Selasa, 27 Ogos 2013

Pemilihan Pemuda Umno Bukit Gantang Pun Tak Kurang Hebatnya

Saudara Ten atau nama penuhnya Shamsul bin Alias tidak lagi mempertahankan jawatannya sebagai Ketua Pemuda kerana faktor usia.

Kini terdapat dua nama yang disebut-sebut untuk merebut jawatan tersebut. Mereka ialah Saudara Ahmad Kamil bin Arshad (38) dan seorang lagi ialah Saudara Hazrul Afendy bin Rozali (38).

Ahmad Kamil ketika ini merupakan Ketua Penerangan Pemuda Umno Bahagian manakala Hazrul Razali adalah AJK Bahagian.

Hazrul pada tahun 2009 pernah bertanding jawatan Ketua Pemuda tetapi kalah kepada Saudara Ten.

Hazrul adalah AJK Umno Bahagian secara lantikan.

Ten berharap agar pemuda bertanding secara sihat, secara adik beradik.

Dengan cara itu pemuda akan dapat meyatukan tenaga demi kelangsungan politik alaf baru untuk mempertahankan maruah negara daripada ancaman musuh yang dilihat semakin berani mencabar kedaulatan negara.

Kepada anak mudalah kita bersandarkan harapan yang tinggi untuk mengekal pentadbiran dan keharmonian negara.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan