Sabtu, 13 April 2013

10 kaki tangan awam terlibat rasuah

AZWANDDIN HAMZAH / PRESIDEN JMM
"Kemungkinan minggu depan kepada orang yang layak menerima aduan ini kerana kita masih mahu menjaga nama maruah kakitangan ini, kita tidak akan dedahkan pada public atau sidang media secara terbuka. Buat masa ini yang ada pada saya beserta bukti yang kukuh lebih kurang 10 kakitangan kerajaan, yang jelasnya kesemua kakitangan awam ini dari agensi yang berlainan".

Pihaknya juga memuji tindakan pantas CUEPACS yang meminta kerajaan mengambil tindakan terhadap mereka yang terlibat.

JMM sebelum ini mendedahkan sepanjang 14 tahun Suaram beroperasi di negara ini, lebih 100 juta ringgit dana asing telah diagih kepada 40 syarikat tempatan bagi menganjurkan ceramah, protes jalanan dalam negara termasuk merasuah kakitangan kerajaan.

Bagaimanapun presidennya, Azwanddin Hamzah berkata pihaknya tidak akan mendedahkan identiti individu berkenaan bagi menjaga maruah mereka.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan