Rabu, 26 Jun 2013

Cara mengerjakan Solat Sunat Istisqa

Solat Sunat Istisqa (Minta Hujan) adalah solat sunat yang dikerjakan untuk memohon hujan. Tiga hari sebelum solat istisqa' segenap penduduk diwajarkan berpuasa dan meninggalkan segala kezaliman serta dianjurkan beramal soleh.

Pada hari keempat semua penduduk termasuk yang lemah akan pergi ke tempat yang lapang dengan berpakaian sederhana dan tanpa wangi-wangian untuk solat istisqa'. Solat ini juga diiringi dengan dua khutbah selepas solat.

Pada khutbah pertama hendaklah membaca istighfar 9 kali dan pada khutbah kedua 7 kali.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan