Rabu, 4 September 2013

Pindaaan Akta Jenayah 1959: Pengumuman Yang Dinanti-nanti

Kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi untuk meminda Akta Pencegahan Jenayah (PCA) 1959 disambut rakyat dengan keluhan kelegaan. Deraf akta tersebut kini sedang dirangka bagi memberi kuasa yang lebih menyeluruh kepada pihak polis dalam aspek pencegahan jenayah.

Semenjak penghapusan Akta Pencegahan, rakyat hidup dalam keresahan dan kebimbangan lantaran peningkatan kadar jenayah di seluruh pelusuk negara, terutama sekali jenayah pembunuhan.

Walaupun ia dilihat sebagai pembunuhan terancang iaitu antara kumpulan kongsi gelap, namun ia tidak mampu menenangkan rakyat. Rata-rata masyarakat berada dalam keadaan takut setelah menyedari bahawa kongsi-kongsi gelap berada di mana-mana saja di kalangan rakyat biasa.

Justeru, masyarakat amat berterima kasih kepada Datuk Seri Zahid yang telah memperlihatkan kesedaran, keprihatinan dan komitmen yang tinggi untuk membanteras jenayah serta membendung kegiatan kongsi-kongsi gelap. Ketegasan beliau mendapat pujian ramai sekali gus membentuk persepsi positif terhadap kerajaan.

Dan hari ini, pengumuman beliau mengenai deraf pindaan Akta Pencegahan ini telah meningkatkan keyakinan rakyat terhadap kerajaan.

Harapan rakyat agar kerajaan mengabaikan sahaja suara-suara sumbang pembangkang yang pastinya menentang kenyataan Datuk Seri Zahid.

Apa yang kita lihat ialah, pembangkang mengalu-alukan peningkatan kadar jenayah kerana ia memberi mereka peluru untuk memburuk-burukkan kerajaan. Ini terbukti apabila beberapa pemimpin pembangkang tampil secara nyata untuk membela penjenayah serta mempersoalkan tindakan tegas pihak polis.

Jelas, pembangkang sedikit pun tidak peduli akan nasib rakyat asalkan mendapat sedikit keuntungan politik.

Akibatnya, kini rakyat sudah semakin sedar akan niat jahat pembangkang yang mendesak penghapusan Akta-akta Pencegahan dan ISA suatu ketika dahulu. Rakyat sudah membuka mata bahawa desakan pembangkang itu tidak membawa kebaikan kepada sesiapa, malah membawa mudarat yang besar.

Dengan itu, rakyat menyokong sepenuhnya Datuk Seri Zahid untuk merangka pindaan Akta Pencegahan Jenayah yang memberi lebih kuasa yang lebih menyeluruh kepada PDRM untuk membendung dan membanteras jenayah.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan