Selasa, 3 April 2012

Parti Pas sakit mental yang teramat sangat





Akibat sekian lama bersekongkol untuk menjayakan dasar liberal dan konon mahu menyama tarafkan semua warganegara setelah terikut gaya politik DAP, akhirnya PAS secara terbuka mengisytiharkan dasar perjuangannya kini tidak lagi mempeduli kan masalah murtad yang melanda segelintir orang Islam.

Bagi PAS, isu rasuah dan masalah pengundi hantu yang seringkali menghantui minda PAS jauh lebih utama jika nak dibandingkan dengan isu murtad. Maklum sajalah semenjak bertuhankan slogan 'negara berkebajikan', hal ehwal akidah umat hanya layak dipandang sepi dan dikesampingkan apatah lagi sensitiviti pengundi DAP lebih penting untuk difikirkan.



Teringat kisah dulu-dulu saat PAS amat sensitif dan pantang di cuit dengan masalah segelintir orang Islam yang tergelincir akidah, lantang sungguh pembacaan PAS tika itu. Pagi dan petang, siang juga malam berduyun-duyun penyokong PAS memenuhi gerakan anti murtad demi kasih dan cintanya nasib saudara seagama.

Tapi itu kisah dulu, hanya layak dikenang dan tidak lagi berguna untuk diungkit sebagai memori sebuah perjuangan. Saat ini matlamat menuju Putrajaya seperti yang diimpikan saban waktu itu teramat penting sekali jauh mengatasi kepentingan akidah umat.

Kata orang tua, lain hulu lain parangnya, lain dulu kenalah lain sekarang sikapnya supaya tidaklah dipandang serong oleh rakan sepakatan kiasu yang dah banyak menabur budi dan menjanjikan sokongan solid untuk Parti Islam Semalaysia.

Malang bagi sesiapa yang masih menyokong PAS saat ini kerana masih belum sedar tipu daya PAS yang selama ini hanya memperalatkan agama untuk kepentingan politik.

1 ulasan:

  1. astagfirullahalazim....mula rasa geram ni ...tengok kelibat ahli PAS yang bongok ni....aduhhhhh urut dada melihat sikap gelojoh mereka ni....Ya Allah...apa ni jadi ni...agama dipermainkan dan Al Qouran dibiarkan pegang oleh org yang bukan beragama Islam yang sahnya tiada wuduk....Ya Allah hendaknya aku sekeh kepala2 ahli PAS ini atau ku sumbatkan je ke dalam lubang jamban.....

    BalasPadam