Ahad, 25 November 2012

999 call center kena celik akal

Kisah ambulan terkandas dalam lumpur dalam usaha mengambil pesakit Teguh Ithnin 63 tahun dari Perkampungan Orang Asli Bukit Besar, Machap Umboo, Melaka patut dijadikan pengajaran oleh 999 Call Center.

Kegagalan Ambulance membawa keluar mangsa bukan lah kesalahan pemandu. Tugasnya hanyalah menurut perintah dan menurut arahan sahaja.

Pemandu ambulan, Moktar Abd Talib, 39, beliau terpaksa menghubungi JPAM apabila segala usahanya untuk mengambil pesakit gagal akibat keempat-empat tayar terbenam dalam lumpur.

Hairannya, kenapa selepas 2 jam terkandas baru beliau meminta bantuan JPAM , kenapa beliau tidak memaklumkan kepada pihak hospital tentang masalah yang dihadapinya.

Call Center 999 juga sepatutnya mempunyai SOP dan memastikan siapa yang patut ke sana untuk mengambil pesakit. Call center patut tahu keadaan jalan dan lokasi.

Tahniah kepada ketangkasan JPAM yang berjaya membawa mangsa ke hospital dan takziah kepada keluarga atas kehilangan anggota keluarga yang meninggal jam 9.46 di Hospital Alor Gajah.

Jangan ada saman-menyaman sudahlah selepas ini.

Sumber : Harian Metro




Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan