Sabtu, 13 Julai 2013

PRK Kuala Besut: Jangan Terkejut Selepas Bangladesh Timbul Pula Pengundi Siam

Jika pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 rakyat dimomokkan dengan cerita pengundi hantu berketurunan Bangladesh yang sehingga kini tiada kesahihannya, maka tidak mustahil pembangkang akan mula meracuni pengundi di Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Besut akan wujudnya pengundi hantu berketurunan Siam pula.

Ketua UMNO Bahagian Kuala Terengganu, Datuk Wan Ahmad Farid Datuk Wan Salleh berkata, beliau tidak menafikan bahawa telah kedengaran desas-desus kononnya terdapat mengundi Siam bakal mengundi di PRK kelak.

"Ini memang telah menjadi alasan lazim pembangkang bila mereka rasa akan kalah atau membuat persediaan sekiranya kalah. Sepatutnya mereka kena buktikan sekarang siapa daripada daftar pemilih yang dikatakan orang tidak layak mengundi atau pengundi hantu.

"Bukan sebar fitnah dan kemudiannya apabila mereka kalah mereka akan mainkan isu ini sama seperti apa yang terjadi pada PRU-13. Mereka buat perhimpunan haram 505 kononnya PRU tidak telus dan terdapat pengundi Bangladesh tetapi sehingga kini mereka tidak mampu membuktikan dakwaan tersebut," ujarnya kepada UMNO-Online.

Walau apapun ujar Ahmad Farid, beliau yakin bahawa pengundi di di Kuala Besut akan membuat pilihan tepat dan mengulangi keyakinan mereka terhadap BN sepertimana yang mereka terjemahkan di peti undi semasa PRU-13 yang lalu.

Tambah beliau lagi, pengundi Kuala Besut bukanlah objek yang boleh pembangkang 'gula-gulakan' kerana mereka sentiasa yakin dengan kredibiliti BN sepanjang memerintah Negara ini.

"Saya penuh yakin bahawa BN akan mampu mengekalkan kerusi di DUN Kuala Besut ini. Walaupun pembangkang akan cuba pelbagai taktik untuk meracuni fikiran pengundi di sini namun saya percaya kepada para pengundi Kuala Besut yang matang dan mampu menilai kebenaran," ujarnya lagi.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan