Selasa, 30 April 2013

Calon PKR Dun Batu Kurau Keseorangan

Pagi tadi Taipingmali dan the krew sempat meronda pekan Selasa di Batu Kurau. Terlihatlah kelibat calon PKR yang bertanding menentang calon BN Dr Hj Muhammad Amin Zakaria (52).

Calon Pkr Fadzil Hj Alias adalah anak kepada arwah Hj Alias pesara tentera dan bekas pengerusi JKKK atau ringkasnya Ketua Kampung yang meninggal dunia keseorangan dirumah dan diketahui selepas beberapa hari.

Fadzil (44) adalah bekas pelajar Tingkatan 6 SMK Dr Burhanuddin Taiping sesi 87-88 seangkatan dengan calon BN Semanggol Sdr Zulkarnain Ismail

Sedih kerana tidak ada pembantu dan pengiring yang berkempen tadi. Berseorangan beliau berkempen sambil minum kopi disebuah gerai.

Di mana rakan-rakan dan ahli PKR Batu Kurau? Mana Cikgu Adli? Mana Dek Awang?

Selepas keluar dari tapak pekan sehari TM bertemu dengan Dek Awang, orang kuat pembangkang yang membuka kedai peniagaan telefon.

Bagaimanapun beliau enggan memberi sebarang komen tentang pilihanraya ke 13. Katanya dia tak mahu TM memutar belitkan fakta dan bagi beliau TM adalah blogger penfitnah nombor 1 di Perak.

Adik Awang atau Dekwang dahulunya orang kuat semangat 46, kemudian bertukar kem menjadi PKR, kini beliau satu-satunya orang Malayu Batu Kurau yang berjawatan dalam parti DAP. Ini fakta menurut rakan-rakannya dan bukan fitnah.

Dikedainya terpampang banner calon PKR yang berbunyi 'ini kali kita rehatkan Umno'.

Menurut sumber dari Anak Kurau Fadzil calon Pkr adalah kakitangan jabatan mufti Pulau Pinang Bahagian kutipan zakat dan menetap di Bukit Mertajam.

Hairan juga kerana ayahnya boleh meninggal dan disedari selepas beberapa hari.

Agaknya inilah yang disebut oleh Dato Dr Fadillah Kamsah, anak-anak hendaklah sentiasa menghubungi ibu bapa takut-takut kita jadi anak derhaka.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan