Selasa, 7 Mei 2013

Rapatkan saf, kuatkan barisan Tolak Dap dan Anwar

Terdapat suara2 kedengaran yang meminta agar datuk najib mengundurkan diri selepas keputusan PRU 13 diumumkan.

Sebelum parlimen dibubarkan kita semua sedia maklum bahawa PRU 13 adalah PRU yang paling mencabar dan penentu hidup mati BN.

Allhamdullilah, walaupun dalam keadaan pedih dan perit akhirnya kita berjaya membentuk kerajaan.

Perlu diingat Datuk Najib mengambil tampuk pemerintahan drp Pak Lah tahun 2009 dlm keadaan tempang ekoran kekalahan teruk PRU 2008.

Cuba kita lihat di kem pembangkang, adakah mereka meminta Anwar meletak jawatan atau berundur ekoran kegagalan mereka menawan Malaysia.

Tidak kan ?

Malah DAP yang mencatatkan kemenangan paling tinggi drp PKR dan Pas terus memberi kepercayaan kepada Anwar untuk menjadi ketua pembangkang,

Kita pula yang menang dan berjaya bentuk kerajaan sibuk nak minta Datuk Najib letak jawatan. Sepatutnya kita makin rapatkan saf untuk bersatu menentang mereka.

Kalau Datuk Najib letak jawatan maka mereka berjayalah. Mereka berjaya menjatuhkan 2 PM daripada Umno dlm dua pilihan raya berturut2. Mana maruah kita beb ?

Rapatkan saf, kuatkan barisan....

Sekian
Rbf Online
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan