Rabu, 26 Jun 2013

Institut Budaya Baru

Pada Sabtu lepas TM berkesempatan menghadirkan diri dalam satu program di bukit Kemensah yang terletak beberapa kilometer dari Zoo Negara dan kawasan petempatan mewah Kemensah Height.

Kedatangan TM disambut dengan cuaca panas dan jerubu. Walaupun ia tidak seindah ILMU di Janda Baik tetapi pembinaannya sangat mengkagumkan. Ini pertama kali TM sampai di sana. Sebelum-sebelum ini hanya setakat Kemensah Height sahaja.

TM percaya sewaktu PRU 13 yang lalu institut ini mungkin digunakan semakasimum oleh Umno Selangor. Jika tidak sia-sia lah ia dibangunkan dengan begitu rupa.

TM juga ingin mencadangkan supaya Umno Perak dapat membangunkan institut serupa dan sama seperti apa yang ada di sana.

Difahamkan institut tersebut terlepas daripada gangguan dan tuntutan pembangkang. Terima kasih kepada mantan MB Selangor ( Khir Toyo) yang berpandangan jauh dalam membangunkan Selangor.

Satu lagi usaha beliau ialah membangunkan Petaling Jaya Utara sebagai Zon Internasional. Kini Damansara Perdana, Kota Damansara, Damansara Damai menjadi tumpuan baru.

TM masih ingat awal tahun 2000 semasa TM membeli sebuah rumah di sana ketika itu ia bolehlah disamakan seperti bandar hantu atau tempat jin bertendang. Kini sesak dan sibuk.

Sebut tentang Khir, teringat pula kes banglo beliau yang menyebabkan beliau dijatuhkan hukuman penjara 2 tahun atas kesalahan memiliki banglo mewah.

Setahu TM, Khir Toyo telah berunding untuk memiliki hartanah tersebut sebelum menjawat jawatan MB lagi tetapi rundingan berlarutan begitu lama dan akhirnya menjadi milik beliau dengan kos yang dipersetujui oleh pembeli dan penjual.

Kerana satu laporan SPRM oleh Jawa Cina Dap, Khir Toyo didapati bersalah. Bagaimana pula dengan rumah Anwar di Bukit Segambut, rumah ahli-ahli dan bekas Pkr?

Di kawasan mewah Kuala Lumpur banyak rumah agam hendaklah dibina dengan kos bermula RM 7 juta ke atas.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan