Jumaat, 29 Jun 2012
AlFatihah..akhirnya kau pergi jua
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Fathul Baru dan Ridhuan Tee jadi punching bag oleh tentera ahzab di Kelantan,
Wakil Pas Dr Fadzli dengan angkuhnya bercakap tentang parti Pas yang semua betul dan Umno yang semuanya salah.
Sepatutnya beliau tak perlu menghentam Umno, cukup setakat membicarakan ancaman terhadap Islam seperti isu murtad, isu Dap nak jadikan negara ini sebagai negara Kristian dan PM adalah Kristian. Ancaman Syiah yang ingin menguasai negara dan kini sudah berada dalam Pas dan juga dalam pentadbiran kerajaan.
Panels juga patut menyentuh isu murtad di DUMC, isu larangan azan, isu tulisan jawi yang dimainkan oleh Adun Teresa Kok, isu penggunaan khalimah Allah yang ditutut oleh Gereja St Herald.
Ancaman -ancaman ini boleh dikupas dan dibincangkan dengan baik. Pas melalui Dr Padzli telah mengeret isu muzakarah Umno Pas, isu lebuhraya rakyat, isu stadium isu yang disentuh tak releven langsung dengan tajuk.
Moderator dari TV 9 juga tak pasal2 menyentuh isu Royalty minyak yang tak ada kena mengena dengan tajuk.
Kalau beginilah sikap tentera ahzab Pas tak perlu diadakan wacana dimasa depan.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Nyawa Politik Khalid Di Hujung Tanduk
Kata orang kejayaan seorang lelaki adalah kerana wanita di belakangnya, tetapi kejatuhan seorang lelaki juga adalah kerana wanita. Mungkinkah Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Khalid Ibrahim akan jatuh kerana wanita yang bernama Faekah, iaitu Setiausaha Politiknya? Khalid nampaknya tersepit antara sayang dengan tanggungjawab. Kita tahu Khalid sayang pada Faekah kerana itu beliau telah cuba sedaya upaya untuk membela Faekah dengan berkata, “Faekah hanya menandatangani surat sokongan itu tanpa dia sendiri mempunyai kuasa untuk memberikan projek kepada syarikat yang disokong”. Dalam kes ini, Faekah didapati telah merekomenkan syarikat anak saudaranya sendiri sebagai panel peguam kepada anak-anak syarikat kerajaan negeri. Nasib baiklah, Khalid tidak perlu membuat keputusan sendirian, tetapi perlu diambil secara kolektif melalui mesyuarat Exco. Apa yang berlaku ialah para Exco telah mengambil keputusan bahawa Faekah perlu meletakkan jawatannya esok. Ramai yang berkata bahawa Faekah adalah sumber kekuatan Khalid dan apa yang berlaku ini amatlah melukakan hati Khalid. Di saat Khalid terpaksa berhadapan dengan begitu banyak ancaman dalaman, kehilangan walaupun seorang dari pengikutnya pasti akan menjejaskan moral dan semangatnya. Faekah bukan sekadar setiausaha, tetapi juga penghubung peribadi antara Khalid dengan Presiden parti, Wan Azizah. Melalui Faekah, masalah-masalah parti dapat dibincangkan secara peribadi dengan Presiden tanpa perlu terikat pada protokol sepertimana di dalam mesyuarat parti. Apatah lagi apabila ramai di dalam parti yang tidak menunjukkan penghormatan yang sepatutnya terhadap Khalid walaupun beliau adalah Menteri Besar hubungan peribadi seperti ini amatlah penting baginya. Kurangnya rasa hormat terhadap beliau, menyukarkan beliau mengawal dan memantau keadaan. Malah, sebahagian besar dari masanya, perlu dihabiskan untuk melihat sekeliling bagi memastikan dirinya tidak ditikam dari belakang. Dengan ketiadaan Faekah, semakin sukarlah bagi Khalid untuk menjaga diri. Kes Faekah itu sendiri memberi peluang kepada musuh-musuhnya untuk menembaknya dari dalam. Dengan timbulnya kes ini, kelemahan beliau sebagai seorang pemimpin terserlah dan tidak boleh dinafikan lagi. Faekah tidak mungkin berani menandatangani apa-apa surat sokongan jika Khalid adalah seorang ketua yang tegas dan tahu bagaimana untuk mendidik orang-orang sekelilingnya. Sikap Khalid yang terlalu bergantung kepada Faekah membuatkan Faekah tidak berfikir panjang apabila menandatangai surat sokongan yang menjadi isu ini. Tidak guna Khalid menyalahkan Azmin atau sesiapa sahaja di kalangan Exco atas apa yang berlaku kepada Faekah. Walaupun pahit, beliau perlu terima bahawa apa yang berlaku adalah berpunca dari kepimpinannya yang lemah. Apapun, adalah tidak wajar untuk meletakkan kesalahan ke atas Khalid seratus peratus kerana sesungguhnya, memimpin sebuah negeri di bawah payung parti PKR bukanlah mudah. PKR adalah parti yang tergolong di dalamnya manusia-manusia yang berbagai jenis termasuk yang tidak normal atau songsang. Mereka-mereka ini berpegang kepada kebebasan mutlak. Orang yang berpegang kepada kebebasan mutlak, pastinya sukar dikawal. Kerana itu, kita menyaksikan pemilihan parti PKR yang lepas adalah pemilihan yang paling kotor dalam sejarah. Khalid Ibrahim tentu menyedari bahawa perletakan jawatan Faekah juga menandakan yang nyawa politiknya sendiri sudah tidak panjang lagi. Tidak mustahil ia akan berakhir sebelum PRU ke-13. Keputusan Exco yang tidak menyebelahi pendapat peribadinya menunjukkan yang beliau tidak punya sokongan lagi di kalangan Exco sendiri. Bagaimana seorang Menteri Besar mampu bertahan tanpa sokongan Exco? Lebih dari itu, kita pasti, sasaran musuh-musuh Khalid adalah lebih jauh dari sekadar Faekah iaitu Khalid sendiri. Pada bila-bila masa, peluru baru akan dilancarkan untuk menghapuskan Khalid pula dan kali ini, tanpa Faekah di belakang untuk menahannya.
PAS Tetap Utamakan Politik Berbanding Ibadah Haji
Sebegitu mudah sekali pemimpin PAS membuat kesimpulan dan menetapkan keputusan semata-mata untuk mempertahankan keterlanjuran Ketua Penerangan PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man yang menyarankan ahli PAS menangguhkan ibadah haji demi kepentingan menghadapi pilihanraya.
Polemik isu pilihanraya di musim haji ini sebenarnya tidakpun menjadi isu dikalangan bakal-bakal haji kerana masing-masing tahu ibadah mengerjakan haji di Mekah Mukarramah sudah termaktud dalam Rukun Islam yang menuntut ianya dilaksanakan bagi orang yang berkemampuan.
Malah andai kata pilihanraya umum kelak diadakan juga dalam musim haji, mereka sudah nekad dalam hati untuk memanfaatkan peluang sujud di depan kaabah dan melupakan terus soal pilihanraya serta urusan duniawi yang lain.
Soal bila pilihanraya, sempat atau tidak seseorang menyertainya tidakpun termasuk dalam salah satu Rukun Islam mahupun Rukun Imam. Kewajipan memilih pemimpin sebagaimana dihujahkan oleh Presiden PAS sedikitpun tidak berupaya membatalkan suruhan Allah s.w.t yang mengkehendaki umat Islam menunaikan fardhu haji bila tiba saat dan kemampuannya.
Lagipun siapa pemimpin PAS yang mahu mendakwa diri sebagai wajib dipilih sebagai pemimpin negara sedangkan mulut dan akalnya asyik mendahulukan kepentingan sendiri berbanding amalan wajib yang diperintah oleh Allah s.w.t?
Tapi bagi pemimpin PAS tentu sahaja berbeza, dek kerana hati dan nafsu keinginan mereka meletakkan soal pangkat dan kuasa duniawi melampaui kewajipan ibadah, maka kerana itulah sengaja ditimbulkan polemik ini dengan berselindung disebalik hujah agama yang separa masak.
Jika Rukun Islam yang menjadi tanda aras keIslaman seseorang hamba Allah pun sedemikian mudah mahu ditangguh-tangguh demi politik kepartian PAS, jadi tak hairanlah mengapa PAS mudah beralah dalam isu kalimah Allah s.w.t yang pernah mencetuskan kontroversi sebelum ini.
Pelik? Apa nak pelik, sejak dulu hingga kini segala polemik isu yang melibatkan agama Islam serta segala label-label islamik yang digunapakai oleh PAS hanya satu saja motifnya - demi politik dan kepentingan perut sendiri, itu sahaja tujuannya.
Isu pilihanraya di musim haji adalah dimulakan oleh Pas, Najib tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan bahawa ia akan diadakan pada musim haji. Pas yang mula cerita, Pas juga yang menyalahkan kerajaan. Rakyat terpengaruh dengan mainan politik Pas sehingga bekas mufti Perlis Datuk Dr Maza pun sekarang sudah mula menyalahkan kerajaan kerana hendak buat pilihan raya pada musim haji,
Euro 2012: Siapa sangka Italy masuk final ?
Kekalahan Germany mungkin kerana mereka terlalu yakin untuk menang besar.
Final Euro
Spain vs Italy
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Khamis, 28 Jun 2012
Wacana Perdana 11 - PRU 13: Masa Depan Islam (versi USTREAM) - 24/06/2012
Komen Abu Aqif: Alhamdulillah, Allah menjadikan program ini baik buat UFB..
Mereka sedikit sebanyak, bukan sedikit sebanyak, memang banyak pun telah menaikkan lagi nama UFB. Dengan posisi UFB di tengah² menjadikan UFB sebagai "center of attraction". Walaupun lokasi, penonton, panel dan moderator kelihatan berat sebelah dan menyebelahi pihak di satu lagi, UFB berjaya menguasai program dengan baik.
Moderator dilihat berat sebelah kerana kerap melakukan provokasi dan menyampuk setiap kali UFB dan Dr Ridhuan Tee sedang berbahas. Tetapi moderator tersangat sopan dan menjadi pendiam bila Dr Fadzli dan Dr Maza sedang berbahas. Lepas ni mungkin beliau boleh berhenti dari Tv Hijrah dan beralih arah ke TV PAS, TV Selangor atau TV Kelantan sebagai karier beliau akan datang.
Jika dilihat sekali imbas, program ini mungkin diadakan semata-mata untuk UFB. UFB menjadi tumpuan penonton dan penonton pula seperti terpegun setiap kali UFB menjawab persoalan yang diajukan. Walaupun penonton kelihatan seperti tidak bertamadun, UFB berjaya mengawal emosi dan dapat meneruskan perbahasan walaupun disorak oleh penonton. Penonton mungkin keliru samada program ini adalah program ilmiah atau program perlawanan bola sepak.
Harapan untuk mereka yang bersorak, mungkin anda tidak perlu datang lagi jika program sebegini diadakan. Berilah tempat duduk kepada mereka yang lebih bertamadun.
Rakaman Wacana Perdana 11 (versi USTREAM)
Tajuk: PRU 13: Masa Depan Islam
Tarikh: 24/06/2012, Ahad 9:00 Malam
Lokasi: Balai Islam Kota Bharu
Moderator: Amin Idris
Panelis:
- Ustaz Fathul Bari Mat Jahya (UMNO)
- Dr Fadzli (PAS)
- Dr MAZA - Ahli Akademik Pro Pembangkang
- Dr Ridhuan Tee - Ahli Akademik Pro Kerajaan
Choose Recovery, Not Reform
Reformasi Merintis Pergaduhan Antara Kaum dan Agama
Pasca reformasi Indonesia Mei 1998 yang saat awalnya dilaungkan bakal membawa Indonesia ke dunia baru yang lebih selesa dan maju ke depan tidaklah seindah yang disangka.
Selepas kejayaan demonstrasi jalanan berjaya menekan dan menjatuhkan Suharto, hubungan erat pelbagai kaum etnik dan agama yang selama ini baik akhirnya terurai kerana prasangka buruk kian melebar.
Fitnah dan adu domba dalam masyarakat menjadi-jadi. Dengan hanya satu dua kes kecil melibatkan kaum dan agama yang berbeza bila-bila masa sahaja boleh bertukar menjadi besar.
Pada 21 November 1998 misalnya, berikutan pergaduhan kecil antara seorang anak tokoh masyarakat Desa Ketampang, Jakarta dengan beberapa orang pekerja premis judi adalah antara peristiwa awal yang dikaitkan dengan keganasan antara orang Islam dengan Kristian dari Ambon, Maluku.
Rentetan dari situ, sekumpulan 400 orang kaki pukul upahan dari suku kaum Ambon telah dihantar oleh pemilik premis berbangsa Cina pada subuh hari ke Desa Ketapang untuk melakukan kekacauan dan merosakkan rumah penduduk di sana.
Selain menyebabkan kecederaan pada ramai penduduk Islam, beberapa masjid turut mengalami kerosakan dalam serangan mengejut tersebut. Penduduk lain yang menyedari berlakunya serangan telah bertindak balas dan akhirnya berjaya mengusir samseng suku kaum Ambon itu.
Bagaimanapun keesokan paginya ribuan penduduk Islam dari pelbagai daerah beramai-ramai menyerbu dan merusuh di kawasan China Town Jalan Hayam Wuruk dan Jalan Gajah Mada.
Selepas melakukan rusuhan di sana, kumpulan besar penduduk Islam menghala pula ke arah Jalan Zainul Ariffin, tempat di mana ramai suku kaum Ambon bekerja dan akhirnya berjaya membunuh beberapa orang samseng Ambon.
Dalam tempoh kekecohan tersebut juga para perusuh turut melepaskan geram dengan membakar dan memusnahkan beberapa buah gereja dan sekolah misionari Kristian.
Berikutan rusuhan semakin kuat melanda, akhirnya tentera Indonesia campurtangan dan berjaya meredakan keganasan yang berlaku diikuti dengan langkah menghantar pulang sebahagian pekerja suku kaum Ambon ke Maluku.
Selepas peristiwa tersebut, hubungan antara masyarakat Islam Indonesia dengan Kristian suku kaum Ambon semakin goyah dan kecurigaan semakin bertambah.
Dalam tempoh kurang setahun kemudiannya, rusuhan antara penganut agama Islam dan Kristian di Maluku berlaku secara besar-besaran berlanjutan sehingga tahun 2002.
Laungan indah reformasi ternyata hanya gah pada teorinya sahaja, realiti dan praktikalnya ia merintis kepada detik-detik awal pemusuhan sesama rakyat berbilang kaum, etnik dan agama di Indonesia.
Tidak mustahil, perasaan tidak puashati pihak tertentu di Malaysia yang juga timbul kerana perbezaan kaum dan agama boleh mengakibatkan senario yang sama.
Apatah lagi, jika mereka dangkal dalam memahami makna reformasi yang sebenarnya.
FAKTA ISU SCORPENE DEDAH PEMBOHONGAN BESAR ANWAR
Beliau bukan sahaja difitnah, ditohmah dan dijadikan sasaran bagi senjata politik pembangkang, tetapi mereka juga turut menyeret isteri dan ahli keluarganya yang tidak berdosa.
Daripada kes kematian bekas pembantu Exco Selangor hinggalah kepada isu kapal selam Scorpene, semuanya disalahkan kepada pundak Perdana Menteri.
Yang merancang segala jentera propanda licik ini tidak lain tidak bukan adalah Anwar Ibrahim yang mengepalai tiga puak yang berlawanan ideologi, prinsip perjuangan dan kepentingan politik.
Namun kenyataan anggota bebas Parlimen, Datuk Seri Zahrain Hashim dua hari lalu berhubung isu Scorpene telah membersihkan nama Perdana Menteri daripada sebarang tuduhan rasuah dan penyelewengan dalam urusan pembelian kapal selam itu.
Ia sekali gus meranapkan strategi Anwar dengan mengeksploitasi pertubuhan bukan kerajaan, Suaram untuk menjadikan isu tersebut sebagai bahan besar dalam kempen fitnah pembangkang terhadap Perdana Menteri.
Anggota Parlimen itu mengatakan bahawa selama ini Suaram telah diperalatkan oleh Anwar untuk menipu rakyat dengan mereka-reka isu tersebut.
Pertama katanya, siasatan pihak polis Perancis mendedahkan bahawa tidak wujud sama sekali mana-mana rekod imigresen yang menunjukkan wanita bernama Altantuya Shaariibuu telah memasuki negara itu antara tahun 1999 dan 2006.
Ini bermakna dakwaan pembangkang bahawa Datuk Seri Najib elah dilihat bersama-sama wanita itu dan Abdul Razak Baginda adalah pembohongan semata-mata.
Sekali gus perbuatan Naib Presiden PKR, Tian Chua yang mencipta gambar Perdana Menteri kononnya sedang makan dengan Altantuya dan Abdul Razak menggunakan kaedah 'photoshop' juga mendedahkan niat jahat pembangkang sejak dari awal lagi.
Fakta kedua yang mendedahkan kepalsuan tuduhan pembangkang ialah Altantuya tidak fasih berbahasa Perancis seperti mana yang didakwa mereka.
Ini jelas membuktikan dakwaan bahawa wanita itu telah menjadi orang perantaraan sebagai penterjemah dalam urusan jual beli kapal selam antara kerajaan Malaysia dan Perancis adalah palsu dan pembohongan yang jelas.
Malah menurut Datuk Seri Zahrain, semua perbincangan rasmi antara kedua pihak diadakan dalam bahasa Inggeris dan dengan itu keperluan untuk menggunakan khidmat seorang penterjemah tidak wujud sama sekali.
Penjelasan beliau telah berjaya mendedahkan komplot dan motif sebenar pembangkang yang mahu memalukankan kerajaan dengan menyebar fitnah dan memburukkan nama baik negara di mata dunia.
Anwar beranggapan isu Scorpene yang dibangkitkan adalah senjata politiknya yang ampuh untuk mencabar kepimpinan Perdana Menteri, tetapi sayang sekali senjata yang diharapkan memakan diri sendiri.
Sebagai Perdana Menteri yang bertanggungjawab dan menjaga amanah rakyat, Datuk Seri Najib tetap meneruskan tugas yang digalasnya untuk menjaga kebajikan rakyat dan membangunkan negara dengan penuh kesedaran dan keinsafan.
Hasilnya, semakin hari rakyat semakin menyokong kepimpinan beliau kerana melalui pelbagai program dan dasar yang dilaksanakan kerajaan rakyat semua lapisan mendapat manfaat dan untung.
Pembangkang pula sudah tidak ada lagi modal politik yang hendak di canainya lagi kecuali meroyan siang dan malam seperti orang hilang akal.
Pembangkang terpaksa bergantung kepada isu Scorpene kerana mahu menutup kepincangan parah yang berlaku di dalam kubu kuat PKR di Selangor.
PKR Selangor semakin goyah dan rapuh disebabkan pertelingkang berpanjangang di antara puak Azmin Ali dan Menteri Besar, Khalid Ibrahim.
Malah suara sumbang mendesak Khalid meletak jawatan semakin lantang kedengaran dari kalangan pimpinan PKR negeri.
Pergolakan yang berlaku hanya mengesahkan bahawa pembangkang - PKR, PAS dan DAP - hanya gilakan kuasa dan apabila berkuasa mereka bergaduh sesama sendiri untuk merebut jawatan untuk kepentingan sendiri.
Pergolakan politik yang berlaku di Selangor dan pembohongan besar pembangkang dalam isu Scorpene adalah resipi terbaik yang akan memastikan mereka berkubur pada pilihan raya umum akan datang.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Nyawa Politik Khalid Di Hujung Tanduk
Khalid nampaknya tersepit antara sayang dengan tanggungjawab. Kita tahu Khalid sayang pada Faekah kerana itu beliau telah cuba sedaya upaya untuk membela Faekah dengan berkata, "Faekah hanya menandatangani surat sokongan itu tanpa dia sendiri mempunyai kuasa untuk memberikan projek kepada syarikat yang disokong". Dalam kes ini, Faekah didapati telah merekomenkan syarikat anak saudaranya sendiri sebagai panel peguam kepada anak-anak syarikat kerajaan negeri.
Nasib baiklah, Khalid tidak perlu membuat keputusan sendirian, tetapi perlu diambil secara kolektif melalui mesyuarat Exco. Apa yang berlaku ialah para Exco telah mengambil keputusan bahawa Faekah perlu meletakkan jawatannya esok.
Ramai yang berkata bahawa Faekah adalah sumber kekuatan Khalid dan apa yang berlaku ini amatlah melukakan hati Khalid. Di saat Khalid terpaksa berhadapan dengan begitu banyak ancaman dalaman, kehilangan walaupun seorang dari pengikutnya pasti akan menjejaskan moral dan semangatnya.
Faekah bukan sekadar setiausaha, tetapi juga penghubung peribadi antara Khalid dengan Presiden parti, Wan Azizah. Melalui Faekah, masalah-masalah parti dapat dibincangkan secara peribadi dengan Presiden tanpa perlu terikat pada protokol sepertimana di dalam mesyuarat parti. Apatah lagi apabila ramai di dalam parti yang tidak menunjukkan penghormatan yang sepatutnya terhadap Khalid walaupun beliau adalah Menteri Besar hubungan peribadi seperti ini amatlah penting baginya.
Kurangnya rasa hormat terhadap beliau, menyukarkan beliau mengawal dan memantau keadaan. Malah, sebahagian besar dari masanya, perlu dihabiskan untuk melihat sekeliling bagi memastikan dirinya tidak ditikam dari belakang.
Dengan ketiadaan Faekah, semakin sukarlah bagi Khalid untuk menjaga diri.
Kes Faekah itu sendiri memberi peluang kepada musuh-musuhnya untuk menembaknya dari dalam. Dengan timbulnya kes ini, kelemahan beliau sebagai seorang pemimpin terserlah dan tidak boleh dinafikan lagi.
Faekah tidak mungkin berani menandatangani apa-apa surat sokongan jika Khalid adalah seorang ketua yang tegas dan tahu bagaimana untuk mendidik orang-orang sekelilingnya. Sikap Khalid yang terlalu bergantung kepada Faekah membuatkan Faekah tidak berfikir panjang apabila menandatangai surat sokongan yang menjadi isu ini.
Tidak guna Khalid menyalahkan Azmin atau sesiapa sahaja di kalangan Exco atas apa yang berlaku kepada Faekah. Walaupun pahit, beliau perlu terima bahawa apa yang berlaku adalah berpunca dari kepimpinannya yang lemah.
Apapun, adalah tidak wajar untuk meletakkan kesalahan ke atas Khalid seratus peratus kerana sesungguhnya, memimpin sebuah negeri di bawah payung parti PKR bukanlah mudah. PKR adalah parti yang tergolong di dalamnya manusia-manusia yang berbagai jenis termasuk yang tidak normal atau songsang. Mereka-mereka ini berpegang kepada kebebasan mutlak. Orang yang berpegang kepada kebebasan mutlak, pastinya sukar dikawal. Kerana itu, kita menyaksikan pemilihan parti PKR yang lepas adalah pemilihan yang paling kotor dalam sejarah.
Khalid Ibrahim tentu menyedari bahawa perletakan jawatan Faekah juga menandakan yang nyawa politiknya sendiri sudah tidak panjang lagi. Tidak mustahil ia akan berakhir sebelum PRU ke-13. Keputusan Exco yang tidak menyebelahi pendapat peribadinya menunjukkan yang beliau tidak punya sokongan lagi di kalangan Exco sendiri. Bagaimana seorang Menteri Besar mampu bertahan tanpa sokongan Exco? Lebih dari itu, kita pasti, sasaran musuh-musuh Khalid adalah lebih jauh dari sekadar Faekah iaitu Khalid sendiri. Pada bila-bila masa, peluru baru akan dilancarkan untuk menghapuskan Khalid pula dan kali ini, tanpa Faekah di belakang untuk menahannya.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Nurul Izzah Sahkan SUARAM Menipu
Y.B Dato' Seri Ahmad Zahid Hamidi menjawab bahawa keperluan itu tidak timbul kerana pihak Perancis telah memaklumkan bahawa tiada perbicaraan yang berlangsung mengenai kapal selam scorpene di negara itu.
Nurul Izzah kemudiannya akur dengan jawapan tersebut dan bertanya lagi sama ada Suruhanjaya DiRaja akan ditubuhkan untuk menyiasat perkara tersebut dan dijawab oleh Menteri Pertahanan sebagai tidak perlu kerana pembelian kelengkapan angkatan tentera dibuat mengikut tatacara perlaksanaan kontrak perolehan pertahanan negara.
Maka dengan itu, semakin jelaslah penipuan SUARAM mengenai perbicaraan di mana Nurul Izzah sendiri telah mengesahkannya apabila memohon penubuhan Suruhanjaya DiRaja sebagai 'ganti'.
Benar, bahawa penyiasatan sedang dijalankan mengenai urusniaga kapal selam oleh syarikat DCNS di Perancis. Tetapi, penyiasatan itu tidak ada kena mengena dengan kerajaan mahupun pemimpin-pemimpin di Malaysia, tetapi melibatkan syarikat tersebut, dengan ahli-ahli politik di sana. Ia masih di peringkat siasatan dan bukannya perbicaraan. Nama Altantuya Shaariibuu juga langsung tidak terlibat, malah nama Perdana Menteri juga tidak disebut. Malaysia tiada kena mengena dengan penyiasatan itu melainkan mungkin, sebagai pembeli sahaja.
Untuk SUARAM membangkitkan soal sapina merupakan sesuatu yang amat lucu sekali kerana bagaimana untuk mengsapina sesiapa jika perbicaraannya tidak ada?
SUARAM, atau lebih tepat, pembangkang bukan sahaja mempunyai tabiat yang suka menipu tetapi lebih buruk lagi ialah mereka sanggup menipu tanpa batasan. Tidak cukup mereka memburukkan sistem kehakiman dan pihak berkuasa di Malaysia, kini mereka turut membadutkan hakim dan mahkamah Perancis pula. Malah mereka juga menggambarkan polis Perancis sebagai tidak cekap kerana tidak mampu mengesan kemasukan Altantuya ke negara tersebut.
Mereka juga sanggup mengheret orang yang telah mati untuk dijadikan modal politik secara berterusan memandangkan orang tersebut tidak mampu membela diri atau menjelaskan apa-apa lagi. Mereka juga tidak malu menggunakan nama orang yang masih hidup seperti Jasbir Singh Chahl, yang ditohmah kononnnya akan disapina untuk hadir ke perbicaraan fantasi mereka.
Walaupun telah terkantoi berkali-kali, mereka tetap berdegil ingin mengasak isu yang sama.
Ini menyebabkan ramai di kalangan rakyat mula bertanya, setelah jelas kini bahawa isu ini sengaja diada-adakan oleh pembangkang untuk menjatuhkan Perdana Menteri, maka apakah ia bermakna pembunuhan Altantuya juga didalangi oleh mereka?
Sememangnya pelik apabila Altantuya dikaitkan dalam isu yang beliau langsung tiada kena mengena. Dan memang pelik apabila namanya tetap disebut walaupun telah jelas beliau langsung tidak memasuki Perancis pada ketika urusniaga scorpene berlangsung. Perdana Menteri juga tidak mengenali Altantuya dan telah bersumpah sebanyak empat kali mengikut landasan Islam mengenainya. Begitu juga beliau dan isteri, Datin Seri Rosmah, mempunyai alibi kukuh tidak terlibat dengan pembunuhan tersebut. Tetapi, nama gadis malang ini tetap diungkit dan dimainkan oleh pembangkang sekali gus membuktikan bahawa mereka benar-benar ketandusan isu 'tulin' untuk menyerang Perdana Menteri.
Dengan prestasi pembangkang yang begitu buruk di negeri-negeri yang ditadbir mereka, serta skandal-skandal peribadi yang tidak berkesudahan antara seorang demi seorang pemimpin mereka, di tambah dengan penipuan mengenai scorpene ini, rakyat menjadi bertambah curiga dengan pembangkang. Ramai yang mula tertanya-tanya, sejauh mana pembangkang sanggup lakukan untuk merampas kuasa?
Kita tahu bahawa pembangkang sanggup menggadai nyawa rakyat dengan mencetus keganasan, kita juga tahu bahawa pembangkang sanggup mengsabotaj ekonomi negara sendiri dengan memburuk-burukkan dan mencemar imej negara dan Perdana Menteri.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Rabu, 27 Jun 2012
Lim Guan Eng Tipu Rakyat Lagi
Awal bulan ini, dia dilaporkan telah menyatakan bahawa BN Pulau Pinang telah menipu terhadap janji yang dibuat terhadap isu pelabuhan bebas cukai.
Di telah menuntut agar BN Pulau Pinang memohon maaf terhadap janji yang telah mereka mungkir dan berkata bahawa PM telah menolak cadangan tersebut.
Apabila ditanyakan tentang status pelabuhan bebas cukai bagi negeri tersebut, Lim berkata bahawa PM menyatakan bahawa sudah terdapat 5 zon bebas cukai di Pulau Pinang, isu untuk menjadikan BN Pulau Pinang sebagai pelabuhan bebas cukai tidak menjadi isu.
Dengan itu, blog-blog dan portal pro-pembangkang mula membantu Lim dengan menyebarkan mesej berkenaan.
Nampaknya, Lim terlupa tentang rekod dan dokumentasi. Orang politik sepatutnya tahu bahawa mereka tidak boleh menipu kerana kini kebenaran boleh dicari di hujung jari.
Jawapan PM terhadap perkara tersebut yang telah direkod adalalh seperti berikut: "Walaupunn status pelabuhan bebas cukai tidak lagi wujud, Kerajaan Persekutuan tahu bahawa BN Pulau Pinang telah memberikan cadangan terhadap konsep baru untuk menjana ekonomi di Pulau Pinang, terutamanya dalam bidang perlancongan dan perkhidmatan. Kerajaan Persekutuan akan mempertimbangkan perkara tersebut berdasarkan respon dan juga sokongan dari rakyat, dan juga cadangan-cadangan inovatif."
Di bahagian mana yang menunjukkan bahawa PM tidak bersetuju untuk memberikan status pelabuhan bebas cukai?
Perkara yang sama telah didedahkan oleh laman web Cina, Souminews.com yang melaporkan oleh NST hari ini.
Laporan tersebut menyatakan bahawa pemimpin-pemimpin DAP tidak menyatakan sepenuhnya teks jawapan yang diberikan oleh PM di Parlimen. Sebaliknya, mereka mengubah segala kebenaran terhadap perkara tersebut.
Jadi, tidak banyak yang kita boleh katakan terhadap Lim Guan Eng kerana ini bukanlah kali pertama dia menipu rakyat.
Adakah kita mahukan Menteri Besar yang selalu menipu untuk menjaga masa depan negara ini?
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Zaliah Perlu Jelaskan Sumber Kekayaannya
Apatah lagi bilamana bekas Ketua Pengarah Siasatan BPR, Abdul Razak Idris mengakui SD tersebut dibuat atas permintaan Anwar Ibrahim dan bukannya dilakukan atas sebab terdetik dari kesedaran dirinya sendiri.
Tambah menghangatkan keadaan bilamana Ummi Hafilda tampil dengan pendedahan tentang seorang wanita misteri yang dikatakan rapat dengan Ketua Umum PKR itu semasa Anwar memegang jawatan Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri.
Wanita misteri yang dikaitkan dengan Anwar Ibrahim dalam isu RM 3 bilion ini telahpun kita ketahui identitinya, dikenali sebagai Zaliah Zakaria. Menurut pengakuannya, dia pernah memiliki wang tunai dan hartanah bernilai RM100 juta.
Zaliah juga mengakui mengenali Wan Azizah sewaktu menjawat jawatan dalam syarikat Wira Tangkis Sdn Bhd tapi di masa yang sama menafikan mengenali suaminya yang ketika itu adalah Timbalan Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Kewangan.
Mengikut penjelasannya lagi, aset bernilai RM100 juta yang pernah dimilikinya itu diperolehi hasil perniagaan lumba kuda pada akhir 1990-an. Agak-agak siapakah Menteri Kewangan ketika itu yang bertanggungjawab meluluskan lesen judi lumba kuda tersebut?
Benarkah Zaliah langsung tidak mengenali Anwar dan hanya mengenali isterinya sahaja? Mungkinkah kelulusan lesen judi lumba kuda itu hasil rekomen dari Wan Azizah yang ketika itu adalah isteri kepada Menteri Kewangan?
Paling penting tentu sahaja khalayak ramai menuntut penjelasan yang lebih ampuh dari Zaliah berkaitan punca dan sumber sebenar kekayaannya.
Seseorang yang memiliki aset dan wang tunai RM100 juta tentu sahaja cukainya tidak akan mencecah RM50 juta sebaliknya ia sepatutnya jauh lagi rendah dari angka tersebut.
Justeru itu, wajarlah Zaliah mengambil langkah berterus terang kerana ianya lebih baik berbanding penjelasan separa masak yang dilakukannya sebelum ini yang hanya mengundang lebih banyak persoalan dan di masa yang sama makin menjerat tengkuk Anwar Ibrahim.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Sidang media Rafizi lembu Ramli paling berani, paling keras.
Tahniah Rafizi, cuma dalam masa yang sama dia juga telah terjun bersama labunya. Rafizi juga seolah-olah memiliki 6 kotak dukomen rahsia kerajaan.
Rafizi budak hingus yang masih belajar ketika isu SD Dato Murad kini mendakwa mempunyai bukti pelewengan dan salah guna kuasa Dato Murad semasa menjadi penjawat awam.
Pada awal sidang media Rafizi mendakwa akuan bersumpah tidak lengkap dan lemah.
Rafizi juga mengugut untuk mendedahkan surat peribadi beliau kepada Tun Mahathir.
Rafizi kemungkinan besar adalah subjek utama siasatan kes 20 akaun bernilai RM 3 billion milik Anwar. Siap lah engkau lembu, pisau sembelih sudah mencium mangsanya.
Rafizi juga mendedahkan banyak fakta (benar) salah laku Dato Murad, mana sumber dia dapat ? Tetapi hairan kenapa rahsia boss dia melanggan china doll dan sebagainya dia tak tahu.
Agak-agak Rafizi ni kenal kah dengan Rahim Ghaust?
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
TAIPING : MPT bertindak terhadap premis perniagaan yang melanggar syarat
Ini mesej yang diterima dari seorang rakan jam 9.20 malam tadi
First time d tpg lihat mpt buat operasi angkut meja kedai mamak.
Tahniah MPT. Sebelum ini kerajaan negeri Perak telah melarang lori 22 tayar daripada mengangkut keluar pasir dari Perak.
Tindakan kerajaan negeri adalah berpunca aduan orang awam yang kurang selesa mihat 800 lori keluar masuk kampung setiap hari.
Dalam kes meja kerusi kedai kopi yang bersepah diatas jalan boleh dikatakan perkara biasa. Harap penguat kuasa dapat membuat rondaan keseluruh kawasan kawasan perumahan yang terdapat banyak premis menjual makanan.
Seperkara lagi ialah masalah gerai-gerai haram yang membuka perniagaan mereka di atas parking lot. Harap MPT bertindak juga terhadap mereka.
Kepada peniaga pula janganlah menyalahkan pihak berkuasa kerana bertindak terhadap mereka. Sepatutnya tahun 2012 orang kita perlu berfikiran positif. Kalau nak berniaga hendaklah mempunyai daya kreatif dan inovatif.
Hari ramai orang kita berniaga di bawah-bawah khemah di tepi longkang. Tak percaya pergilah lihat sendiri di taman-taman perumahan.
TM tak mahu sebut lokasi-lokasi yang banyak gerai gerai tepi longkang ini, nanti kena marah pulak.
Apa pun tahniah kepada YDP MPT.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Selasa, 26 Jun 2012
Lepas demo lori 22 tayar, askar pula nak buat demo.
Cubalah buat demo depan hospital pula! Bantah bayaran RM 1 yang dikenakan kepada pesakit luar.
Atau cari lah isu yang banyak di negeri pembangkang yang banyak isu.
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi has refuted a claim that his wife had threatened a group of army veterans who want him sacked as defence minister, saying she was only advising them against carrying out their protest rally this Friday.
The Malay Army Veterans Association (PVTM) had planned to demonstrate their anger at Ahmad Zahid (picture) outside the Ministry of Defence (Mindef) on June 29 for allegedly breaking his promise to set up a special pension fund for retired soldiers, but cancelled it after their president, Datuk Mohd Ali Bahrom, said he had been threatened by the minister's wife through a text message.
"My wife and Ali are from the same village. They know each other even though they are not related.
"I asked my wife how many text messages Ali sent (to her), she told me 16, because Ali is fond of sending text messages to anyone, including my wife.
"So my wife advised him, but Ali only highlighted one sentence and after I read it, I don't think that it is a threat," Ahmad Zahid was quoted as saying by news portal Malaysiakini today.
Don't try to be funny SMS
On June 22, Mohd Ali told reporters he had received a threatening text message on his mobile phone from Datin Seri Hamidah Khamis, Ahmad Zahid's wife.
The message read: "'PERLU DIINGAT.. DATO' SERI AHMAD ZAHID HAMIDI BUKAN SENDIRI DAN BERMARUAH'.... Saya tak fikir org2 akan berdiam diri dan senang2 nak buat kacau bilau depan MINDEF (Remember.. Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi is not alone and has dignity.... I don't think people will be silent and let chaos happen in front of Mindef)."
Mohd Ali had led some 10 former soldiers in a provocative butt exercise demonstration against electoral reform movement Bersih chairman Datuk Ambiga Sreenevasan outside her Damansara Heights home here last May 15, claiming the prominent lawyer-activist was an "enemy" of the state.
He had planned on holding a similar exhibition against Ahmad Zahid outside Mindef in three days until he allegedly got Hamidah's "advice" and found out the minister would not be in his office.
Special pension and 136 hours to respond
Mohd Ali had previously hit out at Putrajaya for alleged lopsided treatment in handing out its Warriors' Day funds to the armed forces' club presidents and outlined a list of 11 demands including setting up a special pension fund for those who retired from the military without being paid a pension.
He had given Ahmad Zahid 136 hours to reply to PVTM's demands, failing which he would press Prime Minister Datuk Seri Najib Razak to sack the Umno minister from government.
The rumbles of unhappiness from former soldiers ahead of national elections that must be called by next year come at a crucial time when Najib, a former defence minister, is looking to shore up greater support for the ruling Barisan Nasional (BN) coalition from within the establishment after losing four states and its traditional two-thirds control of Parliament to the opposition in Election 2008.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Over 200000 ex-soldiers don't get pension
Defence Minister Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (picture) said despite this, their welfare was looked into by the Veterans Affairs Department (JHEV) and the Armed Forces Ex-Servicemen's Affairs Corporation (Perhebat).
He said the JHEV and Perhebat provide various forms of aid to soldiers who retired after serving less than 21 years.
They include aid to offset the cost of living, entry of students into institutions of higher learning, schools, disaster relief and medical expenses.
"The government has no plans to give monthly food coupons to former soldiers who don't get pension. What we are giving is better over the long run unlike food coupons which are temporary," he said when replying to a question by Datuk Johari Abdul (PKR-Sungai Petani).
Zahid said the various forms of government aid given to former soldiers in this country were far better compared to those given by some countries.
"By comparison, the United States and Australia only provide aid for former soldiers and not their wife or children," he said when replying to a supplementary question by Datuk Ahmad Hamzah (BN-Jasin).
The government has no plans to give a lump sum payment to former soldiers for their contribution and sacrifices as it is a temporary measure.
The minister also warned groups not to incite former soldiers into pressuring the government.
"I see dirty hands in this hall. Don't take advantage of the general election to coax former soldiers to become dissatisfied with the government," he said. — Bernama
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
ARKIB: Antara Pas dan Anwar
Assalamua'laikum, semua.
Secara peribadi saya menganggap keputusan PRU12 ada kebaikan dan keburukkannya kepada negara Malaysia amnya dan org Melayu khususnya.
Sudah pasti semua menteri besar yang baru bagi negeri Kedah, Penang, Perak dan Selangor dan exconya yang dilantik akan membuat kerja yg "cemerlang" dalam jangka masa yang terdekat, ini kerana semua mata rakyat dan musuh-musuh mereka, iaitu BN, akan memerhati semua tindak tanduk yg akan mereka lakukan. Ini secara tidak langsung dapat "mendidik" BN bagaimana mereka harus mentadbir negeri2 dan K'jaan Pusat, jika tidak mereka akan menjadi tidak relevan lagi pada PRU13.
Masalah besar yang mungkin akan dihadapi oleh pakatan BA ialah hubungan antara PAS dan DAP, yang akan menjadi seperti duri dlm daging.
Dan yg paling besar ialah bantuan kewangan dari kerajaan pusat kepada negeri-negeri yang diterajui oleh BA akan "disekat" atau disalur tidak melalui kerajaan negeri.
BN akan memberi alasan mereka sendiri sementara BA pula akan meradang dan menganggap ianya tidak adil dan zalim. Maka waktu itu anda akan lihat, terutamanya orang Melayu akan leka berbalah di dalam internet, blog2, di kedai kopi, di masjid dsb mengenai isu ini, siapa yang benar, siapa yang zalim.
Dalam perbalahan ini ada dua unsur penting, satu pihak yang berkuasa di negeri yang memerlukan sumber kewangan khazanah negara, tetapi suka mengata, mencerca, memaki malah mencarut terhadap pihak satu lagi yang berkuasa ke atas khazanah negara.
Sementara pihak satu lagi yang berkuasa ke atas khazanah negara pula tidak mahu menyalurkan secara adil khazanah negara yg ia kuasai kpd pihak yg suka mencerca dia. Adalah jelas pihak yg berkuasa ke atas khazanah negara zalim dan tidak adil dalam hal ini.
Tetapi jika mengikut Al-Quran Surah al-Hujurat ayat 11, Allah melarang kita mencela satu sama lain dan memanggil dengan gelaran buruk dan jika tidak bertaubat mereka adalah orang-orang yang zalim. Ini bermakna kedua-dua pihak di atas adalah zalim atau lebih tepat saling zalim menzalimi antara satu sama lain.
Kalau kita kaji balik sejarah perkara ini berlaku sejak orang Melayu mula berpolitik atau lebih tepat antara PAS dan UMNO.
Tunku Abdul Rahman ada menulis di dalam bukunya bagaimana PAS sewaktu pilihanraya mengedar gambar yang di ubahsuai yang menunjukkan babi panggang terletak di atas meja di mana dia dan beberapa pemimpin Cina sedang menjamu selera dan juga bagaimana ia dicerca dan difitnah termasuklah sewaktu 13 Mei dikatakan dia sedang berjudi (ini adalah apa yg ditulis Tunku di dalam bukunya dan saya tidak mengatakan ianya benar atau ianya tidak benar).
Tetapi dalam buku-buku yang Tunku tulis tidak pula disebut bagaimana ia menzalimi kerajaan PAS Kelantan. Datuk Asri pada 1967, sewaktu menjadi MB Kelantan telah berjumpa dengan Tunku sendiri di KL untuk meminjam wang utk membayar gaji kaki tangan awam Kelantan kerana kerajaan PAS Kelantan waktu itu ketiadaan wang.
Tetapi PAS mendakwa Tunku tidak endah dgn permintaan Datuk Asri sedangkan waktu itu beberapa hari saja lagi umat Islam akan menyambut Hari Raya Haji. Isu ini sudah pasti dijaja oleh PAS utk menunjukkan kezaliman UMNO.
Adakah patut selepas kita cerca seseorang kemudian apabila kita ada masalah kita dengan rendah hati pergi jumpa orang tersebut untuk meminjam wang? Dan adakah patut sebagai pemimpin yang berkuasa ke atas khazanah negara tidak membantu saudaranya yang seIslam yg dalam kesempitan apatah lagi menjelang Hari Raya?
Isu antara Datuk Asri dengan Tunku, ada disentuh oleh Saudara Sayuti Omar di dalam bukunya "Kelantan Selepas Pantang" (m/s 20). Dalam isu ini Sayuti menggunakan perkataan "Demikianlah sikap kejam UMNO ke atas kerajaan PAS". Sebenarnya sama-sama zalim, sama-sama kejam tetapi masing-masing hanya nampak kezaliman pihak lain, kezaliman dari diri sendiri tak nak mengaku.
Isu kata mengata dan zalim menzalimi terus berlaku, pada zaman KuLi menjadi Menteri Kewangan (KuLi lah yang memimpin UMNO merampas Kelantan pada tahun 1978), pada zaman Anwar Ibrahim menjadi Menteri Kewangan (lihat artikel di bawah mengenai apa yang PAS kata pada Anwar).
Dan kemuncaknya pada zaman Mahathir selepas Anwar dipecat. Ulama UMNO di label sebagai ular dalam semak, syaitan bisu, barua dan lain-lain , Abdullah Badawi digelar sebagai penjaga babi, Mahathir dan Siti Hasmah dikatakan akan saling melumur najis kemuka pasangan masing-masing pada tahun 2014, Mahathir dicarut dgn carutan paling berat sekali, dalam keadaan macamni ........
dengar cerita NikAziz minta geran RM600 juta dari k'jaan pusat yg dipimpin Mahathir utk selesai masalah air di Kelantan walaupun dikatakan Mahathir setuju tetapi kerajaan Kelantan tidak menerimanya, kejamnya Mahathir ......
Dalam kempen PRU12 baru-baru ini, UMNO telah dilabel sebagai Orang Utan dan sejarah akan terus berulang apabila negeri2 dibawah BA ingin mendapat hak mereka terhadap khazanah negara yg dikuasai oleh Orang U*** ini, tetapi mereka akan dipinggirkan dan mereka akan marah dan mereka juga akan menjadi Orang U***.
Isu kata mengata dan zalim menzalimi seolah-olah tidak dapat dipisahkan antara PAS dan UMNO. Inilah antara sikap burok yg ditunjukkan oleh pemimpin dan penyokong kedua-dua pihak.
Tetapi isu yang lebih besar yang ingin saya perkatakan di sini ialah mengenai Anwar Ibrahim.
Dr Chandra Muzaffar yg pernah bekerja rapat dgn Anwar dlm PKR telah berkata yg maksudnya l/kurang, jika Anwar menjadi pemimpin, negara ini akan hancur.
Ezam pula dlm Utusan Msia 12 Mac, meminta PAS berhati-hati dgn PKR kerana melalui pengalamannya, iaitu antara pengasas parti itu dan pernah menjadi Setiausaha Politik kepada Ketua Umum PKR, beliau yakin PKR dipimpin oleh pemimpin yang hanya mementingkan cita-cita peribadi untuk berkuasa dan sanggup menggadaikan maruah agama dan bangsa untuk mencapainya.
Dalam tahun 2003 saya pernah menulis satu artikel yg bertajuk "Pertembungan antara ulamak, pemimpin dan cendekiawan Islam di dalam politik M'sia" untuk group ABIMLINK dan HIZBI-NET. Salah satu tajuk dibawah artikel itu ialah "Pertembungan antara PAS dan DSAI". Saya rasa ia masih relevan lagi.
Dalam isu ini bagi saya masalah paling besar Anwar bukan saham berpuluh juta yg ia beri setiap seorang pada bapa dan adik beradik dia, bukan isu RM300juta duit Petronas Dagang yang dikebasnya untuk diberi pada perwakilan Sabah sehingga Ghafar jatuh,
Bukan isu ratu cantik yang Ustaz Ismail Kamus kata ia nak menghalalkan sesuatu yang haram dan sehingga Mufti Selangor Uztaz Ishak Baharom dipecat, bukan sebab ia baik dengan Yahudi, tetapi bagi saya isu yg paling besar sekali ialah apabila ia menganggap Salman Rusdie sebagai "profound writer", (seperti yg didakwa oleh sdr Lutfi Othman, yg sekarang ini merupakan Ketua Pengarang Akhbar Harakah). Salman Rusdie telah menulis buku Satanic Verses yg menghina Allah, Nabi Muhammad dan Al-Quran.
Sila baca artikel ini dan sebarkan, kerana mengikut Tuan Guru Hj Hadi Awang mengumpat dan menceritakan keburukan pemimpin adalah wajib.
Pertembungan antara PAS dan DSAI
Kali ini saya ingin menyentuh, mempertikai dan mengkritik mengenai sikap ulamak, pemimpin dan cerdik pandai Islam kita di dalam berpolitik terutamanya di dalam isu pertembungan antara PAS dan UMNO semasa Datuk Sri Anwar Ibrahim masih di dalam kerajaan dan juga selepas ia dipecat. Saya harap dengan fakta-fakta dari sumber yang jelas yang akan saya tunjukkan, mereka yang tidak bersetuju dan mempertikai email saya sebelum ini yang saya tulis secara umum, akan lebih memahami apa yang saya maksudkan ............ ..... Kecuali mereka yang taksub dan mempunyai penyakit di dalam hati.
Berikut adalah beberapa fakta mengenai pertembungan antara PAS dan DSAI semasa ia masih di dalam kerajaan:-
- PAS menganggap Belanjawan 1994 yang dibentangkan Anwar Ibrahim berwajah FIRAUN. Ia menjadi punca pertelingkahan antara PAS dan Anwar. Ini kerana ia memberi kelonggaran kepada golongan koporat yang menjadi gangster ekonomi dan sebab utama kemenangan orang-orang Anwar di dalam Team Wawasan. Anwar tidak dapat menerima tuduhan tersebut dan menganggap ianya sebagai kolot dan jumud. (Dunia Islam Jan 94 m/s 4&5).
- Anwar Lebih Ganas Daripada Mahathir? - Tajuk wawancara antara saudara Lutfi Othman dengan Mohd Sabu seperti yang tersiar di dalam Majalah Tamadun Julai 98 m/s 16. Antara isi kandungannya yang menunjukkan sikap PAS terhadap DSAI yang saya ringkaskan :-
a) Sebenarnya gejala nepotisme yang berlaku dalam pemerintahan M'sia, saya meletakkan Anwar Ibrahim lebih ganas daripada Mahathir. Kerana Anwar belum berkuasa penuh tetapi suku sakatnya telah mencipta kekayaan lebih hebat. Antaranya Kamarudin Jaafar menjadi jutawan segera, saudaranya Rani, Marzuki dan Rosli Ibrahim dan setiausaha sulitnya Nasarudin Jalil naik mendadak dalam perniagaan, kerana pandai berniaga atau kerana Anwar Ibrahim?
b) Jangan lupa semasa Anwar hendak menjatuhkan Ghafar Baba wujud peranan Quek Leng Chan dan beberapa jutawan lain yang membiayai golongan tertentu untuk menguasai saham NST dan TV3 gara-gara untuk mengukuhkan posisi Anwar. Kita juga ingin bertanya 300 juta saham Petronas Dagang dilabur ke mana sehingga perwakilan Sabah berubah dari menyokong Ghafar kepada Anwar dengan begitu mengejutkan?
c) Imej Anwar nampak bersih adalah kerana media tempatan yang dikuasainya. Pernah satu ketika bila menonton TV3, berita Anwar diutamakan diikuti berita lain dan keempat baru PM. Bila kita hentam PM barulah berita ini berada ditempat pertama.
d) Manakala media antarabangsa yang menyalahkan Mahathir dan cuba menaikkan Anwar, ini adalah kerana Barat hanya mahukan dua corak Islam yang boleh mereka kuasai, iaitu Islam yang berbentuk ilmiah tanpa pelaksanan hukum sperti yang dipelopori IIIT, ICMI dan ABIM. Dan yang kedua bercorak Afghanistan atau ala Taleban kerana peluang bagi Barat untuk mengambarkan betapa buruknya Islam. Dan Anwar adalah paling layak untuk mengekalkan pengaruh Barat dan sesuai dengan kehendak mereka untuk menghadapi 250 juta umat Islam di sebelah sini.
e) Apa yang saya perkatakan bukan kerana Anwar adalah seteru politik terbesar PAS. Kita boleh lihat rekod sejak dia menjadi Menteri Kewangan bagaimana saham diagihkan, projek diberikan, tiada beza dengan Mahathir.
f) Skandal seks Anwar ..... tidak tahu sejauh mana benarnya tuduhan itu tetapi dengar khabar ada percubaan untuk membunuh orang (Azizan) yang menulis surat sumpah yang mengaku melakukan homoseks dengannya tetapi yang menjadi mangsa ialah isterinya, ia seharusnya disiasat, tetapi di sini media akan menutupnya, berbeza dengan di luar negara di mana media mereka akan mendedahkannya. Anwar patut membersihkan skandal seksnya kerana kitapun tidak mahu dia teraniaya. Lebih 6 bulan dia tidak bercakap soal agama, baru sekarang dia hendak khutbah, baginya masyarakat mungkin sudah lupa, tetapi kita pelik mengapa dia tidak membersihkan dirinya setakat ini? Masih banyak tanda soal, orang yang menulis surat itu berada dalam ketakutan dan masih diugut, diancam oleh pihak tertentu. Saya pernah berjumpa dengan orang (Umi Hafilda) yang menulis surat terbuka itu dan dia bukanlah pada peringkat menuduh Anwar melakukan apa-apa tetapi mereka empat keluarga mengakui sungguh-sungguh melihat Anwar masuk ke dalam apartment bersama dengan pasangan tertuduh itu. Pendirian penulis itu tidak berubah dan dia takut untuk bertembung dengan orang dikhuatiri akan disiasat oleh polis Cawangan Khas.
g) Saya berdoa secara peribadi biar Mahathir mengepalai p/raya akan datang kerana kalau Anwar naik jadi PM dia cukup pandai menggunakan agama dan mengambil sentimen orang Melayu berbanding Mahathir .... kita tahu tahap pemikiran orang Melayu setakat mana.
h) Saya tidak nampak jika zaman Anwar (sebagai PM) masalah kekangan demokrasi, kebebasan, ISA dan akta-akta tertentu boleh berubah. Contohnya UIA tempat Anwar berkuasa penuh di mana dia menjadi Presiden dan tempat berkumpul orang-orangnya sehingga menjadi universiti paling corot dalam Asia. Universiti yang hanya untuk meluluskan puak-puak penyokong Anwar supaya ada ijazah, di situ berlaku kongkongan malahan lebih dahsyat berbanding universiti-universi ti lain. Anwar lebih pandai dari Mahathir dari sudut menguasai budaya Melayu.
- Mahathir dan Anwar kedua-duanya nyata menolak hudud tetapi Mahathir tidak bijak menyusun hujah seperti Anwar yang akan memberi alasan daripada Yusof al-Qardhawi, pandangan ulamak itu ini dan soal prioriti.
j) Imej Anwar diperingkat antarabangsa diakui masih hebat sehingga apabila saya pergi ke Pakistan pemimpin-pemimpin Jamaat Islami begitu menghormati Anwar. Tetapi apabila saya menceritakan ...... daripada 4 jenis judi, Anwar telah menghalalkan menjadi 9 termasuk judi lumba kuda apabila ia menjadi Menteri Kewangan. Daripada 3 tempat judi lumba kuda iaitu Ipoh, Penang dan KL ia telah bertambah ke Sabah sehingga menimbulkan kemarahan ahli-ahli Parlimen di sana dan juga menerima bantahan di Sarawak apabila judi lumba kuda juga hendak diwujudkan di sana. Dan Genting Highlands menjadi pusat judi ketiga besar di dunia di bawah kekuasaan Anwar sebagai Menteri Kewangan. Anwar mempunyai hubungan yang baik dengan taukeh judi Lim Goh Tong di mana sewaktu menjadi Ketua Pemuda UMNO beliau mudah mendapat bantuan dari Yayasan Gerak Bakti kepunyaan taukeh judi ini. Akhirnya ketua Jamaat Islami mengaku selama ini mereka mendapat gambaran salah.
Begitu juga di Afrika Selatan apabila saya membentangkan kertas kerja menceritakan beribu-ribu orang Islam Malaysia telah murtad, ada yang mencebik mulut dan tidak percaya, tetapi selepas beberapa lama saya bercakap, mereka berjumpa saya dan ucap tahniah sehingga mereka bertanya apa sebenarnya yang Anwar telah buat untuk membantu Islam?
Jadi gambaran media asing terhadap Islam di Malaysia berjaya digembar gemburkan, dan jika Anwar menjadi PM, media akan berjaya menyakinkan negara Islam lain bahawa Anwar adalah pemimpin Islam yang unggul.
k) Walaupun pendekatan Anwar lebih me-rakyat sifatnya berbanding dengan Mahathir yang lebih tertumpu membina jutawan segera Melayu, tetapi habuan untuk rakan-rakan dan penyokong-penyokong Anwar serupa saja! Contohnya Muhammad Taib adalah ahli Team Wawasan yang diterajui Anwar dan orang-orang ini terkenal dengan skandal penggadaian tanah. Kes Menteri Belia dan Sukan membabitkan RM 200 juta hasil jualan tanah di Johor masih belum selesai, begitu juga gosip Timbalan Menteri Besar Pahang yang memiliki wang yang banyak. Jadi dari segi kawan-kawannya dalam penimbunan kekayaan tidak nampak penegahan daripada Anwar.
l) PAS lebih selesa jika Mahathir kekal - adalah tajuk kepada sambungan wawancara saudara Lutfi Othman dengan Mohd Sabu seperti yang tersiar di dalam majalah Tamadun Ogos 98 m/s 51. Ini kerana kalau Anwar naik menjadi PM, dia cukup pandai dan licik menggunakan saluran agama dan pandai mengambil sentimen orang Melayu berbanding Mahathir.
iii) Ulasan Lutfi Othman mengenai isu pertembungan Anwar dengan Ghafar Baba di dalam Majalah Dunia Islam Nov 92 m/s 12-18. Dengan tajuknya - "Siapa pengganti Mahathir - Apa lebihnya Anwar? Apa kurangnya Ghafar?". Antara kandungannya :-
- Dr.M lebih berminat dan menyenangi Anwar menyebabkan orang-orang lama seperti Abdullah Badawi diketepikan dan Sanusi tersekat disebabkan peningkatan Anwar di dalam kabinet terlalu cepat.
- Krisis di dalam MARA yang dipengerusikan oleh Tamrin Ghafar yang dilihat sebagai campur tangan Anwar yang mana pelurunya ditujukan kepada Ghafar.
- Kini apabila Anwar diamanahkan sebagai Menteri Kewangan apa dasarnya yang menakutkan orang-orang bukan Islam? Judipun semakin berleluasa.
- Apakah Islam membenarkan amalan pilih kasih, nepotisme, menyekat peluang orang lain yang dikira tidak secucuk dengannya, mengaku diri sendiri yang hebat dan orang lain semuanya lemah, seperti yang dilakukan oleh Anwar sekarang. Anwar rapat dengan DrM, tetapi apakah Anwar menegur segala salah laku DrM ketika menguruskan kekayaan negara.
- Islam bukan milik Anwar dan kawan-kawannya bekas ABIM itu sahaja. Bukan kita tidak tahu apa Anwar buat di Universiti Islam, semuanya berpunca dari amalan pilih kasih Anwar. Memang betul kata orang, Anwar suka heboh-hebohkan kerja yang dia buat walaupun kejayaannya tidak seberapa.
iv) Ulasan Lutfi Othman di dalam Majalah Tamadun Ogos 96 m/s 19.
Anwar masih budak-budak mentah cepat naik angin dan suka tunjuk perasaan. Silap sikit demonstrasi.
Perkara kecil dibesar-besarkan. Penduduk Baling yang mati kerana demam panas dikatakan kebuluran.
Bukan Anwar seorang dikurung ISA, Ibrahim Ali pun ditahan sama, bukan sekali tetapi dua.
Dr. Syed Husin Ali yang turut ditahan terpaksa merengkok 6 tahun berbanding Anwar cuma 2 tahun.
Hishamudin Rais pula terpaksa cabut lari, ia satu contoh pemimpin pelajar yang hanya berani sekerat jalan, takut menanggung risiko.
Ulasan Zin Mahmud dalam Majalah Tamadun Mei 97 m/s 14-19, mengenai cara polis menggunakan kekerasan untuk menundukkan para penunujuk perasaan dan menahan 200 orang, yang dianjurkan oleh PAS di hadapan masjid UM, kerana membantah kedatangan pasukan kriket Israel.
- Saudara Zin mempertikai hujah PM bahawa kehadiran anak muda Israel ke Malaysia boleh menyedarkan mereka betapa perlu memberi layanan baik kepada Palestin.
- Hujah Anwar pula bahawa kehadiran pasukan kriket Israel tak perlu digusarkan kerana ia merupakan soal kesukanan dan tidak ada kaitan politik.
- ABIM pula berkata demonstrasi tidak perlu kerana ada saluran yang boleh menyampaikan bantahan mereka.
vi) Majalah Tamadun Ogos 97.
a) Ulasan Ustaz Ismail Kamus pada m/s 12 , di bawah tajuk "Anwar Ibrahim Silap? Antara Pendekatan Dakwah dan Menyatakan Hukum". Ustaz mengulas mengenai kenyataan Anwar bahawa pendekatan Islam perlu diambil dengan cara sederhana dan bijaksana (kes JAIS menangkap peserta ratu cantik). Ustaz Ismail Kamus memberi penerangan dan beberapa contoh dan akhirnya membuat kesimpulan "Jadi, tulislah kerajaan cuba hendak 'menghalamkan' (halal tidak, haram pun tidak) kesemua itu (ratu cantik, konsert), bukan cuba hendak mengharamkannya. Biarlah Anwar dengar sikit apa yang saya cakap ini".
b) Ulasan Lutfi Othman pada m/s 83, di bawah tajuk "Dilema Anwar" ekoran isu penangkapan peserta ratu cantik dan kesediaan Anwar bertemu anggota KRU (untuk menenangkan mereka) berhubung konsert KRUMANIA yang diharamkan oleh kerajaan Selangor.
Ini menyerlahkan dilema Anwar sebagai pengganti Mahathir dalam mengendalikan isu-isu berkaitan moral dan agama.
Apakah Anwar tidak malu untuk mengakui masih ramai anak-anak gadis Muslim yang jahil tentang kewajipan menutup aurat dan hinanya menayang tubuh tiga suku bogel dihadapan umum hanya untuk menjadi seorang ratu?
Anwar lebih memikirkan survival politiknya dan mahu dilihat sebagai pemimpin moderat, progresif dan tidak terikat dengan pegangan agama secara melampau.
Mungkin kerana itu Anwar pernah menyifatkan Salman Rusdie sebagai 'profound writer'.
c) Setiausaha PMUM, Nordi Adie menulis pada m/s 54, di bawah tajuk "Hentikan Konsert Melalaikan". Di dalam mana-mana peradapan di dunia ini budaya konsert tidak menepati ciri-ciri masyarakat madani seperti mana yang dilaung-laungkan oleh DSAI, TPM.
vii) Majalah Tamadun Disember 97, antara kandungannya :-
Ulasan Lutfi Othman pada m/s 3, di bawah tajuk "Perlukah DrM Berundur?" ekoran kejatuhan nilai Ringgit dan dalam kegawatan ini media asing galak memberi promosi percuma kepada Anwar dan menyarankan DrM berundur. Jika Anwar mengganti Mahathir, apakah ia mampu menguruskan krisis dan kemelut kewangan walhal prestasi Anwar dibidang ini sentiasa dipertikai? Seperti juga orang Mahathir, mereka yang berada di bawah dagu Anwar, juga dikatakan opurtunis. Tiada idea baru, masing-masing terlalu memikirkan kuasa dan kuasa dan kuasa!
Pada m/s 31, Ann Wan Seng mengulas mengenai kenyataan Anwar berhubung kenaikkan Tol yang tidak membebankan rakyat agak berbelit-belit dan tidak serius.
viii) Majalah Tamadun January 98, antara kandungannya :-
a) ISA mungkin diketatkan lagi? - Jika Anwar menjadi PM. m/s 6-10
- Lim Guan Eng dakwa sikap Anwar berubah, dulu dia minta ISA dimansuhkan. Sekarang hanya mahu kaji dan kaji. Itu saja.
- Normah Alwi (isteri Mat Sabu yang pernah ditahan ISA)"..... kalau perkara ini berlaku pada Siti Hasmah (isteri PM) dan Wan Azizah (isteri Anwar), apa perasaan mereka? Jika Anwar dilantik PM, akta ini pasti tidak dimansuhkan, malah mungkin lebih teruk lagi".
b) Pengaruh Anwar - Kes pemecatan Ketua Pengarang Berita Harian, A.Nazri Abdullah. Saudara Lutfi mengulas "Apakah pengaruh dan peranan yang dimainkan Anwar menyebabkan Zam yang rapat dengan PM begitu mudah disisihkan, hingga penggantinya, Johan Jaafar yang langsung tidak mempunyai pengalaman kewartawanan akhbar, diusulkan sendiri oleh Anwar? m/s 83.
ix) Dunia Islam Jun 92. Sedutan wawancara dengan Datuk Shahrir Abd Samad m/s 27 mengenai kepimpinan UMNO. Menjawab soalan mengenai banyak kumpulan Islam yang menyokong Anwar sekarang di mana dahulu mereka anti UMNO. Datuk Shahrir berkata " Maknanya, bukan menyokong perjuangan, mereka menyokong individu. Dahulu ABIM kata DEB bertentangan dengan Islam, cakap sahaja banyak. Sekarang diamanahkan memimpin, kita lihatlah. ...."
x) Anwar : Menteri Paling Tidak Berkuasa. Majalah Tamadun April 98 m/s 87. Saudara Lutfi mengulas mengenai ucapan Anwar di Forum Universiti Asia-Eropah yang menolak sebarang kongkongan dan peraturan ketat di universiti. Apakah Anwar faham apa yang diperkatakan, sedangkan apabila ia menjadi Menteri Pendidikkan suasana kampus langsung tiada perubahan. Apakah Anwar boleh digolongkan sebagai 'cakap tak serupa bikin, bikin tak serupa cakap'. Mendengar pidato Anwar sejak menerajui ABIM, Ketua Pemuda UMNO hinggalah setakah lagi untuk menjadi tokoh paling berkuasa di M'sia memang menyeronokkan dan suatu bentuk hiburan. Mungkin Anwar mahu terus popular dengan idealisme pegangannya walaupun terpaksa tidak bercakap benar? .... Adalah lebih baik Anwar mengawal lidahnya daripada mengomel yang bukan-bukan.
xi) Majalah Tamadun Oktober 98 m/s 28-32. Soalan yang diajukan kepada Tan Sri A.Samad Ismail, (iaitu selepas Anwar dipecat dari kerajaan)"Anwar kini sangat marah kepada media arus perdana, bahkan mengancam akan memburu pengarang-pengarang yang terlibat dalam konspirasi menjatuhkannya sehingga ke lubang cacing. Apa pendapat Pak Samad". Jawapan Pak Samad ialah "Anwar selama dia berkuasa dalam kerajaan bersama-sama bertangungjawab mewujudkan budaya yang kini menjadi watak media. Agak saya, Anwar terlanjur membuat ancaman itu". Pada m/s 30 - gambar Pak Samad memeluk Anwar semasa dia melawat Anwar di rumahnya.
Kebanyakkan fakta-fakta di atas saya petik dari Majalah Tamadun. Ini ialah kerana ia diterajui oleh saudara Ahmad Lutfi Othman, seorang yang gigih berusaha, yang mana bahan tulisan dan kritikannya (hanya terhadap pemerintah) terhadap isu-isu semasa dianggap bernas yang menjadi bualan masyarakat dan dihebahkan di dalam internet. Majalah ini juga diberitakan pernah terjual melebihi 100,000 naskah sebulan dan tidak pernah timbul fakta-fakta tersebut dipertikaikan atau dicabar di mahkamah. Sebenarnya banyak lagi isu-isu mengenai Datuk Sri Anwar yang terdapat di dalam majalah-majalah dan buku-buku yang lain terutamanya buku-buku politik, termasuk yang dikarang oleh Datuk Sri Anwar sendiri yang saya tidak petik untuk kali ini.
Sekarang cuba kita lihat dan bandingkan sikap dan pandangan PAS terhadap DSAI selepas ia tersingkir dari parti dan kerajaan :-
i) DSAI dianggap sebagai seorang pejuang Islam yang ingin mengIslamkan UMNO dan kerajaan dari dalam.
Tetapi sebelum ini ia dianggap oleh PAS :-
- Cuba 'menghalamkan' ratu cantik yang bepakaian 3/4 bogel
- Cuba 'menghalamkan' konsert yang melalaikan dan penuh maksiat
- Mengagumi tulisan Salman Rusdie yang jelas menghina Islam dan Nabi Muhammad
- Berbaik dengan taukeh judi dan mendapat pembiayaan mereka semasa menjadi Ketua Pemuda UMNO
- Apabila mendapat kuasa sebagai Menteri Kewangan, telah menghalalkan lebih banyak jenis judi,
- Menambahkan lagi judi lumba kuda yang sedia ada
- Menjadikan Genting Highland tempat judi ke 3 terbesar di dunia
- Tindak tanduknya menjadi dilema sebagai pengganti Mahathir didalam menangani isu moral dan agama
- Ia pandai memainkan sentimen agama sesuai dengan tahap pemikiran orang Melayu
- Maklumat salah menyebabkan masyarakat Islam antarabangsa menganggapnya pemimpin Islam yang unggul
- Mat Sabu terpaksa berjumpa pemimpin Islam luar negara dan menerangkan keburukkan Anwar supaya mereka mengenali siapa sebenarnya Anwar
- Anwar disokong oleh Barat kerana cara Islamnya menepati cita rasa Barat untuk menguasai umat Islam sebelah sini
(di dalam ceramah PAS dan tulisan-tulisan di dalam internet, Anwar dianggap sebagai anti ulamak, anti Islam dan murtad kerana menolak hudud)
ii) DSAI seorang yang bersih yang cuba menghalang Mahathir dan kroninya daripada mengaut kekayaan negara untuk diri mereka.
Tetapi sebelum ini ia dianggap oleh PAS :-
- Anwar lebih ganas dari Dr.M dalam gejala nepotisme dan kronisme
- Keluarga Anwar, ayah dan saudaranya menjadi jutawan dengan mendapat saham dan melalui perniagaan yang diragukan keupayaan mereka
- Kawan dan rakannya terkenal dengan skandal pengadaian tanah dan menimbunkan kekayaan
- UIA tercorot di Asia kerana amalan pilih kasihnya dan menjadi tempat kawan-kawannya berlonggok untuk mendapat ijazah
- Sebagai Presiden ia mengongkong UIA lebih dahsyat daripada yang berlaku di universiti-universi ti lain
- Anwar berwajah Firaun, kerana dasar yang digunakan dalam Belanjawan 1994 yang lebih mementingkan gangster ekonomi
- Anwar menguasai media arus perdana dengan pertolongan jutawan Cina untuk mengukuhkan kedudukkannya
- Mengamal pilih kasih dan menyekat peluang orang lain yang dikira tidak secucuk dengannya
- Silap sikit demonstrasi sehingga budak mati kerana demam panas, dikatakan kebuluran ii) DSAI telah dianiaya dan dizalimi kerana menentang Mahathir
Tetapi sebelum ini ia dianggap oleh PAS:-
Anwar adalah anak kesayangan Mahathir sehingga Mahathir sanggup mengenepikan orang-orang lama UMNO untuk menaikkan Anwar
- Mahathir menjadikan Anwar cukup berkuasa apabila melantiknya sebagai Menteri Kewangan disamping TPM
- Anwar dapat pengaruhi Mahathir dalam pemecatan Ketua Pengarang BH dan Zam iaitu orang rapat Mahathir dan melantik orangnya Johan Jaafar yang langsung tiada pengalaman kewartawanan
- Anwar dianggap zalim apabila menggunakan media, politik wang dan saham Petronas untuk menjatuhkan Ghafar Baba
- Anwar campur tangan dalam krisis MARA yang diterajui oleh Tamrin, tetapi pelurunya dituju kepada Ghafar Baba
- Skandal seks DSAI adalah antara konspirasi konco-konco Mahathir untuk menjatuhkannya
Tetapi sebelum ini PAS menganggap:-
- Mahathir cuba menutup skandal timbalannya walaupun mangsa telah membuat lapuran polis
- Dalam siri ceramahnya, PAS mendedahkan skandal ini dan menayangkan salinan surat sumpah orang (Azizan) yang mengaku diliwat oleh Anwar kepada hadirin
- Mendedahkan ada cubaan membunuh orang yang mengaku diliwat oleh Anwar, tetapi media tidak mendedahnya
- Mat Sabu yang pernah berjumpa dengan penulis surat terbuka tersebut (Umi Hafilda), mendedahkan mereka empat keluarga mengakui sungguh-sungguh melihat Anwar masuk ke dalam apartment bersama dengan pasangan tertuduh itu, walaupun tidak menuduh Anwar melakukan apa-apa
- Mengikut Mat Sabu, penulis surat terbuka mengenai skandal ini berada dalam ketakutan kerana masih diugut, diancam oleh pihak tertentu dan tidak berani bertembung dengan orang kerana dikhuatiri akan disiasat oleh polis Cawangan Khas
- Mempertikaikan sikap Anwar yang berdiam diri dan tidak cuba membersihkan namanya
- Ada usaha dari PAS untuk mendedahkan skandal ini kepada umum dengan menerbitkan VCD yang menemubual mereka-mereka yang terlibat dalam salah laku seks Anwar)
iv) DSAI akan diangkat menjadi PM jika pakatan pembangkang yang diterajui PAS menang pilihanraya.
Tetapi sebelum ini PAS menganggap:-
- Keupayaannya untuk mengantikan Mahathir dipertikaikan
- Keupayaannya sebagai Menteri Kewangan dipertikaikan
- Lebih ganas dari Mahathir dengan tindak tanduknya walaupun belum berkuasa penuh
- Takut jika Anwar jadi PM, dan mengharap dan berdoa Mahathir menerajui p/raya bukan Anwar
- PAS lebih selesa jika Mahathir kekal
- ISA, kebebasan dan akta-akta lain mungkin diketatkan lagi jika ia berkuasa penuh
- Cakap tak serupa bikin, bikin tak serupa cakap dalam isu Akta Universiti
- Cakap berbelit-belit mengenai kanaikkan tol
- Anwar budak mentah, cepat naik angin, silap sikit demonstrasi
Apabila Anwar disingkirkan dari parti dan kerajaan, ini bermakna doa PAS sebelum itu telah termakbul dan sebahagian perjuangan PAS telah tercapai, mengapa pula doa dan perjuangan PAS kemudiannya menjadi songsang. PAS bukan sahaja berdoa tetapi berjuang termasuk berdemonstrasi supaya Anwar dapat kembali berkuasa dan seterusnya menjadi Perdana Menteri M'sia.
PAS pernah menganggap, Anwar licik menggunakan agama untuk dilihat mempunyai imej yang bersih dan sebagai pemimpin Islam yang unggul, samada di dalam atau luar negara.
Apakah perubahan mendadak sokongan PAS terhadap Anwar dalam krisisnya dengan Mahathir menunjukkan PAS juga telah terpedaya dengan imej Anwar ini?
Jika PAS tidak terpedaya dan sememangnya Anwar adalah seorang perjuang Islam yang bersih dan unggul yang layak untuk menjadi Perdana Menteri M'sia, ini bermakna tuduhan PAS sebelum ini bahawa Anwar pandai menggunakan agama untuk kepentingannya dan semua tuduhan-tuduhan lain, adalah suatu pembohongan dan fitnah yang besar terhadap Anwar.
Samada PAS terpedaya atau tidak, apakah perjuangan seperti ini boleh dianggap sebagai perjuangan Islam?
Beginikah yang dikatakan 'Kepimpinan Ulamak'? Inikah sifat 'Ulamak Perwaris Nabi'? Bukankah ianya lebih bersifat kufur, fasik, munafik dan zalim?
6.3 Pertembungan antara PAS, DSAI dan DrM
Cuba pula kita lihat dan bandingkan sikap dan pandangan PAS (dan penyokong DSAI selepas ia disingkirkan) terhadap Dr Mahathir.
Dr Mahathir adalah :-
- MahaFiraun (kerana tindakan Mahathir ke atas Anwar yang dianggap Firaun sebelum ini)
- Mahazalim (kerana tindakan Mahathir ke atas Anwar yang dianggap zalim sebelum ini)
- Shit,PM@P*** MAK (kerana tindakan Mahathir mengemut keluar Anwar dari lobang keramat yang mana Anwar pada satu masa dulu dianggap tiada keupayaan untuk menerajui lobang keramat tersebut)
- Melacurkan media (kerana tindakan Mahathir menggugurkan orang Anwar, yang sebelum ini PAS kecam kerana Anwar melantik mereka termasuk yang tiada pengalaman)
- Anti Islam (kerana menolak Hudud, yang mana sebelum ini Anwar juga dianggap anti Islam kerana menolak Hudud)
- Di label sebagai perompak wang negara, kronisme, nepotisme (sebelum ini menganggap Anwar lebih ganas dalam hal ini)
PAS juga :
Berdemonstrasi bersama penyokong Anwar (sebelum itu menganggap Anwar budak mentah, silap sikit demonstrasi)
Bergabung dalam BA untuk jatuhkan Mahathir dan menaikkan Anwar (sebelum itu berdoa supaya Mahathir kekal jadi PM)
Sanggup keluar negara untuk memburukkan Mahathir (sebelum itu keluar negara untuk memburukkan Anwar)
Dari fakta-fakta di atas, PAS seolah-olah tiada prinsip di dalam perjuangannya. Pertembungan dan konflik yang berlaku ini sama dengan apa yang berlaku, apabila Tengku Razaleigh Hamzah tersingkir apabila kalah bertarung dengan Mahathir, dan PAS telah bergabung dengan S46 dan cukup yakin APU akan menang dengan bantuan DAP dalam p/raya 1990 dan Ku Li akan diangkat menjadi Perdana Menteri M'sia ke-5?
Dan perkara yang sama berulang apabila Anwar dicerca dan dimusuhi sebegitu rupa oleh PAS semasa ia di dalam kerajaan tetapi orang yang sama dipuji dan disanjung setelah ia tersingkir. Kali ini dalam p/raya 1999, PAS termasuk DAP cukup yakin Barisan Alternatif akan menang dan seterusnya mengangkat Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri M'sia ke-5.
Apakah ini berdasarkan perjuangan yang berlandaskan Al-Quran dan Sunnah atau untuk mendapatkan kuasa dengan cara menggelar, mencerca dan menfitnah seteru politik?
Anwar menjadi mangsa apabila ia menjadi cukup berkuasa di dalam kerajaan dan dilihat bakal mengisi kerusi PM, apabila Anwar tersingkir, gelaran, cercaan dan fitnah dilemparkan pula kepada Mahathir, apabila Mahathir berundur mungkinkah perjuangan yang dianggap berlandaskan Al-Quran dan Sunnah ini akan diteruskan dengan segala gelaran, cercaan dan fitnah akan dilemparkan pula kepada penggantinya?
Pertembungan dan konflik yang berlaku di dalam politik orang Melayu khususnya adalah disebabkan oleh sikap dan perbuatan ulamak, pemimpin dan cendekiawan kita sendiri. Mereka yang memilih dan bertangungjawab ke atas apa yang berlaku, yang lebih banyak membawa keburukkan dan kerosakkan bukan sahaja kepada negara tetapi juga pemikiran masyarakat.
Nukilan
Muhamaad Shuhmy
Isnin, 25 Jun 2012
Pinjam Saja Tau, Bayar balik Tak Nak – realiti kufur nikmat.
Fakta #1.
Tentang Finland.
Pembangkang menjadikan pendidikan percuma sebagai isu politik demi untuk meraih undi di PRU kelak. Mereka mengambil Finland sebagai contoh dan beberapa negara lain yang memberi pendidikan percuma kepada rakyatnya bagi meyakinkan tentang pendidikan percuma. Yang jelas, pembangkang menyembunyi fakta tentang negara yang memberi pendidikan percuma daripada umum.
Adalah tidak mustahil untuk memberi pendidikan percuma tetapi someone has got to pay for it!!!! Pembiayaan pendidikan percuma terpaksa ditanggung oleh rakyat Finland dengan membayar cukai yang tinggi dan negara Finland adalah negara yang ke 9 paling tinggi mengenakan cukai.
http://www.malaysiandigest.com/features/56162-10-countries-with-the-highest-taxes-2012-2013.html
Rakyat Finland dikenakan cukai pendapatan sebanyak 49.2%, cukai VAT sehingga 23% ke atas semua barang malah cukai perbandaran sehingga 21%. Segala-galanya di Finland dikenakan cukai!! Ini tidak menghairankan kerana inilah satu-satu caranya bagi memperoleh pendapatan negara namun yang umum tidak sedari ialah yang dikenakan cukai tidak lain dan tidak bukan ialah ibu bapa penuntut-penuntut pengajian sendiri!! Malahan, Finland mencadangkan kenaikan cukai bagi menampung belanjawan negara.
Ini tak ubah seperti mengambil dari poket kiri dan memasuk ke poket kanan… yang membayar pendidikan ialah ibu bapa pelajar itu juga!!
Fakta #2
Protes terhadap pembiayaaan pinjaman pengajian tinggi oleh kerajaan kebanyakannya datang dari kaum Melayu. Mereka tidak sedar bahawa pendidikan di negara sebenar-benarnya adalah percuma. Apa yang pelajar pengajian tinggi perlu buat ialah mendapat keputusan yang cemerlang kelas pertama. Apa yang susah sangat!!!
Kalau 8,000 penuntut berbangsa Cina yang mengambil pinjaman pendidikan dari PTPTN lalu berusaha dan berjaya memperoleh kepujian Kelas Pertama Ijazah Sarjana Muda lalu pinjaman mereka itu tadi telah dikecualikan bayaran balik!!! Kerajaan telah berlaku adil dalam mengagih bantuan. Pelajar Melayu??? Hanya 2,000 lebih sahaja yang mendapat pengecualian bayar balik pinjaman.
Bukankah ibu bapa pelajar Melayu yang sepatutnya membantah sikap anak-anak mereka yang sambil lewa tidak mengambil peluang memperoleh pengajian percuma.? Tak memadai menyalah pihak yang telah pun membantu bagi meringankan beban kos melanjutkan pengajian ke peringkat tinggi.
Pengecualian bayar balik pinjaman pengajian adalah motivasi kerajaan kepada penuntut bagi memperoleh kepujian Kelas Pertama.Yang jelasnya ialah jumlah pelajar Melayu yang cemerlang masih rendah berbanding anak kaum Cina.
Maka adalah menghairankan jika anak-anak serta ibu bapa Melayu yang menentang pembiayaan pinjaman pengajian tinggi.
Fakta #3.
Ramai yang tidak sedar bahawa dahulu, jumlah penuntut Melayu di pengajian tinggi begitu kurang malah boleh dibilang jari jumlah mereka. Antara sebabnya ialah faktor kewangan. Dahulu, jika anak-anak mereka mendapat tempat di pengajian tinggi belum tentu mereka mampu menyambung pengajian disebabkan ibu bapa tiada kemampuan kewangan. Ibu bapa tiada tempat untuk mendapat bantuan kewangan selain dari menjual tanah, meminjam atau menjual barang kemas yang ada… itu pun kalau ada. Ibu bapa Melayu atau India sekali pun bukanlah dikedudukan ekonomi yang selesa berbanding kaum lain. Mendapat tempat di pengajian tinggi telah pun sukar apatah lagi nak membiayainya.
PTPTN diwujud bagi merealisasi impian ibu bapa serta pelajar menyambung pengajian di peringkat tinggi. Peluang untuk membina masa depan yang cerah serta memenuhi satu-satunya impian ibu bapa untuk melihat anak-anak mereka menjejak kaki di pengajian tinggi telah dimudahkan melalui PTPTN.
Kemudahan pinjaman pengajian disediakan untuk mereka tak kira apa juga kedudukan status ekonominya. Kerana itulah kita dapati jumlah pelajar Melayu serta bangsa lain yang kurang kemampuan kewangan semakin bertambah di pengajian tinggi.
Ikuti sambungan Pinjam Tau PulangTak Nak.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
BNYV
Menurut beliau peranan golongan berkenaan cukup penting sebagai pemimpin masa depan dalam menentukan hala tuju dan kemakmuran di negara ini terus dipertahakan agar negara terus cemerlang.
"Dalam keadaan hari ini, peranan orang muda cukup penting…Kalau sayangkan negara kita marilah kita sama-sama bersatu dengan satu semangat dan tekad untuk mempertahkan negara kita.
"Pembangkang boleh cakap apa sahaja pasal kerajaan..pasal parti dan tuduh macam-macam..Inilah masanya untuk golongan muda bersama-sama emabntu kita memulihkan imej yang ditohmah itu," katanya.
Beliau seterusnya berkata parti mengalu-alukan penyertaan golongan berkenaan termasuklah dari kalangan lapangan pelbagai bidang kerana apa yang penting adalah untuk meamastikan kelangsungan parti terus cemerlang.
"Syabas dan tahniah kepada mereka yang menyertai program ini dan saya melihat ianya adalah satu tindakan yang baik dan kepimpinan parti bersedia menerima apa jua pandangan yang diutarakan kelak. Kita bersikap terbuka," katanya.
Beliau berkata demikian pada majlis sehari Bengkel Sukarelawan Pemuda BN yang melibatkan lebih 300 peserta kumpulan perantis pertama Sukaralelawan Pemuda BN atau BNYV yang diadakan di PWTC, di sini, hari ini.
Turut serta Pengerusi Pemuda BN, Khairy Jamaluddin, Timbalannya, Datuk Razali Ibrahim serta pimpinan Pemuda parti komponen BN yang lain.
Pada majlis penuh santai itu Tengku Adnan yang juga Setiausaha Agung UMNO turut berkongsi beberapa perkara lain yang melibatkan parti dan kerajaan serta pelbagai isu semasa lain.
Pengerusi Pemuda BN, Khairy Jamaluddin pada sidang media sejurus berakhirnya bengkel tersebut berkata BNYV merupakan medan serta plaftorm kepada orang muda untuk bersama dengan BN.
"Kita percaya ramai anak muda di luar sana yang tidak minat kepada politik dan sebaganya tetapi ingin menyumbang dan membantu BN, namun tidak ada medan yang sesuai. Jadi inilah yang saya rasakan medan yang sesuai untuk mereka iaitu BNYV.
"Jika sebelum ini kita menggunakan saluran rasmi atau secara formal tetapi dengan adanya BNYV ini ianya adalah pilihan terbaik untuk golongan berkenaan. Dan saya percaya mereka ini dapat memainkan peranan untuk menarik rakan sebaya mereka yang lain bersama dengan kita.
"Dan ramai diluar sana yang berminat dengan program ini…Kita percaya jika kumpulan pertama hari ini yang merupakan kumpulan perantis disertai oleh kira-kira hampir 400, selepas ini tentunya akan lebih lagi," katanya.
Pada masa yang sama Khairy yang juga Ketua Pemuda UMNO menegaskan BNYV bukannya untuk menggantikan jentera parti itu yang sedia ada di akar umbi seluruh negara sebaliknya BNYV adalah jentera tambahan.
"Ingin saya tegaskan BNYV ini bukannya untuk gantikan jentera tradisi kita. Ini adalah jentera tambahan yang mana jentera tambahan ini tidak ada politik langsung tetapi minat kepada BN.
"Dan pendaftaran BNYV ini sentiasa terbuka….tidak ada tarikh tutup dan penyertaannya adalah sepanjang masa dan mereka yang berminat amat kita alu-alukan," katanya.
Bagi mereka yang berminat boleh mengikutinya menerusi http:www.facebook.combnyv2012 atau twitter @BNYV2012 atau emel pertanyaan anda di bnyv.workshop@gmail.com <mailto:bnyv.workshop@gmail.com> .
Untuk pertanyaan lanjut boleh juga menghubungi Unit Komunikasi Sukarelawan Pemuda BN, Loganesh Sivabalan, Tel : 010-210 8897 atau Ainul Aizat Ishak, Tel : 012 393 8884
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.