Selasa, 30 April 2013

Hapuskan PTPTN atau hapuskan hutang PTPTN

Abang Not kata "Hapuskan PTPTN" tetapi calon Parlimen Bukit Gantang kata lain, dia kata " Hapuskan Hutang PTPTN".

Seorang penduduk Taman Mewah mengemukan soalan untuk dijawab, katanya ia merupakan dua kenyataan yang berbeza maksudnya.

Hapuskan hutang PTPTN bererti pelajar yang tak lulus dengan baik dan yang cemerlang pun akan mendapat faedah yang sama. Lulus dengan markah biasa pun tak perlu bayar balik, yang dapat cemerlang pun tak perlu bayar balik.

Sistem hari ini siapa yang mendapat keputusan cemerlang tidak perlu membayar balik pinjaman kerana ia ditukar menjadi biasiswa.

Anwar pula kata " PTPTN dihapuskan, bukan dihapuskan pinjaman yang ada. Maknanya peluang untuk belajar diIPT ditanggung sendiri oleh ibu bapa. Tiada lagi dana kerajaan untu membiayai pengajian mereka.

Biasiswa yang selama ini ditawarkan kepada anak-anak melayu akan menjadi milik anak-anak cina Dap yang dapat 10A. Anak melayu yang dapat 5A, 6A dan 8A sudah tentu bilangannya kecil dan tak layak masuk ke IPT.

Hari ini peruntukan hak istimewa orang Melayu dalam klausa 153 dan 152 menjadi keutamaan untuk anak Malayu masuk ke IPT.

Rugi lah melayu sekiranya PTPTN dihapuskan. Peluang untuk kolej-kolej swasta tumbuh juga akan terbantut kerana ibubapa tiada wang untuk menanggung anak mereka.

Sistem yang dibuat oleh BN sudah cukup baik dan releven .

Apa punya bingai Idris Ahmad dan Abang Not.

Kata menteri kewangan yang hebat, hebat apa kalau tak boleh fikir tentang PTPTN.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan