Khamis, 30 Mei 2013

Bila Tun Daim bersuara, ramai yang terasa

Tun Daim baru-baru ini telah mengeluarkan pandangan beliau terhadap cara berkempen Umno.

Kata-kata beliau ada lah kata-kata orang lama yang banyak pengalaman. Anwar pun kalah dan takut dengan Tun Daim.

Ada orang bertanya, kenapa dulu tak cakap dan selepas PRU baru nak cakap?

Betul juga ya!

Tapi dulu mungkin ada orang anggap siapa Tun untuk bercakap dan bagi pandangan, zaman Tun sudah berlalu.

Nampaknya bukan Tun Daim sahaja yang bersuara, ramai lagi telah mula bercakap. Wakil rakyat yang menang pun ramai yang bagi nasihat. Yang kalah disuruh bertenang dan muhasabah diri.

Orang main catur pun masa sedang berlawan dia tak akan bising pasal silap jalan, bila dan habis lawan baru dia cakap tang mana kesilapan tadi.

Catur dan politik sama sahaja. So anggaplah teguran Tun Daim sebagai teguran membina ambil sebagai satu perkara yang positif bukan negatif.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan