kronologi peristiwa serta sejarah tertuduh juga telah dimenangi oleh Anwar, iaitu pihak pembangkang. Kemenangan Anwar membuatkan penyokong-penyokong pembangkang sendiri terdiam seketika kerana tidak menyangka yang beliau boleh menang dengan bukti yang sebegitu kukuh terhadapnya.

Anwar juga memenangi saman Utusan Malaysia mengenai temubualnya di BBC yang didakwanya sebagai berniat jahat. Sedangkan Utusan hanya bertindak sebagai penyampai dengan melaporkan kata-kata Anwar sendiri, tanpa mengubah walau satu ayatpun kerana menyedari bahawa pembaca boleh mengakses sendiri wawancara Anwar itu yang dimuat-turun di Youtube untuk mengesahkan laporan mereka. Utusan telah diperintahkan oleh Hakim VT Singham untuk membayar RM50,000 kepada Anwar.

Justeru, kita tidak hairan, malah yakin dan pasti bahawa Nurul Izzah juga akan memenangi kes samannya terhadap Utusan Malaysia. Keyakinan ini adalah berdasarkan kebebasan mahkamah yang diragui berat sebelah kepada pembangkang, terutama apabila ia melibatkan hakim-hakim tertentu. Dan nampaknya, hakim yang bakal mengendalikan kes Izzah juga adalah termasuk dalam senarai tersebut, iaitu Hakim VT Singham yang telah memenangkan Anwar dalam kes saman Utusan seperti yang disebut di atas.

Hakim VT Singham, berusia hampir separuh abad tetapi entah kenapa masih masih bujang, telah sebenarnya banyak menimbulkan kontroversi, bukan sahaja dalam kes yang melibatkan pemimpin politik tetapi juga kes-kes jenayah. Antaranya:

1.Kes saman fitnah RM10 juta oleh Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II, Dr. P. Ramasamy terhadap seorang wartawan The Star dan syarikat akhbar yang berakhir dengan saman tersebut ditarik balik.

2.Kes Bunuh seorang pemuda dimana Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk V T Singham, melepas dan membebaskan Azman Ismail, 25, atau `Man Datuk, anak bekas Datuk Bandar Ipoh, Datuk Ismail Shahbodin dan empat rakannya daripada tuduhan membunuh seorang pelajar kejuruteraan mekanikal pada 2003 tanpa dipanggil membela diri. Empat rakannya itu ialah Mohd Shafiq Azren Salleh, 24 (Boy TC); Mohd Hafiz Ibrahim, 23 (Tony); Mohd Faizal Radzali, 26 (Jambu) dan Mohamad Rizal Abu Hassan, 23 (Adik).

Mereka dituduh bersama seorang lagi yang masih bebas (Mohd Nizam Ariffin atau Tok Mat Crane) membelasah, menendang dan memijak Mohd Hosni Fadzli Mohd Amin, 21, di Ikhwan Auto, No 19, Hala Rapat Baru 20, Kawasan Perindustrian Ringan Kinta di Ipoh, antara jam 3 hingga 10 pagi, 22 Disember 2003, sehingga menyebabkan mangsa mati.

3. Kes Menteri Dalam Negeri menyaman Anwar pada 26 April 2011 melalui Tetuan Zul Rafique & Partners kerana mendakwa Anwar telah mengeluarkan kata-kata fitnah itu semasa wawancara dengan media selepas membuat laporan polis pada 22 Mac lepas di luar Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, dimana Hakim VT Singham juga menjadi hakimnya. Dan seperti yang dijangka, Anwar telah menang mudah.

Antara teori yang dikatakan mempengaruhi kecenderungan penghakiman VT Singham untuk memihak kepada pembangkang adalah kerana beliau menyokong aspirasi pembangkang yang terbuka terhadap LGBT. Syak wasangka ini berkait rapat dengan hakikat yang beliau masih belum berkahwin walaupun sudah berusia dan berjaya, yang mana tentunya menjadi rebutan wanita.

Berdasarkan teori ini, maka usahlah kita membuang masa mendengar hujah perbicaraan kes saman Nurul Izzah terhadap Utusan Malaysia, kerana jika hakimnya VT Singham, maka Nurul Izzah pasti menang.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

DAP-PKR ‘Berbunuhan’ Di Johor

Akhir-akhir ini politik Malaysia semakin kerap dihiasi dengan kisah pertelingkahan antara parti-parti sekutu di dalam pakatan pembangkang akibat isu-isu semasa. Antaranya, isu Kalimah Allah, jelas meretakkan hubungan PAS dengan DAP walaupun terdapat suara-suara di dalam PAS yang tidak mampu mengakui hakikat itu. Isu yang sama juga menjauhkan lagi PAS dengan PKR kerana parti PKR jelas mempunyai pendirian yang sama dengan DAP.

Walaupun PAS pada hakikatnya, akur dengan kehendak PKR dan DAP tetapi 'pertelingkahan mulut' di media perlu diteruskan bagi memberi gambaran kepada penyokong PAS kononnya parti itu tidak akan mengalah. Namun, ketidaksanggupan PAS untuk keluar dari Pakatan Rakyat dengan sendirinya menandakan PAS telah pun kalah dan akur kepada DAP dan PKR.

DAP dan PKR pula secara umumnya tidak bermasalah dari segi isu-isu semasa. Tetapi, perkembangan terbaru di Johor, telah membuktikan bahawa pendirian yang sama dalam isu semasa bukan jaminan yang kedua-dua parti itu tidak bertelagah.

Pendek kata, secara dasarnya, Pakatan Rakyat kini telah retak seribu, dan hanya menanti belah dan hancur lebur sahaja sahaja.

Masalah PKR dan DAP di Johor dikatakan berpunca dari Pengerusi PKR Johor, Datuk Dr. Chua Jui Meng. Perkara ini dibangkitkan sendiri secara terbuka oleh Dr. Boo Cheng Hau, Pengerusi DAP negeri. Semuanya kerana berebutkan kerusi pilihanraya di mana Chua dikatakan telah 'membuat serangan hebat' terhadap DAP Johor secara bawah tanah, sejak beberapa bulan lalu.

Antara serangan yang dilakukan oleh Chua ialah menuduh DAP sebagai bongkak bagi menafikan beberapa kerusi kepada DAP sekali gus, mengelakkan penguasaan DAP di negeri itu. Chua juga dituduh telah tidak menghormati sejarah persefahaman dan hubungan erat antara parti komponen dalam PR di Johor yang terjalin sejak dahulu dengan mengumumkan diri sendiri sebagai calon Gelang Patah sedangkan pembahagian kerusi belum pun muktamad.

Alasan Chua bahawa beliau berhak berbuat demikian sebagai Pengerusi PKR Negeri memperlihatkan keangkuhan dirinya mengatasi DAP yang menjadi sasaran tuduhan bongkak.

Dalam PRU-12, kawasan parlimen Gelang Patah dimenangi oleh calon Barisan Nasional (BN) Tan Ah Eng dengan menewaskan calon PKR Zaliha Binti Mustafa sebanyak 33,630. Dalam pilihanraya kali ini, PKR dikatakan ingin bertanding semula di kawasan tersebut tetapi Timbalan Pengerusi DAP Tan Kok Wai telah mengumumkan untuk meletakkan calon DAP di situ. Justeru, tindakan Chua mengumumkan diri sendiri menyebabkan keadaan menjadi tegang serta janggal.

Hari ini Karpal Singh dilaporkan menegaskan bahawa DAP tidak mengambil ringan aduan Dr. Boo dan akan menyiasat perkara tersebut segera demi kepentingan PR. Walaubagaimanapun, tiada kenyataan dari pihak PKR mengenai perkara yang sama.

Oleh itu, Dr. Boo terpaksa 'menyeru' Ketua Pembangkang, iaitu Anwar Ibrahim atau Presiden PKR, Wan Azizah agar masuk campur dan memantau politik PR di Johor bagi memastikan perancangan menawan negeri tersebut berjalan lancar.

Pelik sekali, apabila Anwar terpaksa 'diseru' untuk masuk campur, sedangkan dalam kebanyakan isu, Anwar akan masuk campur secara suka rela. Malah, dalam pemilihan parti PKR juga Anwar bukan sahaja masuk campur tetapi 'menggaul rata' sebelum menapis dan membuang mana-mana yang dilihat 'tidak begitu setia' atau tidak memberi keuntungan kepadanya.

Selain itu, bukanlah rahsia yang Anwar juga telah masuk campur dalam politik dalaman PAS melalui kuncu-kuncunya yang digelar parasit oleh mereka-mereka yang arif mengenai strateginya.

Berdasarkan hakikat ini, mungkin Karpal, Dr. Boo dan DAP wajar memikirkan semula 'seruan' mereka agar Anwar atau isterinya masuk campur dalam pertelingkahan DAP-PKR di Johor.

Adalah tidak mustahil bahawa usaha mengsabotaj DAP yang didakwa dilakukan oleh Chua Jui Meng adalah sebenarnya berpunca dari 'campur tangan Anwar'?

Sesungguhnya, amaran telah dikeluarkan kepada rakyat bahawa 'perang' di dalam PR adalah sesuatu yang pasti dan akan berterusan. Ia bukan sahaja kerana ketiga-tiga parti membawa pendirian, sifat dan halatuju yang bertentangan, tetapi juga kerana karektor individu-individu yang menerajui parti-parti tersebut.

Maka, senarionya kini dan selama-lamanya ialah, PKR akan terus menikam DAP di Johor, dan sembunyi tangan. DAP akan terus menikam PAS di Pulau Pinang, dan sembunyi tangan juga. PKR terus meracun PAS dari dalam dan DAP pula terus memijak PAS dari atas. PAS pula sedang menghancurkan diri sendiri kerana terlalu sayang pada PKR dan DAP walaupun saban hari berendam air mata, disepak terajang dan diludah dan ditunjal kepala.

Melihat bagaimana DAP-PKR-PAS 'berbunuhan' sesama sendiri, Pakatan Rakyat mungkin akan mati sendiri pada bila-bila masa sahaja, tanpa BN perlu melancarkan serangan.



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

ANWAR KEHABISAN PELURU SERANG UMNO-BN

Ketua Pembangkang semakin berkecamuk fikirannya ekoran tekanan politik yang dihadapi menjelang Pilihan Raya Umum ke 13 yang akan diumumkan dalam masa terdekat.

Kalan dalam istilah peperangan, Anwar Ibrahim terpaksa mengeluarkan semua senjata sulitnya bagi menghadapi populariti Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang semakin meningkat.

Malah Anwar jelas nampak tertekan apabila rakyat mula memberi respons yang cukup memberangsangan terhadap segala usaha serta program untuk membantu dan meringankan kos kehidupan.

Boleh dikatakan tidak ada kelompok atau golongan rakyat yang tidak menerima mahupun menikmati limpahan rahmat hasil daripada keprihatin kerajaan Barisan Nasional.

Daripada BR1M 1.0 dan kini BR1M 2.0 dan seterusnya BRIM 3.0 pada masa depan hinggalah kepada program-program membantu ibu tunggal, pelajar sekolah, golongan belia dan remaja, siswa siswi, pemandu teksi, anggota tentera yang bersara, pemandu teksi, kumpulan OKU, golongan berpendapatan rendah dan peneroka Felda.

Semuanya mendapat bantuan kewangan dari kerajaan yang berjaya membangun ekonomi negara sehingga menjana pendapatan yang cukup untuk disalurkan secara terus kepada rakyat.

Pembangkang pula asyik berceramah siang dan malam menjual janji-janji manis setakat air liur di corong-corong udara.

Mereka gagal untuk membela rakyat tetapi mencaci, memfitnah dan mentohmah pihak kerajaan yang bertungkus lumus untuk membina negara yang lebih maju dan makmur.

Anwar sedar beliau gagal untuk membuktikan kepada rakyat bahawa janji yang dibuat mampu direalisasikan.

Maka apa saja isu yang boleh memberi 'political mileage' atau keuntungan politik akan digunakan walau pun kadangkala jelas remeh temeh.

Oleh itu untuk mengalih pandangan, beliau membuat kacau dengan menggunakan beberapa kuda tunggangan untuk menjaykan agenda politiknya.

Terkini Anwar cuba menggunakan senator bebas dari Australia, Nick Xenophon untuk campur tangan dalam proses pilihan raya negara ini.

Ketika gagal mengguna Bersih untuk menumbangkan kerajaan, Anwar terpaksa menebalkan muka untuk merayu kepada kerajaan negara itu memantau perjalanan pilihan raya di Malaysia tetapi malangnya usahaya ditolak mentah-mentah.

Senator Xenophon yang tidak mewakili parti pemerintah Australia menjadi benteng terakhir Anwar untuk terus menyerang Suruhanjaya Pilihan Raya tetapi ini pun gagal apabila awan beliau itu ditahan oleh pihak Jabatan Imigresen dan kemudian dihantar pulang.

Sebelum ini Bersih 1.0. 2.0 dan 3.0 juga tidak mampu memberi kesan kepada kerajaan walaupun pembangkang berarak di jalanraya mendesak tuntutan mereka dipenuhi.

Anwar juga mendalangi tindakan pertubuhan haram Suaram yang cuba menjadi plaintif dalam penyiasatan kes Scorpene di Perancis.

Ini pun gagal apabila identiti sebenar pertubuhan itu didedahkan sebagai agen pihak asing yang menerima dana asing.

Pembangkang juga berusaha untuk mengagalkan projek nadir bumi Lynas di Gebeng, Pahang dan telah mendapat tentangan hebat dari pelbagai pihak.

Malah Pengerusi Himpunan Hijau yang didokong parti pembangkang telah menjadi elemen ekstrim dengan mengugut untuk membakar kilang Lynas dan kilang perlombongan emas di Bukit Koman, Raub.

Anwar juga menafikan tidak terlibat memperalatkan Deepak Jaikishan untuk memburuk-buru serta memfitnah pemimpin negara tetapi rakyat tahu beliaulah tok dalang yang mengawal penjual karpet itu.

Usaha ini nampaknya gagal kerana rakyat tidak berminat untuk mendengar penipuan demi penipuan yang keluar dari individu yang tidak bermoral dan tida mempunyai kredibiliti ini.

Anwar sudah hilang punca untuk terus menyerang kerajaan kerana semua pelurunya sudah digunakan.

Pepecahan di antara Pas dan Dap semakin hari semakin bertambah buruk.

Setiap hari ada saja ahli-ahli Pas yang berdemonstrasi dan memijak-mijak gambar pemimpin Dap kerana tida bersetuju pendirian parti mereka berhubung isu kalimah ALLAH.

Jika Pas dan Dap berpecah daripada Pakatan Rakyat maka punahlah harapan Anwar untuk menjadi Perdana Menteri.

Sekiranya Pas dan Dap masih kekal dalam Pakatan Rakyat, rakyat juga akan menolak mereka kerana pendirian pembangkang yang mempermainkan agama Islam demi kepentingan politik.

Anwar dalang sebenar atau tangan ghaib disebalik isu kalimah ALLAH dengan dibantu oleh Dap.

Taktik Anwar ialah untuk memecah belahkan kuasa politik melayu supaya senang Dap dan pengaruh gerakan Kristian bertapak di Malaysia

Itulah sebabnya itu beliau bermati-matian mempertahan serta menyokong Dap dalam isu kalimah ALLAH.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Isnin, 18 Februari 2013

Ini kali lah Kita TUKAR!

Mr KJ jangan kacau
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Confirm!!! Anak Kelantan Di Perantauan Akan Bagi Undi Pada BN

Kehadiran lebih 15,000 orang anak Kelantan memeriahkan Himpunan Anak-Anak Kelantan Di Perantauan 2013 yang dilangsungkan di Stadium Putra Bukit Jalil pada 17 Februari 2013 sememangnya di luar jangkaan ramai pihak.

Rata-rata pemerhati politik serta pemimpin PAS khususnya, sedari awal lagi berkeyakinan penganjuran majlis himpunan itu akan hanya memalukan Perdana Menteri, Dato Seri Najib Tun Razak sahaja kerana mengandaikan hanya kurang dari seribu orang sahaja yang akan hadir.

Atau pun paling tidak kata mereka, tak sampai pun tiga empat ribu yang hadir sekadar untuk isi masa hujung minggu kemudian selepas selesai bertemu rakan-rakan senegeri masing-masing akan segera pulang tanpa mendengar ucapan dari PM.

Itu andaian dan anggapan PAS dan sesetengah pemerhati politik. Secara jujurnya, keyakinan mereka ada asasnya jika rekod sebelum ini diambil kira, lebih-lebih lagi sudah menjadi pengetahuan umum yang majoriti anak Kelantan di perantauan merupakan penyokong dan pengundi PAS.

Lebih-lebih lagi bila diambil kira jumlah kehadiran di program himpunan anjuran PAS selalunya mencecah angka 3,000 hingga 6,000 orang, tidak kira ia dilangsungkan di Selangor, Kuala Lumpur, Johor, Negeri Sembilan atau Perlis, senantiasa penuh dan meriah.

Sementara itu majlis yang sama anjuran UMNO pula jika dapat mengumpul 500 orang anak Kelantan di rantauan sudah boleh dikira melegakan. Itu senario sebelum berlakunya PRK DUN Manek Urai dan keadaan itu lebih terserlah lagi sebelum berlangsungnya PRU 12 2008.

Pendek kata amat jarang program himpunan anak Kelantan di perantauan anjuran PAS ataupun sekutunya jarang mendapat sambutan, tapi adalah perkara biasa bila mana majlis anjuran UMNO hanya dihadiri segelintir orang sahaja.

Mutakhir ini senario sudah berubah, keadaan sudah terbalik apabila kebanyakan program himpunan anak Kelantan di perantauan anjuran PAS pula yang semakin lesu dan kurang mendapat sambutan.

Program himpunan di Stadium MBPJ, Kelana Jaya yang dihadiri Menteri Besar, Nik Aziz Nik Mat pada 30 Julai 2011 misalnya hanya merekodkan kehadiran sekitar 1,000 orang sahaja.

Manakala semasa Nik Aziz merasmikan Majlis Temu Mata Anak Kelantan Di Perantauan di Puchong Perdana, Selangor pada 22 April 2012 pula hanya sekitar 300 hingga 400 orang anak Kelantan di perantauan sahaja yang menunjukkan muka di majlis itu.

Di masa yang sama, majlis himpunan anak Kelantan yang dianjurkan UMNO pula terus mendapat sambutan termasuklah yang terbaru Himpunan Perdana Anak-Anak Kelantan Di Perantauan 2013 yang menyaksikan buat pertama kalinya lebih 15,000 rakyat Kelantan berkumpul di bawah satu bumbung.

Mereka datang tidak dipaksa, hanya kad jemputan menjadi pengantara, malah sebahagian besar daripada mereka hanya bersandarkan jemputan umum yang dibaca dari akaun sosial Facebook dan laman web sahaja.

Jika senario ini dijadikan indikator tambahan, nampak gayanya PRU 13 kelak faktor anak Kelantan di perantauan bukan lagi bonus tambahan untuk PAS sebaliknya bakal menjadi faktor kejatuhan PAS pula.

Tak mustahil sebahagian besar anak Kelantan di perantauan untuk pertama kalinya akan memberi undi mereka secara besar-besaran kepada BN, jika itu menjadi realiti bermakna suka atau tidak PAS terpaksa mengucapkan selamat tinggal dari tampuk pemerintahan negeri Cik Siti Wan Kembang itu.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Mengapa Deepak Masih Bujang?

Dalam isu terbaru Deepak Jaikishan berkenaan dengan pendedahan beliau terhadap apa yang gagal dilakukan oleh SUARAM, kisah berkenaan 'kaitan Perdana Menteri dan isteri terhadap pembunuhan seorang model dari Mongolia yang dikatakan sebagai penterjemah bagi 'skandal 'transaksi pembelian kapal selam Scorpene, Altantuya, Deepak telah membuat pendedahan tergempar terhadap bekas penganalisa politik yang yang digugurkan dari menjadi suspek utama dalam kes pembunuhan tersebut, Razak Baginda, atas alasan beliau mandul.

Razak Baginda didakwa mempunyai hubungan sulit bersama Altantuya. Namun, tiada bukti yang dapat ditunjukkan bagi mengesahkan perkara tersebut.

Mungkin pada Deepak, mendedahkan nama Razak baginda dan memalukan beliau adalah sesuatu yang perlu dilakukan kerana hanya perkara tersebut yang boleh mengaitkan pembunuhan Altantuya, dengan Perdana Menteri.

Mungkin Deepak lupa bahawa Razak Baginda telah berkahwin dan mempunyai seorang anak perempuan. Deepak mungkin boleh berkata bahawa Razak Baginda baru sahaja mengalami masalah tersebut kerana anak beliau dilahirkan pada tahun 1987.
Namun, ini masih tidak memberi sebarang jawapan terhadap dakwaan Deepak.

Mengapa Deepak masih lagi mahu membuat pendedahan-pendedahan ini walaupun segala masalah beliau di mahkamah tentang masalah perniagaan beliau sudah selesai? Mungkin Deepak masih mahukan sesuatu, jika tidak, mengapa Deepak menyambung kerja-kerja yang gagal dilakukan oleh SUARAM?

Bagaimanapun, terdapat beberapa komen daripada pemerhati-pemerhati kes Deepak di mahkamah yang mungkin dapat memberikan kita jawapan jelas. Ramai yang mendakwa bahawa Deepak kelihatan tertekan, hilang arah dan tidak selesa. Ada juga yang mengatakan bahawa Deepak mungkin mengalami masalah tekanan kerana kehilangan jumlah wang yang banyak.

Namun, jika kita lihat kembali kepada Deepak, mungkin kita dapat tahu mengapa beliau membuat dakwaan mandul terhadap Razak Baginda.

Deepak Jaikishan a/l Jaikishan Rewachand kini berumur 40 tahun. Sebelum perniagaan beliau mengalami masalah besar, beliau dikatakan sebagai seorang yang berjaya, datang dari keluarga yang berpengaruh dalam pembangunan dan pelaburan hartanah. Telah dilaporkan bahawa dibawah pimpinan Deepak, kedua-dua syarikat beliau, Carpet Raya Sdn Bhd dan Tek Holding Sdn Bhd (syarikat pembangunan dan pelaburan hartanah), berjaya menjana wang hingga berbilion-bilion. Bursa Malaysia meyatakan, dari tahun 2000 hingga 2009, Deepak berjaya menyiapkan projek-projek pelaburan hartanah yang berjumlah kira-kira RM3 billion.

Bagi industri permaidani pula, Deepak telah berjaya membuka dan mengambil alih kilang pembuatan terbesar di Malaysia yang dikenali sebagai Mulia Carpet Sdn Bhd.
Pada tahun 2000, unit pembuatan ini dikatakan sebagai satu-satunya kilang pembuatan yang menghasilkan benang permaidani sendiri. Pada tahun 2003, Deepak telah membuka sebuah kilang pembuatan (Premier Weavers) yang mempunyai teknologi menenun yang terkini di Malaysia. Deepak telah berkecimpung dalam industri permaidani selama 15 tahun.
Dengan segala kejayaan yang dikecapi, hanya satu perkara sahaja yang masih belum cukup untuk Deepak, seorang wanita. Deepak adalah seorang usahawan berjaya yang masih bujang.

Jika kita lihat pada logik, Deepaklah yang sebenarnya mempunyai masalah 'dalaman', bukannya Baginda. Menuduh Baginda dengan mengatakan bahawa beliau mandul kelihatan seperti Deepak hanya menipu diri sendiri.

Jika perkara ini benar, ini bukanlah pertama kali pihak Pembangkang mengupah orang yang mempunyai masalah mental untuk mambantu mereka menipu rakyat. Raja Petra Kamaruddin, individu yang dipercayai telah menulis skrip terhadap kes pembunuhan ini, juga dikatakan mempunyai masalah mental ketika beliau muda.

Bagaimanapun, Raja Petra telah membuat U-turn terhadap perkara yang sedang diceritakan oleh Deepak.

Terdapat juga kemungkinan mengapa seorang ahli perniagaan yang berjaya ini masih lagi bujang, mungkin Deepak tidak mempunyai sebarang minat terhadap wanita, mungkin Deepak adalah seorang homoseksual.

Mungkin ini juga kebetulan, Pembangkang juga sering mengupah golongan gay untuk melakukan kerja-kerja mereka. Ini mengingatkan kita terhadap Hakim V.T. Singham yang dikenali sebagai penyokong pembangkang kerana sering membuat keputusan yang berat sebelah dan sering memihak kepada pihak pembangkang. Sama seperti Deepak, Hakim V.T. Singham juga berada pada peringkat umur yang sama, dan juga masih bujang.

Kepada pihak polis pula, penulis mencadangan agar menahan dan menyiasat Deepak atas dakwaan terbaru beliau yang mengaitkan keluarga PM dalam kes Altantuya.

Ini kerana Deepak juga merupakan saksi penting dalam kes tersebut.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Papan Tanda Kubur Mat Indera HILANG

Hari ini kubur Mat Indera (kubur palsu) sudah hilan Papan tanda. Papan tanda tersebut adalah sumbangan Pas Batu (Tian Chua) Kuala Lumpur.

Papan Tanda tersebut complimentary daripada Tian Chua sebagai mengambil hati pengikut Pas.

Bagaimanapun Harakah, Mat Sabu dan Ustaz Akmal Kamarudin (bakal MP Larut) masih membisu dalam isu kubur palsu tersebut.

Pas sebenarnya sudah hilang punca dalam usaha mereka untuk mengangkat Mat Indera sebagai pejuang kemerdekaan.

Pas sebenarnya hanya melaksanakan tugas Dap. Mat Indera hanya ikon sahaja. Objektif yang lebih besar ialah mengiktiraf perjuangan Chin Peng yang menentang penjajahan British.

Mat Sabu dibayar oleh Dap untuk menaikan semula nama-nama PKM, ini berdasarkan ucapan-ucapan Mat Sabu yang pro Dap dan Pro Lim Guan Eng.

Taipingmali mengikuti ceramah-cermah Mat Sabu dan itulah kesimpulan yang boleh dibuat.

Ada ahli-ahli Pas sendiri menyatakan kemenangan Mat Sabu menewaskan Ust Nasha juga adalah kemenangan Dap.

Oleh yang demikian TM menyeru supaya rakyat Malaysia menolak perjuangan Mat Sabu, Dap dalam Pru akan datang.

Penangkapan seorang lelaki cina dari Pulau Pinang kerana menunjukkan isyarat lucuh kepada Agung telah mendedahkan bahawa ideology komunis masih subur dinegara ini, malah ia juga melibatkan remaja melayu sehingga mereka sanggup pergi ke Thailand untuk berjumpa Chin Peng.

Tolak Dap dan Pas beerti menolak perjuangan komunis bintang 3.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Ahad, 17 Februari 2013

Ekonomi semakin kukuh

KWSP umum kadar dividen 6.15 peratus bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2012, 0.15 peratus lebih tinggi berbanding tahun sebelumnya.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sabtu, 16 Februari 2013

Al-Fatihah

Pelakon veteran, Kuswadinata meninggal dunia di Hospital Ampang, Kuala Lumpur, 5.17 petang tadi.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

PRU Tidak Semestinya Ketika Cuti Sekolah- Tengku Adnan

PUTRAJAYA, 16 Feb — Pilihan raya umum ke-13 tidak semestinya diadakan ketika musim cuti persekolahan penggal pertama akhir bulan depan, walaupun banyak pihak yang membuat spekulasi sedemikian. 

Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata walaupun mengadakan pilihan raya pada musim cuti persekolahan merupakan kebiasaan, namun faktor lain akan turut diambil kira.

"Ia bukanlah kemestian kerana Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan membuat perhitungan tertentu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Keluarga kawasan Parlimen Putrajaya di sini hari ini.

Tengku Adnan berkata saringan terakhir calon BN hampir siap sepenuhnya, termasuk semakan calon dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, pihak polis dan Jabatan Insolvensi.

Beliau yang juga Anggota Parlimen Putrajaya yakin pengundi di Putrajaya menghargai apa yang dilakukan kerajaan dan akan memberi sokongan kepada BN.

Berita Bertarikh Pada 16 February 2013 5:49 PM


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Simbah Cat Merah, kerja terbaik pembangkang

PDM Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Laksamana di sini, disimbah cat merah dalam kejadian awal pagi tadi.
Pengerusi Parti Progresif Penduduk (PPP) negeri, Datuk Chiw Tiang Chai, berkata kejadian itu disedari seorang kakitangannya kira-kira jam 7 pagi sebelum menghubungi beliau untuk memaklumkan kejadian.
Katanya, beliau kemudian bergegas ke rumah itu dan mendapati cat merah disimbah di kawasan tempat letak kereta dan papan tanda di bahagian bumbung.

Tahniah pembangkang PAS, DAP dan Pkr kerana bertindak dengan cara berhemah dan penuh disiplin dalam cara melahirkan rasa marah dan kecewa mereka.

Eloklah pembangkang dapat mencari sipelaku untuk mendapat rawatan sakit mental di mana-mana hospital berdekatan.

Kelewatan merawat akan menyebabkan pesakit akan bertambah teruk dan khuatir mereka akan menyimbah cat pada Bas Mewah milik Anwar dan Khalid.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Jumaat, 15 Februari 2013

Wah ! Hebatnya Pengundi baru

Senarai daftar pemilih baharu membabitkan 13.34 juta pemilih berdaftar sehingga Disember 2012 akan diwartakan pada 22 Februari ini: Aziz Yusof.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Harakah buta dan pekak

Harakah dan laman-laman media pembangkang selalunya amat sensitif dalam sebarang isu.

Andaikata najis burung walit jatuh atas songkok pemimpin Umno, ia akan menjadi berita utama. Anak pemimpin Umno berkaraoke bersama bapa saudaranya pun boleh jadi isu negara sehingga kalah bertanding.

Kisah benar mengenai kesahihan kubur Mat Indera telah pun didedahkan kepada rakyat Malaysia Isnin dan Selasa lalu.

Amat mustahil berita tersebut tidak sampai ke telinga editor Harakah. Mustahil tidak sampai ke telinga Mat Sabu dan Akmal Kamarudin serta pemimpin Pas kawasan Batu Wilayah Persekutuan.

Kalau isu Shahrizat selingsing lengan baju pun harakah tahu, amat mustahil berita kubur Mat Indera tak sampai kepada pemimpin besar Pas.

Okaylah kepada ahli-ahli Pas yang membaca tulisan ini tolonglah sampaikan kepada mereka.

Kami orang-orang di Taiping ingin mendengar komen dan ulasan daripada Mat Sabu dan lain-lain pembesar Pas mengenai penafian 5 beradik keluarga penggali kubur yang telah menunjukkan kepada umum kubur Mat Indera yang sebenarnya Isnin lepas.

Pas Pusat perlu menyiasat pendedahan kubur palsu yang didakwa milik Mat Indera oleh Mat Sabu.

Jika benar Mat Sabu dan Akmal Kamarudin telah menipu seluruh ahli dan penyokong Pas, maka wajarlah mereka berdua dihukum oleh Pas.

Apakah Pas ingin menyimpan seorang yang penipu?

Apa akan terjadi jika mereka dipilih untuk bertanding dalam Pru 13 nanti, alamatnya 5 tahun pengundi akan ditipu oleh mereka.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Khamis, 14 Februari 2013

Kira-kira 1,000 Dijangka Tinggalkan Pas Menjelang Mac Dalam Program Selamat Tinggal Pembangkang

SHAH ALAM, 13 Feb –  Kira-kira 1,000 anggota pembangkang terutamanya Pas dijangka meninggalkan parti itu menjelang Mac ini dalam program Selamat Tinggal Pembangkang (STP) anjuran UMNO Bahagian Besut, kata Ketuanya Datuk Seri Idris Jusoh.

Beliau berkata jumlah itu adalah berdasarkan semakin ramai anggota Pas yangsudah mula hilang keyakinan dengan konsep perjuangan parti itu lebih-lebih lagiapabila sanggup menjalin pakatan dengan DAP yang ternyata tidak menerima negeri berkonsepkan Islam.

"Awal bulan ini kita telah terima hampir 400 anggota Pas majoritinya yang mahu menyertai UMNO selepas muak dan tidak boleh menerima pendekatan parti itu yang semakin menyimpang dari perjuangan Islam termasuk dalam isu berkaitan kalimah Allah," katanya di sini Rabu.

Idris berkata rata-rata penyokong turut melahirkan rasa keliru apabila melihat perjuangan Pas pada hari ini yang berbeza dengan matlamat asalnya termasuk menghalalkan wanita tampil berceramah mewakili parti itu.

"Dulu wanita nak masuk tilawah Al-Quran pun dihalang, dengan alasan suara aurat tetapi sekarang sanggup ambil artis wanita berceramah wakili mereka, apa sudah jadi?.

"Demi cita-cita mahu ke Putrajaya mereka halalkan semua, kalau nak sangat ke Putrajaya saya boleh sediakan bas, pergilah tak payah nak tunggu lepas pilihan raya," katanya.

Pada 5 Feb lepas, seramai 388 anggota Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyertai Umno selepas hilang kepercayaan terhadap parti mereka dalam perhimpunan STP di Kampung Pengkalan Nyireh, Besut di Terengganu.

Beliau yang juga Anggota Majlis Tertinggi UMNO berkata penyertaan anggota parti pembangkang itu membuktikan UMNO dikagumi dan dipercayai kerana sentiasa konsisten dalam perjuangan yang tidak pernah terkeluar dari landasan agama.

"Baru-baru ini ada orang kuat Pas jumpa saya sembunyi-sembunyi dalam kereta beritahu sudah tidak tahan dengan perjuangan parti itu yang semakin lemah danjelas dipergunakan oleh pakatan lain termasuk DAP," katanya.

Idris berkata beliau percaya lebih ramai akan menyertai UMNO dalam masa terdekat dan ini merupakan petanda baik bahawa BN Terengganu semakin kukuh dan mantap di hati rakyat.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Program Turun Padang YAB MB ke Parlimen Larut pada 14 Feb 2013 (Khamis)

Jadual yang dirancang, tertakluk kepada perubahan.

9.00 pagi - Minum pagi dan walkabout di Pekan Selama.
10.00 pagi - Majlis perjumpaan bersama penjawat awam di Dewan Serbaguna IPD Selama.
11.00 pagi - Walkabout di Felda Ijok.
2.00 petang - Walkabout di Kg Baru Cina Redang Panjang.
2.30 petang - Lawatan ke tapak bangunan Pekan Baru Ijok.
3.00 petang - Walkabout ke tapak projek Arena Square Bt Kurau
3.30 petang - Majlis ramah mesra bersama rakyat di Mini Stadium Bt Kurau
4.15 petang - Majlis ramah mesra bersama masyarakat India di Padang Windsor Bt Kurau
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

RIGHT OR WRONG, PAS IS NOT FOR ANWAR OR DAP



Right or wrong, whether PAS Syura Council discussed the issue or not, PAS cannot deny the growing dissent against the political relationship it has with DAP and PKR and most importantly support Anwar Ibrahim as Prime Minister.

Open protests calling for the party to cut ties with the other two opposition parties are now a norm and PAS leadership has no choice but to listen and make amends as its influence is eroding fast among the kampong people, the party's supporters who have been following blindly those days.

But these days, the kampong folks no longer follow the party blindly as they are educated or rather informed through the internet on the goings on and issues played up.

They know the demand and high-handed way DAP leaders such as Karpal Singh and Lim Guan Eng handle PAS leaders on issues involving the fundamentals of Islam.

They know Karpal and Guan Eng have been ridiculing their leaders and Islam and they are very surprise at the 'no respect' attitude of DAP leaders towards their leaders as well as Islam.

Not only that, even the PM post is dictated by DAP, not on concensus as PAS has always wanted the party president to be the Prime Minister, a post party members have dreamt off since the 50s.

PAS members who are the veteran fundamentalists have been struggling hard to have one of their own as Prime Minister and now, when they see Putrajaya is so near (that's the hopes of all in the opposition) and suddenly some one else hijack the position.

They are not that generous to allow that to happen and they would not want the individual whom they do not trust and of low moral to be in that position.

They know Anwar and they know how damaging it would be if he is the Prime Minister because the veterans know Anwar's character when they were together in ABIM and now in the opposition pact.

They know PKR is a party without ideology and concept…and they know PKR has no religious stand while Anwar is willing to sell everything just to be the Prime Minister.

Anwar is not PAS type of leader and his character is known to PAS veterans who always have reservations on his credibility and honesty as they now felt Anwar's 'hands' trying to steer the party to his benefits.

They see all this and they do not like it, not when they are on a winning streak. So they felt Anwar is not the man for PM post and they will not support DAP and PKR on this.

The situation may see PAS going to the general election on its own while DAP may just dump PKR to relase the party of excess baggage.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Rabu, 13 Februari 2013

TPM turun padang

Sent via UberSocial
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Skandal Tanah: Sampai Bila Rakyat Kelantan Mahu Bersabar?

Dikira dari usia pemerintahan PAS di Kelantan sejak 1959 - 1978 (19 tahun) diikuti dengan pusingan kedua bermula 1990 - 2013 (23 tahun), bermakna sudah 42 tahun negeri Serambi Mekah ini berada dalam genggaman PAS.

Suka atau tidak, rakyat Kelantan perlu akui selama tempoh lebih empat dekad ini sudah sekian banyak skandal tanah melibatkan keluasan puluhan ribu ekar tanah dan hasil bumi negeri ini telah dipajak gadai dan terjual kepada orang luar.

Dulu dalam tahun 1964 hingga pertengahan 1975, rakyat Kelantan pernah tercabar maruahnya apabila Kerajaan PAS Kelantan telah menyerahkan hak milik tanah seluas lebih 300,000 ekar secara pajakan kepada sebuah syarikat dari Singapura.

Ramai pemimpin PAS negeri tika itu yang kaya raya hasil dari tindakan tersebut, sementara rakyat bawahan pula hanya mampu menangis tak berlagu mengenangkan maruah diri dan negeri tumpah darah bagaikan telah menjadi milik orang lain.

Kini di abad millenium, peristiwa hampir serupa berulang kembali apabila Kerajaan PAS Kelantan dengan berselindung di sebalik projek Ladang Rakyat telah 'bermurah hati' memajakkan tanah seluas lebih 80,000 ekar di Hulu Kelantan kepada syarikat-syarikat luar.

Kononnya melalui projek Ladang Rakyat ini akan membantu membasmi masalah kemiskinan di mana lebih 4,000 orang penduduk di Hulu Kelantan bakal beroleh manfaatnya. Mereka dijanjikan dengan habuan hak milik tanah dan tapak rumah, namun sampai sekarang hanya debu-debu tanah sahaja yang kelihatan.

Sebaliknya yang berlaku tauke-tauke syarikat yang sudah sedia kaya semakin kaya raya, manakala ramai pemimpin PAS yang dulunya hanya memiliki rumah kayu kini bertukar menjadi rumah batu bertingkat, dari satu motokar kecil sekarang berbuah-buah kenderaan tersusun di depan rumah.

Pemimpin PAS yang dulunya setia pada isteri nan satu kini memasang cawangan baru, tidak cukup dua ditambah menjadi tiga. Puas melabuh sauh dalam negara ada yang merantau hingga ke Kemboja untuk mendapatkan selera baru yang berkenan di mata.

Di masa yang sama berbelas orang pemimpin PAS negeri menikmati laba keuntungan apabila bertuah memperoleh hak milik tanah di kawasan tersebut. Anak dan isteri pemimpin PAS tidak ketinggalan menikmatinya tapi rakyat yang menanti terus kempunan.

Rakyat terus termangu-mangu menantikan janji bulan jatuh ke riba dan terus hiba hatinya lebih-lebih lagi melihatkan tanah yang dulunya diteroka kini sesuka hati dirodok dan dinikmati hasil mahsulnya oleh tauke-tauke Cina yang begitu akrab dengan pemimpin PAS negeri.

Dalam tempoh beberapa ketika berlalu, juga bertempat di Hulu Kelantan lebih 10,000 ekar tanah yang kaya dengan kayu kayan balak bernilai tinggi kini pula telah menjadi milik pemimpin Cina DAP dari Perak untuk selama lebih setengah abad mendatang.

Sekali lagi rakyat termangu sendirian mengenangkan apa malangnya nasib mereka sering kali di anak tirikan oleh Kerajaan PAS Kelantan. Entah sampai bila mahu bersabar, lagi lama ditahan entah-entah lebih banyak tanah tergadai dan maruah negeri diinjak-injak oleh orang luar dan hasil buminya mengalir tanpa memberi manfaat pada rakyat pribumi sendiri.

Tidak cukup apa yang berlaku di Hulu Kelantan, di pusat bandar Kota Bharu yang khabarnya gah dilabelkan sebagai bandaraya Islam contoh oleh Menteri Besar Kelantan, Nik Abdul Aziz Nik Mat, lebih 300 ekar tanah sudah sah dipajak hak miliknya kepada sebuah syarikat bukan bumiputera.

Katanya mahu mengindahkan tebing sungai Kelantan melalui projek yang dikenali sebagai Lembah Sireh. Maka para petani yang dulu mendapat rezeki lumayan hasil tanaman di tebing sungai itu dipindahkan dan hanya mendapat sedikit pampasan wang ringgit antara RM100 hingga RM900 sebulan selama 3 tahun.

Hasil projek itu maka berdiri megahlah sebuah pasaraya besar Tesco yang dianggap oleh MB Kelantan sebagai simbol kemajuan negeri ini, sedangkan projek utama yang sepatutnya diutamakan seperti sebuah masjid, dua buah jambatan, sebuah stadium dan gerai jualan yang mempunyai kepentingan umum hingga sekarang gagal dibina.

Mujur ada Kerajaan Pusat yang prihatin menyegerakan pembinaan salah satu jambatan tersebut iaitu Jambatan Berkembar Sultan Yahya Petra yang kini sudah boleh digunakan, jika ditunggu-tunggu syarikat kepercayaan Kerajaan PAS Kelantan membinanya, tujuh keturunan pun belum tentu siap sebatang tiang konkrit pun.

Namun di sebalik kegagalan syarikat swasta itu mematuhi perjanjian sumbangan projek sebagai galang ganti pemindahan hak milik tanah, Kerajaan PAS Kelantan terus berlembut tanpa sebarang tindakan tegas, sedangkan hampir sebahagian tanah ini telah pun dipajak pula kepada institusi kewangan bagi membolehkan syarikat tersebut beroleh pinjaman berpuluh juta ringgit.

Entah apa malang nasib rakyat Kelantan, dalam kesukaran mereka mendapatkan hak milik tanah walaupun wang deposit sudah dibayar, mudah pula bagi syarikat-syarikat luar dan pemimpin-pemimpin politik yang berkepentingan dengan Kerajaan PAS Kelantan memperoleh tanah yang berekar-ekar luasnya.

Sampai bila agaknya rakyat pribumi sanggup bersabar membiarkan tanah negeri dan hasil bumi terus mengalir ke tangan orang lain? PRU 13 yang sudah tidak berapa lama lagi adalah satu-satunya peluang besar untuk rakyat Kelantan mengubah senario yang berlaku.

Jika tidak sekarang, sanggupkah kita menunggu 5 tahun lagi yang mungkin tika itu sudah terlambat apabila hampir setiap inci tanah negeri ini dipajak kepada pihak lain, barulah tika itu terdetik kesedaran untuk kita bangkit memprotes demi mempertahankan hak anak negeri? Tepuk kepala tanya akal yang waras!!!
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Semangat PAU 12 November hilang bila keluar pintu PWTC

Persidangan Agung Umno yang dibuat hujung November 2012 dilihat semua perwakilan dan pemerhati yang hadir cukup bersemangat dan bersedia untuk berperang dan semua bangun menyambut seruan Presiden parti YAB Dato Seri Najib Razak.

Agaknya lah jika 2 Disember 2012 sehari selepas PAU 12, Najib mengumumkan pembubaran parlimen, sudah tentu semangat juang yang dilaungkan oleh Presiden akan menggelegak ke seluruh ceruk rantau.

Kini dua bulan sudah berlalu, hanya Presiden dan Timbalan Presiden dan beberapa Ketua perhubungan negeri sahaja yang kehulu kehilir menyambut seruan dan mamalu gendang perang.

Tidak diperingkat akar umbi, Taipingmali melihat diperingkat akar umbi masih dibuai mimpi lena, terutama negeri yang kekal milik BN dalam PRU 12 lalu.

Pengerusi Penerangan BN Dato Ahmad Maslan terpaksa mengulangi peringatan beliau agar PDM dibangunkan dalam apa keadaan sekalipun.

Walaupun berbumbung daun pisang dan bertiang buluh, PDM mesti dibangunkan.

Sehingga kini pengerusi PDM dilihat masih kabur dan teraba-raba untuk menggerakkan jentera PDM mengikut prosedur yang digariskan oleh pusat. maklumlah ia satu benda baru, mereka masih selesa dengan cara lama yang kurang efektif.

Keberkesanan war room peringkat negeri pun masih cacamerba. Orang tu lah nak merancang, orang tulah nak berceramah, orang tulah nak buat cyber war fare. Semua nak pulun, macam tak ada orang lain.

Sebut cyber war fare pun satu masalah, dah macam-macam program perhimpunan sosial media dijalankan ke seluruh peringkat negeri tetapi dimana impaknya?

Taipingmali melihat ia gagal kerana puluhan ribu yang hadir dalam perhimpunan sosial media gagal berperang di alam media maya.

Contoh yang ketara ialah Youtube CNY PM kita, memang ramai penonton tetapi yang menonton ialah pembangkang dan tujuuan mereka ialah untuk tekan butang dislike sahaja. Mana pejuang media sosial yang hadir dalam program tersebut yang dimulakan di PWTC pada akhir 2011 lalu.mana bank data? mana senarai nama peserta? Mana email peserta?

Dalam satu pecambahan minda, ada suara yang mencadangkan diadakan sms blasting tetapi tak jalan, ada pun sekejap saja. Mula-mula ok lah, kerap masuk sms. Tapi tak bertahan lama, sejuk kembali.

Cuma seruan "Sudahkan anda bersedia untuk berperang" disambut oleh segelintir mereka yang sayangkan Umno, sayangkan kedaulatan negara dan ingin mempertahan kedaulatan negara.

Yang lain mana?

Maknanya benarkan kata Taipingmali, semangat laungan Najib dalam PAU 12 lalu hilang apabila melangkah keluar dari pintu PWTC.

Masih ada yang bercakaran, lobi melobi untuk dicalonkan.

Pemuda Umno yang dipimpin oleh KJ dilihat masih dalam geraf yang belum boleh dibanggakan dalam menggerakkan gendang perang seperti pemimpin-pemimpin pemuda terdahulu

Ayoh bangunlah, kembalikan semangat anda untuk menghadapi musuh.

Sekian, bersambung/......
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Selasa, 12 Februari 2013

Isu kubur Mat Indera masuk Tv3 sebentar tadi

Tahniah TV3 yang menyiarkan isu kubur Mat Indera sebentar tadi.

Kalau yang tak kesempatan boleh tengok www.tonton.com.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Pengantin Baru belasah Gay Tua

Pengantin baru lawan Gay Tua Gay 

Proton Lubuk Pas

Demo pekerja Proton membantah tentang kenaikan gaji baru-baru ini adalah perancangan parti pembangkang.

Sejak dahulu lagi kita sedia maklum bahawa Proton menjadi lubuk Pas.

Agaknya pegawai-pegawai executive dahulu mensyaratkan agar hanya ahli Pas sahaja diambil untuk bekerja di kilang tersebut.

Tidak hairankan jika risalah-risalah dan Harakah bersepah dalam kilang tersebut.

Proton dilihat sama seperti Telekom yang menjadi lubuk Pas.

Malah surau Telekom juga menjadi markaz pemimpin Pas untuk menyampai kuliah politik mereka.

Tidak hairanlah jika ada program-program Pas terdapat booth jualan telekom.

Malah Telekom merelakan tiang telefon dijadikan bahan atau alat untuk pembangkang memasang banner dan bendera.

Malah TNB juga tidak jauh bezanya dengan Telekom dan Proton.

Hari ini wartawan-wartawan Utusan, Berita Harian dan Sinar (akhbar Melayu) ramai yang memihak kepada Pas dan Pkr.

Hadir setiap program kerajaan tetapi laporan tidak dihantar kepada editor atau ketua pengarang, sebaliknya dihantar kepada Harakah dan lain-lain portal pembangkang.

Semalam seorang wartawan dihalau oleh Perkasa sebelum sidang media isu kubur palsu Mat Indera. Perkasa Taiping tahu wartawan tersebut pro Pas dan beritanya jarang keluar dalam Media Perdana tetapi akan keluar dalam Harakah.

Bagaimana terjadi begini? Jawapannya ialah berkemungkinan mereka telah berbaiah dengan pengkhianat negara dan menerima ganjaran yang lumayan.

Kita selalu dengan tentang rasuah bola sepak tetapi rasuah dalam GLC?
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Yusmaidi ungkit PSY ke Penang.

Ahli Parlimen Balik Pulau Yusmaidi mohon kerajaan BN bentangkan perbelanjaan BN membawa PSY Gangnam Style ke Pulau Pinang.

Tak payah menyibuklah wahai bewak PKR, aku nak tanya hang, Anwar bagi duit hampir dua juta ringgit kepada Hamas untuk buat masjid tu, ambik duit mana?

Tolong habaq mai sat.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Demi cintaku pada mu Shamsidar.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

PARTI TEMPATAN TOLAK PAKATAN RAKYAT DI SABAH

Tilikan pawang politik bahawa Pakatan Rakyat di Sabah bakal berpecah dan punah semakin menjadi realiti yang pahit bagi pembangkang.

Ini berikutan beberapa perkembangan terbaru berhubung kedudukan politik pembangkang di Sabah yang bercita-cita untuk menawan negeri itu pada Pilihan Raya Umum ke 13 yang bakal diadakan dalam masa terdekat.

Pertama adalah kenyataan Timbalan Presiden PKR Azmin Ali yang mengesahkan Pakatan Rakyat telah menutup pintu perbincangan pengagihan kerusi dengan Parti Maju Sabah (SAPP) pimpinan bekas Ketua Menteri Yong Teck Lee.

Ini kerana Pakatan Rakyat mendakwa SAPP bersikap keras kepala untuk membolot majoriti kerusi Parlimen dan DUN dan tidak mahu bertolak ansur dengan PKR, Dap dan Pas.

Sikap parochial dan kenegerian ini menambahkan pening kepala Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim apabila pendirian 'Sabah Untuk Sabah' ini disokong pula oleh Parti Pembaharuan Negeri (STAR) yang diketuai oleh Dr Jeffrey Kitingan.

Dr Jeffrey yang dikenali sebagai salah satu 'raja lompat parti' di Sabah pernah menjadi Naib Pengerusi PKR satu ketika dulu.

Beliau meninggalkan PKR setelah bertelagah dengan Anwar yang menyisihkannya daripada jawatan Pengerusi Perhubungan PKR Sabah lalu menubuhkan STAR.

Situasi Pakatan Rakyat bertambah getir apabila Naib Ketua Wanita PKR Sabah dan beberapa pimpinan lain keluar parti minggu lalu menyebabkan Ketua Wanita Zuraida Kamaruddin terpaksa mengeluarkan kenyataan untuk mententeramkan keadaan.

Jika Anwar tidak dapat menyelesaikan isu pengagihan kerusi menjelang PRU13 dalam beberapa minggu lagi, nampaknya Pakata Rakyat terpaksa berdepan dengan pertandingan 3, 4 malah 5 penjuru atau lebih di kesemua 60 kerusi DUN dan 25 kawasan Parlimen.

Bukan sahaja ia terpaksa berhadapan dengan jentera pilihan raya Barisan Nasional yang lengkap, efisien dan kuat tetapi juga terpaksa menepis cabaran daripada SAPP, STAR serta barisan calo-calon bebas.

Natijahnya undi pembangkang akan bercemperai di peti undi dan ini akan menjadi faktor kukuh yang menyumbang kepada kemenangan besar di Sabah.

Pilihan Raya Kecil Batu Sapi pada tahun 2010 menjadi bukti sikap rigid SAPP yang berkeras untuk bertanding dan akhirnya calon PKR kalah di tangan BN.

Nampaknya senario yang sama akan mempengaruhi keputusan PRU13 di Sabah nanti.

Faktor agama adalah penting dalam politik Sabah terutamanya ajaran Kristian.

Kedua-dua Teck Lee dan Dr Jeffrey adalah pelopor gerakan Kristian di Sabah termasuk juga dengan Wilfred Mojilip Bumburing yang kini berpihak kepada Pakatan Rakyat serta memimpin pergerakan Angkatan Perubahan Sabah (APS).

SAPP dan STAR mahu mewujudkan satu blok yang terdiri daripada ahli-ahli Parlimen dan DUN yang beragama Kristian bagi menjayakan agenda kristianisasi di Sabah.

Anwar sedar akan hakikat ini tetapi demi kerakusan politiknya beliau sanggup mengadaikan kepentingan Islam di Negeri Bawah Bayu itu.

Anwar tahu undi Melayu tidak akan membawanya kepada impian ke Putrajaya dan kerana itu beliau rela sanggup bersekongkol dengan parti-parti Kristian untuk mendapat sokongan.

Pendirian PKR yang pro-Kristian di sabah sudah tentunya akan menimbulkan rasa tidak senang dan ancaman kepada Pas.

Pas kini berlaga angin dengan PKR dan Dap dalam isu kalimah ALLAH dan isu kristianisasi di Sabah turut akan menaikkan suhu politik dengan sekutu politiknya.

Apa hal sekali pun Dap akan tetap bersama PKR yang mempunyai dasar terbuka terhadap agama yang lambat laun akan meletakkan Pas dalam keadaan seperti melukut di tepi gantang.

Jika Pakatan Rakyat berkeras mahu bertanding di semua kerusi DUN dan Parlimen ia bakal ditolak oleh pengundi Sabah sendiri yang sentiasa merasa parti-parti Semenanjung seperti PKR, Pas dan Dap terlalu bersikap angkuh.

Anwar beranggapan rakyat sabah mudah digula-gulakan dengan pelbagai dakyah dan isu yang ditimbulkan terhadap BN.

Pembangkang gagal melihat realiti bahawa negeri itu mempunyaim keinginan serta harapan yang tinggi untuk sama-sama maju setaraf dengan negeri-negeri di Semenanjung.

Hanya BN yang berjaya memenuhi kehendak pembangunan rakyat Sabah selama 50 tahun bersama dalam Persekutuan Malaysia.

Pembangkang hanya bermodalkan air liur dan jentera fitnah yang sentiasa bergerak meracuni fikiran rakyat tetapi gagal untuk menunjukkan kemampuan mentadbir atau membela nasib rakyat.

Nasib negeri Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan yang diperintah pembangkang sudah cukup menjadi bukti kepalsuan janji-janji manis mereka.

Tidak perlu lagi menipu rakyat Sabah atau Sarawak dengan manifesto yang mengandungi kata-kata kosong yang tidak bernilai dan membawa apa-apa erti.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.