Khamis, 18 April 2013

Pakatan berperang sesama sendiri

Semakin hampir PRU13, PR dikatakan semakin berperang sesama sendiri berikutan pemilihan calon yang tidak memuaskan hati penyokong-penyokong mereka.

Pemerhati politik berpendapat isu ini timbul kerana parti-parti dalam Pakatan Rakyat mengamalkan nepotisme dan kronisme yang kronik – tidak menghairankan kerana ketua umum Pakatan sendiri berperangai begitu.

Dipercayai terdapat lebih kurang 20 kawasan parlimen & DUN yang mana pemilihan calon membawa masalah kepada Pakatan Rakyat di Kedah, Perlis, Kelantan, Pahang, Selangor dan Pulau Pinang.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan