Khamis, 29 Ogos 2013

Jerubu datang lagi

Bandar Taiping dan kawasan sekitar sudah seminggu dilanda jerubu.

Indikator yang menunjukkan jerubu ialah Bukit Larut.

Sekiranya Banjaran Bintang tersebut kelihatan bersih bermakna kadar pencemaran udara berada ditahap minimum.

Seandai banjaran tersebut tidak kelihatan dan kabur bermakna tahap pencemaran amat tinggi.

Pun begitu dalam berita tidak ada pula berita yang menyatakan jerubu sedangkan doktor perubatan sendiri mengakui bahawa Taiping dilanda jerubu.

Apakah Jabatan Alam Sekitar yang berpejabat di Taiping masih tidak menyedarinya?

Dengan artikel pendek ini, diharapkan JAS dan Jabatan Kaji Cuaca dapat menyediakan laporan.

Jangan tunggu sampai mudarat baru nak bertindak.

Seperkara lagi yang TM lihat ialah hobi membakar sampah dan rumput oleh penduduk setempat.

Apabila cuaca panas dan kering, ketika itulah mereka gemar membuat pembakaran terbuka.

Taiping juga terdapat kilang-kilang yang gemar melepaskan asap hitam pada waktu malam.

Biasanya selepas jam 10.00 malam kawasan Ayer Puteh, Kamunting membawa ke Taman Lela, asap tebal, hitam dan berbau akan kelihatan.

Untuk melihat asap tersebut dengan jelas, apa yang perlu dilakukan ialah dengan melihat lampu jalan.

Jika berlaku asap hitam, kepulannya akan jelas kelihatan di keliling lampu jalan yang berwarna kuning itu.

Sekian
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan