Jumaat, 20 September 2013

UMNO : Perlukah road tour untuk calon bertanding?

Hari ini seperti lazimnya calon-calon yang bertanding pada pemilihan 4 peringkat akan membuat kempen atau road tour sebanyak mungkin.

Tujuan road tour ialah untuk memperkenalkan diri kepada peringkat bahagian-bahagian seluruh negara kecuali Sarawak. Ini bagi pertandingan peringkat MT dan Exco peringkat pemuda, puteri dan wanita.

Bagi mereka yang berjawatan menteri pun terpaksa turun untuk bertemu perwakilan cawangan ke bahagian. Jika dahulu hanya perlu berjumpa G7 tetapi kini ruangnya semakin besar. Jika satu bahagian ada 100 cawangan mungkin perwakilan yang akan bersidang akan mencecah 1 atau 2 ribu orang. Mampukah calon bertemu mereka?

Bagi peringkat pemuda, puteri jumlah kecil tetapi kena jumpa semua, tak jumpa maka tak dapat undi. Ini budaya yang diamalkan sejak dahulu.

Mereka yang sudah ada nama seperti Najib, Muhyiddin, Hishamuddin, Zahid, Mukhriz dan ramai lagi tak perlu berkempen teruk sangat sebab bila mereka buka mulut untuk bertanding, surat khabar radio dan televisyen sudah siap untuk menyebarkan berita, tetapi jika setakat wakil rakyat atau adun biasa orang pun tak kenal. Lain lah pula dengan Tun Faisal, Fathul Bari, Aziz Desa yang bukan wakil rakyat, tetapi ramai yang mengenai mereka kerana sering muncul di tv

Turun ke bahagian-bahagian dan mengadakan perjumpaan di hotel dan berbelanja makan malam kepada pengundi boleh disalah tafsirkan oleh pihak jawatan kuasa disiplin parti, takut pula tiba-tiba jawatan kuasa tiba-tiba mengumumkan si polan bin si polan gugur atau hilang kelayakan untuk bertanding kerana kesalahan menyogok atau merasuah pengundi. Jadi seperti tahun 2009 di mana ada orang hilang hak untuk bertanding.
Oleh itu TM mencadangkan supaya Dato Raof Yusof SUK dapat membuat satu garis panduan tatacara berkempen untuk mereka yang bertanding, langgar tatacara barulah dikenakan hukuman.

TM juga mencadangkan agar Umno Online menyediakan laman khas untuk calon-calon berkempen secara online dengan rakaman video semua calon atau profil calon semua peringkat yang akan bertanding. Jadi calon tak perlu turun ke padang untuk berkempen.
Fikirkan lah jika asyik turun berkempen siang malam, ia akan menjejaskan banyak perkara, pertamanya ialah kesihatan, kerja terabai, wang ringgit yang besar. Ia tidak menjadi masalah jika calon seorang usahawan koperat yang bertaraf jutawan atau anak jutawan, bagaimana pula jika seorang guru DGA 44 yang akan bertanding Exco pemuda atau puteri, mana dia nak cekau duit nak berkempen sampai ke Sabah? Mana ada masa dia nak berkempen, sedangkan tugas hakikinya di sekolah atau di kolej?

Pemilihan kali ini juga menyebabkan borang pertandingan perlu dicetak dalam jumlah banyak atau senang cakap infiniti. Ini pun dilihat kurang tepat dan menyusahkan.
Ia lebih mudah dan menjimatkan kos sekiranya borang di muat turun sahaja secara online dan borang yang siap hanya perlu diemail sahaja. Lihat betapa susahnya Jamawi Jaafar terpaksa turun ke KL dari Sabah semata-mata untuk mendapatkan borang dan terpaksa menyiapkan borang pada hari yang sama bagi menjimatkan masa. Apabila buat secara online maka mesti ada prasyarat jika tidak akan ada yang main-main. Syarat yang dicadangkan ialah calon perlu meletakkan deposit dan wang akan di kembalikan setelah selesai pemilihan. Ini bagi mengelakkan ahli yang saja gatal tangan isi borang saja-saja seronok nak cabar Presiden, Timbalan Presiden nampaknya sudah ada lawan.
Bersambung.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.









Tiada ulasan:

Catat Ulasan