Isnin, 1 Julai 2013

Pembangkang perlu beri BN menang percuma di Kuala Besut.

Parti pembangkang tidak perlu bersusah payah untuk bertanding, beri sahaja kemenangan percuma kepada BN.

Sporting lah sikit seperti perlawanan bola sepak dimana berlaku kecedaran dan bola di buang keluar padang atau diberikan kepada penjaga gol.

Start game baru secara gentleman, jimat wang, jimat masa dan jimat tenaga.

Sewaktu penamaan calon nanti biarlah BN seorang saja yang datang, calon bebas pun kita tak mahu.

Buat masa ini pun BN kelebihan satu kerusi speaker menghalang Pas memerintah negeri ini walau pun ditakdir parti itu menang.

BN mempunyai kedudukan 18 kerusi termasuk satu kerusi speaker, manakala pembangkang 15 kerusi dan kalau mereka menang PRK kali ini, kedudukan masih 16-17.

"Sekiranya pembangkang menangpun ia tidak memberi apa-apa keuntungan kepada mereka tetapi akan menyulitkan pembangkang.

Justeru, rakyat Malaysia mengharapkan tiada pertandingan di Kuala Besut.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan