Jumaat, 12 April 2013

Dun N 14 Changkat Jering: Kenapa bendera PKR lebih banyak daripada bendera Pas

Sehari dua ini Taipingmali dan the krew mendapati bendera PKR melebihi jumlah daripada PAS.

Bendera PKR berada dimana-mana sahaja. Ia seolah-olah memberi amaran kepada Pas bahawa PKR juga akan meletakkan calonnya di kawasan tersebut.

PKR Perak dibawah pimpinan Dr Manuty dari awal lagi telah tidak bersetuju dengan pengumuman Pas meletakkan calon mereka iaitu Dato Seri Nizar Jamaluddin.

Kemungkinan kedua ialah terdapat segelintir orang Pas dari kumpulan terbuang iaitu kumpulan YDP Pas Utz Nordin Jaafar yang bertindak dengan memboikot Nizar Jamaluddin.

Utz Nordin merupakan golongan ulama Pas fahaman lama. Pas Bukit Gantang sama seperti Pas Taiping yang berpecah kepada dua kumpulan iaitu kumpulan lama dan kumpulan serabut kepala pro-syiah.

Hari ini Pas Perak dimonopoli oleh golongan muda yang pro-syiah atau kumpulan serabut kepala.

Berbalik kepada isu bendera, sama-samalah kita tunggu kejutan yang akan dibuat oleh Dr Manuty kelak.

TM yakin PKR akan meletakkan dua calon mereka di Changkat Jering dan Kuala Sepetang.

Take beer!
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan