Ahad, 14 April 2013

Pas Taiping Memberhalakan YDP mereka

Satu ketika pada tahun lepas sebelum Masjid Daerah Taiping diharamkan ceramah dan tazkirah Politik Pas, seorang guru agama yang dibayar elaun untuk mengajar agama telah menyampaikan ceramah politik dan menuduh Perdana Menteri Dato Seri Najib sedang memberhalakan 1 Malaysia.

" Lambang 1 Malaysia ada di dinding-dinding sekolah dan bangunan. Ada pada tiang-tiang elektrik dan telefon, sampai ke baju dan seluar pun diberhalakan dengan 1 Malaysia" kata ustaz yang makan gaji tetapi pro Pas.

Allah maha kaya dan maha besar, malam ini Pas Taiping pula memberhalakan YDP Pas Fakharudin yang bakal menjadi calon Dun Kamunting.

Sebentar tadi kumpulan anak muda yang berjaya ditarbiahkan oleh Fakharudin bersusah payah memberhalakan calon mereka disebatang pokok yang menjadi tempat bergayut langsuyor tahun 60an dan 70an dahulu.

Sekarang ustaz Pas mungkin tidak akan melabelkan lagi Najib akan memberhalakan 1 Malaysia kerana malu sendiri.

Lebih signifiken lagi ialah dana membina berhala adalah hasil dari derma jihad dan derma Dap.

Kumpulan penyokong Fakharudin ialah golongan muda yang serabut kepala dan pro Syiah.

Dahulu Fakharudin menjadikan pejabat Hj Ismail kontraktor sampah MPT sebagai pusat utama atau bilik gerakan Pas Taiping.

Tetapi setelah menyedari kesilapan dan menerima ugutan bahawa golongan wasatiah Pas tidak suka dengan Hj Ismail kerana pro Syiah, menyebabkan Fakharudin menarik balik tauliah dan menurunkan semua lambang parti di pejabat Syiah itu dan beliau menjadikan rumah beliau di Lorong 3 kampung Jana sebagai markaz utama jentera pilihanraya beliau.

Namum golongan tua masih tidak menyokong beliau, ada yang menyatakan Fakharudin juga penyokong Syiah kerana mahukan undi golongan tersebut.

Tak cukup dengan itu Fakharudin juga cuba menempek di tanah kosong sebelah pusat tarbiah Ustaz Zaki. Dengar cerita Ustaz Zaki pun tak setuju dengan campur tangan Syiah dalam Pas.

Mat Sabu orang kuat Syiah juga pernah mengingatkan Pas Taiping supaya berwaspada dengan blogger Taipingmali kerana menurut Mat Sabu, penulisan Taipingmali boleh menggugat kemaraaan Pas untuk menawan Perak Utara.

Pas juga diarah mengawasi pergerakan Taipingmali dan bertindak sekiranya perlu.

Pas menggunakan beberapa orang blogger seperti Mat Desa dan Mad Zam serta facebooker Yaakub @ Mat Pau@Mat khemah dan beberapa fb yang lain dari sekolah Lil AlBanat untuk menyerah Taipingmali secara peribadi.

Mat Sabu, Akmal Kamarudin juga nampaknya marah kepada Taipingmali kerana pendedahan kubur palsu Mat Indera yang tersiar dalam berita TV3, RTM dan Astro.

Dato Fauzi calon MP Larut juga marah dengan TM kerana mendedahkan rumah agamanya yang bernilai RM 3 juta ketika itu. Akan tetapi maklumat terbaru dari Batu Kurau menyatakan rumah tersebut bukan RM 3 juta tetapi bernilai RM 5 juta.

Fauzi juga mempunyai 4 buah stesen minyak dilembah Klang sebelum pencen. Malah menurut orang kampung beliau juga memujuk saudara tersebut orang Siam Bangkok untuk membuka stesen di sana.

Berita terbaru tentang Dato Fauzi ialah beliau telah menyelamatkan Nazri Din calon Pas Kubu Gajah daripada muflis dengan membantu menyelesaikan hutang bernilai RM 1.2 juta. Kini Dato Fauzi memiliki tanah ladang kelapa sawit yang diperolehi oleh Nazri Din semasa menjadi ahli Umno dahulu.

Banyak betul duit Dato Fauzi, baru-baru ini beberapa trailer beras jati telah ditaburkan kepada pengundi Parlimen Larut. Beliau juga Chairman beras Jati dan menerima elaun bulanan RM 16 ribu, maklumat ini semuanya disampaikan oleh saudara maranya di Batu Kurau yang meluat dengan kesombongan beliau dan isteri beliau.

Menurut orang kampung, isteri sanggup duduk dalam kereta dan enggan masuk ke dalam rumah adik beradik kerana rumah mereka buruk.

Pernah juga saudara mara yang ke KL dan ingin menumpang tidur dirumahnya terpaksa tidur di garaj kereta dan tidak dibenarkan tidur dalam rumah.

Mungkin esok atau lusa kita boleh tengok pula gambar Akmal, Dato Fauzi dan Nazri Din akan diberhalakan di sana.

Sekian/.....
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan