Isnin, 9 Januari 2012

"Saya dipecat kerana Anwar Ibrahim..." Dr Hasan Ali:

DARI AGENDADAILY.COM

Di depan kira-kira 200 orang, terdiri dari sahabat, saudara mara, jiran, pelajar-pelajar Institut Tahfiz Al Quran yang diasaskan bersama rakan taulan, juga wakil media bekas Naib Presiden PAS Datuk Dr Hasan Ali mendedahkan, pemecatan beliau tidak lain kerana individu bernama Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Di perkarangan banglo putih yang betul-betul mengadap tangga Masjid Al Gufran Taman Tun Dr Ismail, Dr Hasan Ali menceritakan perkara tersebut dalam satu majlis penjelasan yang katanya dirancang secara mengejut "atas permintaan teman-teman saya,"

Berbaju Melayu kuning cair, beliau didampingi isterinya, anak-anak dan sebahagian besar ahli kariah masjid tersebut yang juga merupakan jirannya selama belasan tahun tinggal di pinggir Taman Tun Dr Ismail.

BACA LANJUT http://t.co/rL8K9yvh
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan