Khamis, 9 Mei 2013

Barrack Obama pun ucap tahniah kepada Najib

Dalam satu kenyataan dari White House, Presiden Barack Obama mengucapkan tahniah kepada PM Najib kerana berjaya mengekalkan tampuk kepimpinan selepas PRU13.

Ucapan tersebut disampaikan menerusi Setiausaha Media White House, Washington DC.

Beliau juga mengucapkan tahniah kepada rakyat Malaysia kerana hampir 80% jumlah pengundi telah membuang undi.

Amerika Syarikat terus memberikan sokongan dan akan mengekalkan kerjasama dan hubungan diplomatik yang baik bersama Malaysia.

Hairan kenapa Anwar tidak mahu menerima kekalahan pembangkang?

Lim Guan Eng pun menerima keputusan PRU 13 dan sudah pun menerima perlantikan daripada Gabenor kira sudah muktamad lah.

Tantawi 100 atau Ustaz Nasrudin Hassan pun menerima keputusan PRU 13 dan Tantawi sendiri tidak menyokong tindakan Anwar. Tantawi malam tadi mengadakan majlis agama di tempatnya.

Kerajaan Selangor pun sudah bersetuju dengan keputusan rakyat dan bersiap sedia untuk menerima Menteri Besar, lama atau baru itu hak mereka.

Jelas menunjukkan yang tidak berpuas hati ialah hanya segelintir sahaja dan mereka inilah yang berhimpun malam tadi di dalam stadium kecil yang hanya mampun mengisi 25 ribu orang sahaja.

Pun begitu menurut Malaysiakini menyatakan 120 ribu kehadiran. Wah hebat! Bagaimana dengan tempat letak kereta? Mencukupi?

Jika 120 ribu berhimpit dalam stadium yang kecil sudah tentu ada yang kepanasan dan sesak nafas. Mungkin ada yang meninggal dunia juga.

Anwar dan sebahagian besar pemimpin chauvinist Dap tidak berpuas hati dengan kekalahan mereka.

Walaupun parti keadilan rakyat sudah ruyup dan kehabisan atau ketandusan ahli, Pkr tetap menang dengan bantuan Pas dan Dap.

Pas yang kemaruk untuk menawan Putrajaya ternyata kalah teruk berbanding 2008 . Di Perak Pas masih mengharapkan Dap dan Pkr menang bagi membolehkan wakil Pas mencalonkan orang mereka Nizar Jamaluddin menjadi MB kali kedua.

Pun begitu, segala yang direncanakan oleh Anwar dan Pas Perak tidak diizinkan Allah SWT.

Full stop

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan