Jumaat, 26 April 2013

Bila calon bertemu pengundi

Salah seorang calon BN dalam kempennya untuk PRU 13 telah berjumpa salah seorang pengundi dan memohon jasa baik pengundi tersebut untuk memilih kerajaan BN untuk meneruskan pentadbiran negara.

Jawab Si Pak Tua " Dah lama sangat dah BN memerintah, dah lebih 50 tahun, eloklah bagi kepada orang lain pulak untuk memerintah, kita tengok lah kalau tak bagus lepas 5 tahun kita tukar orang lain pulak"

Calon lalu bertanya " Rumah Pak Cik ni berapa tahun dah agaknya usianya?"

Jawab Pak Tua " Lama dah, dah lebih 30 tahun saya bina rumah ini, sikit-sikit tambah jadi besar macam ni lah".

Kata calon, " Lama dah tu, kalau macam tu elok saja kira runtuhkan rumah ni dan buat rumah lain".

" Haih! Pasai apa nak runtuhkan rumah ini, sayang ooo, dah habis duit tambah tu, tambah ni, pasai apa suruh runtuh dan buat lain. Kalau ada duit pun elok buat lain, rumah tu kena kekalkan lah.

Kalau macam tu, kenapa sibuk nak runtuhkan kerajaan yang ada, yang banyak berjasa kepada bangsa melayu?

Kerajaan dah buah macam-macam tranformasi nak bagi rakyat hidup senang, tak ada yang rasa tak cukup kita boleh suarakan, bukan tukar kerajaan.

Sayanglah, kalau kita nak buang macam tu kerajaan yang banyak berjaya kepada agama dan bangsa.

Macam lah rumah, walau pun dah umur 30 tahun, setiap tahun kita baiki dan tambah itu dan ini, rumah akan kelihatan sentiasa dalam keadaan baik dan sayang lah kalau nak runtuh, tadi pun Pak Cik kata tak sanggup nak runtuh rumah tu untuk buat rumah baru.


Full stop
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan