Isnin, 6 Mei 2013

Bila BN Perah menang 31 kerusi

Suasana cemas berlaku di Perak, lamabat keluar keputusan.

Di Taiping dan Bukit Gantang pun lambat keluar.

Pas Taiping melompat gembira di luar dewan MPT apabila semua calon Dap menang. Walaupun Pas Kamunting gagal menewaskan calon BN, Pas tetap bergembira malam tadi. Suasana tegang juga berlaku di Dewan Bunga Raya Changkat Jering, kerana ramai penyokong Pas berhimpin sehingga mengganggu kenderaan atau konvoi yang membawa peti undi untuk dikumpulkan di sana.

Suasan cemas juga berlaku di Kediaman Menteri Besar. Pihak media juga cemas terutama media dari akhbar melayu, media cina dilihat tidak sabar untuk menyambut berita kemenangan Dap.

Cuma dalam suasana tenang itu adalah dua tiga ekor yang akhirnya terjerit-jerit bila keputusan memihak kepada BN.

Apakah mereka seronok kerana boleh berada di SUK lagi, apa mereka seronok kontrak mereka disambung lagi, apa merekaa seronok kerana kejayaan BN, apakah mereka berkata kejayaan BN adalah hasil usaha mereka?

Jika itu jawapannya ternyata mereka silap. Perak gagal menang 2/3 dan mereka jangan bangga lah dengan 31 kerusi.

Seluruh ahli Umno yang setia masih bersedih dengan keputusan malam tadi, bagaimana mereka boleh selamba badak seronok bagai nak rak?

Sudah lah, War Room Perak sebenarnya gagal.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan