Jumaat, 19 Julai 2013

Persidangan tahunan Umno selepas Eidul Fitri

IPOH, 18 Julai – Kebanyakan cawangan Umno di Perak memilih untuk mengadakan mesyuarat tahunan masing-masing selepas sambutan Aidilfitri, kata Pengerusi Badan Perhubungan Negeri Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Zambry yang juga menteri besar berkata cawangan boleh memilih mana-mana tarikh antara 15 Julai sehingga 30 Ogos bagi mengadakan mesyuarat mereka.

"Ia bergantung kepada kesediaan mereka. Semua cawangan Umno di Perak layak untuk mengadakan mesyuarat masing-masing dan tiada sebarang masalah," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco kerajaan negeri di sini hari ini.

Umno mempunyai sebanyak 1,720 cawangan di Perak dan mesyuarat kali ini akan menyaksikan pemilihan anggota jawatankuasa peringkat cawangan masing-masing.

Mesyuarat kali ini akan berlangsung dengan beberapa penambahbaikan termasuk pelantikan pengerusi jawatankuasa pemilihan daripada cawangan lain.

Selain itu, Umno turut menggalakkan pemberitahuan mesyuarat menerusi media sosial termasuk khidmat pesanan ringkas, Twiter, Facebook dan laman sesawang serta kain rentang.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan